CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2879|Reply: 10

[Tempatan] Sistem pendidikan vokasional Switzerland antara terbaik di dunia

[Copy link]
Post time 30-11-2014 02:35 PM | Show all posts |Read mode


LUCERNE (Switzerland): Sistem pendidikan vokasional di Switzerland yang dianggap antara yang terbaik di dunia mungkin boleh dicontohi Malaysia, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda yakin ada perkara yang boleh dicontohi Malaysia daripada sistem pendidikan itu kerana ia bukan sekadar membina kemahiran tetapi mengawal kadar pengangguran apabila lepasan vokasional laris dalam pasaran kerja.

"Malaysia boleh menghalusi bagaimana Switzerland melaksanakan sistem pendidikan vokasional mereka sehingga menjadi pilihan utama pelajar," titah baginda semasa melawat industri membuat barangan kaca Glasi Hergiswill di sini semalam.

Selain kegiatan membuat barangan kaca, Glasi Hergiswill juga menempatkan muzium untuk dilawati orang ramai bagi mendalami sejarah kegiatan syarikat itu yang bermula sejak 1817 dan telah hampir 200 tahun beroperasi.

Lawatan kerja itu turut disertai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Madya Dr Mohd Fo'ad Sakdan serta pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP bertitah, sistem pendidikan vokasional bertapak di Switzerland sejak 500 tahun lalu dengan mengamalkan sistem vokasional dwi latihan yang menggabungkan pembelajaran teori di sekolah dan latihan praktikal di syarikat-syarikat swasta. Baginda yang pernah bermastautin di Switzerland selama empat tahun sehingga 2002 ketika berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan bagi Switzerland, Austria dan Eropah Tengah untuk Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bertitah, peluang pelajar jurusan vokasional melanjutkan pengajian peringkat ijazah juga sentiasa terbuka luas di negara ini.

Titah baginda, terdapat laporan yang menyebut bahawa 70 peratus daripada setiap 100,000 pelajar peringkat menengah di Switzerland memilih jurusan vokasional yang dilihat lebih menjamin masa depan.

Kecenderungan pelajar memilih bidang vokasional juga disebabkan kerjasama sektor swasta negara itu yang menyumbang 60 peratus daripada keseluruhan kos pengajian itu melalui latihan industri. Sementara itu, dalam majlis berasingan malam tadi, baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menghadiri "Budo Nite" anjuran Asia Budo and Chin Woo Centre di Zurich.

Majlis itu diisi dengan pertunjukan seni mempertahankan diri yang dikelolakan seorang rakyat Malaysia, Master Yaw Hwa Chin, 60, yang berasal dari Negeri Sembilan.

Yaw yang mempunyai lebih 5,000 pelajar di Switzerland turut memperlihatkan ketangkasannya dalam seni mempertahankan diri.

Beliau yang telah 38 tahun menetap di Switzerland terbabit secara aktif dalam seni mempertahankan diri dan sesekali mengadakan persembahannya di Malaysia.

Turut mengadakan persembahan ialah kumpulan seni mempertahankan diri dar iBrazil dan Bhutan serta pertunjukan tarian singa. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2014 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Uitm dan vokasional ibarat subway dan sunway
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mureka negara kaper....mana boleh terbaik....terbaik semestinya nugara yisle..
Peliknya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar Vokansional nanti jadi technician, gaji rendah what for? Kerja Skill based kat msia bukan boleh cari makan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 06:49 PM | Show all posts
incrossroad posted on 30-11-2014 05:38 PM
Keluar Vokansional nanti jadi technician, gaji rendah what for? Kerja Skill based kat msia bukan bol ...

sebab tu aku setuju kalau vokasional di iktiraf sampai peringkat degree. gaji pon taraf degree.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 05:48 AM | Show all posts
pehal ilmu sedemikian...kat negaro bukang Islam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sistem pendidikan di Malaysia kan berkiblatkan akademik dan degree.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 07:20 AM | Show all posts
Jap lagi ade la kenyataan menteri yang nk macam tu pulak.
Pastu gi German tgk sana macam best pakai yang tu pulak
Pastu gi Trinidad n Tobago lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 09:12 AM | Show all posts
incrossroad posted on 30-11-2014 05:38 PM
Keluar Vokansional nanti jadi technician, gaji rendah what for? Kerja Skill based kat msia bukan bol ...

Salah tanggapan... dr pengalaman aku pernah stay di swiss(di canton st. gallen) dan bergaul mesra dgn org2 swiss...
sistem vokasional di switzerland dan apprenticeship di german mmg antara terbaik utk sediakan tenaga kerja..
sistem vokasional depa juga banyak latih engineer2 utk kerja di company2 luar..



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:20 AM | Show all posts
dah tahu msia gaji kecik...kerja la kat luar...ex student aku berapa ramai kerja kat dubai dgn O&G ceruk2 tu...aku ckp dgn dorg xyah kawen dulu...p keje kat luar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 06:24 PM | Show all posts
fairluck posted on 1-12-2014 09:12 AM
Salah tanggapan... dr pengalaman aku pernah stay di swiss(di canton st. gallen) dan bergaul mesra  ...

swiss tak ya cakap, mereka ada bidang yang mereka specialize, seperti jam dan benda handcraft

msia mana ada?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049319 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list