CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

Kisah Aku Dan Mistik III : Kisah 8 : Perempuan Misteri Berbaju Kuning

[Copy link]
 Author| Post time 3-1-2015 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syumaimah at 3-1-2015 08:38 PM

Aku nak share kisah yang berlaku pada suami aku dalam bulan 10 baru baru...

Aku penah citer dulu yang opis aku ni agak keras dan area kampung yg aku stay ni pun agak keras... rumah aku ni berdekatan dgn opis aku.

Jadi satu hari tu suami aku mengadu sakit di bahagian kiri pinggang dia... dulu penah sakit dah pasal dia bekam pakcik yg ada saka dan saka tu bertenggek kat pinggang dia.  Alhamdulillah lepas mak aku masukkan kapur dan air limau nipis kat pinggang dia tu sakit dia hilang dan pinggang dia rasa ringan.
Tetiba pulak kali ni dia mengadu sakit pinggang lagi dan aku cuba la urut tp still sakit. Sampai la satu hari tu kami balik kampung aku dan kesempatan itu aku minta mak aku yg reti sket bab mistik ni tengokkan pinggang suami aku... Mula mula mak suh sham (suami aku namanya sham) baring meniarap tanpa berbaju. Masa tu aku dan adik beradik lain duk layan tv... kemudian mak bancuh kapur dgn perahan air limau nipis dan baca baca kat kapur tu... kemudian mak sapu pelahan lahan di bahagian kiri pinggang yang sakit... mak sapu arah lawan jam pada pinggang sham.... beberapa kali sapu, mak panggil aku dan suh aku lihat pinggang sham dgn menggunakan isyarat mata dia sbb mak tak nak bising bising.
Sham aku lihat tenang meniarap... masa aku lihat pinggang sham tu aku hampir hampir menjerit... cepat cepat aku tutup mulut. .. korang tau tak apa yg aku dan mak nampak? Aku nampak sisik ular terbentuk di sepanjang pinggang kiri sham... aku memang pasti tu sisik ular sbb jelas sekali bentuk dia dan panjang serta lebar. Terbeliak mata aku tenguk.  Sham dan adik beradik aku tak perasan apa yg berlaku.  Mak usap pinggang sham pelahan lahan dan sisik ular tu hilang... mak teruskan usap pinggang sham dan kali ni muncul lagi sisik  tu... seingat aku tiga kali sisik ular tu muncul.... kemudian mak baca sambil hembus dekat pinggang sham dan selesai....

mak tanya sham "hang ada pukul ular ka?"...  masa tu adik beradik aku pandang mak... tekun. Sham geleng sambil betulkan kain pelikatnya...

"tak de mak"... "tapi haritu saya ada terlanggar ular masa kelam kabut nak pi masjid waktu maghrib" sham sambung lagi...

aku tanya sham "kat mana abang langgar? "... "depan opis awak la".... Aku terkedu sbb depan opis aku tu memang keras dan ramai dah kena... sham tanya mak kenapa tanya macam tu... mak pun cerita la pasal sisik ular tu... terkujat la sham.... macam tak percaya dia... tp aku iyakan sbb aku pun nampak kan masa tu... aku pun silap tak amik gambar...

mak suh sham beli beberapa bahan utk buang benda tu... antara mak suh sediakan 7 biji limau purut dan  beluran (aku tak tau korang panggil apa)... mak bacakan ayat ayat quran kat seme bahan tu tadi dan sham kena mandi 7 hari berturut turut dgn bahan bahan tadi... alhamdulillah pinggang sham dah tak sakit lagi.... tu ler citernya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2015 06:57 PM | Show all posts
bestnya cerita awak  tt

semoga tabah menghadapi dugaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 06:58 PM | Show all posts
Syumaimah replied at 3-1-2015 08:31 PM
Aku nak share kisah yang berlaku pada suami aku dalam bulan 10 baru baru...

