CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
 Author| Post time 30-7-2015 09:35 AM | Show all posts
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part III)

Subuh selepas kejadian malam tu, aku dapat SMS dari Abg An. Abg An maklumkan pada aku dia dah balik semula ke bandar tempat kerja dia dan dia jugak minta maaf atas kelakuan dia yg tak senonoh. Aku yg masih terasa hati cuma reply 'K' sahaja pada Abg An. Kejadian malam semalam aku cuma ceritakan pada Mama di telefon. Mama marah aku sebab tak maklumkan pada dia pasal Abg An awal-awal. Aku tau lepas cakap dgn aku, Mama call makcik aku pulak tapi aku tak ambil pusing dah. Aku jadi malas nak layan isu Abg An. Aku pun ada benda lain nak pikir. Tapi aku tau Abg An rajin contact Acu. Acu la yg rajin dok cerita perkembangan Abg An kat aku. Acu jugak cakap kat aku yg Abg An menyesal tak sudah sebab hunus buluh runcing runcing kat aku, dia jadi malu nak contact aku. Aku lantakkan aje. Merajuk la konon ni.

Bulan 3, Acu cakap kat aku Abg An dikenakan tindakan tatatertib sebab naik angin dan bergaduh sesama kawan sekerja. Masa ni jugak di FB Abg An mula timbul posting-posting yg tah hape-hape. Posting Abg An semua ditaip dalam huruf besar, macam Diva AA dah kekdahnya. Antara posting Abg An yg aku baca di FB berkisarkan tentang pengkhianatan sesama sahabat, yg mengatakan diri dia dijadikan kambing hitam, yg memperkatakan tentang kejujuran manusia, pasal Tanah Melayu bakal diserang kuasa asing (ye, dia guna Tanah Melayu instead of Malaysia), pasal agama, pasal bangsa. Nampak macam biasa je posting Abg An ni, tapi ada certain posting, Abg An menaip macam guna bahasa Melayu lama. Nak kata tua, baya aku je pun. Dan masa ni jugak dia dah delete gambar-gambar isteri dan anak dia dari album. Satu pun gambar anak bini dia takde. Gambar dia je ada.

Masuk bulan 4, rumahtangga Abg An semakin berantakan. Retak menanti belah je katanya. Dan Abg An sekali lagi kena gantung kerja sebab bertumbuk dengan kawan sekerja. Aku pun dah tak faham apa kena dengan Abg An ni. Sepanjang-panjang tu jugakla dia tak pernah balik kampung untuk ziarah anak bini atau family sendiri. Kena gantung kerja pun orang tak tahu dia ke mana. Sampaila terkantoi sekali, Acu kata Abg An pergi 'menuntut' dengan seorang tok guru. Tok guru mana, tak diketahui. Ilmu apa yg dituntut pun tak diketahui. Dan kemuncaknya adalah bila suatu hari Acu call aku kata Abg An lafaz cerai pada Zya melalui telefon. Gempar sekejap jadinya keluarga kami.

Makcik aku tak tahu pun anak dia dah lafaz cerai pada Zya sampailah Zya dan maknya datang sendiri ke rumah makcik aku. Zya dan mak dia tuduh makcik aku jadi penyebab kenapa Abg An ceraikan Zya. Macam-macam cemuhan dilemparkan kat makcik aku. Siap tuduh makcik aku pakai bomoh nak pisahkan Abg An dengan Zya. Sudahnya, makcik aku halau Zya dan mak dia keluar dari rumah. Yang Abg An pulak, lepas lafaz cerai terus menghilangkan diri, tak contact sesiapa. Makcik aku call apa semua, tak dapat. Makcik aku siap ajak anak menantu dia yg lain pergi cari Abg An di bandar tempat dia kerja. Masa pergi sanalah makcik aku dapat tahu rupanya Abg An dah lama tak pergi kerja. Hampir sebulan. Orang tempat kerja dia pun dok cari dia jugak. Bila call wife dia, wife pun tak tau laki dia pi mana.

