CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6266|Reply: 13

6 Fungsi Baru iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Berbanding iPhone 5s

[Copy link]
Post time 5-11-2014 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Pada pengumuman Apple mereka telah mengumumkan iPhone generasi ke-enam mereka iaitu iPhone 6 dan juga versi phablet untuknya iaitu iPhone 6 Plus. Peranti terbaru mereka turut membawakan perubahan kepada model lain, selain akan disertakan iOS8 bersama-samanya. Sekiranya anda pengguna iPhone yang lama atau anda bercadang untuk mendapatkan iPhone terbaru ini, berikut merupakan perubahan yang dibawakan berbanding iPhone versi terdahulu.

240 Frame Per Second untuk video gerak perlahan
Sekiranya anda seorang yang suka merakam video menggunakan telefon pintar anda, fungsi ini sudah tentu menarik minat anda dalam menghasilkan video gerak perlahan. Dengan resolusi video setinggi 1080p, anda boleh merakam video gerak perlahan pada pilihan 120 frame per second atau 240 frame per second yang akan menampakkan lebih perincian terhadap video tersebut.


Optical Image Stabilization pada iPhone 6 Plus
Satu lagi fungsi yang bakal memberikan faedah baik kepada pengguna yang menyukai fungsi rakaman video mahupun pengguna biasa adalah penstabil optikal pada iPhone 6 Plus. Berbanding iPhone 5S dan iPhone 6 yang menggunakan penstabil berdasarkan perisian, kamera yang dibawakan iPhone 6 Plus mempunyai penstabil yang membantu menstabilkan rakaman oleh pengguna.


Cip Apple A8 dan M8 Motion Co-processor
Cip pemprosesan terbaru dari Apple ini merupakan kemaskini kepada A7 dan mempunyai empat teras. Berbanding cip pemprosesan yang lama iaitu A7, cip ini dikatakan hanya memerlukan 50% kuasa sekaligus menjimatkan bateri meskipun perlu menjana kualiti grafik yang tinggi. Apple juga mengatakan cip terbaru ini 25% lebih laju untuk pemprosesan manakala kualiti grafiknya 50% lebih baik berbanding A7. Melalui demonstrasi oleh pembangun permainan semalam, ia dikatakan mampu menjana sehingga 100 model dengan animasi pada sesuatu masa. Bagi anda yang inginkan iPhone untuk tujuan permainan video, sudah tentu iPhone 6 mampu menampung nafsu anda.
Sekiranya anda seorang yang membawa telefon bimbit anda untuk mengesan kecergasan anda ataupun menyangkutkan ia pada penyangga di basikal bagi mengesan aktiviti anda, dengan M8 Motion Co-processor merupakan cip kedua pada iPhone generasi ke-enam dan membantu anda menyukat segala data ini. Perkara ini sekaligus mengurangkan kegunaan bateri kerana cip ini sentiasa aktif dan boleh mengira bilangan tangga serta tekanan udara melalui barometer.


Paparan lebih besar dan Paparan Retina HD untuk iPhone 6 Plus
Buat pertama kalinya paparan iPhone dilebarkan berbanding dipanjangkan.  Paparan iPhone generasi ke-6 membawakan paparan Retina HD. Paparan iPhone 6 adalah sebesar 4.7 inci dengan 1334 x 750 pixel dan paparan iPhone 6 Plus pula membawakanskrin 5.5 inci HD penuh 1080p (1920 x 1080). Sekiranya anda berkira-kira untuk mempunyai iPad Mini namun mahukan fungsi telefoni, iPhone 6 Plus semestinya pilihan yang memenuhi kehendak anda.


Pada hemat saya juga, semasa saya menggunakan iPhone 5, tidak banyak peranti besar melainkan kelas phablet dan saya tidak sukakan phablet. Namun apabila pasaran peranti dengan skrin bersaiz 5 inci makin banyak dan saya mencuba peranti seperti Asus Zenfone 5 dan Oppo N1, saya kini merasakan iPhone 5 saya kecil. Pembesaran saiz baru ini semestinya turut ditunggu-tunggu peminat peranti iPhone.


Sokongan pembayaran Apple Pay
Google Wallet telah diperkenalkan sejak dari 2011 akan tetapi sejauh manakah impaknya pada hari ini? Itu menyebabkan Apple tampil dengan Apple Pay yang dilihat lebih praktikal digunakan bersama teknologi NFC dan Touch ID. Menggunakannya, pengguna boleh membuat pembayaran dengan mudah selain mana pihak Apple mengatakan ia lebih selamat berbanding penggunaan dompet biasa seperti hari ini. Menurut Apple, ia bakal disokong oleh sejumlah besar gedung-gedung ternama (seperti di Amerika Syarikat) dan bakal diperluaskan ke negara-negara lain pada masa akan datang.

