CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

  [Copy link]
Post time 11-12-2015 12:43 PM | Show all posts
masa berganti masa,kini dah 16 tahun dia berkahwin. dlm masa tu,mak mentua dia meninggal. masa dia meninggal,my kak long ni jaga dia. apa dia buat dengan kak long masa kak long jaga dia sakit,hanya Allah saja yg tau kerana kami duduk jauh,my dad kerja polis. dia busy dgn kerja dia. apa mak mentua dia bagi pada my kak long,hanya Allah saja yg tahu. tapi selepas tu,setiap kali dia balik kampung,dia akan bergaduh dgn my mum. ada saja pasal yg sengaja dipasalkan ada supaya bergaduh. hubungan kami adik beradik,memang panas dan semakin renggang. kami langsung tak bole bertemu muka dgn dia. satu lagi yg menimbulkan rasa pelik, ada sekali bulan puasa, dia balik umah mak. cuma dia saja. dia bole masak makan tengah hari mcm masa bulan tak puasa. lepas tu dia selamba makan tengah hari. masa dia balik,klu dia bole solat,solatnya dilakukan cepat2,mcm kena kejor dek hantu. sangat tergesa2. sangat pelik aku tgk. tapi aku senyap aje.

satu lagi klu kami semua mcm tegur sedikit perilaku laki dia tak guna tu,terus kak long naik hantu, marah2 dan terus berlaku pergaduhan besar2. kami satu family,langsung tak bole tegur,kutuk or mengata2 yg bukan2 ttg laki dia, dia boleh jerkah kami balik mcm seolah2 laki dia tu dewata mulia yang x bole di sentuh,ditegur larang hatta abah aku pun habes dilawannya. mak aku banyak kali menangis tgk peel dia klu dia datang angin rasuk dia tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2015 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 12:43 PM
masa berganti masa,kini dah 16 tahun dia berkahwin. dlm masa tu,mak mentua dia meninggal. masa dia m ...

Dah tak berubat dia lansung ke zen?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 03:50 PM | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 12:43 PM
masa berganti masa,kini dah 16 tahun dia berkahwin. dlm masa tu,mak mentua dia meninggal. masa dia m ...

kene jgk ikhtiar ubatkan kakak tu.. sampai bila kan nak biar dia mcmtu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 05:27 PM | Show all posts

KALAU AKU TAK DAPAT SESIAPA PUN TAKKAN DAPAT Part 2

Okay, Ieyfa sambung balik cerita sebelum ni yea. Lepas je keluar toilet tu, Ieyfa jalan normal dah tak pening atau pun mabuk. Sakit perut memulas-mulas pun dah tak ada. Dah tak berpeluh dingin dan semua jadi normal macam tak ada ape-ape jadi. Malam tu kat rumah rasa tak senang hati sebab baru tahu ada sesuatu dalam badan sendiri.

Patut lah segala perubahan yang Ieyfa rasa tu. Period pain tiap-tiap bulan terlalu sakit sampai terpaksa ambil injection tiap-tiap bulan. Tapi darah tak banyak pun keluar. Then rasa sakit pinggang yang sangat melampau sampai kena buat physiotherapy sebab Ieyfa tak boleh duduk lama, berdiri lama. Waktu tu ingat sebab side effect time belajar dulu Ieyfa selalu jatuh masa main bola tampar.

Then, ayah angkat Ieyfa bawak Ieyfa pergi jumpa kenalan kakak yang tolong Ieyfa malam tu, masa tu Ieyfa pergi bertiga. Ayah angkat, kawan baik dan Ieyfa sendiri lah. Masa sampai area tu kami tersesat, lepas tu tunggu tepi jalan ada orang akan datang pick up kami. Masa tunggu tu Ieyfa rasa relax je tak rasa takut ke berpeluh ke apa. Then orang yang nak jemput kami sampai, Ieyfa duduk sebelah driver dan kakak yang jemput kami tu park motor sebelah Ieyfa jadi ayah angkat buka tingkap, Ieyfa nampak masa tu kakak tu macam tersentak dan terkebelakang nasib tak jatuh motor. Tapi kakak tu cover cakap jom ikut kami.

