CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: nolya

Buat seorang teman

[Copy link]
Post time 2-12-2014 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sarizu posted on 2-12-2014 08:24 AM
Best!

Moga tiada kecurangan

yakin? hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2014 06:57 PM | Show all posts

Ep. 4

*************************************************************************
Seterusnya  posting  kami dalam keramahan bersahabat,  penuh hormat, dan saling bertanya khabar  walapun kekadang   tidak ada yg  penting  untuk  diceritakan.

Razman cuba  merisik cerita2  peribadiku,  tetapi  tidaklah semudah  itu aku memberitahu.  Sekalipun aku punya masalah sendiri, itu ceritaku peribadi  yang  tak harus aku war-warkan ke sana-sini.   Kisah rumahtanggaku yang sudah lama berteratak sepi, akan ku bungkus rapi.  Pun selama ini aku sering sembunyikan segala kesedihan daripada riak wajah agar segala masalah yg aku tanggung tidak menyerlah.  Segala cabaran dan  ujian aku sandarkan  dgn penuh ketabahan, aku  pasrah kepada Tuhan.   Entah berapa lama lagi aku akan  bertaraf  isteri, sedangkan sudah begitu lama aku tidak diperduli. Hatiku juga sudah lama sepi.  Aku digantung tidak bertali.  Mujurlah aku ada seorang anak gadis remaja yang menjadi penenang jiwa.

Kepada Razman, aku hanya sempat menyatakan  bahawa  aku tetap bertaraf  isteri, walaupun tiada suami di sisi. Juga aku punya  seorang anak gadis yg sedang menuntut di university  dan akan berwisuda tak berapa lama lagi.

Razman cuba mempastikan status diriku sebenarnya bagaimana.  Aku hanya menjawab aku punya suami,  suami ku ada, suami ku tiada.  Razman hairan.  Razman bertanya macamana yang dikatakan ada suami tetapi tiada suami.   Aku bungkam untuk menceritakan selanjutnya.   Aku tak ingin menepuk air di dulang, kelak percikannya akan membasahi muka ku sendiri.  Kepada Razman aku hanya bercerita secara berkias.

      “Seumpama aku  duduk di pinggir pantai, terlihat air lautnya surut jauh ketengah, sementara  ombak-ombak  
       kecil berlari2  mengejar tepian.  

       Aku memberanikan diri berlari-lari  anak  ke gigi air, sekadar mau bermain-main, membenamkan  kaki ke
      dalam  pasir yg lembut  sambil melihat anak-anak  ketam kecil lari berkeliaran.  Pukulan  ombak kian  
      membesar, deruannya jelas terdengar, mendekat,  tanda air laut akan pasang.  Sampai saatnya aku harus
      naik ke darat kerana tidak ingin diterjah ombak, nanti basah atau terjatuh atau mungkin juga lemas kerana   
      tidak pandai berenang.   
      
      Pun tidak ingin aku terus menjadi penunggu pantai, merenung jauh ke tengah lautan, cuba menikmati satu
      keindahan.  Sejauh saujana mata memandang, terlihat  ufuk kaki langit bagaikan  mahu bercantum dgn bumi
      tetapi ada garis yg memisahkan.  Ingin aku ke ufuk di situ  agar dapat aku capai langit yg indah, yg mencerah
      pemandangan. Tetapi sayang, aku tidak  kesampaian.   Ufuk itu seperti ada tetapi sebenarnya tiada dan  
      melelahkan aku  mengejarnya.

      Siang kian beransur malam, cerah mulai suram dan akhirnya gelap menyeliputi suasana.  Tak ada apa lagi   
      yang dapat dilihat . Yang tersisa  hanyalah kerdipan cahaya kecil di tengah laut, cahaya yg menemani kelong-
      kelong  ikan nelayan yg meraih rezeki di tengah lautan.
      
      Alam kembali diselimuti sepi, sepi turut menyapa hati.  Hatiku terus diacah2 cobaan, hati yg rindukan   
      sebuah kebahagiaan.

Aku tidak tahu sejauh mana Razman boleh memahami apa yg cuba aku sampaikan di sebalik apa yg aku coretkan.

Razman terus ber-pm lagi.  Razman menyapa:

“Salam.  Nor,……… kita dating?  Saya teringin nak jumpa you.”