Aku penah citer dulu ...

ular jelmaan ke yg suami tt langgar tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 4-1-2015 06:58 PM
ular jelmaan ke yg suami tt langgar tu?

Aku rasa ular jelmaan kot sbb umah aku dulu penah ular jelmaan masuk. Ada aku citer dalam thread kedua aku... Kisah Aku Dan Mistik II
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 04:44 PM | Show all posts
belum ada cerita terbaru?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 5-1-2015 04:44 PM
belum ada cerita terbaru?

Hehe.. Belum... InsyaALLAH nnt update
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2015 04:01 AM | Show all posts
Syumaimah replied at 3-1-2015 08:31 PM
Aku nak share kisah yang berlaku pada suami aku dalam bulan 10 baru baru...

Aku penah citer dulu ...

tempek la gambar beluran tu,

kat Sabah beluran tu nama daerah

mungkin ular tu jelmaan, lagipun kuarnya waktu maghrib....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2015 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syumaimah at 27-1-2015 10:42 PM

Kisah 4

Lama aku tak update kat thread aku ni, maklumlah awal tahun ni agak busy dgn macam macam urusan kerja ditambah pulak mood malas aku datang... hehe... cuma hari ni aku update jugak sebabnya aku nak share satu kisah mistik terkini dan boleh tahan seram jugak... kisah ni terjadi kat adik aku si Shah. kalau korang biasa follow thread kedua aku dulu korang dah maklumla apa yang berlaku kat Shah... Shah ni aku kira antara orang yg hebat diuji dgn benda benda mistik ni... ok aku tak nak bebel panjang so korang baca la yer... nak baca tu pastikan jangan bersendirian... hihi
Kisahnya bermula bila satu pagi aku mendapat panggilan telefon dari mak di kampung. suara mak sedikit cemas dan lemah...

Mak : Mai, mak nak minta tolong pegi KL amik Shah kat rumah dia mai. Bawak balik kampung segera...

Aku : Kenapa pulak mak? Shah sakit ke?
Mak : Adik kamu Shah terkena buatan orang asli. malam tadi dia meracau teruk. mak risau la mai. tolong la pegi amik adik kamu tu bawak balik kampung. tak de sape sape kat sana tu...

Aku : Baik mak....

aku letak telefon terduduk di birai katil sambil menahan sesak dada aku. kepala rasa berpinau sekejap... Apa pulak kali ni? Shah sakit balik terkena orang asli punya? tapi kenapa? masa tu dalam kepala aku teringat peristiwa beberapa tahun dulu masa Shah kena sihir berjalan kaki sorang sorang menuju ke negeri sebelah... ya ALLAH selamatkanlah adik aku...

Aku cuba mengumpul kekuatan yang ada... Alhamdulillah oleh kerana aku dah beberapa kali berdepan dengan masalah sebegini aku cuba tidak panik dan setenang mungkin. Sham, suami aku tak ada di rumah... aku cuba call shah tapi tak berangkat. naik lenguh tangan aku dail tapi hampa... aku call isteri Shah yg sedang berpantang anak pertama di kampungnya.. (isteri Shah senegeri dgn kami)..

Alhamdulillah berangkat... hujung talian kedengaran suara Siti... aku tanya siti pasal perkembangan Shah. Menurut siti dia pun tak dapat bercakap dgn Shah pagi ni, dia hanya dapat bercakap sekejap pada jam 5 pagi tadi setelah Shah pulih dari kerasukan.. menurut siti, malam tadi Shah kerasukan,  mujur jiran shah jenis baik hati dan ambil berat menghubungi ustaz kenalannya untuk memulihkan Shah yg kerasukan.. Lama jugak la bertarung baru la Shah agak pulih wp tak pulih sepenuhnya..

