View: 29822|Reply: 229
|
[Edisi Sampuk]Mangsa Pukul Dakwa Aliff Aziz Mabuk,Nak Saman(gambar lebam) #pg6
[Copy link]
|
|
Aliff Aziz Jawab Insiden Mengamuk, Tumbuk Pekerja Hotel
Aliff Aziz
PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baharu apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan.
Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 23, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk.
"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.
"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.
Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan.
Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu.
Dalam pada itu Aliff yang ketika ini berada di Singapura berkata, adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baharu sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.
Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan.
"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.
“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya kepada mStar Online.
Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang.
Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah.
"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.
"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya.
Last edited by maxim on 18-12-2014 04:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn l bagi dia masuk msia lg. mcm2 hal jadi nanti. tumbuk org, bunuh org. terju bangunan dia pun leh wat. ni lelebih lg nak xmas. kang dia ckp dia nsmpak santa claus plak |
|
|
|
|
|
|
|
jiwo kaco sungguh dak nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org singapore pun percaya benda2 ni jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Alasan paling popular retis
kena buatan org
penyakit misteri
senang btol hidup
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena sampuk?? kerlas statement semoga cepat sembuh ler yea... |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah singapore kena sampuk
kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
|
orglama posted on 11-12-2014 07:40 AM
Org singapore pun percaya benda2 ni jugak ke?
masuk kandang kambing mengembek
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak tul. curi phone hari tu pun agaknya kena sampuk gak |
|
|
|
|
|
|
|
pekerja hotel tu ada membela hantu kot
tu yang bila si aliff neh nampak
dia cuba lawan hantu tu
sblm hantu tu kaco orang lain plak |
|
|
|
|
|
|
|
Shah jezebel dulu bangun lambat sebab kena buatan orang..
Ni lagi satu hamjad versi 2014
Such a d***a** |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa dia ni kena pegi check..lepas hubungan cinta tak berjaya macam drifted away sikit dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca kena sampuk tu rasa macam KELAKORNYAAAAA... |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca kena sampuk aku hanya mampu tergelak tak henti2 |
|
|
|
|
|
|
|
masalah jiwa sungguh budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas kena sampuk ada muntah2 tak...jalan mesti tak betul sgt ni |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 11-12-2014 07:32 AM
jgn l bagi dia masuk msia lg. mcm2 hal jadi nanti. tumbuk org, bunuh org. terju bangunan dia pun leh ...
santa claus ke santau claus
|
|
|
|
|
|
|
| |
|