Lepas sampai kat rumah tu, Ieyfa duduk kat luar dengan kawan baik Ieyfa yang diberi nama Mimi. Bila nak mula berubat, mereka suruh Ieyfa masuk. Kakak yang jemput Ieyfa naik motor tu cakap, tadi dia tersentak waktu Ieyfa turunkan tingkap sebab ada kepala kambing sergah depan muka dia. Tu yang dia terkejut sikit. Kakak tu depan dia ada sirih siap dengan semua la sekali. Dari bercakap macam normal tiba-tiba kakak tu diam, terus je bagi salam dan nada bercakap dia dah berubah.

Mereka cakap dia menurun. Ni la pertama kali Ieyfa nampak orang menurun tak tahu nak percaya atau tidak. Katanya tok nenek moyang mereka yang masuk. Dan memang cara kakak tu bercakap macam orang tua dulu-dulu dengan bahasa yang bukan kita gunakan lagi. Penuh dengan nasihat je cara dia cakap.

Nenek tu cakap mai sini aku nak tengok sikit. Dia suruh Ieyfa pusing membelakang kan dia. Tangan dia dah mula pegang belakang Ieyfa dan dia tanya dekat mana paling sakit. Waktu tu ada satu spot je yang memang sakit iaitu pinggang kanan. Nenek tu sapu dengan daun sirih sambil baca sesuatu Ieyfa tak berapa dengar sangat. Sambil tolak-tolak ke atas. Ieyfa masa tu sedawa angin memanjang. Tapi sakit tak berkurangan pun. Macam sama je berdenyut-denyut. Nenek tu tanya la rasa apa bila buat macam tu. Ieyfa kata rasa sakit tu macam mengikut pergerakan sirih tu naik ke atas then Ieyfa sedawa tapi lepas tu sakit balik kat pinggang. Walau pun nenek tu ulang berkali-kali tetap jadi menda yang sama. Sampai satu tahap nenek tu cakap bukan tahap aku ni.

Waktu tu kami jadi rasa la macam tu je ke dah give up. Habis macam mana ni. Rupa-rupanya nenek tu suruh ada seorang kakak yang lain tu pergi perasap kemenyan dan jemput kat depan pintu dapur. Nenek cakap yang ni satu kena berjemput. Waktu tu Ieyfa dah duduk balik bersandar kat dinding. Rasa relax je macam tak de hal lah rasa macam bak mai la ape-ape pown tak takut. Tak tahu kenapa rasa macam tu.

Tiba-tiba Ieyfa tengok kakak yang menurun jadi nenek tu tiba-tiba je melutut then merangkak. Ieyfa terus berpeluh masa tu. Then Ieyfa dengar bunyi mengaum. Pastu dengar suara orang cakap harimau dah mai dah. Ieyfa tengok kakak harimau tu pusing satu bulatan kat ruang tamu. Masa dia nak datang kat Ieyfa, Ieyfa terus melompat nak lari. Gigil habis satu badan. Tak faham kenapa.

Tapi masa tu semua pegang Ieyfa terus Ieyfa duduk senyap je menunduk tak berani pandang harimau tu. Sebab Ieyfa memang dapat dengar bunyi harimau berderam semua. Lepas berpusing harimau tu datang depan Ieyfa suruh Ieyfa pusing tapi dia tak bercakap la just bagi isyarat guna kepala je. Ieyfa blur time tu tak faha. Terpandang anak mata kakak tu tapi jujurnya Ieyfa nampak tu bukan manusia tu memang nampak macam harimau. Masa tu kecut habis perut ni. Bila semua cakap suruh pusing belakang terus Ieyfa pusing belakang. Tak berani nak menghadap. Waktu harimau tu kat belakang Ieyfa, Ieyfa dapat rasa dia tengah bau belakang Ieyfa macam tengah hidu makanan tu. Dia hidu sampai kat pinggang Ieyfa, lepas tu Ieyfa dapat dengar bunyi tulang patah bunyi harimau tengah makan sambil dia macam ada gigit-gigit sikit belakang Ieyfa. Bunyi tu sangat jelas kat telinga Ieyfa dan bila Ieyfa tanya kawan Ieyfa si Mimi dia cakap dia pun dengar.

