CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: znuyul

Cinta selepas Hujan

[Copy link]
 Author| Post time 28-11-2014 10:34 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 10:28 AM
blh..ea, jgn terasa. ckp je taw.

Ehh cik es nih..Nuyul ok jelah..
OK la tuh.boleh blajar2 sikit dari Sifu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 28-11-2014 02:34 AM
Ehh cik es nih..Nuyul ok jelah..
OK la tuh.boleh blajar2 sikit dari Sifu..

kita sma2 blaja. nk lbih, seru nama niki dan wiper serta ipo. Haha..sambung plis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 10:38 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 10:36 AM
kita sma2 blaja. nk lbih, seru nama niki dan wiper serta ipo. Haha..sambung plis.

segan la..
cik es tolong seru menyeru boleh??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 28-11-2014 02:38 AM
segan la..
cik es tolong seru menyeru boleh??

@Nicki_Meow @Wipers81



Dpt idea untuk sambung?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 11:01 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 10:45 AM
@Nicki_Meow @Wipers81

Dia seru dah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 28-11-2014 03:01 AM
Dia seru dah...

*ketawa polos*

Takleh seru ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 11:57 AM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 11:04 AM
*ketawa polos*

Takleh seru ke?

Boleh je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
update.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2014 09:53 AM | Show all posts
Sambungan ...

Hari Jumaat sudah menjelma, Lisa hanya berkerja separuh hari kerana dia akan bertolak ke Johor Bharu. Jam sudah menunjukkan pukul 1. Lisa mengemas meja tulisnya dan menyimpan segala fail yangada dimejanya ke rak fail yang tersusun rapi dibiliknya. Lisa menelefon Shima memaklumkan akan pemergiannya ke Johor Bharu dan menyuruh Shima meletakkan nota dimejanya sekiranya terdapat sebarang isu berbangkit.

Lisa menuju ke perkarangan tempat letak kereta yang berada dibahagian ground floor bangunan Megah Maju. Sedang Lisa memanaskan enjin kereta Viosnya, telefon berbunyi.

“Hello Rakesh, kenapa telefon aku”ucap Lisa setelah melihat nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya.

“Lisa, ko ingat kan nama hotel tempat seminar tuh” tanya Rakesh.

“Ingat. Thistle Hotel kan?” balasLisa.

“Ye. Thistle Hotel. Ko menginap terus dekat Hotel tuh. Aku dah booking untuk ko” ujar Rakesh tegas.

“Yelah. Aku tahu!”jawab Lisa malas melayan Rakesh.

“Ko tak ambil no Booking lagi”ujarRakesh lagi.

“Alamak. aku terlupa. nanti ko mesej no booking” arah Lisa.

“Ko ni selalu lupa. Nasib baik ada kawan macam aku ni” balas Rakesh sambil tergelak.

“Thanks, kawan” ucap Lisa sambil memutuskan panggilan.

Lisa segera memakai tali pinggang keledar, membaca doa dan memulakan perjalanan. Bunyi mesej masuk kedengaran ditelefon bimbitnya.Lisa sekadar memandang telefon dan membiarkannya. Sayup –sayup kedengaran celoteh Abby Fana a.k.a Kak Bet dari Sinar FM menemaninya sepanjang perjalanannyake Johor Baharu.


Last edited by znuyul on 29-11-2014 09:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2014 10:01 AM | Show all posts
Sambungan ...

Lisa sudah memasuki perkarangan tempat kereta yang disediakan oleh pihak Thistle Hotel.
Aduh, penuh pulak parking harini. gusar Lisa kegeraman. Lisa ternampak kereta memberi isyarat hendak keluar dari parking, Lisa segera menghampiri dan memberi isyarat untuk memasuki ruang parking tersebut.
Sambil menunggu kereta tersebut keluar dari parking, Lisa melihat cermin yang tersedia diruang dalam keretanya dan meneliti mekap yang dipakainya. Masih okay lagi mekap aku ni.Touch-up la skit.bisik Lisa perlahan sambil mengeluarkan bedak Compact dalam beg tangannya. Sedang dia menyapu bedak di muka, dia ternampak sebuah kereta Honda berwarna biru dengan selamba memasuki ruang parking yang dikehendakinya tadi. Lisa menjadi marah dan segera memberi isyarat ketepi. Memang kurang ajar mamat ni marah Lisa. Dia keluar dari kereta dan mengetuk perlahan cermin tingkap kereta Honda tadi.

