CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2769|Reply: 3

Selekoh maut Bukit Chendering

[Copy link]
Post time 16-11-2014 03:00 PM | Show all posts |Read mode


  • Keadaan Proton Waja yang terbabas ketika menggunakan laluan di KM10–11, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan dekat sini, petang kelmarin.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


MARANG – Bahaya! Demikian pendapat pengguna jalan raya mengenai  jajaran berselekoh di Kilometer (KM) 10 hingga 11, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Bukit Chendering dekat sini.

Terbaru, seorang pemandu yang menaiki kereta jenis Proton Waja terbabas dan melanggar tiang lampu di atas pembahagi jalan petang kelmarin selepas dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui selekoh  itu.




Selain faktor memandu laju, keadaan cuaca dan permukaan jalan, jajaran berselekoh tersebut wajar dikaji semula kerana kemalangan seumpama itu berlaku terlalu kerap malah sudah ratusan tiang lampu diganti baharu.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya di negeri ini berharap dan meminta pihak kerajaan negeri membuat perancangan dan mengkaji semula jajaran berselekoh di Kilometer (KM) 10 hingga 11, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan itu.




Ini sebab ia dianggap laluan berbahaya khususnya bagi pengguna sering berulang-alik ke tempat kerja dari Marang ke Kuala Terengganu dan sebaliknya kerana laluan berselekoh berkenaan telah banyak ‘makan jasa’.

Perkara ini turut menarik perhatian, Pengerusi Masjid Pulau Kerengga, Mazri Hussin, yang menyifatkan kajian semula jajaran berselekoh itu dilihat wajar bagi menggelakkan kemalangan terus berlaku dan pemandu terbabas.




“Setahu saya, sudah beberapa kali berlakunya kemalangan di lokasi berkenaan dan kenderaan pula melanggar tiang lampu yang sama. Sebenarnya ia bukan berpunca daripada masalah kecuaian sahaja tetapi selekoh itu memang berbahaya.

“Laluan tersebut pula menjadi laluan utama kenderaan dari Marang ke Kuala Terengganu  dan sepatutnya diberi keutamaan dari aspek pengubahsuaian bagi mengelak kemalangan dan kerosakan harta benda terus berlaku,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna jalan raya, Musa Omar, 65, berkata, laluan berkenaan sentiasa sibuk dengan kenderaan pada setiap hari apatah lagi pada musim hujan lebat ketika ini termasuk ketika musim cuti sekolah.



Menurutnya, keadaan akan menjadi bertambah baik sekiranya jajaran berselekoh itu dapat diubahsuai selain hanya menyediakan papan kenyataan amaran untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di laluan berkenaan.
“Sebagai pengguna laluan berkenaan saya amat berharap pihak berwajib dapat melaksanakan perancangan dan kajian mengubah laluan agar jalan itu lebih selamat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memag slalu ad xcdent kt cni..pnah skali tu,umah kt tepi jalan kna rempuh 2 kali,mula2 senget je beranda tu..tgh duk bincang2 mari plok sutir lg..runtuh terus beranda..mujur xdk org cedera
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ekpung gak bowok kancil jek pun...berangan mcm bowok subaru
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 03:03 PM | Show all posts
aku pun pernah accident sini...sapu 5 buah...huhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.133588 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list