Lepas dia makan sakit belakang Ieyfa jadi kurang. Rasa macam tak sakit lansung. Bila harimau dah kenyang dia duduk rebahkan badan dia macam terbaring gitu sebab kenyang. Tak lama lepas tu nenek tu masuk balik badan kakak tu. Dia kata harimau dah makan menda yang kat badan Ieyfa tu. Lepas tu nenek tu bagi daun sirih suruh Ieyfa mandi kat rumah dia jugak air daun sirih tu. Dan dia bekalkan 3 helai daun sirih untuk Ieyfa mandi kat rumah.

Macam panjang pulak cerita ni. Jap lagi Ieyfa sambung lagi yea. Kisah masih belum tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 06:39 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 11-12-2015 12:48 PM
Dah tak berubat dia lansung ke zen?

setahun dua lepas dia kawen tu,jenuh berubat sana sini, tapi kebanyakan perawat tak sanggup nak ubatkan dia. empunya diri pulak klu kata nak bawak dia berubat, terus naik hantu dan bergaduh teruk. dia cakap, dia tak sakit. tapi kebanyakan perawat Islam yg kami temui, diorang tak sanggup katanya dlm tubuh kak long tu besar2. tak tau jenis apa yg duduk dlm badan dia, dan macam mana dia bole tahan nafsu dia. adakah nafsunya terkunci? atau apa? ada sesapa yg ada pengalaman ni bole bagitau? kami sekeluarga dh buntu,family inlaw dia memang dah lepas tangan. malah diorang kaut lagi kekayaan kak long. kak long ni berjawatan tinggi dlm kerajaan. kami dah lama stop berubat dia,malah sampai ke Mekah dan Madinah,kami mohon Allah bagi petunjuk mcm mana rungkaikan masalah ni. kami takut,kalau dia nazak ke or meninggal,susah nak mati kalau ada benda duduk dlm badan dia kan?

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 06:42 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 03:50 PM
kene jgk ikhtiar ubatkan kakak tu.. sampai bila kan nak biar dia mcmtu..

abah dah makin tua,dia pun tak larat. mak pulak mcm dah pasrah even kekadang sakit hati tgk perangai dia. empunya diri memang mengamuk klu nak cakap nak bawak dia berubat...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2015 06:46 PM | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 06:42 PM
abah dah makin tua,dia pun tak larat. mak pulak mcm dah pasrah even kekadang sakit hati tgk perang ...

ds dah try tanya? Selalu kan kalau kes teruk-teruk mungkin ds boleh tolong
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 06:47 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 11-12-2015 05:27 PM
KALAU AKU TAK DAPAT SESIAPA PUN TAKKAN DAPAT Part 2

Okay, Ieyfa sambung balik cerita sebelum ni ...

wey, takutnya main rimau pulak berubat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 06:52 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 11-12-2015 06:46 PM
ds dah try tanya? Selalu kan kalau kes teruk-teruk mungkin ds boleh tolong

darul syifa? tak pernah pegi lagi, tapi parents mcm dah putus asa. tapi klu nak berubat,kena bawak orangnya jugak kan? dah orangnya mengamuk mcm kena rasuk hantu klu nak bukak mulut sikit nak bawak dia berubat. mcm dah buntu rasanya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 06:54 PM | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 06:52 PM
darul syifa? tak pernah pegi lagi, tapi parents mcm dah putus asa. tapi klu nak berubat,kena bawak ...