Makcik aku dah hampir-hampir nak buat report polis. Sampailah Abg An tiba-tiba muncul di rumah Mama. Ye, rumah Mama. Lagak Abg An macam takde apa-apa yg jadi. Makcik aku kat kampung dah nak macam orang gila, dia boleh watlek watpis je. Dengan tenang jugak dia bagitau Mama dia dah ceraikan Zya. Antara perbualan Mama dengan Abg An yg diceritakan semula oleh Mama pada aku bunyi begini:

Mama: Kenapa An ceraikan Zya?
Abg An: Sebab dia curang. Dia mengandung anak orang lain.
Mama: Mana An tau dia mengandung anak orang lain, bukan anak An?
Abg An: An tau la, Mak Long. Berapa lama dah An tak sentuh dia, macam mana dia nak mengandung anak An.
Mama: Macam mana pulak An tau Zya mengandung? An kan dah lama tak balik kampung.
Abg An: Sapa kata An tak balik?
Mama: Bila masa An balik?
Abg An: An ada balik senyap-senyap. An pegang perut Zya masa dia tidoq. An dapat rasa ada anak dalam perut dia, tapi An tau tu bukan anak An.
Mama: An, benda tak pasti jangan main tuduh je. Fitnah tu, tau tak? Berdosa!
Abg An: Mak Long, An tau la. Dia bini An. An bukan bodoh. An dah pegang perut dia.
Mama: An dah tanya Zya ke?
Abg An: Mak Long, anjing mana nak mengaku dia berak tengah jalan?

Sampai sini, Mama terdiam. Gaya-gaya macam Abg An dah semakin agresif jadi Mama tak nak provok lebih-lebih. Pulak tu dia dok merapu pasal Zya mengandung, dia pegang perut Zya apa semua. Tapi Abg An tak habis merapu lagi.

Abg An: Mak Long tau dak, Zya tu kahwin dgn An semata-mata nak zuriat dari keturunan An ja! Mak Long tau dak Tok Din (atuk sebelah ayah Abg An) tu sapa?
Mama: Tak tau. Awatnya dengan Tok Din?
Abg An: Tok Din tu keturunan bangsawan Acheh! An ni waris dia, bakal dapat harta dia.

Mama terdiam lagi. Mana datang pulak datang arwah Tok Din ni bangsawan Acheh? Tak pernah pulak Mama dengar cerita ni. Harta apa je pun Tok Din ada? Rumah kampung sebiji dengan Toyota cabuk ada la.

Abg An: Sultan kena ikitiraf An sebagai waris bangsawan Acheh ni! Nama An dah tertera dalam wasiat kat muzium negeri!

Ah sudah! Dah merapu meraban dah Abg An ni. Mama tak boleh nak go on sangat dengan benda keturunan tu, jadi Mama pun tukar topik.

Mama: Sekarang ni An nak buat apa?
Abg An: An nak cari kerja kat KL.
Mama: Habis, kerja An sekarang ni?
Abg An: An tak mau kerja situ dah. Semua orang kat situ kerja nak naya An, khianat An. Semua dengki kat An.
Mama: An dah berhenti cara rasmi ke macam mana?

Abg An sekadar geleng kepala.

Mama: Tak boleh buat macam tu, An. An kena la maklumkan An nak berhenti kerja, tulis surat ke apa. Mana boleh blah macam tu je.
Abg An: Takpa la, Mak Long, apa-apa jadi An tanggung sendiri.
Mama: An, An.... An ingat senang ke nak hidup kat KL ni? An dah pikir nak kerja apa, nak duduk mana? Sewa bilik aje pun kat KL ni boleh cecah 400 sebulan. Nak makan lagi. An ada pikir tak semua tu?

Kali ni Abg An diam. Ambik kau dah kena bebel ngan Mama. Padan muka.

Mama: An kena balik kampung dulu, jumpa mak. Mak An dok susah hati pasal An, tau tak? An tak kesian kat mak ka? An kena balik settle pasal An dengan Zya jugak. An ingat lafaz cerai je lepas tu habis kat situ? An kena pi mahkamah apa semua. Mana boleh tinggal macam ni. An jangan lari dari masalah.

Lembut je Mama nasihatkan Abg An. Tak sangka, masuk kepala jugak nasihat Mama tu. Lepas 3 hari di rumah Mama, Abg An maklumkan dia nak balik kampung. Tapi sebelum balik kampung, masa Abg An salam dan cium tangan Mama, Abg An cakap sesuatu yg tak disangka...

Abg An: Mak Long ja yg faham An, yg sayang An. Mak pun tak sayang An macam Mak Long. Mak Long, Mak Long doakanla keselamatan An. An rasa An dah tak lama. An mintak maaf banyak-banyak segala salah silap An pada Mak Long, pada keluarga Mak Long...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 11:01 AM | Show all posts
kesiannya..
apa la masalah dia sebenarnya ni...xsiapa pun tau..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 11:12 AM | Show all posts
apa sebenar yang terjadi ...