Jam 5 pagi tadi Shah ada call siti bagitau yang dia tak boleh tidur.. aku minta nombor telefon jiran Shah dan cuba hubunginya... Aku minta jirannya ketuk pintu rumah Shah dan beri telefon kepada Shah sebabnya aku nak sangat dengar suara Shah...

dekat 15 minit jiran shah ketuk pintu barulah Shah keluar... dapat la aku bercakap dgnnya.. dihujung talian suara shah lemah sgt tapi dari gaya percakapannya macam shah dah pulih dari kerasukan malam tadi.. sebabnya siti bagitau aku malam tadi masa siti call shah, shah cakap merepek repek.. masa sedang bercakap dengan aku, tetiba shah batuk tak berhenti... kedengaran seksa sangat suaranya...

aku tanya Shah kenapa batuk teruk macam tu? Shah bagitau yang dada dia luka dalam akibat penangan 'termakan'... aku mengucap panjang... mendengarkan suara Shah yang seksa menahan batuk yg teruk tu, aku suh dia berehat dan maklumkan pada dia yang aku akan datang amik dia dan hantar balik kampung. tapi Shah menolak kerana staff dia akan hantar dia balik kampung. Lagipun staff dia tu senegeri dgn kami... aku lega...

hampir sebulan aku tak dengar khabar Shah, mungkin masing masing sibuk dan mak ada bgtau yg Shah dah makin pulih... Sehinggala 2 hari lepas Shah call aku bgtau nak singgah rumah aku. kebetulan dia tengah siapkan projek dia area tempat aku ni...

Sesampai je Shah kat rumah aku, aku tengok dia macam dulu jugak... sihat, senyum dan tenang jer... cuma sedikit gelap. maklumlah kerja ukur kan... Setelah Shah bersihkan diri dan solat aku mula buka cerita pasal kes dia terkena buatan orang asli tu... Shah pun mula bercerita... begini ceritanya....

Shah dapat projek ukur dekat satu hutan ni. kawasan hutan ni di diami oleh orang asli yg majoritinya beragama islam... Shah ada la uoah beberapa orang asli ni untuk bantu dia selama dia dalam hutan tu. Dan shah pun ada menyewa sebuah rumah di perkampungan asli ni bersama 3 orang lagi staff dia... masa mula mula shah buat kerja kat situ semua ok... tak de pape sehingga lah dekat projek tu nak siap Shah mula rasa tak sedap badan... Shah kerap rasa seram sejuk dan sakit kepala yg amat sangat. Sakitnya tu seolah olah nak meletup kepala shah dan shah kerap sakit dibahagian tengah tengah mata... sampai nak buka mata pun tak boleh...

petang tu selesai kerja Shah dan staff staff drive balik ke rumah Shah di KL... Dalam perjalanan tu shah x boleh drive sbbnya kepala dia sakit amat sangat dan staff shah yg drive... namun, sepanjang perjalanan tu Shah dah mula cakap merepek repek... staff shah semua kaget sbb shah x pernah cakap merepek repek.. masing masing diam dan membiarkan shah merepek...

sampai je kat rumah, shah terus menuju ke bilik sbb rasa penat sgt...

menurut cerita staff dia, masa shah masuk bila nak tido tu tetiba shah jatuh pengsan. staf staf shah kaget tgk shah pengsan. belum sempat depa buat pape tetiba shah bangkit bersila dgn mata merah merenung tajam dan bercakap benda yang bukan bukan... bila dah tenguk shah macam tu, staf dia panggil jiran depan dan minta call ustaz..

syukur la ustaz tu ada kat rumah, tak lama kedian ustaz datang... masa tu jiran jiran tetangga dah penuh kat rumah shah... bila nampak je ustaz datang shah bertindak ganas, halau ustaz tu balik... maka berlaku la adegan kerasukan... shah dah start cakap bahasa orang asli... 10 orang lelaki dewasa pegang shah pun terpelanting....