mungkin boleh pergi tanya dulu kat sana, cerita ape yang jadi mintak pendapat apa yang boleh dilakukan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 07:05 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 11-12-2015 06:54 PM
mungkin boleh pergi tanya dulu kat sana, cerita ape yang jadi mintak pendapat apa yang boleh dilak ...

nanti try bincang dgn parent mcm mana. kekadang pelik tgk manusia,benda yg mistik ni la suka sangat membela. mengenakan orang mcm kakak ifa tu lagi pelik. kesian tgk ifa,berat dugaan ifa, at least kami ada masalah pun,mak abah masih ada. ni mak ifa pun dah xde,abah pulak sakit,nak kawen pun ada adik beradik, tapi mcm xde. jadi anak yatim piatu belum sampai masanya. hanya Allah SWT saja yg jadi tempat bergantung. maaf ye, klu tumpang cerita kat tred ifa,tgk byk2 tred kat bod MPS rasanya ni yg paling sesuai nak share story. yg menduakan Allah ni tak takut balasan ke? rasa hidup tu mcm menongkat langit?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 07:17 PM | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 07:05 PM
nanti try bincang dgn parent mcm mana. kekadang pelik tgk manusia,benda yg mistik ni la suka sanga ...

tak ada masalah lah Zen cerita je.. Meramaikan ummah kat sini kalau tak suram je sini.. Nak buat macam mana Zen dah nasib tuhan nak uji Ieyfa macam ni..Pasrah jelah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 07:24 PM | Show all posts
terima kasih momod bagi tacang..Dah lama rasanya tak dapat makan tacang..hehehe..Niyang semangat nak sambung cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin zen blh try bawak perawat ke rumah plk instead of bawak kakak ke perawat.. cubalaa kan..

Guna fon reply so xtau n x boleh nak quote posting si zen.. hu3
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2015 10:46 AM | Show all posts
Assalam ieyfa... besnye ade cite baru.. aku setia menunggu smbungan cite tt.. dan aku doakan smoge tt berjodoh dgn tunang tt hingga mnjdi suami isteri yg sah.. smoge dipermudhkan Allah.. doa org teraniaya didengari dan dimakbulkan Allah.. Inshaa Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2015 07:54 PM | Show all posts

KALAU AKU TAK DAPAT SESIAPA PUN TAKKAN DAPAT Part 3 (tamat)

Baiklah, ni sambungan kisah sebelum ni yea..

Lepas balik dari rumah yang berubat tu, Ieyfa tidur dengan amannya sampai ke pagi. Mimi ni serumah dengan Ieyfa dan kebetulan dia ada kelas petang tu.. Jadi dia ketuk pintu bilik Ieyfa dan bagitahu yang dia nak pergi kelas dah. Ieyfa masa tu still mamai-mamai just cakap haa je. Memang buruk perangai tengah hari buta pun tak bangun lagi. Masa tu Ieyfa dengar dengan jelas yang Mimi dah keluar dengar pintu dah bertutup siap bunyi grill lagi.

So dah confident tak ada orang Ieyfa terus sambung tidur balik, tapi tiba-tiba Ieyfa dengar bunyi orang ketuk dinding bilik macam ketul pintu bilik. Tapi dia ketuk dinding tau.. Ieyfa terus bangun memang dengar dengan jelas. Masa tu Ieyfa jadi pelik la takkan Mimi masuk balik tak dengar pintu bukak balik semula pun.

Ieyfa terus call Mimi dia cakap dia tengah bukak lock motor dia kat bawah umah macam mana pulak Ieyfa boleh dengar bunyi orang ketuk dinding tu. Mimi pun dengar dia tanya la Ieyfa tengah ketuk apa. Ieyfa cover cakap orang rumah atas tu. Lepas tu letak phone Ieyfa dah gigil kat rumah. Lepas je bunyi ketukan tu stop Ieyfa dengar bunyi pintu bukak tutup then bunyi grill. Rumah tu memang Ieyfa dengan Mimi je yang duduk. Ni rumah lain yea. Bukan kat rumah waktu lelaki Haikal tu datang. Punya la lama Ieyfa tak tahu pasal adanya benda tak elok tu dalam badan kalau tak silap lebih dari setahun.

