CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 8-5-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuahhhhhhhhhhj

Habis merempit tred ni. Besttt jalan cerita yang mudah dibayang kan plus penulisan yang takde shortform. Lagi puas baca pengalaman orang sendiri berbanding buku dan movie rekaan.

Saya orang baru jugek. Dulu ade sixthsense. Sekarang takde. Dari kecik memang ade gangguan tapi tak lah mengadu habis ingatkan imaginasi semata. Sampai satu tahap panjang kisahnye. Pergi lah berubat. Lepas berubat ingatkan dah elok kekdahnye. Rupenye tak elok. Sampai sekarang. Dari awal bace tred cik nana. Part seram dan meremanh boleh dok balun ketawa sampai krem perut. Padahal takde rase nak ketawa. Sori la bukan lawak. Tapi macam kena geletek suruh ketawa. Masa berubat last time pun perawat dok membaca ayat quran. Saya ketawa je ketawa mengejek. Tapi bukan saya lah. Dah tak leh watpe.
Asal berubat je x dizinkan sembuh lagi. Mendealah tu tak nak menjawab separah pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2016 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong sambung..bestttt sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Thumbs up cik nana..cerita yg saya bookmark slain jc..flash
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 11:10 AM | Show all posts
Assalamualaikum..ada lebih kurang 7-8 tahun kot rasanya saya tak log in/komen dlm apa2 thread di Cari. Jadi silent reader saja. Sebab cerita Cik Nana ni jadi tergerak nak komen something.

Terima kasih kerana berkongsi cerita. Semoga family dan puan sendiri suami isteri sentiasa dlm lindungan Allah swt. InsyAllah Aamen ya Rabb.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua hari merempit baca cerita cik nana . Nanti ada masa boleh laa sambung lg yee
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2018 10:57 PM | Show all posts
Best merempit kat thread cik nana ni. Kalau ada cerita share laa lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2018 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ishh!!..kenapa la tak boleh nak click next page ye..geram je rase sbb tak dapat nak baca cerita seterusnya
Cerita dalam thread ni best gak tapi tulah dah terbantut jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 02:57 PM | Show all posts
terbaikkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 02:49 PM | Show all posts
cik.nana replied at 10-12-2014 03:48 PM
Haa... meh nak share satu kejadian paling latest. Benda ni jadi hari Isnin baru ni kat seorang opism ...

Saya silent reader je selama ni. Pengalaman yg ni lebih kurang sama dengan pengalaman kakak senior di ofis saya.

Kakak senior saya ni salah seorg site staff di salah satu project yang masih aktif di KL. Site office ni lokasinya di salah satu floor bangunan yg sedang dinaiktraf ni. Satu petang tu sebelum balik rumah, dalam pukul 6 mcm tu, dia pergi toilet sebab nak buat biznes apa yg patut. Terserempak dgn cleaner di toilet; cleaner tu tak bercakap tak apa, duk tenung dia je. Kakak senior saya ni pun bukanla jenis yg friendly. Tak de la dia nk tegur cleaner tu. After selesai biznes, cuci tangan, terus keluar dari toilet.

Bila tengah kemas2 nak balik, baru la dia terpikir yg di site ni takde cleaner perempuan sebelum ni. Selalunya pekerja am bangla yg cuci toilet. Dia call contractor rep (site supervisor) & tanya mamat ni "Fadil, kau org sekrg ada upah cleaner perempuan indon cuci toilet eh?" Jawapan Fadil  adalah "Mana kami ada upah cleaner perempuan kat site ni Puan. Kan yg selalu cuci toilet tu pekerja am bangla" Terkedu kejap kakak senior ni. Seminggu juga la, dia tak boleh nak tido. Sampai kena ambil ayer tawar baru ok.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 10:49 AM | Show all posts
Finally habis jugak baca cerita cik.nana ni. best gile sampai terbawak2 sampai ke rumah. bagusnya sebab jadi pengajaran untuk sentiasa beringat sebab saya ada anak kecik. bila bawak dia keluar malam memang kena baca2 sebelum bawak masuk rumah. risau kan.

Saya sendiri pernah mengalami kisah mistik tapi dah lama dah. Alhamdulillah setakat ni takde dah. Harap2 takde dah la sebab saya memang penakut.

