![](http://328744392.r.worldcdn.net/images/stories/new/Nurul/ambulans.jpg) Pic: jalopnik.com
PONTIAC (MICHIGAN): Kecewa kerana kekurangan pengangkutan awam dan terdesak untuk tiba di satu destinasi, seorang lelaki gelandangan bertindak mencuri sebuah ambulans di sini, semalam.
Ketika ditahan polis, lelaki berkenaan yang namanya tidak disiarkan mengaku dia bertindak demikian kerana mahu menyaksikan tarian berahi di sebuah kelab di Detroit.
Jurucakap syerif Oakland County Michael Bouchard berkata, lelaki berkenaan terdesak kerana tidak ada pengangkutan awam untuk membawanya ke kelab berkenaan.
Dia mencuri ambulans berkenaan yang diletakkan di depan hospital itu.
Pihak berkuasa dimaklumkan ambulans berkenaan tidak dikunci dan sebuah telefon bimbit berada di dalamnya.
Syerif kemudian mengesan lokasi telefon berkenaan dan berjaya menghubungi polis untuk menahan kenderaan terbabit di bandar berhampiran.
- Agensi/ Harian Metro
|