CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1107|Reply: 14

[Dunia] Pemanasan global punca peningkatan fenomena kilat

[Copy link]
Post time 15-11-2014 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat membuat  ramalan yang membimbangkan apabila menjangkakan kesan pemanasan global akan turut sama menyaksikan peningkatan ketara fenomena kilat.

Ramalan itu disampaikan melalui satu penerbitan kajian jurnal Sains yang berprestij.

“Walaupun dengan peningkatan suhu hanya beberapa darjah Celsius sahaja, impak kepada iklim adalah sangat besar, dalam kes ini, peningkatan pembentukan kilat sebanyak 50 peratus,” kata David Romps, penulis kajian itu yang juga seorang pengkaji cuaca di Universiti California, Berkeley.

Romps menjelaskan bahawa terdapat dua faktor utama yang menyebabkan kilat, iaitu jumlah air atau hujan dan ketidakstabilan atmosfera.

"Untuk membentuk kilat dalam situasi ribut petir, anda memerlukan air dalam tiga bentuk - gas, cecair, pepejal - dan anda memerlukan awan yang meruap dengan cepat supaya kesemua air yang terkandung di dalam atmosfera 'tergantung' untuk menghasilkan cas yang berbeza,” kata Romps.

Jadi para penyelidik hanya memeriksa bagaimana kedua-dua parameter – lebih dikenali sebagai CAPE, hujan dan ketidakstabilan, perubahan dalam senario iklim, dan bagaimana ia memberi kesan kepada pembentukan kilat.

Kesimpulannya, walaupun hujan boleh meningkat di beberapa kawasan akibat pemanasan global, CAPE juga akan meningkat dan ia merupakan punca utama jumlah kilat turut meningkat, kata Romps.

Kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua faktor - hujan dan ketidakstabilan - boleh menyumbang kepada  77 peratus daripada kebolehubahan dalam pembentukan kilat di Amerika Syarikat.

Ia kemudiannya digunakan di dalam sebelas model perubahan iklim – iaitu sebuah simulasi berkuasa tinggi yang menggunakan superkomputer, yang cuba untuk mencatatkan kelakuan atmosfera dalam persamaan fizikal - untuk mengesan bagaimana perubahan masa depan dalam parameter ini akan meningkatkan fenomena kilat.

Hasilnya ialah peningkatan 12 peratus dalam pembentukan kilat per darjah Celsius kepada pemanasan global, dan dengan itu, peningkatan sebanyak 50 peratus kilat pada abad ke-21 sekiranya ia berterusan.

Kilat sering terbentuk sewaktu ribut petir yang buruk, yang juga bergantung kepada CAPE dan juga boleh menjadi lebih biasa kerana persekitaran ribut yang lebih baik kerana pemanasan global.

Kilat juga berulang kerana beberapa sebab.

Walaupun kilat tidak menyebabkan sejumlah besar kematian manusia secara langsung - di antara 23 dan 48 orang maut disebabkan kilat setiap tahun di Amerika Syarikat dan kilat merupakan salah satu punca utama kebakaran hutan yang mengundang bahaya.

"Kilat bertanggungjawab untuk separuh daripada kebakaran hutan di Amerika Syarikat, dan ia adalah jenis yang paling sukar untuk dilawan, kerana kilat boleh menyambar di tempat yang jauh dari balai bomba," kata Romps.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 09:54 PM | Show all posts
kilat kan baik..ada fungsi dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 09:54 PM | Show all posts
Mak ckp kilat byk sebab byk patung berhala sana sini. Ni mak cakap lah. Tp masa g bali dulu byk patung merata2 sepjg jalan, n kebetulan masa kt sana tgk pokok tumbang kena panah petir.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:08 PM | Show all posts
Mary_jane posted on 15-11-2014 09:54 PM
Mak ckp kilat byk sebab byk patung berhala sana sini. Ni mak cakap lah. Tp masa g bali dulu byk patu ...

tu mak cakap..bapak plak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:11 PM | Show all posts
razhar posted on 15-11-2014 10:08 PM
tu mak cakap..bapak plak?

Instead of 'mak ckp' maybe i shud put 'rasanya'...

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:13 PM | Show all posts
Mary_jane posted on 15-11-2014 10:11 PM
Instead of 'mak ckp' maybe i shud put 'rasanya'...

tooooo late...already mak cakap....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemanasan global menyebabkan kilat..orang berdosa selalu rasa panas....meleisia negara panas dan selalu ada kilat

Ya alllah...meleishia negara berdosa sis? Nauzubillah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:16 PM | Show all posts
tapi banyak kilat ni bagus..kan..selalu lepas ribut dgn kilat..udara rasa segar je....fresh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 10:20 PM | Show all posts
Mary_jane posted on 15-11-2014 09:54 PM
Mak ckp kilat byk sebab byk patung berhala sana sini. Ni mak cakap lah. Tp masa g bali dulu byk patu ...

kucing peliharaan pula cakap apa? kucing liar datang rumah mintak friskies pula?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:25 PM | Show all posts
kebaikan kilat..

After a thunderstorm passes and it’s safe to venture outside, take a deep breath. The air will smell very fresh and clean, with perhaps an earthy perfume caused by the release of oils from pine trees and other plants. Both rain and lightning help to clear the atmosphere of dust, pollens, and pollutants. A spark of lightning does this by combining those particles; the heavier mass is more apt to fall to the ground.

Heat and pressure from lightning also turns nitrogen and other gases in the air into useful compounds such as nitrogen oxides (NO and NO2) and nitric acid (HNO3). These compounds act as a natural fertilizer to help plants make vital proteins.

Another interesting side effect of lightning’s tremendous heat and pressure is the fusion of sand and other minerals in the ground into fulgurites, commonly called petrified lightning. The word fulgurite comes from the Latin for “shiny, glowing burn”—in essence, a description of lightning. Fulgurites produced by cloud-to-ground lightning strikes are long, hard, glassy objects that look like bent tubes. Formed in an instant, they turn that fleeting flash of lightning into a permanent record of natural history—fossils of prehistoric weather events. Their shape and size vary, depending on the strength of the lightning strikes and the mineral contents of the ground.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:27 PM | Show all posts
so mari2..buat kilat dan static charge..kata bapak la...

http://www.veggiegardener.com/how-lightning-benefits-your-garden/
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
razhar posted on 15-11-2014 10:25 PM
kebaikan kilat..

After a thunderstorm passes and it’s safe to venture outside, take a deep breat ...

mengingatkan aku kt kpg time kecik2 dulu cari kulat bebentuk anu org laki tiap kali lepas ujan petir kilat sahung menyabung esoknya mesti ada kulat tu tumbuh melata kt tebing sungai..sedap sgt..manis je rasanya. razhar penah dgr tk psal kulat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:33 PM | Show all posts
puting beliung pulak kesan dari apa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:36 PM | Show all posts
razhar posted on 15-11-2014 09:54 PM
kilat kan baik..ada fungsi dia..

Mmg lah ada fungsi.  Tapi nak tahu kilat baik tak baik, leh dia patuk kepala kau sekali.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:43 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 15-11-2014 10:36 PM
Mmg lah ada fungsi.  Tapi nak tahu kilat baik tak baik, leh dia patuk kepala kau sekali.

errr kena pegang bundera  kalipoh isle ISIS ke bundera PIS dulu ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.192231 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list