“Maaf encik, ni parking saya. Dari tadi saya dah chop. Encik nampak tak signal yang saya bagi tu?” ucap Lisa lembut apabila melihat seorang lelaki muda apabila cermin tingkap diturunkan.

“Aku tak nampak nama ko pun dekat parking ni. So, siapa cepat dia yang dapat”ujar lelaki tersebut sambil menaikkan semula cermin keretanya tadi. Lisa menjadi marah dan menyepak tayar kereta Honda tersebut dan berlalu ke arah keretanya.

"Sombong, "bingkas Lisa.
Setelah beberapa kali Lisa memandu mengelilingi ruang tempat letak kereta tadi, akhirnya Lisa berjaya meletakkan keretanya.Lisa mengambil beg tolaknya di bonet kereta dan menuju kearah kaunter pendaftaran. Setelah mendapatkan kunci dan sedikit penerangan mengenai hotel dan ruang seminar, Lisa menaiki lift dan menuju kearah kamarnya yang bernombor 411.

“Hurm, cantik juga bilik ni. Viewnya jugak menarik. Ujar Lisa menarik langsir. Dia memerhati sekeliling hotel. Lisa merasa kepenatan. Lisa menghempas tubuhnya ke katil Queen yang disediakan. Dia cuba memejamkan mata. Lisa terlelap. Sedarnya keadaan sudah menjadi gelap.

Ya Allah, Aku tertidur. Lisa bingkas bangun dan menuju ke kamar mandi. Dia mandi seketika dan menunaikan solat Maghrib. Lisa bersiap ala kadar dan menuju ke ruang seminar yang berada ditingkat satu hotel itu.  Lisa melihat jam ditangannya dan sedar dia sudah terlewat 5minit. Lisa bergegas ke ruang seminar. Keluar dari lift, tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan menyebabkan orang itu terjatuh. Lisa kaget.

“Maaf Encik, encik tak apa –apa?”tanya Lisa cuba membantu lelaki itu bangun.

Lisa memandang wajah lelaki itu, dia amat terkejut melihat lelaki sombong tadi berada dihadapannya.

“Ko ni memang tak ada adap ke? melolong je berjalan. Cuba pandang kiri kanan. Ingat ko sorang ke yang guna jalan ni”marah lelaki itu sambil mempamerkan mukanya yang bengis.
“Maaf encik. Lagipun saya tengok encik ni sihat walafiat je. Tak ada luka kan?”balas Lisa mengutip buku catitannya.

Lisa berlalu meninggalkan lelaki tersebut dan menuju ke ruang seminar. Lisa hanya membiarkan lelaki itu menjerit dan membebel.

Sampai diruang seminar, Lisa mendaftarkan diri dan duduk dikerusi yang disediakan. Kelihatan seorang fasilitator memberi kata-kata aluan. Tiba – tiba Lisa terdengar pengumuman dibuat. Rupanya peserta seminar dikehendaki membuat beberapa kumpulan. Lisa bingkas bangun dan meneliti kertas yang diberikan semasa pendaftaran tadi.Rupanya dia berada dalam group lapan.

Lisa mencari kumpulan lapan. Dia terpandang nombor lapan ditulis diatas sekeping kertas. Lisa bingkas menuju kearah kumpulan terbabit. Kumpulan tersebut dianggotai oleh 8 orang peserta. 3 wanita dan 5 lelaki. Lisa mengeluh kecil apabila melihat lelaki sombong tadi turut berada dalam kumpulan yang sama. Aktiviti pertama dimulakan dengan Ice-breaking.Peserta dikehendaki berkenalan antara satu sama lain dan memberi nama kepada kumpulan. Setiap ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing.

“Nama saya Nurul Melisa Harnani binti Zainuddin. Umur 25 tahun dan bertugas sebagai eksekutif sumber manusia di Megah Maju,Melaka. Anda semua boleh panggil saya Lisa” terang Lisa apabila tiba gilirannya.

Masing-masing hanya menganggukkan kepala mendengar penerangan dari Lisa.

Kumpalan lapan mengelarkan diri mereka Warriors dianggotai oleh Zamri, Asyaraf, Zuan, Sheila, Amira, Farid dan lelaki sombong itu, Amirul Fakish. Amirul Fakish berbadan tegap seperti selalu bersenam di gym dan berkulit putih. Dia berkaca mata dan mempunyai sedikit kumis. Tinggi orangnya dan sentiasa berpakaian kemas ala bisnesman. Aktiviti Ice-breaking tersebut berjalan lancar dan tamat pada pukul 10.30 malam. Fasilitator membuat pengumuman bahawa makanan lewat malam disediakan. Lisa bersama Amira menuju ke ruangan makan yang disediakan. Perutnya agak berkeroncong kerana dia hanya makan meesup petang tadi ketika singgah di Rnr untuk menunaikan solat asar.

