CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11858|Reply: 29

rahsia no. tarikh lahir

[Copy link]
Post time 28-10-2014 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, lahir pada 24 Julai 1992. Lihat pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:

24 Julai 1992

2 + 4 + 7 + 1 + 9 + 9 + 2 = 34

3 + 4 = 7

Nombor yang terhasil adalah 7.




Nombor Tarikh Lahir: 1


Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
  • Berfikirlah secara terbuka.
  • Berdiplomasi apabila diperlukan.

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Percayalah kebolehan diri sendiri.
  • Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
  • Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu



Nombor Tarikh Lahir: 3

Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
  • Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
  • Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu



Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
  • Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
  • Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
  • Berterus teranglah dalam sesuatu perkara



Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Apa yang perlu dipelajari:
  • Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
  • Melihat sesuatu dengan teliti



Nombor Tarikh Lahir: 6

Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
  • Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
  • Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
  • Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.



Nombor Tarikh Lahir: 7

Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.

Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
  • Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
  • Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar



Nombor Tarikh Lahir: 8

Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
  • Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
  • Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.



Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
  • Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
  • Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
  • Kurangkan sifat emosional


Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Btw im number 7. Uoll ape pulak.. share sikit. (:





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 04:56 PM | Show all posts
Hahahahahahahah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:59 PM | Show all posts
nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
•Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
•Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
•Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 05:12 PM | Show all posts
harkktuih posted on 28-10-2014 04:56 PM
Hahahahahahahah

Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata.

ayoo... facepalm.

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa posted on 28-10-2014 05:12 PM
Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata.

ayoo... facepalm.

My post pun skadar hiburan jer..chill la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:01 PM | Show all posts
ok chill
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 11:23 PM | Show all posts
nombor 5
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:22 AM | Show all posts
ade betol jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelas...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:43 AM | Show all posts
hehe macam terkono je kek aku
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:21 AM | Show all posts
cik pulak no 2
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 11:47 AM | Show all posts
ada jgk betulnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:14 AM | Show all posts
@mattzzx u punya ape?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 01:37 PM | Show all posts
bellaa posted on 15-11-2014 11:14 AM
@mattzzx u punya ape?

1.... @bellaa  punya??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 01:42 PM | Show all posts
mattzzx posted on 15-11-2014 01:37 PM
1.... @bellaa  punya??

7. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 01:42 PM | Show all posts
Kerêta_Angin posted on 29-10-2014 12:23 AM
Sebelas...

11?

1+ 1. jadinya 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 01:46 PM | Show all posts
bellaa posted on 15-11-2014 01:42 PM
7. hehehe

Betul ke dengan diri u no.7 tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 01:51 PM | Show all posts
mattzzx posted on 15-11-2014 01:46 PM
Betul ke dengan diri u no.7 tu?

tersangatlah benar... (:
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 02:03 PM | Show all posts
bellaa posted on 15-11-2014 01:51 PM
tersangatlah benar... (:

Maknanya boleh di percayai lah rahsia tu.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 02:13 PM | Show all posts
mattzzx posted on 15-11-2014 02:03 PM
Maknanya boleh di percayai lah rahsia tu.....

Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta

Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya

Menarik perhatian ramai orang

sangat suka “berahsia”

tidak mempunyai perasaan (cold)  

boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.122461 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list