CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25373|Reply: 186

MENGAPA MEMILIH BIDANG PENULISAN (Mod Akan Kasi Tacang)

[Copy link]
Post time 28-10-2014 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Terkena penyakit writer's block. Jadi, Harap Mod tak kisah saya buka benang ni. Rasanya, masih relevan dengan Bod.

Saya perhatikan, ramai yang berbakat di sini. Baik yang baru mula menulis ataupun yang dah tahap otai, semuanya ‘best’ belaka.

Kalau tak kisah, sila berkongsi kisah dan sebab, mengapa anda semua memilih bidang penulisan.

Adakah tujuan anda menulis kerana minat ataupun untuk suka-suka? Ada yang mahu menyampaikan dan berkongsi ilmu melalui penulisan. Ada yang mahu mengisi masa lapang. Mungkin saja nak glamour...

Apa atau siapa yang mendorong anda menulis?
Ibu bapa, rakan-rakan atau mungkin, ada kisah kehidupan dan pengalaman yang tersembunyi, membuatkan anda terdorong untuk mengarang?

Impian anda sebagai seorang penulis?
Mahu terkenal seperti penulis yang ada sekarang? Mahu lihat novel anda menjadi cereka adaptasi?

Mungkin kisah anda dapat menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu mula menulis, yang sedang menulis ataupun yang sudah lama menulis.

Siapa tahu…




Last edited by Nicki_Meow on 28-10-2014 01:13 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 10:40 AM | Show all posts
Baiklah, saya mulakan dengan kisah sendiri (Dah sendiri buka benang, sendirilah kena letak cerita dulu, ye tak? )

Saya memilih bidang penulisan sebab saya rasa, bila saya mengarang, saya boleh melarikan diri seketika dari dunia realiti. Ianya bagai satu escapism dan terapi. Dan saya juga kuat berangan. Saya hidup dikelilingi buku dan komik sejak kecil - memang ulat buku walaupun kecik-kecik dulu malas belajar . Membaca seperti satu tabiat. Dari situ, saya mula pasang angan-angan nak jadi penulis.

Hidup saya di dunia realiti agak sibuk. Baik komitmen pada kerja atau pada keluarga, memang havoc -  kalau tak keterlaluan untuk digambarkan melalui perkataan itu. Dalam masa yang sama, saya  sebenarnya seorang yang pendiam dan membosankan. Saya ada ciri introvert dan lebih teruk (mungkin), saya ada sikap low self-esteem. Mengarang dan bercerita memberikan saya peluang untuk ‘berinteraksi’ dengan orang lain, dengan cara yang tersendiri.

Impian saya  dalam bidang penulisan, hhhmmm. Nak ikutkan, tak ada apa pun. Samalah macam orang lain kot, nak ada koleksi buku-buku sendiri.

Cuma, ini impian yang saya rasa agak ke laut sikit.

Saya peminat Ramlee Awang Murshid. Buku-buku beliau antara yang terawal saya baca dan miliki. Hampir semua koleksi buku beliau saya ada. Kalau diizinkan Allah, saya dapat bertemu muka, saya nak beritahu RAM yang saya sangat meminati karya beliau dan saya mahu beliau tahu, beliau adalah salah seorang idola saya dalam bidang penulisan. Dan lagi, saya nak hadiahi beliau dengan buku saya sendiri  - kalau diizinkan Allah, ada karya saya yang jadi versi cetak. (Beliau nak baca ke tidak, lantak. Janji bagi…. )

Sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:11 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-10-2014 10:40 AM
Baiklah, saya mulakan dengan kisah sendiri (Dah sendiri buka benang, sendirilah kena letak cerita du ...

sungguh menarik citer ko Nicki..meh aku citer versi aku plak..

first..jangan gelak haaaa...aku gelak tak pa..

AKU budak sains tulen..dari darjah satu..macam satu lagu tu..

ok..sampai masuk universiti pun, aku masih budak sains tulen, dari belajar tumbuhan masa sekolah rendah sampailah aku belajar mikroorganisma (senang citer bakteria dan virus). Satu pun tak ada kaitan dengan sastera dan penulisan.

So, macam mana aku boleh terjebak bidang penulisan ni? meh nak bagi tahu..

AKU cerita benda yang aku tak suka dulu.

Dulu-dulu.........aku tak suka , sastera. Cerita cinta tangkap leleh. Baca novel(Tak pernah beli dan of course tak pernah la baca kan), hidup aku dikelilingi fakta.