Tersentak aku dengan pelawaan  Razman.  Selama ini aku tak pernah menyimpan niat untuk bertemu dengan mana-mana lelaki pun kerana menyedari status diri aku siapa.   

“Ya Allah, Engkau tetapkanlah imanku ya Allah. Apakah ujianmu kepadaku sudah bermula?”  aku bertanya sendiri.
Astagfirullah hal azeeem... astagfirullah hal azeeem..........aku beristighfir berkali-kali.  
CikNaa..........., jangan mau CikNaa, jangan, jangan..... Sekali lagi suara hati CikNaa mengingatkan CikNaa.

Secara berhemah aku memberikan jawapan kepada  Razman,
“Wa ‘alaikum salam…...... Awak nak dating saya ke?  Boleh, boleh………..., tapi kita dating di bawah pokok togey, oke?”  aku menjawab secara lelucon.

“Apa pula di bawah pokok togey?  You memberi alasan ye? Kita dating di  restoranlah.  Saya belanja awak makan.” Razman pelawa lagi.

“Terima kasih Raz.  Tetapi saya tak biasa makan dengan lelaki  yang tidak saya kenali.  Saya segan dan saya takut”  aku  cuba mengelak.

“You nak takut apa?  I Cuma nak ajak you makan saja, bukan nak buat yang tak elok kepada  you” pujuk Razman.

“Bukanlah macam tu Raz.  Still saya seganlah.  Saya segan kepada diri saya sendiri.  Manalah  tau  nanti terserempak dengan kenalan you, berceritalah pula kepada wife you, huru hara jadinya nanti.  Tidaklah Raz.  Thank you…...  Moreover saya juga takut, saya takut kepada Allah yang sentiasa memerhati gerak geri saya.” Aku mengelak dengan baiknya.

Razman tidak dapat berkata banyak lagi atas alasan yg aku berikan.
“You di rumah tentu you makan bersendiri kan?  Itu sebab I nak ajak you pergi makan.” Razman mengacah-acah   lagi.

“Usually, kalau my daughter is around, I have a friend to eat together.  Kalau tak,  I makan sendirilah.  Macam senikata lagu tu “masak, masak sendiri, makan, makan sendiri, cuci baru sendiri, tidur ku sendiri……. Macam tulah.  Thanks again kerana sudi ajak saya pi makan.”  Aku tetap mengelak.

“Nor,………. ramai orang pergi ke Jepun,  nak minta nomor telefon.” pinta Razman.

Aku ketawa sendiri.  Pulak daaah…………..  Mula-mula ajak makan, sekarang minta nomor telefonlah pula…….. aku tersenyum sendiri.  Lucu rasa di hati.

“Razman, you ni macam-macamlah.  Mula-mula ajak saya makan.  Dah tu minta pula nomor telefon.  Esok-esok entah apa pula.”  Aku bersungut mesra.  “Sorrylah, saya belum bersedia nak bagi you my telefon number.  Not now, may be later.  Sabo no........”


*************************************************************************






:












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2014 07:10 PM | Show all posts
Esmiria posted on 2-12-2014 05:40 PM
mengingatkan aku pada thread "closed"

ada apa dengan thread "closed", sharelah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 2-12-2014 10:57 AM
Ep. 4

*************************************************************************

typo ke bhai? mempastikan <<

Nomor<< nombor ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2014 07:54 PM | Show all posts
Esmiria posted on 2-12-2014 07:50 PM
typo ke bhai? mempastikan

ya, typo error
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2014 10:49 AM | Show all posts
Ep 5


PM antara  aku dan Razman berterusan.  Razman selalu saja mencari sela mengintip cerita peribadiku tetapi aku selalu waspada agar tidak terlalu terbuka.  Tidak semua boleh aku ceritakan.

Monghormati peribadi seseorang, aku juga tidak bertanya-tanya kisah hidup Razman.  Biarlah dia sendiri yang menceritakan dan aku hanya mampu mendengar.

Razman mengada-ada dan menyatakan  kalau dia menyimpan hasrat untuk berpoligami.  Aku tak tau kenapa hal itu dia  kabarkan kepada aku. Adakah dia mengacah-acah untuk mendengar  pendapat aku atau adakah telunjuknya lurus kelingkingnya berkait?  Entahlah…………

“Razman……….  you kenapa?.  You ingat poligami tu mudah?   Mampu sangat ke? Boleh berlaku adil ke?
You kan sudah ada isteri yang baik, dan family yang sejahtera,  kenapa nak tempah celaka? Jangan nak mengada-adalah.” Aku pula yang meleteri Razman.

