 [size=0.75em]Ayan mencipta sejarah apabila bergelar pakar IT pada usia lima tahun.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]AYAN Qureshi hanya berusia lima tahun, tetapi dia kini bergelar pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia. [size=0.98em]Budak lelaki pintar ini sebelum ini perlu mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan syarikat perisian komputer terkemuka, Microsoft. [size=0.98em]Bagaimanapun, pencapaian Ayan sama sekali tidak mengecewakan apabila lulus cemerlang ujian Profesional Bertauliah Microsoft. [size=0.98em]Biasanya ujian itu diduduki calon di kalangan graduan kerana ia kemahiran yang sering mendapat perhatian pihak majikan.
[size=0.98em]Ayan yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke enam sebulan lagi hampir terlepas peluang menduduki ujian itu kerana pemeriksa menganggap dia terlalu muda. [size=0.98em]Bagaimanapun, pihak Universiti Birmingham terpaksa menghubungi ibu pejabat Microsoft di Amerika Syarikat untuk memastikan Ayan mendapat kebenaran bagi menduduki ujian itu. [size=0.98em]Kanak-kanak berbakat dari Coventry, England membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.
|