Kuasa bateri yang lebih baik
iPhone generasi ke-enam turut membawakan kapasiti bateri yang lebih besar dan membawakan peningkatan hayat bateri yang lebih lama berbanding sebelumnya. Menurut Apple, iPhone 6 mampu bertahan sehingga 11 jam untuk pelayaran web melalui WiFi dan juga tontotan video melalui peranti ini. Pada penggunaan muzik pula, iPhone 6 memberikan ekstra 10 jam tambahan berbanding iPhone 5s, menjadikan ia mampu bertahan selama 50 jam untuk kebolehan dalam memainkan audio.
Peningkatan pada jangka hayat bateri iPhone turut dipertingkatkan pada iPhone 6 Plus yang mana mampu bertahan sehingga 12 jam untuk pelayaran web melalui WiFi. Dari segi kebolehan multimedia, iPhone 6 Plus dilihat bertahan lebih lama yang ia mana mampu memainkan muzik selama 80 jam dan video selama 14 jam.


Penutup
Dari segi spesifikasi, Apple dilihat tidak berminat untuk bertanding dalam ‘specification war’ dan iPhone 6 tidak sepatutnya dibandingkan dengan peranti selain iOS. Ia suatu yang tidak adil atas kerana cara sistem operasi iOS adalah berbeza, terutamanya dari segi penggunaan memori. Bagi saya, orang yang membandingkan iPhone dan telefon Android sebenarnya orang yang dibutakan dengan spesifikasi, berbanding melihat kelebihan pada pengoptimasian sistem operasi, kekuatan ekosistem, dan nilai eksklusiviti aplikasi iOS. Sekiranya anda seorang yang gilakan spesifikasi, iPhone (tidak kira generasi dulu, kini, dan selamanya) adalah bukan untuk orang seperti anda.
Kekuatan iPhone adalah terletak di aplikasinya, yang mana ia menawarkan user interface dan user experience (UI/UX) yang terbaik dalam mana-mana sistem operasi mudah-alih. Perkara ini boleh dilihat sendiri melalui aplikasi Facebook Paper dan Opera Coast yang hadir dengan grafik dan animasi yang intuitif dan saya yakin, kedua-dua aplikasi ini tidak akan berada di platform Android. iOS juga mempunyai beberapa aplikasi yang eksklusif seperti Mextures, Tangent, LoryStripes, dan Exbel yang menawarkan fungsi pengeditan gambar yang superior yang mana ia tidak akan dapat pada mana-mana sistem operasi lain. Satu lagi contoh aplikasi lain yang bakal membuka mata anda dengan iOS, cari dan muat-turun aplikasi Matter di App Store.


Satu perkara yang menjadi sebab ramai memilih iPhone adalah kekuatan kameranya. Saya tekankan bahawa megapiksel adalah bukan segala-segalanya tapi yang penting adalah teknologi lensa disebalik kamera peranti daripada Apple ini. Sebelum saya memakai iPhone, saya sendiri berasa cemburu melihat rakan-rakan saya yang mempunyai iPhone di Instagram yang mana gambar-gambar yang di hantar oleh mereka sangat tajam dari segi detail serta mempunyai kawalan warna yang sangat terang pada gambar yang diambil. Perkara ini dijayakan dengan sensor daripada Sony seperti Sony IMX145 yang mula digunakan sejak dari zaman iPhone 4s. Ia menawarkan kesan depth-of-field yang cemerlang pada peranti sekelasnya, sekaligus menawarkan hasil output yang terang dan sharp melalui penggunaan kamera daripada peranti ini.
Rata-rata pengguna setia iPhone juga amat berpuas hati dengan telefon mereka kerana ia hadir dengan sokongan kemaskini sehingga empat tahun lamanya. Kemaskini adalah suatu yang sangat penting bagi iPhone kerana ia bergerak seiring dengan penggunaan API yang dikeluarkan setiap kali pelancaran iOS versi baru. Perkara inilah menyebabkan mengapa ada sesetengah aplikasi di iPhone mempunyai lebihan fungsi berbanding aplikasi yang sama di platform-platform lain. Satu lagi menjadi kesukaan pengguna, kebanyakan aplikasi akan tiba di platform iOS terlebih dahulu berbanding di platform lain, seperti contoh aplikasi Hyperlapse daripada Instagram baru-baru ini.