“Saya lonely-lah”  Razman mengadu.

“Kalau yang itu, tak dapatlah saya menolongnya.  Tak kan you tak pandai nak handle situasinya.  Pandai-pandailah awak berlakon.
Janganlah Raz.  Tak baiklah kalau awak buat macam tu kat isteri since she is a good wife. Kasihanilah anak-anak you juga.

Razman, pernahkah you perhatikan wajah polos mereka sewaktu mereka tidur? Tidakkah  you  terlihat  betapa lelahnya isteri mengabdikan dirinya demi kesejahteraan you sekeluarga, betapa sucinya wajah anak-anak you yang mengharapkan kasih sayang ayahandanya?  Sanggupkah you khianati mereka?

Mereka adalah amanah you Razman.  Allah sudah titipkan  kehidupan mereka ke tangan you. You sudah terpilih untuk menjadi penaung dan pemimpin hidup mereka, maka janganlah mereka you zalimi. Kelak hidup you nanti tak berkat.  Jangan nanti yang you kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Saya doakan semoga hasrat you nak cari seorang lagi, tidak  Allah qabulkan.”  Eee….h!  Aku dah macam penasihat si Razman pula.

“Nor………, kita jumpa”  pinta Razman lagi.

“Razman,  
          cantik sungguh kebaya mak nyonya, anak kecil memakai gaun,
          awak itu sudah berpunya, saya tak ingin kacau daun.

No Razman, no.  Saya tak boleh jumpa awak. Saya tau diri,  Raz. Sebagai isteri orang, nusyuz  kalau saya berbuat demikian.  Masalah saya masalah saya, tidak pula harus saya memberi masalah kepada orang lain”.  Permintaan Razman terus aku elak berhemah, mengharapkan  Razman benar-benar mengerti.













Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2014 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 3-12-2014 02:49 AM
Ep 5



Wahhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 09:07 AM | Show all posts
Ep 6


Razman  tetap tak putus asa.
  
“Nor…, saya nak jumpa awak sekali aje, satu kali sahaja.  Rasa macam saya merindui awak dan mula menyayangi awak.”

“Apa?” aku berbisik sendiri.   “Biar betul si Razman ni.  Sejak bila pula dia nak merindu-rindu dan sayangi aku.  Nak perangkap aku ke ni?"

Awas CikNaa…….. jaga-jaga!.  Sekali lagi CikNaa mengingatkan CikNaa.  “Don’t worry, I can handle it”. Aku meyakinkan diriku  dan memberitahu kepada CikNaa ku juga.

"Razman,
            manis rasanya buah papaya, papaya ditanam di kebun desa     
            kita bertemu di alam maya, jangan bertemu bersulamkan dosa

Bukankah orang-orang dulu pernah bertanya dari mana datangnya sayang.  Jawabnya dari mata turun ke hati.
Apakah jawapan you Raz kalau saya pula bertanya

           kenapa ulam dicecah budu, budu tertumpah kenapa dikaut, belilah yg lain di pasar Payang            
           kepada saya apa yang dirindu, di mana mulanya kasihmu terpaut, mengapa mudah memberi sayang?

“Susahnya saya nak jawab pantun awak Nor,  sesukar saya nak bertemu awak.  
Wahai saudari Siti Nor Jannah,

          jangan kau tanya mengapa aku rindu, jangan kau tanya mengapa aku sayang
          aku tak punya jawapan yang kau mau, tapi aku rindu, aku rasa sayang

         mengapa biru warnanya mata, mengapa merah warna di pipi
         andai tak bertemu  di alam nyata, sudikah kita bertemu di alam mimpi

Nor, saya nak tujukan lagu  Arrow ‘Sendu Dihatimu, Rindu Dijiwaku’ khas untuk awak  Awak dengarkan ye”.

Fuyoo……., jiwang juga si mamat ni. Dah angaukah?……… Razman, Razman,  aku tersenyum sendiri.