Kisah 1 : Dapur Bergegar

Kisah ni dah lama. Masa tu saya baru 6 tahun or 7 tahun macam tu. Kisah ni berlaku pada 90an.  Saya dan adik lelaki saya beza setahun je. Masa tu duduk kuarters guru. Abah dan mama bertugas di satu sekolah yang agak di pedalaman so rumah pun mg rumah lama rumah kayu. Jenis rumah kayu ni kalau kita berjalan atas lantai kayu tu kan ada bunyi kruk krak kayu tu.

Masa tu malam, mama abah semua dah tidur di katil queen dan saya dan adik tidur di katil double decker. (kami tidur sebilik sebab rumah tu hanya ada dua bilik. Lagi satu bilik buat letak barang2 and baju2.) Saya tidur di katil atas dan adik saya tidur di katil bawah. Malam tu saya tersedar sebab bunyi yang agak kuat dari lantai kayu di dapur. Rumah ni kecik saja so bila bunyi2 di rumah tu boleh dengar satu rumah. Dekat dapur ada rak pinggan yang besi tu. So bila kita berjalan di dapur memang bunyi pinggan berlaga tu kita boleh dengar.

Malam tu memang bunyi tu sangat kuat, ibarat macam orang berjalan mundar mandir di dapur tu. Mula mula saya diam je, tapi makin lama saya rasa takut so saya bangun intai ke bawah katil. Saya tengok adik saya pun terjaga sebab dengar bunyi tu. Saya tengok abah mama ada tengah tidur lena so maksudnya bukan diorang yang dekat dapur tu. Saya mula berpeluh dan disebabkan saya takut saya turun ke bawah tidur dengan adik saya. Kami selimut dan pejam mata. Lantai dapur tu terus berbunyi. Kami terlalu takut untuk kejut mama dan abah so kami tak tahu bila kami terlelap.

Bangun esok pagi baru kami cerita dekat mama abah. Diorang cakap kami mimpi je. Kami tahu kami tak mimpi sebab saya sendiri sedar. And bunyi tu bukan bunyi binatang ke apa sebab bunyi macam org berjalan ke hulu kehilir di dapur tu. Alhamdulillah tu sekali je kami mengalami gangguan tu dan selepas tu kami dah pindah rumah ke kuarters baru.


Kisah 2 : Misteri Susun Selipar

Kisah ni pulak berlaku waktu saya form 2. Saya duduk asrama masa tu. Satu dorm tu semua kawan2 satu batch. Malam tu kami tidur agak lewat, tapi bila sampai masa 'Lights Off' kami tutup lampu. Lebih kurang pukul 2 pagi, suasana sunyi di blok asrama sebab semua orang dah tidur. Kami masih lagi bersembang sambil baring menantikan masa nak lelap. Masa tu katil double decker tu dirapatkan 3 katil so kami beramai ramai baring di katil bawah. Ada kawan yang tidur di katil atas.

Saya tidur di hujung sekali. Dengan hanya bertemankan lampu koridor , kami masih rancak bersembang. Tiba-tiba kami semua senyap bila dengar bunyi selipar dekat luar. Mula mula kami ingat ada student dari dorm lain berjalan nak ke toilet ke apa. Tapi bunyi tu tak hilang. Macam gaya orang susun selipar di luar dorm. Diseret2 selipar tu di lantai. Sebenarnya memang rules di asrama ni kena susun selipar sebelum tidur. Tapi memandangkan esoknya weekend so kami malas nak susun. Takde warden check on weekend. Bunyi tu masih lagi berterusan.

Saya berbisik pada kawan dekat sebelah, "ko dengar ke?" Dia angguk je. Kawan saya yang lain pun dengar, kami masing2 berpandangan. Saya pun kuatkan semangat untuk pandang ke arah pintu sebab melalui cahaya lampu koridor dari tingkap tu kami boleh nampak bayang2 kalau2 ada orang lalu. Tapi takde langsung bayang2. Bunyi tu still ada. Saya pun mengiring ke kiri balik membelakangi pintu sebab saya yang paling hujung so saya takut. Saya peluk kawan saya dan kami pun tekad untuk pejam je mata sampai tertidur.