Jadi lepas je berubat tu Ieyfa bagitahu la kat mak pasal apa yang jadi. Mak cerita kat Zara. Masa ni Zara stay dekat KL lagi. So Zara cakap dia tak puas hati nak bawak Ieyfa berubat dengan seorang Ustaz ni dekat KL. So Ieyfa pun ikut jelah cakap dia hujung minggu tu Ieyfa turun KL dan Zara bawak Ieyfa jalan-jalan KL lepas tu dalam pukul 12 malam macam tu dia bawak Ieyfa pergi satu rumah. Masa ni dengan suami Zara sekali, bila berhenti je depan rumah tu Ieyfa terus jegil mata kat diorang cakap kenapa datang sini. Nak balik lah. Zara cakap suami dia nak jumpa kawan dia je. Ieyfa pun tak tahu kenapa Ieyfa tak rasa nak masuk rumah tu.

Tapi Zara cakap masuklah kita borak kat dalam. Sebelum tu Ieyfa just berdiri depan pintu rumah je. Pastu kawan suami Zara datang depan pintu jemput Ieyfa masuk, suara dia lembut je cakap terus Ieyfa masuk. Ieyfa dengar dia cakap adik awak ni kena dijemput masuk baru dia nak masuk. Waktu tu memang mereka berborak je. Ustaz ni sebenarnya anak buah suami Zara, suami Zara ni seorang pegawai tentera.

Lepas je berborak ustaz tu mintak diri katanya nak tukar baju. Dia pakai baju satu set semua warna kuning. Lepas tu dia suruh Ieyfa ambil air sembahyang. Ieyfa bangun dengan membentak pergi toilet nak ambil air semayang. Tapi masuk je dalam toilet tu Ieyfa rasa malas dan tak nak buat macam yang dia nak. Ieyfa just basahkan tangan muka sikit-sikit lepas tu keluar.

Bila dah keluar tu, Ustaz cakap kenapa tipu, ambil balik air sembahyang. Kali kedua Ieyfa buat menda yang sama jugak. Kali ke tiga Ustaz tu suruh isteri dia duduk depan pintu tengok Ieyfa buat betul-betul atau tak. Lepas ambil air sembahyang Ieyfa duduk jauh dari Ustaz tu. Tapi Ieyfa bising cakap panas memang masa tu rasa tak selesa lansung, Ustaz tu cakap jangan lap air kat anggota yang basah biar kering sendiri. Ieyfa masa tu memang dah nak mengamuk sebab panas. Ustaz tu terus halakan semua kipas stand yang ada ke arah Ieyfa agaknya tak nak Ieyfa mengamuk kot.

Lepas pada tu Ustaz tu nyalakan colok, dia tak pakai kemenyan sebab katanya busuk. Dia pakai colok warna hitam yang bau wangi. Katanya dia perlukan asap untuk perantara. Lepas tu dia ambil limau purut sebiji dan asap kan sambil baca sesuatu yang Ieyfa tak dengar dan tak ambil tahu. Dia bagi kat Ieyfa suruh Ieyfa golekkan kat mata 7 kali. Ieyfa buat jelah tapi tanpa sedar Ieyfa golek habis satu muka sebab rasa sangat selesa limau tu kat muka dan rasa sejuk je. Zara tegur masa ni kenapa buat macam tu kan ustaz suruh golek kat mata je. Ustaz tu cakap tak apa biarkan dia. Memang orang yang kena santau ni selesa dengan limau purut. Ieyfa rasa macam menang pulak bila ustaz tu macam biarkan Ieyfa dengan limau tu. Rasa macam dalam dunia sendiri. Mana tempat kat muka yang gatal semua Ieyfa golek dengan limau tu. Rupanya masa Ieyfa tengah syok dengan limau tu, ustaz dah sediakan limau untuk Ieyfa mandi.