"Encik Razman,
        usahlah tuan menyemai kasih, usahlah tuan meraih sayang
        usahlah tuan mengundang sedih, usahlah tuan mengejar bayang  

       janganlah aku ditunggu diharap, janglah menyebut seribu janji
       semuanya kan lebur tak akan menyerap, bak titisan embun di daun keladi

Lagu itu?, ya sudah saya dengarkan. Thanks for the song Raz. Ul lal la………….. Tak tau saya nak cakap apa. He…he….he…"
     
"Pandainya awak memilih lagu, lagu menyindir menusuk kalbu, ada genangan di kelopak mata, terbungkam saya seribu kata.

Lagu yg dikirimkan, bagai dirimu membisikkan, bagai hatimu membicarakan, bagai menatang seribu harapan.

Maafkan saya Razman,
  
           kayu berlian kayu jati,  pohonnya tinggi tidak berbayang
           kepadaku jangan ditaruh hati, madahku hanya mengacah sayang

Sungguh dan sejujur-jujurnya Raz, kita hanyalah sebatas kawan.  Antara kita janganlah ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa.  Awak siapa, malah saya juga sedar diri,  saya siapa.

Bagaikan burung, walaupun ingin saya terbang tinggi, sayang rantai terpasung  di kaki. Lagu ‘Tuhan Berikan Aku Cinta’ mungkin ada lakaran hati saya di sana.  But of all Raz, saya sama sekali tidak ingin menjadi petualang bagi kebahagiaan you sefamili.

Mengertilah……………. " Begitulah aku cuba yakinkan Razman dengan berbagai alasan.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 4-12-2014 01:07 AM
Ep 6



asik babak pm jerr...cam otak aku ni lekat ler.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2014 07:12 PM | Show all posts

Ep 7

“Pastikah saya tak ada peluang berjumpa awak Nor?”  tanya Razman.

“Itulah yang sebaik-baiknya Raz.  Janganlah kita menuai dosa dalam persahabatan  ini.  Saya khuatir, bermula dari satu pertemuan akan memicu pula perselingkuhan.  Tentu bukan itu yang kita mahukan, ya kan?. ”

“Boleh saya dapat nombor telefon awak?” Razman ulangi permintaan.

Akhirnya aku kalah kepada permintaan Razman lantas melepaskan no. telefon bimbit ku kepada dia.

“Baiklah, dengan Bismillah............. no h.p. saya ialah  016…………974.”

“Thank you, Nor.  Thank you very much. You’ve made my day”. Ada keceriaan dalam kenyataan Razman.

Semenjak memperoleh no h.p. ku, kami lebih  sering ber-sms daripada ber-pm.  Razman kemudian mengirimkan sms:
         tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari
         hendak ku jumpa tak dapat-dapat, nanti awak ku bawa lari
         ……… ke Siam

Aku ketawa besar dibuatnya. Razman..........., Razman.

“Apa kelas nak bawa saya lari, bawalah saya terbang” aku usik membalas.

Razman bagaikan kehilangan  kata-kata untuk  menjawab.

“Good night, Nor.  Shall I meet you in my dream?  Razman pamitan.
“Silakan dengar lagu ini juga ye, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ nyanyian Exist.”  Razman  berpesan.

“Good night and sleep tight. May tomorrow comes a bright day and chase your sorrow away….. amiin.” Aku akhiri catatan sms ku.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2014 10:07 PM | Show all posts

Ep 8


Satu hari, tiba-tiba aku terima panggilan telefon daripada seseorang yang tak aku kenal.
Mis X:     Hello, boleh saya cakap dengan Kaka Siti Nor Jannah
Aku:       Ya, bercakap ni.  Awak siapa?
Miss X:   Saya, Shidah
Aku:       Shidah….? Maaf, saya tak kenal Shidah. Salah nombor ke?
Miss X:   Kak……Akak kenal Razman?
Aku:       Kenal,  kenapa?
Miss X:   Razman tu ayah saya Kak. Akak berkawan dengan ayah  ke?
Aku:       Ya (aku menjawab penuh yakin). Mana Shidah dapat no. tel. saya ni.
Miss X:   Daripada h.p. ayah. Akak, Shidah minta kalau akak tidak ber-sms lagi dengan ayah sebab tak
              maulah rumahtangga ayah terganggu.
Aku:      Oh! OK Shidah. Akak minta banyak-banyak maaf  kalau Akak telah berkawan dengan ayah awak.
             Jangan  bimbanglah, akak tak ada niat jahat untuk menganggu famili Shidah.  Don’t worry,
             everything shall  be fine for you and your family.  Sorry ye.
Miss X:  Terima kasih Akak.