“Mira nak makan apa? tanya Lisamengambil pinggan.

Dia meneliti makanan yang disediakan. Ada roti bakar,sandwich, sup cendawan, salad dan buah-buahan.

“Mira rasa nak makan roti bakar dengan sup cendawan la”balas Amira mengambil roti  bakar dan sup cendawan.

Lisa mengambil sandwich, sup cendawan dan berapa hirisan buah-buahan. Usai mengambil makanan,Amira mengajak Lisa duduk disisi Fakish, Sheila dan Zuan. Amira mengambil kerusi disebelah Shiela dan terpaksalah Lisa duduk disebelah Fakish.

“Banyaknya ko makan ni Lisa”ujarFakish mengusik apabila melihat kuantiti makanan dalam pinggan Lisa.

“Lapar” ujar Lisa selamba.

Lisa menghirup sup cendawan dengan sudu. Entah bagaimana, Lisa tersedak. Lisa kaget.Dia baru sedar yang dia tidak mengambil sebarang minuman. Lisa mengelap mulut dan hidungnya dengan napkin yang disediakan. Tiba-tiba Fakish menghulur segelas air putih kepada Lisa.

“Lain kali ambil air dulu baru makan”ujar Fakish.

“Lupalah, Thanks.” Balas Lisa mengambil gelas dari tangan Fakish.

Dia menundukkan mukanya segan dengan Fakish. Lisa terus menyuap makanan tanpa berkata apa-apa. Dia hanya mendengar Fakish, Sheila, Zuan dan Amira berbual. Sesekali dia perasan yang Fakish seakan- akan merenung mukanya. Lisa segera memalingkan mukanya memandang kearah lain.

Usai makan, Lisa meminta diri untuk pulang ke biliknya. Lisa lihat Fakish turut meminta diri. Lisa berjalan laju menuju ke Lift dan menekan butang keatas. Pintu lift terbuka, Lisa dan Fakishbersama masuk kedalam. Lisa menekan butang 4, tanpa disedari tangannya bersentuhan dengan tangan Fakish yang turut menekan butang 4. Lisa menarik tangannya dan memandang Fakish.

“Ko duduk tingkat 4 jugak ke?” serentakmereka bertanya soalan yang sama.

Lisa terdiam. Fakish hanya tertawa kecil.

“Bilik aku 409” beritahu Fakish mencuit bahu Lisa.

Dia tertawa kecil.

“Aku tak tanya dan aku tak nak tahu”balas Lisa selamba.

Suasana kembali sunyi. Tiba di Tingkat 4, Lisa terus berlalu pergi kebiliknya. Dia terlihat akan bilik 409 berada dikanannya. Lisa meneruskan langkahnya menuju ke biliknya. Sedarinya Fakish turut mengikutnya dari belakang. Lisa berhenti berjalan dan memaling mukanya kearah Fakish.

“Apasal ko ikut aku?”soal Lisaberang.

Dia memandang tajam kearah Fakish.

“Saja aku nak pastikan ko selamat sampai dibilik ko”balas Fakish selamba memadang Lisa.

“Tak payah, aku tak perlukan bodyguard” balas Lisa menolak badan Fakish perlahan.

Fakish terdiam. Lisa meneruskan perjalanannya dan menoleh sekali ke arah Fakish dan memberi isyarat jari telunjuk digerakkan kekiri dan kekanan. Fakish faham akan isyarat itu dan berpaling ke arah biliknya.

Sampai di bilik, Lisa membuka kasut dan mengunci bilik kerana dia bimbang akan keselamatannya. Lisa ke kamar mandi untuk mencuci muka, mengosok gigi dan berwuduk. Usai menunaikan solat Isyak, Lisa merebahkan dirinya ke tilam empuk, dia teringat akan Aisy. Perangai Fakish sama seperti Aisy. Kasar tapi sangat protected.Tanpa sedar, air matanya mengalir menuruni pipinya. Aisy, Lisa rindu. ucapnya perlahan.

Last edited by znuyul on 29-11-2014 12:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 29-11-2014 01:53 AM
Sambungan ...

Hari Jumaat sudah menjelma, Lisa hanya berkerja separuh hari kerana dia akan bertol ...

