CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1805|Reply: 1

Skuad Pahang dapat Durian RuntuH

[Copy link]
Post time 4-11-2014 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Kuantan: Insentif lumayan sebanyak RM2 juta disediakan kerajaan negeri kepada skuad Pahang yang muncul juara Piala Malaysia kali kedua berturut-turut, Sabtu lalu.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, imbuhan diberikan sebagai penghargaan di atas kesungguhan dipamerkan pemain hingga sekali lagi dinobat sebagai juara piala berprestij itu.

Katanya, musim lalu kerajaan negeri memberikan RM1 juta kepada skuad itu selepas meraih kejayaan sama, namun kali ini imbuhan terbabit ditambah sekali ganda.

“Semua pemain termasuk pegawai pasukan Tok Gajah akan menerima imbuhan sama iaitu kira-kira RM60,000 setiap mereka, saya memberikan jaminan jumlah itu akan bertambah.


“Saya akan memastikan insentif ini diterima pemain dan pegawai dalam masa terdekat. Saya berharap pemberian kerajaan negeri ini dapat menggembirakan mereka yang sudah berhempas-pulas sepanjang musim,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan kepulangan wira Tok Gajah bersama Piala Malaysia di pekarangan Stadium Darul Makmur, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussin.






- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6395#sthash.wYfSxBLN.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 11:53 AM | Show all posts
untunglaaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048808 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list