Shidah kemudian mengirim sms meminta agar aku tidak memberitahu ayahnya tentang bualan kami.

Menerima panggilan telefon dan pesanan sms daripada Shidah seperti mengejutkan aku daripada satu lamunan.  Seperti aku diketuk. Aku terdiam sendiri dan aku tau memang aku salah.
See CikNaa, apa dah jadi?............... CikNaa mula mengejek CikNaa.

Aku ber-pm kepada Razman memberitahunya aku telah ditelefon oleh salah seorang daripada familinya bertanyakan tentang sms aku kepada dia. Razman bertanyakan  siapakah orangnya tetapi aku tidak menyatakan kerana menghormati permintaan pemanggil yang berkenaan.

Malam berikutnya  Razman sms kepadaku, katanya, “semalam, lepas maghrib, my wife bawa al-Quran depan I menanyakan sms kita yang dia sudah terbaca. Saya hanya katakan: Kawan. Barulah dia datangi dan temani I tidur. Kalau tak, termangu-mangu I tidur sendiri.”

“Oooo ye ke?  Baguslah kalau macam tu.  Ada hikmahnya juga kita berkawan kan? You pulak janganlah jual mahal. So…. malam tadi tak jadilah bidadari datang menemani you kan, kan?  Ehemmmm….. sudahkah ada syurga diwajamu?” aku mengusik penuh makna.

Esoknya, sekali lagi aku terima sms yg lebih  mencabar perasaan ku.

“Salam.  Saya Norafifah, isteri Razman.  Saya nak tau apakah awak bercinta dengan suami saya sehingga dia nak bawa awak lari ke Siam?”

Astagfirullah hal azeem……, sekali ini aku benar-benar terkejut.  Aku cuba bertenang dan bersabar apabila diterjah soalan seperti itu.  Ya Allah, fitnah apakah ini.  Apakah aku sudah menzalimi diri ku sendiri?.

Apa lagi, CikNaa pun memulangkan paku buah kerasnya ‘padan muka kau CikNaa, kan dah kena?’  CikNaa terpaksa terima kutukan dari-pada CikNaa juga.

Aku membalas sms isteri Razman.
“Wa ‘alaikum salam. Saya mohon ribuan maaf kerana berkawan dengan Razman. Saya tidak bercinta dengan dia. Kami tak ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa. Saya juga isteri orang dan juga ada anak.
Jangan berfikir saya akan lari dengan Razman ke Siam.  Itu hanya usikan yang tak akan jadi kenyataan. Itu kerja gila dan saya tak akan lakukan segila itu. Percayalah.  Saya tak akan ganggu Razman dan keluarganya. Selama ini pun saya tak pernah kenal Razman itu siapa dan bagaimana orangnya. Bertenanglah dan jangan bimbang lagi. Sekali lagi maafkan saya.”  

Norafifah membalas lagi,
“Baguslah kalau awak sudah sedar.  Awak sudah menduakan suami awak dan awak patut bertaubat”.  Ringkas sms-nya tetapi tetap memberi tamparan kepada aku. Bagaikan tercalar reputasi ku. Aku terbisu seribu kata. CikNaa ku turut bungkam. Aku sedih dikatakan begitu tetapi bagaimana lagi, memang aku bersalah. Aku akui aku salah. Aku terdiam.

Ada sms daripada Razman.
“Nor, saya minta maaf kerana sudah timbulkan kesulitan kepada awak.  Saya tau awak ada berbalas sms dengan isteri saya.  Saya kecewa  hal ini terjadi.  Saya tak ingin kehilanganmu.   Saya benar-benar sedih.”

Aku jawab “tak ape.  Memang padan muka saya pun. Saya yang salah. Don’t worry Raz, I am strong and I can face it. Tangan saya sudah mencincang, maka bahu saya harus memikul.”

Sms kami reda beberapa hari berikutnya.  Aku mengagak Razman tentu sedang berperang dingin dengan isterinya.  Kewibawaan dia sebagai suami dan ayah turut tercabar.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2014 11:03 PM | Show all posts
Ep Akhir:

Bismilla hirrohma nirrohim……………
Salam buat sahabatku Razman,

Saya mohon agar  awak bersabar bila saya katakan posting ini adalah yang terakhirnya mendatangi mu.  Maaf  Razman kalau persahabatan kita ini tidak dapat diteruskan lagi.  Tentu saja awak sudah dapat menebak sebabnya mengapa.

