CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2249|Reply: 0

Belajar percuma di City College of Business Management Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 14-12-2014 08:47 PM | Show all posts |Read mode
Bagi pelajar luar bandar yang layak, mereka akan mendapat biasiswa pelajaran untuk menyambung pelajaran di City College of Business Management Kuala Lumpur. Apa lagi, kalau ada jumpa mereka yang layak tapi tak mendapat tempat, apa kata tawarkan mereka peluang ini!


KUALA LUMPUR - City College of Business Management Kuala Lumpur memperuntukkan biasiswa bernilai RM2 juta kepada parti Gerakan sebagai inisiatif membantu pelajar miskin berkelayakan menyambung pelajaran ke peringkat diploma.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Nasional Parti Gerakan, Andy Yong Kim Seng, biasiswa itu memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mampu meneruskan pengajian.

"Biasiswa yang diberikan itu bukan untuk Parti Gerakan sahaja, tetapi ia juga untuk masyarakat umum khususnya mereka yang miskin. Kami mendapati ramai pelajar luar bandar yang dapat 6A di dalam peperiksaan SPM lalu, namun masih tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT).

"Oleh itu, City College dengan kerjasama parti Gerakan akan memberikan 100 peratus biasiswa kepada pelajar yang mendapat 6A manakala pelajar yang hanya  mendapat empat hingga lima A, mereka akan diberikan 50 peratus biasiswa sepanjang pengajian mereka di dua institusi terpilih," katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Yong, selain City College, Kolej Pacific Kuantan turut terlibat dalam program berkenaan dan kedua-dua kolej ini akan menjadi venue pelajar terpilih untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.

Sehubungan itu, Yong menyeru pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga miskin untuk mendaftar di pejabat Gerakan terdekat atau menghubungi talian 014-9665281 untuk keterangan lanjut. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.069637 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list