dialog punya dialog akhirnya ustaz tu berjaya usir jin jin yg ada kat badan shah. rupa rupanya ada 7 ekor jin bertenggek di badan shah... lepas satu satu ustaz buang jin tu dan akhirnya tinggal jin last sekali dan yg paling degil. jin ni duduk kat bahagian tengah mata shah. sebab tu shah tak boleh nak buka mata, sakit... alhamdulillah dgn izin ALLAH, ustaz berjaya tarik buang jin yg bertenggek di tengah mata shah... tapi sebelum jin tu keluar dia sempat bagitau ustaz tu macam ni "aku akan keluar dr tubuh budak ni tapi ingat aku akan datang balik ganggu dia"...

bila dah keluar jin ketujuh tu, shah rebah dan ustaz sapu air jampi ke muka shah. alhamdulillah shah dah sedar dan pulih... ustaz ada bekalkan beberapa air utk shah mandi dan minum...

sebelum tu aku lupa nak citer, sebenarnya pagi sebelum shah histeria tu, shah dah berkelakuan pelik... menurut staf shah, pagi tu shah dengan berselera telan beberapa biji telur mentah... terkujat jugak la staf staf dia tgk shah telan telur mentah tu tp sorang tak berani tegur... aku tanya shah dia tak sedar ke masa dia makan telur mentah tu? shah cakap dia memang tak sedar...

ok berbalik pada cerita tadi, bila dah pulih tu petang tu shah dan staf staf dia bertolak balik kampung... ingatkan semua dah selesai tapi rupanya belum... insyaALLAH nnt aku sambung gangguan gangguan seterusnya dan kenapa orang asli tu hantar jin jin dia kat shah.... tungguuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cat_miow replied at 7-1-2015 04:01 AM
tempek la gambar beluran tu,

kat Sabah beluran tu nama daerah

Sori baru balas.... Hihi

Aha nnt aku cuba tepek gambar beluran tu ek... InsyaALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah replied at 27-1-2015 10:36 PM
Kisah 4

Lama aku tak update kat thread aku ni, maklumlah awal tahun ni agak busy dgn macam macam  ...

Xsabar nk tgu tt update.

Keje jd surveyor mmg mencabar kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2015 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
PongKang replied at 28-1-2015 12:36 AM
Xsabar nk tgu tt update.

Keje jd surveyor mmg mencabar kan

InsyaALLAH sok aku update.... Aha memang mencabar... Jumpa macam macam... Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Syu.. lamanye menyepi.. rindu nk dgr cite2 syu.. ape kabo skrg? Hrp2 syu bebas dr anasir2 yg buruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sesukaje replied at 29-1-2015 11:21 AM
Syu.. lamanye menyepi.. rindu nk dgr cite2 syu.. ape kabo skrg? Hrp2 syu bebas dr anasir2 yg buruk

Alhamdulillah sihat.... Aha aku plan nak sambung lg kisah adik aku ni tp tu la sbb seminggu ni aku stay sensorang kat umah so aku malas nak ingat balik nanti memalam aku gak yg susah x leh tido... Hehe...

InsyaALLAH weekend nnt aku update.... Heeee
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 09:14 AM | Show all posts
aku igtkan dah xde cite dr ko...rupanya ade bkk umah baru...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 03:32 PM | Show all posts
kesian adik syu.. moga cepat sembuh yea..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin replied at 6-2-2015 09:14 AM
aku igtkan dah xde cite dr ko...rupanya ade bkk umah baru...

Aha ada... Aku pun ingat dah tak de tp ada lagi rupanya... Hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2015 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
anno_miss replied at 6-2-2015 03:32 PM
kesian adik syu.. moga cepat sembuh yea..

Aminnnnn.... Tima kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syumaimah at 6-2-2015 09:37 PM

Sambungan...

Petang tu setelah agak pulih Shah bergerak pulang bersama dua orang staffnya. Memandangkan Shah tak berapa sihat maka staf Shah yang drive kereta. Perjalanan yang sepatutnya 6 jam menjadi 12 jam kerana kesesakan akibat dari jalan raya yang rosak setelah banjir...

