CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2855|Reply: 21

[Dunia] Kitaa minuumm Dulu!!!

[Copy link]
Post time 30-10-2014 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Meskipun ramai doktor berpandangan bahawa minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badan, namun kajian terbaru telah mendapati sebaliknya.

Satu kajian yang dibuat oleh The BMJ baru-baru ini membuat penemuan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda.Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang.

Menurut laporan AFP, kajian tersebut mungkin boleh merubah pandangan mengenai khasiat susu namun kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana ianya mungkin hanya kebetulan.

Satu pasukan dari Sweden telah mengumpul data dari 61,000 wanita berumur 39-74 tahun, dan memantau mereka selama 20 tahun.Pasukan itu juga telah mengambil data dari 45,000 lelaki Sweden berumur 45-79 tahun dan memantau mereka selama 11 tahun.Kesemua sukarelawan itu memberikan maklumat tentang cara pemakanan, cara hidup, berat badan, tabiat merokok, kekerapan bersenam, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan.

Daripada kajian itu, didapati seramai 25,500 orang daripada kumpulan sukarelawan tersebut telah meninggal manakala 22,000 dari mereka telah mengalami keretakan tulang.Di kalangan wanita dalam kumpulan itu, 180 daripada 1,000 yang meminum tiga gelas atau lebih susu, meninggal dalam jangka 10 tahun dan lebih awal berbanding umur purata kumpulan tersebut.

Selain itu, didapati 42 daripada 1,000 individu yang minum susu dengan kuantiti yang banyak telah mengalami keratakan tulang, manakala yang meminum susu secara sederhana ialah 35 daripada 1,000 individu dan yang meminum susu dalam kuantiti yang sedikit ialah seramai 31 daripada 1,000 individu."Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi," kata penulis bersama kajian tersebut, Karl Michaelsson dari Universiti Uppsala.

Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang meminum dalam kuantiti yang sedikit.Antara sebabnya kata penulis ialah susu mempunyai kandungan galaktos-D yang tinggi, iaitu sejenis gula yang didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/s ... ematian-awal-47225?

isu semasa? bod kesihatan?  Hanya detik dan masa yang menentukan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 10:47 AM | Show all posts
kalau minom white russian takpe dop?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:48 AM | Show all posts
gittew pulak..
baru bercadang nak minum susu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kanan_kiri posted on 30-10-2014 10:48 AM
gittew pulak..
baru bercadang nak minum susu..

Aku pun sama..

ntah ntah survey disponsor oleh tokey choco malt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:53 AM | Show all posts
Good people die young.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
encikWawad posted on 30-10-2014 02:47 AM
kalau minom white russian takpe dop?

Kalau minum 65 shot sekali duduk memang boleh mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2014 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Minom susu cap gantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
poison_paradise posted on 30-10-2014 10:54 AM
Minom susu cap gantung

Ada yang bau gudang garam surya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 10:56 AM | Show all posts
jengkoil posted on 30-10-2014 10:52 AM
Aku pun sama..

ntah ntah survey disponsor oleh tokey choco malt...

haha.. mungkin la jgk.. ni susu jenis ape la yang mereka minum...
expired mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
jengkoil posted on 30-10-2014 10:55 AM
Ada yang bau gudang garam surya...

Perasa tambahan uols
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:57 AM | Show all posts
kanan_kiri posted on 30-10-2014 10:48 AM
gittew pulak..
baru bercadang nak minum susu..

dah terlebih sukatan,,apa apa pun membawa mudarat,,jadi bersederhana lah

terlebih kalsium,terlebih karbohidrat,terlebih protein,ter ter ter,,,,sumer bawa mudarat,,
terkurang pun tak boleh,,yang sedang sedang saja,,
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:58 AM | Show all posts
aku rasa bila dah minum susu tu pastu bercampur ngan makanan yg ntah ape2 dalam badan.. tu yg buat pendek umur tak?? anyway, this article leh thn vongoks gak.. tak bgtau punca kematian tu knape.. sakit ape.. takkanla pasal terlebih kalsium?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:59 AM | Show all posts
Saya paling suka minum susu Puan @BotakChinPeng . Banyak protein dan berkhasiat, di samping buatkan saya sentiasa muda berseri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 10:59 AM | Show all posts
nourahfey posted on 30-10-2014 10:57 AM
dah terlebih sukatan,,apa apa pun membawa mudarat,,jadi bersederhana lah

terlebih kalsium,ter ...

huhu.. betul2.. nnti tibe2 TEr mati pulak..
fikir la dlu gamaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:03 AM | Show all posts
kanan_kiri posted on 30-10-2014 10:59 AM
huhu.. betul2.. nnti tibe2 TEr mati pulak..
fikir la dlu gamaknye..

haha,,,fikir dulu tak pa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:04 AM | Show all posts
nasib aku dah lama benti minum susu lembu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 11:28 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 30-10-2014 10:54 AM
Kalau minum 65 shot sekali duduk memang boleh mati

ayoo mampu ker nak cecah ke 56 tu - baru 2 shot - dah kelantai baringnya



















Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:43 AM | Show all posts
encikWawad posted on 30-10-2014 03:28 AM
ayoo mampu ker nak cecah ke 56 tu - baru 2 shot - dah kelantai baringnya

hahahahahaha ada berita harini mamat ni mati sebab lepas brapa puluh shot trus mati.Anak dia nak g saman bar tempat bapaknya g minum
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 11:47 AM | Show all posts
minum susu kambing plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 12:08 PM | Show all posts
Terbukti apa2 yang berlebihan boleh memudaratkan tak kira le apa jenis makanan atau minuman.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.691802 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list