CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 920|Reply: 3

[Dunia] 600 kali sebatan kerana menghina ibu

[Copy link]
Post time 18-11-2014 10:10 PM | Show all posts |Read mode


Riyadh: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara satu tahun dan 600 sebatan terhadap seorang lelaki kerana menghina ibunya.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas polis peronda menerima panggilan meminta bantuan daripada ibunya yang berusia 50-an.

Wanita itu memberitahu polis anaknya bertindak menghina dan menyerangnya dengan melemparkan sebotol jus menyebabkan dia cedera di leher.

Si anak juga mengugut akan membunuhnya, menurut laporan akhbar tempatan, Al Watan.

Berdasarkan siasatan, polis mendapati defendan pernah menghadapi tuduhan memiliki dadah.

Lelaki itu dilapor mengaku bersalah di mahkamah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Namun, hakim engggan membebaskannya dan menjatuhkan hukuman penjara serta sebat.

Pengguna laman sosial menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan lelaki itu dan berkata, dia sepatutnya menerima hukuman yang lebih berat daripada itu. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 10:13 PM | Show all posts
tu laa...derhaka kat ibu , sian ibu. ade kes jenayah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 10:49 PM | Show all posts
mak melahirkan tuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah. Kt Msia pun berlambak kes mat pit belasah mak sendiri. Bila nk laksanakan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.084534 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list