Hidup kita dikandung hukum syarak dan adat yang tidak boleh kita abaikan. Menyelesaikan masalah pun janganlah kita tersalah langkah,  kelak  kita mengundang padah.  Andaikata kita alpa, jangan kita terus leka, berpatahlah balek ke jalan semula, Insyaallah kita terhindar celaka.

Hakikatnya Raz, sejujur manapun keikhlasan kita untuk berteman, kecurigaan itu sentiasa ada dan fitnah sering mengintai  di mana-mana.

Ibarat melayari hidup di samudera nan luas, kita hanyut tidak di rakit yang sama. Terpaan ombak yang dikau tempuhi hanyalah ombak-ombak kecil yang mampu dijinakkan sedangkan badai yang saya hadapi melelahkan kudrat ku untuk mengatasinya.  Pun begitu, saya tahu saya tidak harus menyerah kalah sebesar apapun dugaan yang menerjah.

Razman,
                 kalau ada si jarum patah,
                 jangan diletak di atas peti
                 jika ada silapku bermadah
                 jangan kau simpan di dalam hati

Jangan awak sesali persahabatan kita yang sesingkat ini.  Bagaikan hembusan angin lalu, nyamannya terasa hanya seketika dan setelah itu keadaan akan kembali seperti semula.
  
Begitulah hidup ini Razman, semuanya tiada berkekalan. Bertemu dan berpisah adalah lumrah yang tidak boleh kita nafikan.  Segala yang terjadi sudah ketentuanNya.  Kita pula harus bijak mengendalikan perasaan dalam menangani seribu persoalan dan dugaan, bersandarkan iman.  Yakin kepada Dia, kembalikanlah segala duka, kecewa dan doa kita kepadaNya.  InsyaAllah akan ada jalannya.

Untuk kesekian kalinya

                    guruh gempita hujan pun lebat
                    air mencurah ke dalam perigi
                    tinggallah sayang, tinggallah sahabat
                    sampai waktunya ku harus pergi

                    saya tak bijak sampaikan pesan
                    doa jua saya titipkan
                    semoga bahagiamu datang kembali
                    bahagiaku sendiri akan kucari

                    darimu tuan ada kenangan
                    ada lagu sering ku dengarkan
                    walaupun  asamu tidak kesampaian
                    entah hikmahnya apa,
                    di alam maya kita sudah berjumpa

Wassalamu ‘alaikum w.b.r.

Saya yang benar,
Siti Nor Jannah


T A M A T



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2014 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 6-12-2014 03:03 PM
Ep Akhir:

Bismilla hirrohma nirrohim……………

ending yg blh diagak. Nice. 10/10.

Ada typo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2014 11:58 PM | Show all posts
Esmiria posted on 6-12-2014 11:44 PM
ending yg blh diagak. Nice. 10/10.

Ada typo..

Thanks Esmiria kerana sudi membaca tulisan saya.

Apa yg ingin saya tonjolkan ialah penekanan kpd kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat, kemudian ada kewaspadaan menjaga hukum serta adat,  dan jangan terlalu mahu mengikutkan hati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 6-12-2014 03:58 PM
Thanks Esmiria kerana sudi membaca tulisan saya.

Apa yg ingin saya tonjolkan ialah penekanan  ...

saya harap, Noyla buat lagi cerita macam ni yang BUKAN CLICHE.

HIHI.
CER BUAT CERITA SATIRA. HIHI
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 04:14 PM | Show all posts
akak tk post cter lgi ke? Series, tang pm di cari ni, ada satu kisah berlaku .dan sedng taip cerpennya huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2015 05:08 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-2-2015 04:14 PM
akak tk post cter lgi ke? Series, tang pm di cari ni, ada satu kisah berlaku .dan sedng taip cerpenn ...

Makasih kerana bertanya.  Cerita saya sudah pun berakhir dan saya belum ada ilham lain untuk menulis sterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2015 05:29 PM | Show all posts
nolya replied at 3-2-2015 09:08 AM
Makasih kerana bertanya.  Cerita saya sudah pun berakhir dan saya belum ada ilham lain untuk menul ...

perghh..formal punya jawapan.hoho
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.529092 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list