Satu hari..aku bosan masa kat library Uni, memang aku tak suka belajar kat library pun. Jadi, aku merayap kat rak..belek punya belek..ada la satu buku novel..'Bila Daun Berguguran'..oklah, aku baca jugalah..dah bosan. kalau tak,  aku pandang orang studi kekdahnya nanti
ok..not bad cerita tu..tak habis baca, aku suruh member aku pinjam ..
sampai rumah aku baca sambil ulit mata..habis gak tapi tak ada feel sebab kisah chenta tahap gaban. Aku merayap pulak bilik kawan medic aku..dia suruh aku baca novel Inggeris..kisah doktor..oklah, aku lepak lagi...kisah doktor gila..aku tersuka!

Bermula dari situ aku mula nak try mengarang..kisah thriller la konon kan..tak menjadi..hiks
Aku habis belajar dan mula kerja..sibuk..

Beberapa tahun kemudian..(Epilog la pulak..)..
Aku dah bosan kerja makan gaji..so, aku berhenti. Aku kerja sendiri tapi masih bidang aku la. Satu hari aku pergi ke MPH. Cari buku motivasi sebab hati aku dah down.. tak tahu nak buat apa..
Aku belek satu novel..first time aku beli novel cinta..bukan nak baca tapi nak belajar cara nak menghasilkan novel..
Dari situ aku cuba karang novel cinta..walaupun aku sendiri nak muntah..
Siap manuskrip..aku cuba hantar pada satu penerbit..DITOLAK...
Aku terima la sebab aku bukan kaki novel dan aku bukan jiwang punya orang. Tak apa..aku karang lagi..kali ini untuk suka-suka. Cerpen saja. Bukan lagi novel. Tak sangka pulak ada orang suka citer aku tu..company tu beli citer aku...huhuhu...
So, dari situ..why not aku buat cerpen dan hantar kat depa kan?..aku hantar kat majalah tapi sekali tu je sebab aku tak dak masa

Berbalik kisah novel pulak, aku karang satu lagi manuskrip..kali ini aku terbit sendiri sebab fobia karya aku DITOLAK lagi. Siap semua, aku market to a few kedai..first aku approach is SMO Bookstores..

Alhamdulillah...semua terjual....dah ulangcetak dah pun..

Jadi, moralnya di sini adalah..USAHA TANGGA KEJAYAAN..macam cikgu la pulak..
Aku bukanlah peminat tegar novel dan sampai sekarang aku tak suka baca novel dan tak ada koleksi novel..hanya di forum cari ni saja aku baca karya-karya di sini...percaya atau tak..terpulang.

AKU tak pilih bidang penulisan tapi TERJEBAK!

SEKIAN SECEBIS  KISAH HIDUP AKU..




Last edited by Ipo on 9-11-2014 01:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:15 AM | Show all posts
BIDANG PENULISAN.
Dengar saja perkataan itu... wah semua akan terbayang, kayanya penulis! Namun, bidang penulisan di Malaysia kecil sahaja, tidak seindah yang digambarkan. Sebelum memulakan apa-apa, saya ingin berkongsi sedikit kisah saya.

Kisah seorang penulis tidak ternama.

Bermula dengan agak lambat (awal usia 30) namun semua itu tidak mengekang saya untuk terus menulis. Minat membaca memang sudah tertanam sejak dari sekolah rendah lagi. Saya meminati bidang sastera namun hanya belajar matapelajaran itu semasa di tingkatan empat sahaja.

Saya, memang sukakan bahasa yang digarap lembut dan cantik. Sebagaimana tenangnya air yang mengalir, begitulah gaya bahasa yang saya suka. Dari kecil hinggalah sekarang saya suka membaca.

Seperti Nicki_Meow, karya RAM adalah antara yang saya minati. Kompilasi Sunan, adalah karyanya yang terbaik (bagi saya). Saya sukakan jalan ceritanya. Jika cerita cinta yang berlambak di pasaran, saya akan langkau semasa membaca... kerana jalan cerita dan pengolahan ayat hampir sama. Tidak dengan karya RAM. Jika tertinggal satu muka surat, jalan cerita yang ingin kita baca akan sedikit pincang.

Saya memasang angan-angan, mahu berkarya sepertinya. Mahu lari dari klise yang ada... hanya sehidup semati dengan watak hero walaupun didera dan macam-macam lagilah. Sebab itu saya garapkan dalam karya pertama saya, Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia? Saya masih menanti dengan sabar kelahiran sulung 'bayi' pertama itu dan mengharapkan agar diterbitkan tahun ini juga. Ceritanya tidak tergantung di dalam forum ini tetapi saya tidak mahu habiskan di sini. Maaf andai membiar anda (pembaca) ternanti-nanti akan kisah seterusnya. Banyak lagi cerpen saya di dalam forum ini.