Secara keseluruhan, Apple telah melakukan yang terbaik untuk iPhone 6 yang mana beberapa pengoptimasian telah dibuat berbanding iPhone generasi sebelumnya. Ia menawarkan saiz skrin yang lebih besar dalam sejarah peranti iPhone dan juga rekabentuk yang lebih nipis berbanding iPhone 5s sebelum ini. Prestasi keseluruhannya turut dinaiktaraf melalui penggunaan Apple A8 dan kamera 8-megapikselnya turut ditingkatkan dari segi teknologi sensor, demi menghasilkan output yang lebih terang, mapan, dan jitu berbanding generasi sebelumnya.
Ia juga menawarkan beberapa fungsi baru seperti Apple Pay iaitu mekanisma pembayaran yang bercirikan keselamatan tinggi melalui penggunaan Touch ID. Ia suatu yang bakal merevolusikan medium pembayaran atas kebolehannya yang lebih praktikal dan saya yakin, banyak pengeluar lain akan mengikut jejak langkah ini dalam mengoptimasikan mekanisma pembayaran NFC mereka.
Apapun, ia dilihat sebuah peranti yang berdaya saing dengan kebolehan sistem operasinya yang stabil, mudah-digunakan serta menawarkan pengalaman pengguna dan ekosistem yang terbaik dalam sejarah sistem operasi mudah-alih. Tawaran Terbaik dari Apple untuk anda Disini





Last edited by pfiza on 16-11-2014 09:45 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 06:17 PM | Show all posts
Satu info yang baik kepada pengemar iphone 6 dan 6+..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:37 AM | Show all posts
padanla dgn regenya kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 12:04 PM | Show all posts
cheq mampu tgk sajaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2014 09:47 PM | Show all posts
MistrezHermanaz posted on 13-11-2014 12:04 PM
cheq mampu tgk sajaaaa

Boleh kalau nak beli dengan cara termudah.Tengok dulu tawaran terbaik dari Apple untuk anda Disini
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 03:52 PM | Show all posts
wa baru beli iphone 6 plus

kalau guna wifi untuk downloading atau nak view photos sangat slow!

xiaomi lagi laju!

harga mahal mencekik leher tapi servis out!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je sy pakai iPhone 6 plus, ios 8.2. Pic sgt clear. Cuma nak transfer lagu dari PC ke ip tu leceh cikit lah. Nak kena download iTunes kat PC dulu. Apa pun IPhone mmg terbaik!! Bye samsung
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 12:23 AM | Show all posts
rasa nak tukar note 3 ni ke iphone6.. kalau jual note3 ni berapa boleh dapat ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 11:21 AM | Show all posts
keladi_merah replied at 5-4-2015 12:23 AM
rasa nak tukar note 3 ni ke iphone6.. kalau jual note3 ni berapa boleh dapat ek?

Sebelum ni sy trade in note 3 utk ambil note 4, kedai amik n3 RM900 je. huhu. Pakai n4, 3 minggu je tak best sbb still lagging dan hang sy trade in amik ip 6 plus. kedai amik note 4 RM1700 dan harga ip 6 plus RM3+++ 64GB...
walaupun mahal tapi puas hati. Tak hang dan lagging pun. 1 driver dan ada 4 hard disc. sbb tu smooth giler. Skrg dah update iOS 8.3.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 10:38 PM | Show all posts
mixieleo replied at 11-4-2015 11:21 AM
Sebelum ni sy trade in note 3 utk ambil note 4, kedai amik n3 RM900 je. huhu. Pakai n4, 3 minggu j ...

tula..dulu tanya kedai pun dia amik rm800 camtu aje..ingat nak jual kat mudah ke.. dapat gak rm1000+

note 3 ni pun dah lagging.. nak angkut ip6 tunggu kumpul duit sikit lagi la..sbb still study.. hehe..

btw thanks for the reply yea
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 12:14 PM | Show all posts
keladi_merah replied at 14-4-2015 10:38 PM
tula..dulu tanya kedai pun dia amik rm800 camtu aje..ingat nak jual kat mudah ke.. dapat gak rm100 ...

jual kat kwn2 1k boleh lagi tu...

ok most welcome.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2015 02:26 AM | Show all posts
mixieleo replied at 11-4-2015 11:21 AM
Sebelum ni sy trade in note 3 utk ambil note 4, kedai amik n3 RM900 je. huhu. Pakai n4, 3 minggu j ...

natang hapa tu 1 driver 4 hard disk? macam beli pc/laptop jah bunyiknya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah test godek ip6plus. Kalau pakai satu tangan susah nak back sebab xde button baxk. Yang ada home saja. Kena touch kat paling atas paling kiri. Memang satu jari x sampai

Moga apple buat back button. Mesti mantapp
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 09:24 AM | Show all posts
geram aku dgn iphone 6 nie....aku belikan utk adik aku 5 bulan lepas kot...dah 2x buat hal....first tu tetiba screen jd biru...gi machine then tukar baru which amik masa 3 weeks...sib baik adik aku ada hp spare. Now kalu call tak bunyi terus masuk voice mail, padahal caller dgr bunyi ringing...dah try tukar setting, pun sama gak....nak kena gi machine lagi....aku ckp kat adik, next time no more Iphone....dah lah mahal dari hp2 yg biasa aku belikan dia...part mahal tu aku tak kisah sgt lah, part kerap buat hal tu yg aku hangin...kita expect bila harga mahal, quality is much better lah...nie sebaliknyer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.075579 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list