Wau nuzul. Sedap wei! Jarang aku nak bca cter cinta unless aku knal penulis tu! Oh yeah baby! Updatela doe! Tapi ada certain ayat saya tak faham..

Lisa
mengemas meja tulisnya dan
menyimpan segala fail yangada
dimejanya ke rak fail yang tersusun
rapi dibiliknya << Awak  dah tulis meja tulis then ada meja lagi? Bukan ke.. (Fail yang berselerak di atas meja dikemas sebelum disimpan di rak kayu?)

Lisa menelefon Shima
memaklumkan akan pemergiannya ke
Johor Bharu dan menyuruh Shima
meletakkan nota dimejanya sekiranya
terdapat sebarang isu berbangkit.<<<<< Saya tak paham.Lepas kemas fail tu, dia telefon kawan dia ke? Bukan ke patut ada kemudian?(Kemudian, gadis muda itu mendail nombor Shima kerana ingin memaklumkan tentang urusan penting di Johor Baharu petang nanti?)


ucap
Lisa setelah melihat nama pemanggil
di skrin telefon bimbitnya.<<<< Ni iolls tak faham. Dia cakap ayat tu lepas melihat nama pemanggil? Bukan ke..("Hello Rakes, kenapa tak telefon aku?" ucap Lisa sebaik panggilan diangkat.) Act, tak payah beritahu Lisa nampak nama Rakesh kat skrin telefon . Bila dah ada nama dalam dialog, pembaca tahu itu ialah nama pemanggil.

ucap Lisa sambil
memutuskan panggilan<<< Znuyul typo ke? Mengikut pengetahuan saya, sambil bermaksud  melakukan dua perkara dalam masa yang sama.Bukan ke ("Thanks kawan." tutur Lisa SERAYA memutuskan talian)

Ayat lisa kata sambil memutuskan talian tak kena.



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
znuyul posted on 29-11-2014 02:01 AM
Sambungan ...

Lisa sudah memasuki perkarangan tempat kereta yang disediakan oleh pihak Thistle Ho ...


Ada pengulangan kata. Kena check kamus online dengan lebih rajin.

Saya perasan, perkataan "Di" selalu rapat.

Macam dimeja. bukan ke di meja?

Kata lain bagi lihat.
Pandang
anak mereka bertemu bila **


Lisa pandang lelaki itu.

Lisa MELONTARKAN pandangan ke arah lelaki itu. <<< ni klo nk  sedapkan ayat ar.


Rupanya<< patutnya, rupa-rupanya. Kata lain bagi rupa-rupanya ialah ternyata...
Tidak disangka.
Di luar jangkaan - ini boleh guna.




tanya
Lisamengambil pinggan.<< ada dua cara nak beritahu perbuatan bila dialog ditulis.

1."Mira nak makan apa?"tanya Lisa sambil mengambil pinggan.
2."Mira nak makan apa?" tanya Lisa, mengambil pinggan di atas meja.


Mengambil<< 4 kali guna masa babak borak lisan dan Mira.

.Tanpa sedar, air matanya
mengalir menuruni pipinya. Aisy, Lisa
rindu. ucapnya perlahan.<<< buang  nya pada air mata.


Last edited by Esmiria on 29-11-2014 04:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:09 PM | Show all posts
Esmiria posted on 28-11-2014 10:45 AM
@Nicki_Meow @Wipers81

Amboi ko... bukan main lagi promosi nama akak dgn wipers. Akak takde bayor royalti tau...

@znuyul Hai TT. Saya SR aje kat benang ni. Teruskan mengarang...







Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 1-12-2014 04:09 AM
Amboi ko... bukan main lagi promosi nama akak dgn wipers. Akak takde bayor royalti tau...

@zn ...

akak ni sr je. klo thread ipo, komen jew..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:19 PM | Show all posts
Esmiria posted on 1-12-2014 12:12 PM
akak ni sr je. klo thread ipo, komen jew..hmmm

Ololololo....comelnya dia merajuk....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:40 PM | Show all posts
XDA N3 BARU LAGI KE???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 1-12-2014 04:40 AM
XDA N3 BARU LAGI KE???

mungkin TT bz.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:10 AM | Show all posts
Esmiria posted on 1-12-2014 01:12 PM
mungkin TT bz.

yealah kot harap2 bila x bz panjanglah sikit n3nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
@znuyul bz kat bod teka teki sampai lupa nak update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2014 10:16 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 2-12-2014 10:13 AM
@znuyul bz kat bod teka teki sampai lupa nak update

sedih nak sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.204901 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list