CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 9

[Dunia] Tren Maglev dengan kelajuan lebih 500kmj

[Copy link]
Post time 17-11-2014 11:54 PM | Show all posts |Read mode
YAMANASHI – Seramai 100 orang penumpang menjadi pengguna pertama menaiki tren terpantas di Jepun yang mampu mencapai kelajuan melebihi 500 kilometer sejam (kmj).

Tren Maglev yang masih dalam proses percubaan itu memulakan perjalanannya di antara dua bandar iaitu Uenohara dan Fuefuki.

Terdapat beberapa kamera yang diletakkan di dalam tren berkenaan untuk merakam respons para pengguna yang pertama kali menaiki tren Maglev yang menjalani latihan selama lapan hari.

Menurut jurucakap Syarikat Kereta Api Pusat Jepun, pihak mereka melakukan latihan di landasan tren di wilayah Yamanashi sebagai langkah permulaan.

“Kami ingin memastikan segalanya berjalan lancar sebelum tren ini boleh diguna pakai oleh penduduk tempatan,” katanya.

Tren berkenaan bergerak dalam keadaan ‘terapung’ di atas landasan kerana menggunakan sistem pengangkat magnetik.

Maglev akan menjadi tren terpantas kerana tren laju lain di Jepun pada masa kini cuma mampu mencapai kelajuan sehingga 320kmj, malah tren paling laju di London cuma mencecah kelajuan 300kmj. – Agensi


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 11:57 PM | Show all posts
apasal ayat last tu mention London?...

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau lah negara jepun ni besar mcm china,,, mesti jepun lagi hebat dr sekarang... Berselerak laluan keretapi laju 500kmh ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya maglev dioptimizekan scr besar besaran...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:30 AM | Show all posts
wow. Lajunyer
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 12:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-11-2014 12:36 AM | Show all posts
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepanjang 847.7 kilometer dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam
so kalau ada tren ni di Malaysia kurang 2 jam la masa perjalanan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 08:50 AM | Show all posts
Decaffeinated posted on 17-11-2014 11:57 PM
apasal ayat last tu mention London?...

pasal eurostar la tuh..london to paris..nak tunjukkan beza high speed tren vs maglev
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 08:52 AM | Show all posts
m'sia nak bina high speed train..kl-spore dlm 90minit..ok la tuh...2040 tuko maglev plak..kl-s'pore x smp sejam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 02:12 PM | Show all posts
R2D2 posted on 18-11-2014 12:36 AM
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepanjang 847.7 kilometer dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam
so ka ...

500 km/j tu top speed

kenderaan darat ni ada masa laju, ada masa biasa ja not like kapalterbang...

mcm Shinkansen atau Eurostar jugaklah bukan sentiasa berdesup....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.055957 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list