Ustaz pesan bila air kena kat badan pastikan rata tanpa perlu sapu kat badan maknanya kena pastikan air tu mengalir sendiri dan kena air direct kat badan maknanya kena b*g*l la.. Malu nak tulis full..hehe.. Jadi bila balik rumah Zara volunter nak tolong jirus badan kat bahagian belakang supaya rata. Masa tu paksa dia jirus sambil tutup mata.. Malu even kakak sendiri.

Ustaz tu cakap boleh tambah air biasa dalam baldi tapi kena campurkan dengan air limau tu. Dan jangan keringkan badan. Plus baju yang pakai masa tu semua kena buang. Sedih sebab seluar feberet tapi ikhlas jela sebab nak berubat kan. Lepas mandi tu Ieyfa rasa sangat segar macam start new life. Jadi masa tidur Ieyfa tidur bilik sebelah toilet dan tingkap menghadap ke koridor luar. Tapi akak tutup tingkap tu dengan kain batik sebab rumah tu diorang baru pindah tak ada langsir lagi.

Katil dia katil askar di mana semua penuh kayu yang kena angkat 6 orang lelaki. So memang berat dan takkan sesiapa boleh angkat sendiri. Malam tu ustaz cakap ambil satu limau tu letak bawah bantal. Kalau tak boleh tidur bau limau tu. Masa tu memang Ieyfa tak boleh tidur rasa gelisah je. Bila pandang kat kain batik tu Ieyfa nampak kepala harimau bersilih ganti dengan kepala kambing. Terus pegang limau bau baru rasa tenang.

Sampai la Ieyfa terlelap tiba-tiba katil Ieyfa terangkat dan kena hempas terus tersentak Ieyfa bangun melompat pergi bilik Zara sambil gigil-gigil ketakutan. Ieyfa mengis-nangis masa tu sambil jerit nama Zara dan mata meliar keliling takut sangat-sangat. Zara buka pintu Ieyfa terus peluk dia cakap katil kena hempas. Suami Zara yang mamai ni pergi bilik Ieyfa check katil. Katanya tak ada apa-apa pun. Ieyfa dah trauma cakap tak nak tidur sorang-sorang. Zara bagi Ieyfa tidur sekatil dengan dia dan suami dia. Baru la Ieyfa tidur aman. Tapi Zara yang tak boleh tidur masa tu. Dia cakap dia boleh rasa ada benda berlegar-legar dalam bilik tu macam tak puas hati.

Esok nya suami Zara call ustaz tu bercerita apa yang jadi malam tu. Ustaz tu cakap benda tu tak puas hati sebab tak dapat masuk balik dalam badan Ieyfa. Tu yang hempas katil tu. Ustaz tu ada bercerita pasal harimau tu kenapa Ieyfa still tak pulih. Sebab tabiat harimau makan sikit-sikit takkan makan sampai licin. Jadi masa tu masih ada baki dalam badan Ieyfa. Jadi orang tu tambah balik apa yang baki tu.

Ieyfa ada tanya ustaz tu siapa yang hantar, dia cakap orang tu tak upah sesiapa maknanya dia buat sendiri dan dia memang selalu monitor Ieyfa ni. Dia memang menuntut dari Siam dan juga kawasan Sabah. Ustaz tak cakap direct tapi dia bagitahu lah yang orang tu nak kat Ieyfa tapi Ieyfa tak nak. Waktu tu baru la Ieyfa teringat balik kes si Haikal tu. Dapat agak la dia yang buat. Ustaz tu kata dia hantar santau melalui makanan, angin dari asap rokok dia hisap hembus kat Ieyfa, dari nama Ieyfa. Bila banyak Ieyfa jadi bercelaru dan nak bunuh diri. Jadi tak ada sesiapa akan tahu Ieyfa sebenarnya kena buatan dia.

