Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1519
View
0
Reply

[Budaya] Jamrut juara Guwau Basiut sempena Gata Sipitang 2014 - 31m 39s

[Copy link]

Author: Cluster77       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-12-2014 08:14 AM | Show all posts |Read mode

image (1).jpg

SIPITANG 8 Nov. C Mencatatkan masa 31 minit dan 39 saat, Jamrut Hamit berjaya mengetepikan cabarnya dari Brunei iaitu Abdullah Bahar dan Khamis Bahar untuk menjuarai kategori tradisi Guwau Basiut dalam pertandingan gasing sempena Gata Sipitang 2014 yang lalu.

Kejayaannya itu bukan sahaja menjadi penghalang kepada Brunei tetapi memastikan Sipitang turut sama berada dalam senarai juara kejohanan gasing terbabit.

Bagi kategori itu, Abdullah menduduki tempat kedua dan memenangi RM400 serta trofi manakala Khamis di tempat ketiga.

Walau bagaimanapun, kejua-raan yang dicipta Jamrut gagal disusuli oleh peserta Sabah mahupun Sipitang untuk kategori Borneo jemput-an.
Pasukan Sipitang Gabungan sekadar menduduki tempat kedua untuk meraih RM2,500 dan trofi dengan pasukan Lawas muncul juara bagi kategori tersebut dan membawa pulang RM3,000.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi pasukan Ulu Merapok dan Lawas B dengan masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,500 beserta trofi.

Kehebatan Brunei pula menyer-lah apabila mengungguli dua tempat teratas bagi kategori Gasing Pangkah jemputan.
Juara kategori itu dimenangi pasukan Brunei C dan kedua oleh Brunei B manakala pasukan Sabah di kedudukan ketiga dan keempat oleh pasukan dari Singapura.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sapawi dan turut diha-diri Pegawai Daerah Sipitang, Latip Amat dan Pengerusi Pelaksana Kejohanan Gasing Gata Sipitang 2014, Jaini Puasa.

Menyebut soal permainan ga-sing, Sapawi memberitahu, permainan tersebut bukan lagi permainan tradisi kaum tertentu tetapi sudah mula popular dalam kalang-an kaum lain.

Beliau menyifatkan permainan gasing sebagai salah satu landasan yang memperlihatkan betapa utuh dan hebatnya persefahaman serta perpaduan kaum di negeri ini.

Permainan gasing berkembang dengan baik dan inilah antara landasan untuk kita membuktikan betapa hebat dan perkasanya perpaduan serta persefahaman kaum di negeri ini.

Kita mungkin tidak sedar bahawa permainan gasing turut menarik minat beberapa buah negara seperti Jepun yang telah menerbitkan animasi kanak-kanak tentang gasing meskipun ditampilkan dengan ga-sing yang moden, katanya.

Ujar beliau, pihaknya akan terus mengembangkan permainan ga-sing dengan yang lama tidak dike-tepikan dan yang moden pula tidak ditolak.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.Z2fPAda4.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.120802s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list