CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 7

Barang BUNDLE: Bagus atau TERUK??

[Copy link]
Post time 12-12-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
# Barang Bundle #

Dalam bahasa mudah nye, barang yg sudah dipakai.

Bagus atau tidak sesuatu barang tu, bergantung pada nasib anda, dan juga penelitian anda terhadap sesuatu barang yg ingin anda beli.

Saya sendiri, sejak mengenali dunia BUNDLE,
pemikiran saya semakin terbuka.

Jika dulu, selalu mengeluh..
Bundle punya barang tak selesa, merungut itu ini..

Tapi sejak melibatkan diri SECARA TIDAK SENGAJA,
dalam bisnes bundle ni, mata ni makin terbuka.

Beli kasut bundle pertama dalam hidup ni,
macam2 yang bleh diperkatakan.

Best, Selesa, Murah, Tahan Lama..
(bergantung pada penggunaan & jenis / ragam kaki)

Sekarang ini pun, saya ada 2 pasang kasut bundle yg digunakan utk urusan seharian.

Masih ada 4 psg lagi yg sudah saya packing sebaik mungkin untuk diguna setelah kasut sedia ada ini tidak boleh digunakan lagi.

Lagipun, saya sudah yakin dengan kualiti nya.
Saiz kaki pula besar.. bukan senang nak dapat!

Akhir kata, saya sarankan pada yg baru nk cuba2 brg bundle ni, kalau boleh ikutlah step yg saya amalkan.

1) SELESA
- barang cantik / smart pun tak guna kalau rasa tak best bila pakai.

2) RUPA / KEADAAN BARANG
- kalau harga barang tu murah sekalipun, perhalusi ketahanan barang tersebut.

*Kalau hati memang jenis redha sekiranya barang tu baru sekali dua guna pun boleh hancur, silakan.

3) HARGA
- Langkah terakhir sekali, persetujuan harga.
Biasanya barang bundle ni boleh tawar-menawar.
Tapi ada juga sesetengah penjual matikan harga.

Jika anda mampu, dan rasa berbaloi dengan harga yg ditawarkan, bolehlah muktamadkan pembelian.

Kerana pada akhirnya, ia adalah WANG anda.
Hanya anda yg layak membelanjakan nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 04:39 PM | Show all posts
Stroller, carseat, bouncer, permainan kanak-kanak berjenama dan sebagainya yang banyak dijual kalau bukan yang 'pre-own' tu fikir-fikirlah banyak kali kalau nak beli.

Pernah kena ingatkan elok sebab nampak dalam blog macam ok saje..tup tup bila sampai.  Paling mudah saya describe 'macam barang overseas or tah mana diorang kutip yang orang nak buang' dikumpul dan dijual ler kat kita-kita kat Malaysia ni yang teringin nak pakai barang branded untuk anak tapi tak mampu nak beli yang baru kat butik.

Saya disindir untuk beli saja dikedai kalau dah tak boleh terima keadaan barang tu.  If only I knew...saya pun tak sanggup dan tak hingin nak bagi anak saya duduk dalam carseat yang tah mana datang tu.

Saya belajar dari kesilapan saya dan harap orang lain tak terkena😉

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 01:22 PM | Show all posts
meya replied at 1-3-2015 04:39 PM
Stroller, carseat, bouncer, permainan kanak-kanak berjenama dan sebagainya yang banyak dijual kalau  ...

Better beli offline brg bundle. Senang bole tgk n pegang. Bukan apa, kdg2 apa yg online seller describe ngan apa kita bayang tu xsama. Kdg seller kata 8/10..tp bila smpi dh mcm bole buat kain buruk je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 01:44 PM | Show all posts
fallin replied at 10-3-2015 01:22 PM
Better beli offline brg bundle. Senang bole tgk n pegang. Bukan apa, kdg2 apa yg online seller des ...

Tulah dah serik.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2015 01:58 PM | Show all posts
brgntung kpd masing2...ada yg suka n ada yg x...ada yg elok n ada yg x,,,yg pnting bijak memilih
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2015 02:31 PM | Show all posts
saya natural.. boleh terima barangan bundle
kena pandai memilih. spend masa la sikit tengok betul2
sesetengah barangan bundle yg saya gunakan masih elok
dibanding barangan baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2015 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu je beli brg bundle ni.. berani beli online kalau brg pre love je..

Pandai pilih kita boleh dpt brg yg berkualiti dgn harga yg murah.m
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:01 PM | Show all posts
dulu i penah baca.....beli jeans bundle...bile malam2 tak boleh tidur sebab 'owner' mengganggu......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063901 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list