View: 5628|Reply: 42
|
[Jenayah]
Sudahlah Mencuri, Memasak Pula Di Dapur Tuan Rumah!
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri terkejut apabila kepulangan mereka dari bercuti disambut ‘tetamu’ tidak diundang yang ketika itu sedang leka memasak di dapur, dalam satu kejadian di Kampung Enjin Gergaji, Kemaman, Sabtu lalu.
Curiga dengan kehadiran ‘tetamu’ itu, pasangan berkenaan terus membuat pemeriksaan sebelum mendapati beberapa barang berharga di dalam rumah telah hilang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pasangan tersebut telah meninggalkan kediaman mereka dalam keadaan berkunci dengan baik sejak Khamis lalu.
“Bagaimanapun, apabila pulang semula pada hari kejadian, sejurus membuka pintu rumah utama, mereka terkejut selepas mendapati kelibat seorang lelaki dikenali sedang memasak di dapur.
“Terkejut dengan kehadiran suspek, 29, yang bermaharajalela di dalam rumah, pasangan itu terus membuat pemeriksaan sebelum mendapati beberapa barang berharga telah hilang, termasuk duit tabung yang disimpan di dalam bilik,” katanya.
Wan Abd Aziz berkata, mungkin terlalu leka memasak, suspek tidak menyedari kepulangan pasangan itu sehinggalah dia disergah oleh salah seorang daripada mereka bertujuan untuk bertanyakan perihal kehilangan barang berharga tersebut.
“Namun, suspek cuba melarikan diri tetapi sempat ditahan sebelum pemeriksaan beg yang ada di tangannya, berjaya menjumpai beberapa barang berharga lain termasuklah sebuah kamera; dua helai baju; duit syiling berjumlah RM50; sepasang kasut dan sebilah pisau,” katanya.
Jelasnya lagi, yakin kesemua barang berharga milik mereka, pasangan itu terus menghubungi polis bagi menyerahkan suspek.
“Siasatan lanjut di lokasi kejadian tidak menjumpai tanda-tanda rumah itu dipecah masuk dan berkemungkinan suspek memiliki kunci pendua, namun siasatan masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana cara suspek memecah masuk rumah tersebut,” katanya.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.[url=]http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pencuri-leka-memasak-ketika-mangsa-pulang-1.336626
[/url]
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur ini kes terpencil sis.meleisyiah masih aman.;) |
|
|
|
|
|
|
|
dah mencuri.. lapaq pulak dah ..
masak dulu laahhh .. |
|
|
|
|
|
|
|
“Bagaimanapun, apabila pulang semula pada hari kejadian, sejurus membuka pintu rumah utama, mereka terkejut selepas mendapati kelibat seorang lelaki dikenali sedang memasak di dapur. Hmmmm.... sah anak beranak dia la tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu kecik2, cita2nya nk jadi tukang masak la ni..tapi x kesampaian.. |
|
|
|
|
|
|
|
hihih...comel lah boleh masak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Dikenali sah2 la anak beranak dia la nih....elok la budak tu meringkuk lam penjara sbb curik duit syiling rm50.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols lebih terpana-pana baca nama kampung tersebut. Kampung Enjin Gergaji ....
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 27-11-2014 08:14 AM
Hmmmm.... sah anak beranak dia la tu...
tiba-tiba iols cari button LIKE kat uols punya komen... hahahaha... betul la tu, anak-beranak dia jugak la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dikenali tak semestinya anak beranak. .kaum kerabat..kawan2.. ntah2 dikenali sbb kenal muka..selalu nmpk kat mana2 ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
sempat masak lagi tu
tak pasal2 kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Sambil menyelam minum air.
Penat merompak, tetiba lapor pulak dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dikenali tu mungkin tukang cuci rumah yang datang seminggu sekali.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
selambaa kau dah curik pastu siap nak masak. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin nampak ayam dlm freezer.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak makan kat luar hasil mencuri so so aje....terpaksalah dia memasak |
|
|
|
|
|
|
|
Follow saranan kerajaan bagi golong miskin bandar. Masak makan kat rumah (tak kira rumah sape pun ) |
|
|
|
|
|
|
|
org kata kalau pakaiilmuhitan diorg akan mkn mknan dlm rumah yg dicuri.
myb takde mknan jd dia mask dulu mne yg ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|