Sambungan ...
Lisa sudah memasuki perkarangan tempat kereta yang disediakan oleh pihak Thistle Hotel. Aduh, penuh pulak parking harini. gusar Lisa kegeraman. Lisa ternampak kereta memberi isyarat hendak keluar dari parking, Lisa segera menghampiri dan memberi isyarat untuk memasuki ruang parking tersebut. Sambil menunggu kereta tersebut keluar dari parking, Lisa melihat cermin yang tersedia diruang dalam keretanya dan meneliti mekap yang dipakainya. Masih okay lagi mekap aku ni.Touch-up la skit.bisik Lisa perlahan sambil mengeluarkan bedak Compact dalam beg tangannya. Sedang dia menyapu bedak di muka, dia ternampak sebuah kereta Honda berwarna biru dengan selamba memasuki ruang parking yang dikehendakinya tadi. Lisa menjadi marah dan segera memberi isyarat ketepi. Memang kurang ajar mamat ni marah Lisa. Dia keluar dari kereta dan mengetuk perlahan cermin tingkap kereta Honda tadi.
“Maaf encik, ni parking saya. Dari tadi saya dah chop. Encik nampak tak signal yang saya bagi tu?” ucap Lisa lembut apabila melihat seorang lelaki muda apabila cermin tingkap diturunkan.
“Aku tak nampak nama ko pun dekat parking ni. So, siapa cepat dia yang dapat”ujar lelaki tersebut sambil menaikkan semula cermin keretanya tadi. Lisa menjadi marah dan menyepak tayar kereta Honda tersebut dan berlalu ke arah keretanya.
"Sombong, "bingkas Lisa. Setelah beberapa kali Lisa memandu mengelilingi ruang tempat letak kereta tadi, akhirnya Lisa berjaya meletakkan keretanya.Lisa mengambil beg tolaknya di bonet kereta dan menuju kearah kaunter pendaftaran. Setelah mendapatkan kunci dan sedikit penerangan mengenai hotel dan ruang seminar, Lisa menaiki lift dan menuju kearah kamarnya yang bernombor 411.
“Hurm, cantik juga bilik ni. Viewnya jugak menarik. Ujar Lisa menarik langsir. Dia memerhati sekeliling hotel. Lisa merasa kepenatan. Lisa menghempas tubuhnya ke katil Queen yang disediakan. Dia cuba memejamkan mata. Lisa terlelap. Sedarnya keadaan sudah menjadi gelap.
Ya Allah, Aku tertidur. Lisa bingkas bangun dan menuju ke kamar mandi. Dia mandi seketika dan menunaikan solat Maghrib. Lisa bersiap ala kadar dan menuju ke ruang seminar yang berada ditingkat satu hotel itu. Lisa melihat jam ditangannya dan sedar dia sudah terlewat 5minit. Lisa bergegas ke ruang seminar. Keluar dari lift, tiba-tiba dia terlanggar seseorang dan menyebabkan orang itu terjatuh. Lisa kaget.
“Maaf Encik, encik tak apa –apa?”tanya Lisa cuba membantu lelaki itu bangun.
Lisa memandang wajah lelaki itu, dia amat terkejut melihat lelaki sombong tadi berada dihadapannya.
“Ko ni memang tak ada adap ke? melolong je berjalan. Cuba pandang kiri kanan. Ingat ko sorang ke yang guna jalan ni”marah lelaki itu sambil mempamerkan mukanya yang bengis. “Maaf encik. Lagipun saya tengok encik ni sihat walafiat je. Tak ada luka kan?”balas Lisa mengutip buku catitannya.
Lisa berlalu meninggalkan lelaki tersebut dan menuju ke ruang seminar. Lisa hanya membiarkan lelaki itu menjerit dan membebel.
Sampai diruang seminar, Lisa mendaftarkan diri dan duduk dikerusi yang disediakan. Kelihatan seorang fasilitator memberi kata-kata aluan. Tiba – tiba Lisa terdengar pengumuman dibuat. Rupanya peserta seminar dikehendaki membuat beberapa kumpulan. Lisa bingkas bangun dan meneliti kertas yang diberikan semasa pendaftaran tadi.Rupanya dia berada dalam group lapan.
Lisa mencari kumpulan lapan. Dia terpandang nombor lapan ditulis diatas sekeping kertas. Lisa bingkas menuju kearah kumpulan terbabit. Kumpulan tersebut dianggotai oleh 8 orang peserta. 3 wanita dan 5 lelaki. Lisa mengeluh kecil apabila melihat lelaki sombong tadi turut berada dalam kumpulan yang sama. Aktiviti pertama dimulakan dengan Ice-breaking.Peserta dikehendaki berkenalan antara satu sama lain dan memberi nama kepada kumpulan. Setiap ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing.
“Nama saya Nurul Melisa Harnani binti Zainuddin. Umur 25 tahun dan bertugas sebagai eksekutif sumber manusia di Megah Maju,Melaka. Anda semua boleh panggil saya Lisa” terang Lisa apabila tiba gilirannya.