Saya bermula dengan pengetahuan yang 'zero' dalam bidang ini. Saya menyertai satu Group di dalam Facebook iaitu Grup Mari Menulis. Ternyata, banyak ilmu yang saya perolehi di sana. Dimarah, dihentam dan ditegur oleh guru-guru di sana hingga saya rasa ingin putus asa, namun galakan dari guru-guru yang saya anggap mentor supaya saya terus menulis membuatkan saya kuat. Di kalangan mentor-mentor itu, masing-masing sudah terbit beberapa buah buku dan ada salah seorang dari mereka sudah mempunyai 15 buah novel. Saya terharu dengan galakan mereka kerana tanpa meminta apa-apa bayaran, mereka membimbing saya hingga ke tahap ini.

Selalu saya sematkan di dalam diri, karya saya masih perlu dibaiki. Walau ada yang memuji karya saya baik, saya tidak mahu mendabik dada. Bukan semua orang boleh menerima gaya bahasa saya yang begini. Kebayakan lebih sukakan gaya santai. Saya tidak mahu mengalah, saya akan teruskan dengan gaya saya sendiri. Saya mahu, generasi muda minat dengan bahasa kita yang penuh dengan puitis dan keindahan jika diperhalusi.

Sesiapa yang berminat menulis, silakan. Satu hari, sepotong ayat. Itu yang sering dipesan pada saya. Bukan semua orang boleh menulis namun ada yang punyai bakat. Gunalah bakat yang Allah anugerahkan untuk kebaikan. Menulis dari hati akan lebih sampai kepada pembaca. Menulis jika bersandarkan pada niat mahukan keuntungan... untunglah kamu di dunia sahaja. Jaga gaya bahasa, jangan cemarkan kehalusan dan keindahan penulisan dengan menulis adegan atau perkataan yang tidak sepatutnya. Kerana melalui penulisan... orang boleh menilai kita bagaimana.

Ambil pendekatan bangun, walau dihentam, dikritik dengan hebat. Tidak semua suka karya kita dan ingat... masih ramai yang suka. Ambillah hati yang menyukai dan lama-lama kelamaan yang tidak suka akan berubah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:31 AM | Show all posts
Saya tak pilih. Hanya menulis untuk promote blog dan popular di forum ini. Membunuh itu dosa jadi adalah karya bunuh.

Tulis untuk isi masa lapang. Suka baca novel tapi takde duit jadi 2-4 buah je buku yg sempat saya baca.


Saya suka sastera. Teringin nak taip cerpen komedi, tapi tak tahu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 11:33 AM | Show all posts
Ipo posted on 28-10-2014 11:11 AM
sungguh menarik citer ko Nicki..meh aku citer versi aku plak..

first..jangan gelak haaaa...aku  ...

Intresting story.

Ko mesti budak pandai kan? Mana punya sekolah sains ko pegi?

Aku pun budak pure science, tapi dari form 4.

Bila further study, ambik course yg takde kene-mengena langsung dgn sains, bidang sastera pun langsung takde.

Bila dah kerja, bidang kerja aku takde kena-mengena dgn apa yg aku study, bidang penulisan lagilah takde.

Menulis sebab minat dan angan-angan mat jeninku...





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2014 11:37 AM | Show all posts
wipers81 posted on 28-10-2014 11:15 AM
BIDANG PENULISAN.
Dengar saja perkataan itu... wah semua akan terbayang, kayanya penulis! Namun, bi ...

Thanks wipers. It's always a pleasure when reading your 'stories'.

Sama macam wipers, saya juga menunggu (penuh sabar) akan kemunculan buku sulung. Harapnya tak lama lagi.

Iya, akan ku ingat nasihat ini - Jangan Putus Asa
Last edited by Nicki_Meow on 28-10-2014 11:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 11:39 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-10-2014 11:31 AM
Saya tak pilih. Hanya menulis untuk promote blog dan popular di forum ini. Membunuh itu dosa jadi ad ...

Untuk promote blog dan popular di forum - akak suka dengan kejujuran kau, dik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 11:42 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-10-2014 11:31 AM
Saya tak pilih. Hanya menulis untuk promote blog dan popular di forum ini. Membunuh itu dosa jadi ad ...

Nak garap cerita komedi, tak semestinya kita kena jadi pelawak.

Bagi akak, apa yang akan kongsi selam ini, itu adalah yang berlaku di sekeliling akak. Akak garap, jadikan satu bahan yang diharap dapat menggeletek hati pembaca.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:43 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-10-2014 11:31 AM
Saya tak pilih. Hanya menulis untuk promote blog dan popular di forum ini. Membunuh itu dosa jadi ad ...

Nak garap cerita komedi, tak semestinya kita kena jadi pelawak.

Bagi akak, apa yang akan kongsi selama ini, itu adalah yang berlaku di sekeliling akak. Akak garap, jadikan satu bahan yang diharap dapat menggeletek hati pembaca.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:45 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-10-2014 03:39 AM
Untuk promote blog dan popular di forum - akak suka dengan kejujuran kau, dik.

