View: 1578|Reply: 0
|
[Jenayah]
Dituduh cabul remaja
[Copy link]
|
|
KUANTAN - Seorang penganggur dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 selepas mengaku tidak bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kubang Buaya.
Tertuduh yang berusia 17 tahun dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Lorong Kubang Buaya 50 pada 21 Jun 2011.
Melalui kertas pertuduhan, tertuduh didapati menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga sepuluh tahun atau denda, atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali mengarahkan 22 Disember ini sebagai tarikh pra bicara.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/dituduh-cabul-remaja-1.340569 |
|
|
|
|
|
|
| |
|