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 12:37 PM | Show all posts
what is happening abgan? toksah dok buat kalut lah haih.. p berubat cepat.. kesian dkt mak long nana
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2015 01:01 PM | Show all posts
sian abg an..

kenapa boleh jadi sampai gitu sekali ye..

huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2015 01:59 PM | Show all posts
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part IV)

Masa Abg An di KL, makcik aku outstation di Penang. Makcik aku dah dimaklumkan yg Abg An ada di rumah Mama. Hari Abg An balik kampung, makcik masih lagi di Penang. Masih berbaki 2 hari lagi kerja makcik di Penang. Part ini adalah hasil penceritaan semula makcik aku dan adik-adik Abg An. Abg An sampai di rumahnya di kampung, tengok mak dia takde. Ada ayah dia dengan adik perempuan dia je sorang. Sampai-sampai rumah, dia dah mengamuk suruh mak dia balik. Abg An SMS makcik aku suruh makcik aku balik on the spot, sekarang jugak. Makcik aku call dia.

Makcik: Mak kerja ni, Abg...
Abg An: Mampoih pi dengan kerja. Balik la ni jugak!
Makcik: Awat Abg buat perangai macam ni? 2 hari lagi mak balik. Abg sabaq sat.
Abg An: Aku nak mati dah ni! Aku nak mati depan rumah ni! Hang balik, kalau tak hang menyesal sampai mati!

Itu pertama kali seumur hidup makcik aku dia dengar Abg An bahasakan diri 'aku' dan 'hang' dengan dia. Tersentak makcik aku dibuatnya dengar anak dia cakap macam tu. Apa lagi, kelam-kabut makcik aku kemas barang, mintak izin pada bos nak balik. Baliklah makcik aku ke rumah, berjumpa anak sulung dia yg dah semacam tu. Sampai rumah, Abg An duduk tegak bersila di tengah rumah. Bersila macam orang silat. Depan Abg An, ada sebotol besar air keruh. Pakcik aku dan adik Abg An duduk termangu di sudut rumah.

Makcik: Awat ni, Abg? Apa jadi dengan Abg ni?
Abg An: Hang toksah dok banyak cakap! Duduk sini!
Makcik: Abg, selama mak hidup, tak pernah Abg guna 'aku' 'hang' dengan mak...
Abg An: Aish, banyak bunyi la hang ni! Hang takyah nak berlakon sangat depan aku! Ni, nampak ni??

Abg An mengeluarkan buluh runcing dari tepi pinggangnya. Terkejut beruk makcik aku. Sampai hati anak yg disayangi selama ni ugut dia dengan buluh runcing. Adik perempuan Abg An, Fara, bingkas bangun, terus memeluk makcik aku.

Fara: Abg An!! Apa ni, Abg An!? Abg gila ka??? Ni mak ni!

Fara bertempik. Abg An macam orang baru dikejut tidur apabila disergah begitu. Dia terpinga-pinga kejap. Buluh runcing di tangan ditengok, berselang-seli dengan muka makcik aku yg dah menangis. Automatik, buluh runcing di tangan dilepaskan. Abg An bangun, terus berlari keluar dari rumah dengan berkaki ayam. Pakcik aku kejar Abg An, tapi separuh jalan je mampu. Abg An lari laju bebenor walaupun hanya berkaki ayam. Maka, dari situ bermulalah episod Abg An berperangai sekejap pelik, sekejap ok. Mengikut kata makcik aku, perangai Abg An akan menjadi-jadi terutamanya selepas Asar. Perceraian Abg An dan Zya dah dimuktamadkan di mahkamah.

Menurut Ani, Abg An langsung tak sebut pasal anak dalam kandungan Zya. Malah, sepanjang proses perbicaraan berlaku, Abg An hanya diam dan tunduk memandang lantai. Wajah Zya langsung tak dipandang. Sepatah hakim tanya, sepatah dia jawab. Tak ada tempoh bertenang ke, kaunseling ke apa. Tau-tau bercerai je. Balik rumah, Abg An mengamuk lagi pada mak dia. Abg An tuduh mak dia jadi punca dia bercerai dengan Zya. Antara ayat yg keluar dari mulut Abg An ialah:

  • Hang pakai bomoh kan nak bagi aku benci Zya?
  • Hang memang lama dah benci kat Zya, hang suka la tu aku dengan Zya dah bercerai kan? Suka la anak aku takdak pak kan?
  • Aku nak hang pi jumpa Zya, hang habaq kat Zya, aku nak balik kat dia.
  • Hang ingat aku tak tau hang dok berlakon ja, buat sedih kunun!

