CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3221|Reply: 3

Skim Perantis untuk Siswazah Bumiputera

[Copy link]
Post time 1-12-2014 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Dah habis belajar tapi masih tak dapat kerja? Tercari-cari haluan baru. Pernah terfikir untuk memiliki perniagaan sendiri. Mungkin inilah yang anda cari.

PUNB telah memperkenalkan program khas untuk siswazah muda - Program Siswazah Perantis untuk membantu graduan Bumiputera yang menganggur memiliki kemahiran dalam menguruskan perniagaan melalui program latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB.
Peserta (perantis) program ini akan mendapat pendedahan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Objektif
  • Menyediakan peluang untuk siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran
  • Meningkatkan pengetahuan siswazah muda melalui latihan dan kursus kemahiran
  • Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan

Perantis
  • Perantis akan menerima elaun bulanan sepanjang tempoh latihan
  • Tempoh latihan adalah 12 bulan bergantung kepada program keusahawanan yang ditawarkan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari cara menguruskan perniagaan selain menduduki latihan teori dan praktikal serta kursus menyediakan Rancangan Perniagaan
  • Jika memenuhi syarat, perantis layak memohon pembiayaan perniagaan khususnya skim PROSPER Usahawan Muda untuk memulakan perniagaan sendiri

Kelayakan
  • Bumiputera tidak melebihi 30 tahun semasa pendaftaran
  • Memiliki Sijil Kemahiran (Tahap 2 dan ke atas), pemegang Diploma atau Ijazah dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan
  • Menjalani latihan sepenuh masa
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan

Mentor
  • Kebanyakan mentor merupakan syarikat dan perniagaan di bawah naungan PUNB.
  • Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Program Keusahawanan
Mereka yang berminat boleh memilih mana-mana program keusahawanan yang ditawarkan seperti tersenarai di bawah:
  • Program Keusahawanan Tekno & Khidmat Kreatif
  • Program Keusahawanan Kemahiran Kejuruteraan & Pembekalan Bahan Binaan
  • Program Keusahawanan Khidmat Profesional
  • Program Keusahawanan Khidmat Pendidikan

Cara Memohon
Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Program Siswazah Perantis. Hantarkan borang yang lengkap kepada:

Sekretariat Program Siswazah Perantis,
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
Tingkat 10, Blok 1B, Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
atau Faks: 03-2780 2109/2100

atau hubungi:
Talian Bebas Tol: 1300-13-7862
Tel: 03 - 2785 1417/1492
Emel:  customerservice@punb.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2014 09:49 AM | Show all posts
Elaun yang PUNB bagi tak silap dalam RM800, kemudian kalau kita attach dengan sesetengah syarikat dia akan bagi elaun tambahan 400-1000.

haa, pengalaman berguru dengan usahawan terpilih tu yang mahal sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:56 AM | Show all posts
tt ni dari punb ke? kalau yang business dah establish, boleh apply loan ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 07:18 PM | Show all posts
apekebende posted on 4-12-2014 08:56 AM
tt ni dari punb ke? kalau yang business dah establish, boleh apply loan ke

Bukan dari PUNB. Cuma dulu adala berniat nak ikut skim ni sebab mmg minat berniaga, tapi dah banyak komitmen. Jadi terpaksalah kerja makan gaji dulu.

Kalau perniagaan dah ada lagi senang. Cuma diorg sasarkan perniagaan peruncitan, borong dll. Hari tu saya ada minta, tapi sebab nak buat perladangan, diorg tolak. Cuma kalau jadi pembekal barang2 perladangan baru diorg bagi bantuan pinjaman.

Kalau dah ada perniagaan bukan PUNB je, SME bank, agro bank, Tekun, Mara dan banyak lagi agensi kerajaan yang nak tolong antara nak dgn tak je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.847819 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list