CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3033|Reply: 5

hebat kucing ni.. kucing korang ada tak yang macam ni? meh cite sikit.

[Copy link]
Post time 9-12-2014 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Menakjubkan!! Kisah Oscar, Seekor  Kucing Yang Dianugerahkan Kelebihan Boleh Merasai Kematian..



Oscar adalah seekor kucing yang dipercayai dianugerah kelebihan untuk merasai apabila seseorang itu menghampiri kematian. Dalam 50 kes yang didokumenkan, Oscar yang telah lama duduk di hospital itu, telah duduk disamping pesakit sebelum mereka meninggal dunia. Seolah-olah Oscar sudah dapat merasai mereka akan pergi.


Cerita menakjubkan ini didedahkan oleh Dr. David Dosa, seorang doktor Geriatrik dan pembantu profesor di Universiti Brown, yang mendakwa ramalan Oscar ini jarang sekali salah dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Dr. Dosa mendedahkan anugerah menakjubkan yang ada pada Oscar dan jarang sekali berlaku didalam satu artikel pada New England Journal of Medicine pada tahun 2007. Sejak itu, kucing itu telah mengesan dengan tepat lebih banyak kematian, serta membukitkan kepada pakar geriatrik bahawa ianya bukan sekadar satu kebetulan. Dr. Dosa akhirnya menulis sebuah buku mengenai pengalamannya dengan Oscar di Hospital. Ia bertajuk ‘Making rounds with Oscar: The extraordinary gift of an ordinary cat’.








Buku ini menerangkan lebih lanjut tentang kehidupan harian Oscar, bagaimana dia menghabiskan masanya melangkah dari bilik ke bilik di Hospital, serta jarang menghabiskan masa dengan pesakit yang masih mempunyai peluang untuk terus hidup. Sebaliknya, Oscar memilih pesakit tertentu dan duduk di sebelah mereka. Selalunya pesakit yang akan meninggal dunia dalam masa yang singkat. Jika dia duduk di luar bilik seseorang pesakit yang akan meninggal dunia, dia akan menggaru di pintu, seolah-olah cuba untuk memasuki ke dalam bilik.

Dalam satu contoh, Oscar melawat seorang wanita yang mempunyai darah beku yang sangat teruk di kakinya, Oscar duduk disamping pesakit itu, dan dia tinggal di sisinya sehingga dia meninggal dunia.

Pernah seorang jururawat menguji Osccar dengan meletakkannya pada seorang pesakit yang mereka fikir tidak mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Oscar berlalu pergi dan duduk dengan pesakit lain. Sangkakan Oscar ternyata betul - pesakit yang kedua meninggal dunia pada hari yang sama, manakala pesakit yang pertama hidup selama dua hari lagi sebelum meninggal dunia.



Sumber: Odditycentral.com




0
[url=]inShare[/url]




sumber: ejeninfo.blogspot.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 12:27 PM | Show all posts
seramm kucing neh. masing2 pesakit kat sana mesti pikir jgn la kucing ni dtg dekat aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:54 PM | Show all posts
seram gak bg aku..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:07 PM | Show all posts
dulu kat sekolah aku ada sekor kucing jantan gemuk. Namanya Bob. dia ni kucing tok siak masjid berdekatan tp dia selalu dtg lepak kat dalam bilik guru sekolah pd waktu sekolah.
magic nya Bob ni kalau dia lepak2 baring2 kat bawah meja/ kerusi satu2 cikgu perempuan, tak lama lagi sure cikgu tu pregnant.
jgn lah kata nak percaya benda tahyul.. sebab nya mmg ada satu tahun tu, dia round table.. 6 org sekali cikgu pompuan sekolah kami pregnant ikut giliran. sepanjang tahun kita org dpt guru ganti.
dua.tiga minggu dia lepak bawah meja, tak lama cikgu tu lekat laa..

tp laa ni Bob dah tak dtg lagi. tok siak tu kurung buat kan rumah. sebabnya kalau dari masjid ke sekolah kami, Bob kena lintas jalanraya besar. tuanya takutt kena langgar lori.
sekian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 05:00 PM | Show all posts
zehra2 posted on 10-12-2014 11:07 PM
dulu kat sekolah aku ada sekor kucing jantan gemuk. Namanya Bob. dia ni kucing tok siak masjid berde ...

betul org kata, kucing sejenis mahkluk yg membawa rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:31 PM | Show all posts
leotazz818 posted on 18-12-2014 05:00 PM
betul org kata, kucing sejenis mahkluk yg membawa rezeki...

itu lah nak bg tau ni..
rasa2nya sejak serius memelihara kucing. kita ni bertambah kaya.
senang aje duit nak masuk.. takde lah kaya raya sgt.. tp kalau nak berbelanja tak yah nak berkira laah.. cukup jek.
mcm tu jugek dgn kehidupan kucing2 kita ni..
mula2 dulu, kucing lepak2 kat luar .. skrg dah ada sangkar besar sendiri.. laa ni tgh buat rumah kucing mcm rumah org jugek..
kontraktor cakap, kalau2 semua kucing kita dah takde nanti, eloklah rumah tu disewakan pd org..
bila tgk kucing kita happy.. kita pun suka laa.. bersyukur pd Allah swt.. hidup ni sekejap jek. moga kita selalu dipermudahkan bila nak berbuat baik.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.094789 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list