Makcik aku jadi bingung dengan perangai Abg An ni. Pernah sekali, Ani jemput Zya datang rumah. Zya datang bawa anak sekali. Masa Zya datang tu, Abg An tunduk pandang lantai sampai dahi nak cium lantai dah. Sikit pun dia tak angkat muka pandang Zya. Sekali tu Zya ke dapur, Abg An pegang tangan anak dia, terus budak tu melalak tak ingat dunia. Pegang sikit je. Dia punya melalak macam Abg An curah air panas. Terkocoh-kocoh Zya datang dari dapur angkat anak dia, mata dijegilkan pada Abg An. Terus Abg An kembali tunduk pandang lantai dengan riak muka takut. Masa tu tak nak pulak dia cakap nak rujuk balik ngan Zya ke apa. Mulut terkunci terus.

Ani ni tak takut langsung kalau abang dia start mari meroyan. Dia sergah je Abg An kalau Abg An start buat gila. Abg An terus-menerus melayan mak ayah dia dengan buruk. Selamba je panggil mak ayah dia setan betina dengan setan jantan. Sikit pun takde rasa bersalah. Bila makcik aku menangis, dia kata makcik aku berlakon. Apa yg makcik aku masak, dia takkan makan langsung. Sampaikan air minum pun dia tak minum di rumah sendiri. Dia sanggup beli air mineral sekotak simpan untuk dia sendiri minum. Kalau makcik aku nak solat ke, dia akan perhati je, lepas tu dia kata makcik aku berlakon, pura-pura alim. Lepas kena sergah dengan Ani, dia akan diam kejap. Lepas tu mula la balik cakap mak dia itu ini, ayah dia itu ini.

Aku ada sebut pasal air keruh dalam botol kan? Tau air apa tu? Itu air laut. Abg An pernah suruh mak dia minum air dari botol tu. Tapi makcik aku tak minum la. Makcik aku tanya tu air apa, dia jawab air laut. Setiap kali waktu Maghrib, Abg An akan renjis air laut tu di sekeliling rumah, macam buat 'pagar' sambil mulut dia dok baca amende entah. Macam-macam perangai pelik Abg An ni. Antara benda pelik Abg An buat:

  • Bila tidur, dia akan letakkan buluh runcing, botol air laut dan sebilah parang kat sebelah dia. Sebelum tidur, Abg An akan baca surah Al-Kafirun 105 kali (makcik aku kira sendiri) dan dia akan tidur sampai pukul 3 petang.
  • Setiap kali hujan, dia akan keluar bersilat bawah hujan.
  • Bila makcik aku ambil wuduk nak solat, dia akan berdiri depan pintu bilik air dan perhatikan setiap gerak geri mak dia.
  • Bila makcik aku nak baca Quran, dia akan suruh baca surah/ayat tertentu sahaja. Yang lain dia tak bagi baca. Kalau baca, dia start mengamuk.
  • Pernah sekali, Abg An tidur, makcik aku baca surah Al-Baqarah. Abg An terus bangun dengan mata merah, maki mak dia. Dia kata panas bila makcik aku baca surah tu. Dia mandi 5 kali hari tu.
  • Kadang-kadang, dia akan berdiri tegak atas sofa/kerusi dan nyanyi lagu Negaraku atau lagu negeri dia (yang ni berhambur aku gelak bila makcik aku cerita)
  • Abg An pernah tak tidur straight 5 malam.
  • Dia tuduh kawan-kawan baik dia termasuk adik ipar dia ada affair dengan bini dia.
  • Abg An asyik sebut ada kuasa asing nak serang Tanah Melayu.
  • Kadang-kadang, Abg An akan jadi macam diri dia yg lama. Masa tu, dia akan menangis-nangis mintak ampun dan maaf pada mak ayah dia. Lepas tu dia jadi tak betul balik.

Banyak lagi sebenarnya benda yg Abg An buat. Dia pernah cakap pada mak dia, kalau dia mati, buang mayat dia dalam laut. Makcik aku bangkang la.

Makcik: Pasaipa nak buang dalam laut?
Abg An: Suka hati aku la. Kalau aku mati, campak ja aku dalam laut.
Makcik: Abg tu asal dari tanah, dah mati nanti Abg kena balik pada tanah.
Abg An: Aku kata laut, laut la!
Makcik: Eh, suka hati mak la nak buat apa kalau Abg mati. Bukan Abg buleh kata apa dah pun kalau mati.