Tq. Hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:46 AM | Show all posts
wipers81 posted on 28-10-2014 03:42 AM
Nak garap cerita komedi, tak semestinya kita kena jadi pelawak.

Bagi akak, apa yang akan kongsi ...

Tulah...nk taip  cerita  serius tapi dlm serius tu, ada lawak.

Mcm cerita kelabu.

akak terdabel post ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:53 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-10-2014 11:46 AM
Tulah...nk taip  cerita  serius tapi dlm serius tu, ada lawak.

Mcm cerita kelabu.

Ha ah, terdouble
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:59 AM | Show all posts
wipers81 posted on 28-10-2014 03:53 AM
Ha ah, terdouble

jadi, macam mana nak taip ayat yg lawak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 12:38 PM | Show all posts
aku tak pilih bidang penulisan...
aku pun tiada dorongan nak ke bidang ni...
baik kawan atau keluarga...
aku tak minat baca novel...tapi masih ada yang aku baca...
sastera? aku pun tak tahu sastera tu apa sebenarnya...

cuma setiap kali aku berkarangan sejak sekolah rendah...
idea menulis tak pernah putus...sampai rasa tak cukup masa dan kertas untuk menulis...
bila aku cuba cuba menulis...diorang panggil aku orang seni...mat jiwang...
padahal aku tiru cara oarng lain menulis dan idea itu mengalir sendiri...

tapi aku marah pada orang yang me-melayu-kan bahasa english...
aku tak suka pada karya yang tak diambil berat tentang ejaan nya...
aku suka melihat penulisan baru...
aku suka pada tulisan orang lama yang berbahasa baku dan berbunga...
seperti 'Konserto Terakhir'

bidang aku bidang teknikal...
tapi Allah bagi aku sedikit jiwa seni dalam menulis...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 01:02 PM | Show all posts
akudansesuatu posted on 28-10-2014 12:38 PM
aku tak pilih bidang penulisan...
aku pun tiada dorongan nak ke bidang ni...
baik kawan atau kelua ...

Terima kasih sebab berkongsi kisah...

Aku pernah baca cerita kau, tak ingat tajuk. Yang pasal mamat tu tersuka kat sorang awek yg dia jumpa kat masjid tu kan? Nice story...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 01:03 PM | Show all posts
@cmf_conan Thanks for the tacangs

Psssttt.... aku warwarkan kat Tajuk benang, Mod akan kasi tacang....

It is intresting and truly inspiring to read each and everybody's 'stories'


Last edited by Nicki_Meow on 28-10-2014 01:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Err....

Nay momod so terkecuali lah kan sebab Nay bukan Penulis hebat. Karya pun takat dua jer
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 01:21 PM | Show all posts
.


1.Adakah tujuan anda menulis kerana minat ataupun untuk suka-suka? Ada yang mahu menyampaikan dan berkongsi ilmu melalui penulisan. Ada yang mahu mengisi masa lapang. Mungkin saja nak glamour...

Saya memilih bidang penulisan untuk melegakan perasaan yang berselirat

2.Apa atau siapa yang mendorong anda menulis?
Ibu bapa, rakan-rakan atau mungkin, ada kisah kehidupan dan pengalaman yang tersembunyi, membuatkan anda terdorong untuk mengarang?

Jiwa kacau tu yg mndorong jadi penulis cap ayam..
Mula mula meroyan dengan berpuisi , kemudian cuba tulis novel .
Satu habis smpai ke penghujung , satu lagi jadi gajah putih ; projek terbengkalai..
mungkin disebabkan pembaca duk sindir2 karya saya , saya jadi patah semangat.

mungkin juga saya ni berminat tapi tak berbakat..
( kpd Mr B..terima kasih kerana menyedarkan saya yg saya ni tak berbakat.. dan terima kasih sudi baca wlpun awk tak suka.. )



3. Impian anda sebagai seorang penulis?
Mahu terkenal seperti penulis yang ada sekarang? Mahu lihat novel anda menjadi cereka adaptasi?

impian dh punah...sob sob sob..



4.Mungkin kisah anda dapat menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu mula menulis, yang sedang menulis ataupun yang sudah lama menulis.

err..tidak kottt...;P

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 01:24 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 28-10-2014 01:19 PM
Err....

Nay momod so terkecuali lah kan sebab Nay bukan Penulis hebat. Karya pun takat dua jer ; ...

Nay punya cerita not bad apa?

By the way, it's not about hebat atau tidak. Just sharing views and thoughts, and why....

Ceritalah. Nanti Conan kasi tacang..... tetibaaaaa.....



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079587 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list