CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4022|Reply: 6

Southampton membuka sebuah pusat latihan bernilai £40 juta (RM212.6 juta)

[Copy link]
Post time 15-11-2014 11:33 PM | Show all posts |Read mode
Southampton membuka sebuah pusat latihan bernilai £40 juta (RM212.6 juta) dan berharap bangunan yang dilengkapi bilik urut beraroma, mesin basuh pembunuh bakteria dan 'Kotak Hitam', mampu memenuhi misi melahirkan pemain berbakat seperti dilakukan sebelum ini.


"Lima tahun lalu, kami hanya mempunyai bangunan setingkat yang turut ditambah kabin," kata pengerusi kelab itu, Ralph Krueger.
Ia sebelum mendiang Markus Liebherr menyumbang wang dan buah fikirannya kepada kelab yang melahirkan pemain berbakat seperti Gareth Bale dan Theo Walcott.
Hari ini, di pusat latihan yang dinamakan sempena tokoh Jerman itu, yang ketika ini menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris, pengarah teknikal mereka, Martin Hunter turut mengharapkan ia mampu melahirkan pemain mencukupi untuk mengisi separuh daripada kesebelasan utama.




Dengan kata lain, ia satu aspirasi yang diperkatakan beberapa individu di kelab ini untuk memecahkan monopoli empat pasukan teratas.
Biarpun terletak di kawasan terpencil di Hampshire, skala operasinya ternyata begitu hebat. Terdapat sembilan padang latihan, dari kawasan bersaiz 60x40 ela yang digunakan untuk pemain bawah 8 tahun hinggalah sebuah padang yang terletak di astaka yang menggunakan rumput yang sama seperti digunakan di stadium St Mary.
"Semuanya di sini membawa maksud peningkatan," kata Hunter.
"Pemain berusia lapan tahun mahu meninggalkan padang mereka untuk ke padang ini, yang terletak bersebelahan astaka. Mereka bermula dengan bola sepak mudah, satu lawan satu, dua lawan dua. Mereka memberi tumpuan terhadap perlawanan, bukan sistemnya.




"Mereka mempelajari prinsip serangan dan pertahanan. Pasukan dari skuad Bawah 15 dan ke atas akan bermain dengan formasi 4-3-3, tetapi kanak-kanak bermula dengan mengenal bola, belajar untuk bermain dan berfikir sendiri.
"Sekiranya mereka menunjukkan peningkatan, mereka boleh berpindah dari dewan makan akademi dan skuad Bawah 21 ke dewan makan kesebelasan utama."
Sebanyak sembilan kamera dipasang di padang, 16 lagi bakal menyusul.



"Kami mahukan setiap sudut pandangan yang membawa kebaikan kepada pasukan," kata ketua pengambilan pelatih, Paul Mitchell.
Rakaman daripada kamera itu akan dikaji lapan penganalisa dengan kajian lebih terperinci ditumpukan terhadap skuad Bawah 18 dan 21.
Semua yang menjalani latihan di padang akan dipantau secara fizikal dan mental oleh pasukan pemilihan dan pemantau yang diketuai Rod Ruddock, bertanggungjawab menemui pemain hebat seperti Bale. Jaringan pasukan pemantau itu turut membabitkan 30 jururunding di padang.
Peralatan terkini yang diletakkan di pusat latihan itu adalah 'Kotak Hitam' iaitu sebuah bilik dua tingkat tanpa tingkap bersebelahan bilik analisis, dilengkapi skrin sentuh gergasi dan bilik tontonan.



"Ia perisian milik kami," kata Mitchell.
"Saya tidak akan beritahu anda berapa harganya kerana tidak mahu kelab lain tahu. Di sini pengurus akan datang untuk melihat maklumat yang kami kumpulkan mengenai pemain berpotensi."
Perisian itu memproses maklumat mengenai pemain berpotensi ke skuad senior dan pengambilan pemain remaja, dari keputusan peperiksaan hinggalah klip video. Sewaktu pasukan itu membentuk skuad hebatnya musim ini, kebanyakan keputusan Ronald Koeman dibuat berdasarkan apa yang berlaku di bilik ini.
"Ia mampu memberikan peningkatan, biarpun dalam peratus kecil," kata Hunter.



Ia berkembang ke bilik dobi yang dikendalikan Mark Forde.
"Kami menghabiskan 18 bulan mengkaji mesin basuh ini," katanya.
Jumlah oksigen yang dipam ke dalam mesin khas ini, menghapuskan bakteria daripada jersi pemain.
"Ia membantu pemain agar kekal sihat," kata Forde.




Mereka juga dikatakan membawa cadar sendiri ketika perlawanan di tempat lawan. Selain itu, pusat latihan berkenaan dilengkapi dua bilik urut.
"Anda boleh mengubah pencahayaan, bau dan muziknya. Sukar untuk mengukur kesannya tetapi dengan kerjasama jabatan psikologi, kami ingin melihat sama ada ia mampu merangsang sesetengah hormon," kata pengurus perubatan dan sains sukan Mo Gimpel.


"Kami mahu mereka membantu pemain berehat pada hari pemulihan atau menyegarkan mereka selepas menjalani latihan keras."
"Cabaran kami kini adalah bagaimana untuk terus berada di depan. Bukan saja pemain muda perlu menunjukkan peningkatan. Apa yang kami lakukan amat baik dan berharap kemudahan menakjubkan ini akan memberi lebih manfaat."


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2014 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2014 11:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 11:39 PM | Show all posts
satu pelaburan yg bagus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058059 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list