Tiba-tiba saya rasa ruangan katil lebih sebelah saya (sebab saya mengiring kan, so ada space sikit sebelah saya ni) macam ada orang duduk dan baring berkongsi bantal dengan saya. Jantung saya masa ni dah dup dap punya laju macam litar F1 dah. Berpeluh tak payah cakap lah. Memang rasa ada orang baring di sebelah saya. Tiba-tiba saya tak tahu dari mana dapat kekuatan, saya toleh ke sebelah saya dan punyalah terkejut saya tengok rupa-rupanya di sebelah saya tu muka kawan saya yang tidur di katil atas.

Rupa-rupanya dia turun ke bawah sebab dia pun takut sebab dengar bunyi tu. Sengal punya kawan. Last-last kami tertidur beramai-ramai di katil bawah tu berhimpit-himpit. Bila dah subuh, kami bangun dan buka pintu. Tengok-tengok selipar-selipar tu masih berselerak. Sempat lagi saya berseloroh, "ish kalau nak susun tu, susun lah betul2. Ni main2 je. "

Banyak kisah-kisah menakutkan berlaku di asrama ni sebenarnya, tapi yang saya lalui hanya itu je la.Syukurr. Haha. Ada kawan saya cerita, dia stay up malam dekat bilik study dengan kawan lagi sorang sebab musim exam. Student hanya dibenarkan buka lampu di bilik study tingkat bawah saja kalau nk study. Sebab ada rules "lights off" pada 11 malam tu. Tengah khusyuk dia study, dia duduk menghadap tingkap hujung sebelah koridor bukan sebelah pintu. Kawan dia duduk berhadapan dengan dia.

Tiba2 dia dengar bunyik pen diketuk di tingkap. Dia tengok kawan dia, kawan dia tengok dia. Then, dia tengok ke arah bunyi tu datang, dia nampak ada kelibat putih sedang memerhatikan diorang tengah study. Apa lagi, diorang pun terus kemas buku then naik ke bilik. Sepanjang perjalanan ke bilik tu pun diorang macam dengar bunyi tapak kaki dekat belakang macam ada orang ikut.

Memang seram. Haha, tapi bila ingat balik tu semua dah jadi kenangan. Pernah juga saya kena tindih di asrama masa belajar di universiti tapi tu perkara biasa.

Dah lama rasanya tak share pasal kisah2 ni. So sorry kalau ayat tunggang langgang. Tak boleh bayang macam mana saya masa mula2 masuk asrama tu masa form 1 pernah ke toilet sorang-sorang sebab sakit perut and segan nak kejut member teman pada pukul 2, 3 pagi. Time sakit perut tu dah tak fikir. Alhamdulillah takde pape gangguan. Mungkin sebab masa tu innocent lagi. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:40 PM | Show all posts
best.. baru habis marathon
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 06:59 PM | Show all posts
Edited by Olaidora at 17-10-2018 11:31 PM
velvetkiss replied at 10-6-2015 01:29 PM
kenapalah di bawa anak kecik nak tunggu siap post mortem tu. Hantarlah anak isterinya balik ke rumah ...

betul tu...apa alasan sekali pun uruskan keluarga dgn anak2 kecik dulu ..mungkin org2 muda tak terfikir hal2  yg harus dibuat dulu utk kebaikan n keselamatan dr apa2 ganguan sekali pun ..lagi2 kawasan rumah mayat yg berbagai tragis kematian..kenkadang sikap kita tu yg buat diri terjerumus dlm senario2 yg tidak diingini..wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai cik nana.. dah 2018 baru jumpa thread cik nana.. cik nana tak sambung cerita lagi ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2018 10:50 AM | Show all posts
cik.nana replied at 28-12-2015 12:54 PM
Edisi Selingan Manja

Nak share sikit. Bulan lepas, ada minor renovation dijalankan kat rumah Mama ...

TT sila la update stori uols
kami2 seme rindu


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 03:30 PM | Show all posts
Alhamdulillah selesai baca benang cik.nana ni selepas seminggu berkampung di sini.
Penceritaan yang baik dan tersusun kemas.
Terbayang2 kisah dalam ni bila terjaga tengah malam.
Harap teruskan berkongsi pengalaman cik.nana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 11:39 AM | Show all posts
selesai pon merempit, terima kasih cik nana utk cerita kt thread ni semoga cik nana sihat selalu, kalau boleh sambunglah bercerita lagi hehehehe rindu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2021 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik cerita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.191679 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list