Masing-masing hanya menganggukkan kepala mendengar penerangan dari Lisa.
Kumpalan lapan mengelarkan diri mereka Warriors dianggotai oleh Zamri, Asyaraf, Zuan, Sheila, Amira, Farid dan lelaki sombong itu, Amirul Fakish. Amirul Fakish berbadan tegap seperti selalu bersenam di gym dan berkulit putih. Dia berkaca mata dan mempunyai sedikit kumis. Tinggi orangnya dan sentiasa berpakaian kemas ala bisnesman. Aktiviti Ice-breaking tersebut berjalan lancar dan tamat pada pukul 10.30 malam. Fasilitator membuat pengumuman bahawa makanan lewat malam disediakan. Lisa bersama Amira menuju ke ruangan makan yang disediakan. Perutnya agak berkeroncong kerana dia hanya makan meesup petang tadi ketika singgah di Rnr untuk menunaikan solat asar.
“Mira nak makan apa? tanya Lisamengambil pinggan.
Dia meneliti makanan yang disediakan. Ada roti bakar,sandwich, sup cendawan, salad dan buah-buahan.
“Mira rasa nak makan roti bakar dengan sup cendawan la”balas Amira mengambil roti bakar dan sup cendawan.
Lisa mengambil sandwich, sup cendawan dan berapa hirisan buah-buahan. Usai mengambil makanan,Amira mengajak Lisa duduk disisi Fakish, Sheila dan Zuan. Amira mengambil kerusi disebelah Shiela dan terpaksalah Lisa duduk disebelah Fakish.
“Banyaknya ko makan ni Lisa”ujarFakish mengusik apabila melihat kuantiti makanan dalam pinggan Lisa.
“Lapar” ujar Lisa selamba.
Lisa menghirup sup cendawan dengan sudu. Entah bagaimana, Lisa tersedak. Lisa kaget.Dia baru sedar yang dia tidak mengambil sebarang minuman. Lisa mengelap mulut dan hidungnya dengan napkin yang disediakan. Tiba-tiba Fakish menghulur segelas air putih kepada Lisa.
“Lain kali ambil air dulu baru makan”ujar Fakish.
“Lupalah, Thanks.” Balas Lisa mengambil gelas dari tangan Fakish.
Dia menundukkan mukanya segan dengan Fakish. Lisa terus menyuap makanan tanpa berkata apa-apa. Dia hanya mendengar Fakish, Sheila, Zuan dan Amira berbual. Sesekali dia perasan yang Fakish seakan- akan merenung mukanya. Lisa segera memalingkan mukanya memandang kearah lain.
Usai makan, Lisa meminta diri untuk pulang ke biliknya. Lisa lihat Fakish turut meminta diri. Lisa berjalan laju menuju ke Lift dan menekan butang keatas. Pintu lift terbuka, Lisa dan Fakishbersama masuk kedalam. Lisa menekan butang 4, tanpa disedari tangannya bersentuhan dengan tangan Fakish yang turut menekan butang 4. Lisa menarik tangannya dan memandang Fakish.
“Ko duduk tingkat 4 jugak ke?” serentakmereka bertanya soalan yang sama.
Lisa terdiam. Fakish hanya tertawa kecil.
“Bilik aku 409” beritahu Fakish mencuit bahu Lisa.
Dia tertawa kecil.
“Aku tak tanya dan aku tak nak tahu”balas Lisa selamba.
Suasana kembali sunyi. Tiba di Tingkat 4, Lisa terus berlalu pergi kebiliknya. Dia terlihat akan bilik 409 berada dikanannya. Lisa meneruskan langkahnya menuju ke biliknya. Sedarinya Fakish turut mengikutnya dari belakang. Lisa berhenti berjalan dan memaling mukanya kearah Fakish.
“Apasal ko ikut aku?”soal Lisaberang.
Dia memandang tajam kearah Fakish.
“Saja aku nak pastikan ko selamat sampai dibilik ko”balas Fakish selamba memadang Lisa.
“Tak payah, aku tak perlukan bodyguard” balas Lisa menolak badan Fakish perlahan.
Fakish terdiam. Lisa meneruskan perjalanannya dan menoleh sekali ke arah Fakish dan memberi isyarat jari telunjuk digerakkan kekiri dan kekanan. Fakish faham akan isyarat itu dan berpaling ke arah biliknya.
Sampai di bilik, Lisa membuka kasut dan mengunci bilik kerana dia bimbang akan keselamatannya. Lisa ke kamar mandi untuk mencuci muka, mengosok gigi dan berwuduk. Usai menunaikan solat Isyak, Lisa merebahkan dirinya ke tilam empuk, dia teringat akan Aisy. Perangai Fakish sama seperti Aisy. Kasar tapi sangat protected.Tanpa sedar, air matanya mengalir menuruni pipinya. Aisy, Lisa rindu. ucapnya perlahan.
Last edited by znuyul on 29-11-2014 12:17 PM
|