Lepas pada kes tu Ieyfa jadi fobia nak tolak cinta lelaki ni. Semua Ieyfa layan sampai orang kata Ieyfa playgirl. Tapi sebab nya Ieyfa takut kes yang sama jadi lagi. Nasib baik tak pernah kantoi banyak boyfriend masa tu..hehe..Tapi sekarang setia pada yang satu jela. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2015 07:55 PM | Show all posts
RinIna replied at 14-12-2015 10:46 AM
Assalam ieyfa... besnye ade cite baru.. aku setia menunggu smbungan cite tt.. dan aku doakan smoge t ...

Terima kasih Rin.. Dah bagi sambungan dah. Amin...Harap ke jinjang pelamin ddengan jayanya..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:23 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 14-12-2015 07:55 PM
Terima kasih Rin.. Dah bagi sambungan dah. Amin...Harap ke jinjang pelamin ddengan jayanya..hehe

Insha Allah.. aamiin2.. hehe.. Thanks2... lom abis cite lagi ni kan ieyfa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 03:13 PM | Show all posts
RinIna replied at 15-12-2015 10:23 AM
Insha Allah.. aamiin2.. hehe.. Thanks2... lom abis cite lagi ni kan ieyfa?

so far yang cerita baru tu memang dah habis dah Rin.. Dah settle agaknya sebab tak pernah check lagi dengan sesiapa..Harapnya dah settle la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 03:23 PM | Show all posts
TARIK

Hi, cerita ni baru je jadi semalam. Tak la seram sangat tapi menggigil jugak la lutut. Kisah pendek je..

Ieyfa ni kerja shift jadi balik pukul 12 tengah malam kalau shift petang. Selalu memang tak ada masalah ape-ape pun tapi nak jadi nasib kot semalam kena kacau. Semalam tunang Ieyfa belikan novel kat Ieyfa 5 buah dari Big Bad Wolf yang memang tiap-tiap tahun buat Ieyfa sawan nak membeli buku. Jadi nak elakkan dari Ieyfa sawan dia belikan dan hantarkan kat tempat kerja Ieyfa. Jadi waktu balik tu Ieyfa letak segala buku tu dalam beg galas macam beg sekolah tu.

Balik kerja tu memang tak rasa ape-ape pun semua rasa tenang je. Sepanjang jalan tu Ieyfa dengar bacaan surah Al-Waqiah dengan surah Al-Mulk. Memang Ieyfa download tapi kebetulan tengah kotor jadi Ieyfa dengar je bacaan tu. Tak dapat la nak mengikut just ikut dalam hati je.

Sampai dekat Puncak Jalil Ieyfa lalu satu laluan short cut nak ke rumah Ieyfa. Situ memang gelap sangat-sangat dan lampu jalan diowang memang tak pasang. Tapi sebab masa tu Ieyfa rasa confident tak rasa takut atau pun meremang lansung Ieyfa jalan jela macam biasa. Lupa pulak Ieyfa bawak motor tau.

Tengah lalu tu tiba-tiba je terasa beg Ieyfa yang sedia berat tu macam orang tarik kuat sampai Ieyfa terkebelakang nasib baik la Ieyfa pegang handle kuat kalau tak memang tercampak ke belakang la. Terus Ieyfa jerit Allah banyak kali sambil lansung tak berhenti motor jalan je terus. Nak tengok kat side mirror memang tak berani lansung. Sampai ke kawasan cerah baru Ieyfa tengok belakang tpi tak ada ape-ape pun.

Sampai rumah park moto rasa seram meremang je. Malam semalam memang tak boleh tidur lansung sampai pukul 5 pagi. Rasa diperhatikan. Mungkin sebab badan kotor kot. Tapi Ieyfa berazam takkan lalu jalan tu dah kecuali hari siang sebab jalan tu memang sunyi..

Tu jelah kisah pendek Ieyfa untuk hari ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.075155 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list