Makcik aku dah tahap dia lawan balik Abg An masa ni. Mula-mula memang dia takut dan risau, tapi dah lama-lama dia jadi marah jugak. Asyik dok menadah je anak dia panggil bukan-bukan kat dia. Seminggu sebelum Raya, Abg An dok mengamuk apa entah. Lalu makcik aku pun kata "Abg tunggu la Mak Long balik raya nanti, tunggu biaq Mak Long tengok perangai Abg dok buat bukan-bukan kat mak." Malam tu jugak, Abg An keluar dari rumah sehelai sepinggang tak balik-balik sampailah ke hari ini. Ye, sampai hari ni Abg An tak balik rumah. Tapi Abg An ada SMS mak dan adik beradik dia. Makcik aku ada tunjuk SMS Abg An pada aku. Ada sepotong ayat Abg An bunyinya begini

NI RAMADAN TERAKHIR HANGPA DUA. HANGPA SIAP SEDIA LA MENGADAP PEMBALASAN DAN KEADILAN
Ayat yg ni memang aku ingat. Bila aku baca, terus meremang bulu roma aku. Lain macam betul bunyi SMS Abg An ni. Tiada apa yg boleh aku dan Mama pesan pada makcik aku melainkan suruh dia buat solat hajat, minta pertolongan pada Allah. Aku minta makcik aku maklumkan pada aku kalau Abg An ada balik. Aku ada juga SMS Abg An, ucapkan selamat hari raya. Haram dia tak balas pun. Aku call pun, dia reject call aku. Memang kami tak tau Abg An ada kat mana sekarang. Jadinya, cerita ni takde penamat la sebab kedudukan Abg An masih tidak diketahui walaupun dia ada SMS dan call adik-adik dia. Kadang-kadang SMS dia ok. Kadang-kadang dia jadi Diva AA, taip SMS semua huruf besar cakap pasal kiamat la apa la.

Sampai hari ni, aku masih tunggu khabar berita Abg An. Entah mana la dia sekarang ni...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2015 02:00 PM | Show all posts
Sebenarnya, cik.nana dan Mama buat andaian Abg An ada salah menuntut. Tu yg kejap betul, kejap tak betul tu. Korang rasa kenapa sebenarnya dengan Abg An ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ajk berubat ke atau suruh mne2 ostad tngokkn ang An tu tt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2015 08:16 AM | Show all posts
kookie92 replied at 31-7-2015 01:46 AM
Tak ajk berubat ke atau suruh mne2 ostad tngokkn ang An tu tt?

Macam mana nak berubat kalau pesakitnya nggak ada?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 10:48 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 31-7-2015 10:49 AM
cik.nana replied at 30-7-2015 02:00 PM
Sebenarnya, cik.nana dan Mama buat andaian Abg An ada salah menuntut. Tu yg kejap betul, kejap tak b ...

tengok gaya pun macam salah menuntut...pastu setan tu dok bisik2 kat tinge dia hasut macam2...suku sakat iblis la katakan memang gitu sifatnya

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 11:44 AM | Show all posts
salah menuntut dah ditambah pulak sihir dari bekas mentua abg Abg An.. tu yg lagi parah tu. moga Allah beri pentunjuk dan melindungi keluarga abg An dan abg An jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 12:21 PM | Show all posts
sian abang an....kalau dapat jumpa dia cepat2 la bawak dia pegi berubat ye cik nana...banyak kes masalah mental sampai sanggup bunuh ahli keluarga sendiri....mintak simpang jauh2 untuk keluarga kita semua...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 11:17 AM | Show all posts
mcm konfius sikit bila baca cerita. 😅 Abang An jd mcm tu sbb buatan keluarga bekas isteri ke sbb dia salah menuntut?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm schizophrenia pun ea jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2015 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adzyla at 2-8-2015 06:24 PM

moga abg dpt di pulihkan......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2015 08:31 AM | Show all posts
peachnfamous replied at 2-8-2015 11:17 AM
mcm konfius sikit bila baca cerita. 😅 Abang An jd mcm tu sbb buatan keluarga bekas isteri ke ...

Tak diketahui sebab apa Abg An jadi macam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2015 08:33 AM | Show all posts
planetplutop replied at 2-8-2015 01:16 PM
mcm schizophrenia pun ea jugak.

Itu pun boleh jadi jugak. Mungkin sebab terlampau tekanan perasaan sampai effect macam tu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 01:07 PM | Show all posts
dua sihir bergabung meletup?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat solat hajat semoga segala kekusutan yang melanda family cik Nana terungkai dan di beri petunjuk dari Allah agar ada jalan penyelesaian..
Jangan pernah putus asa,perbanyakkan DOA..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2015 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa abg an depress kot sebab masalah rumah tangga dia. Kesian btoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.122741 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list