Perjalanan yang jauh tu betul betul menyeksakan Shah. Kepalanya kembali sakit. Berdenyut denyut seperti mahu pecah.. Matanya kembali sakit.. Shah teringat amaran dari Jin tu yang dia akan kembali mengganggu Shah.. Mungkin ke Jin tu betul betul mengganggu lagi?... Sekitar jam 2 pagi Shah sampai di kampung. Masuk je dalam rumah pak mertuanya, Shah tengok ada seorang ustaz sedang bersila di lantai menunggunya... mertua, abang ipar serta isteri Shah ada sama.
Shah tak bercakap sepatah pun terus masuk ke bilik dan merebahkan badannya... Kepalanya makin kuat berdenyut.. Badannya sakit menyucuk nyucuk..  Baru je nak lelap, pak mertua Shah masuk ke bilik dan pujuk Shah untuk keluar bertemu dengan ustaz yang dah siap sedia untuk rawat Shah. Nak tak nak Shah kena akur...

Shah duduk bersila depan ustaz. Ustaz hulur segelas air masak dan minta Shah minum tapi Shah menolak. Isteri Shah pujuk Shah supaya minum... Lepas je Shah meneguk air tu, terus badan Shah panas membara... katanya seperti kena bakar. Shah muntah semahu mahunya..  kemudian Shah meraung dan menjerit jerit kesakitan... semua yang ada kecuali ustaz berundur ke belakang...

Takut kot bila tenguk Shah macam orang histeria... terjerit jerit dan tergolek golek atas lantai sambil bercakap dalam bahasa yg tak difahami... last sekali Shah pengsan... Pagi esok Shah baru terjaga dari pengsan. Kali ni pak mertua Shah bawak Shah berubat dengan ustaz tu lagi... Berhari hari juga la Shah ulang alik berubat.. Alhamdulillah Shah makin pulih..
Dah agak pulih tu Shah kembali semula ke tapak projek dia tu untuk teruskan projek tu.. Ingatkan semua dah ok tapi rupanya tidak.. Malam tu Shah dan stafnya balik ke rumah sewa di kawasan perkampungan asli tu...

Ketika Shah buka pintu, tiba tiba ada angin bertiup dari dalam rumah mengenai badan Shah. Shah tercegat, rasa meremang bulu roma. Tapi Shah buat bodoh je, malas nak fikir... Lepas mandi dan solat, Shah baring di ruang tamu bersama stafnya... keletihan seharian di site... Kedian Shah terlelap...

Menurut cerita staf staf Shah, masa Shah terlelap tu.. Tiba tiba depa dengar bunyi suara harimau mengerang keluar dari mulut Shah yg sedang tidur.. tergamam sekejap bebudak tu bila dengar bunyi harimau mengerang... bunyinya seolah olah sedang marah... masa tu jugak la tangan Shah cekik leher dia sendiri..
Tiba tiba, Shah bangkit dari tidur dan merangkak seperti harimau. Dari mulut Shah keluar suara ngauman persis suara harimau mengaum marah... Mata Shah tajam merenung staf stafnya tu macam nak terkam. Apalagi bebudak tu diam membatu tak tau nak buat apa. Nak lari, kaki terasa lemah longlai melihatkan Shah bertingkah laku seperti seekor harimau yang sedang marah. Shah merangkak berlegar legar dalam rumah sambil merenung staf stafnya. Sesekali Shah mengaum garau... Hampir 10 minit Shah berkelakuan seperti harimau, akhirnya Shah rebah tak sedarkan diri.

Bila tenguk Shah pengsan, barulah budak budak tu sedikit lega tapi masih takut nak dekati Shah. Dibiarkan Shah terbaring kat lantai sampaila pagi esoknya... Malam tu staf staf Shah tido tido ayam jer sambil memantau keadaan Shah yg terbaring. Mujur tak ada apa berlaku dah sampai la malam besoknya....

Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2015 09:48 PM | Show all posts
sori le aku update sket sket sbb aku seriau nak ingat balik citer ni.. Dah la 2 minggu aku duk sensorang kat rumah ni... Hihi... Tapi aku cuba update sampai abih demi korang... Ceeeeeewah... Hehe dan sebelum aku lupa kisah yg Shah stori kat aku ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2015 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syumaimah at 8-2-2015 03:28 PM

Sambungan...

Malam kedua Shah dan staf stafnya menginap di rumah sewa perkampungan asli sekali lagi Shah diganggu. Yang aku heran Shah je yang kena, anak anak buah dia tak kena pun.. Malam tu mereka tidur di ruang tamu... Semua lampu padam kecuali lampu beranda jer yang sengaja dibuka supaya tak de la gelap sangat.

Tengah lena tidur, kira kira jam 2 ke 3 pagi Shah terjaga bila dia dengar pintu bilik terbuka dengan sendiri dan setelah itu tertutup dengan sendiri. Shah kaget sambil berfikir. Mana mungkin angin. Kalau angin mesti terbuka jer dan tak kan tertutup sendiri. Seperti ada orang masuk ke bilik tu..Shah jeling anak anak buahnya yang sedang lena di sebelah. Semua ada. Habis siapa yang masuk ke bilik tidur tadi?
Shah beranikan diri bangun untuk intai siapa yang masuk dalam bilik tu (masa Shah citer ni aku sempat bebel kat Shah sbb berani sgt nak pi intai bagai. Kalau aku la aku pura pura tido dah)... Perlahan lahan Shah bangkit dan menapak menuju ke bilik yang pintunya tertutup rapat..

Dalam samar cahaya Shah kuak pintu bilik, mengintai intai dalam bilik.. Tak de.. Shah terasa nak jenguk belakang pintu, bila Shah jenguk je belakang pintu automatik jantung Shah macam nak meletup... Badannya Shah menggigil... Disebalik pintu terlihat seorang budak kecik bercawat sedang duduk mencangkung sambil merenung Shah...

Shah buka lampu nak pastikan apa betul yang dia lihat. Sah.. Memang ada budak lelaki separas pinggang dia mencangkung di situ... siap bercawat lagi... muka persis muka anak orang asli.... Shah lari ke ruang tamu.. Sekelip mata ruang tamu riuh dengan suara anak anak buah Shah terjaga... Bila Shah cerita apa yang dia nampak semua tak berani nak tenguk budak tu...

Tapi masa tu Shah tak terfikir pun budak tu hantu ke apa ke, dia mati mati ingat budak tu manusia... Shah hairan macam mana budak kecik tu boleh masuk rumah dia walhal semua pintu dan tingkap berkunci... Tiba tiba Shah rasa bengang dan marah bila ingat budak tu ceroboh dan nak mencuri..

Shah kembali semula ke bilik tu dan lihat budak tu masih di situ... mencangkung sambil merenung Shah... Shah bertempik sekuat hati ke arah budak tu "apa kau buat dalam rumah aku ni?, berambus kau... berambus"... Bila dengar je Shah jerit kuat macam tu terus budak tu terkedek kedek berlari ke ruanh tamu. Semua yang ada kaget... Budak kecik tu berlari menuju ke tingkap ruang tamu yg tertutup rapat.. Dia berhenti dan pandang Shah sambil senyum sinis kemudian terus menerobos di sebalik lubang tingkap...

Terkedu Shah bila lihat budak sebesar itu boleh muat lalu lubang yang sekecil itu... anak anak buah Shah pun terkedu jugak... macam tak percaya... lubang tu memang kecil, muat untuk binatang sebesar tikus je tapi macam mana budak lelaki bercawat yg setinggi pinggang Shah boleh muat lalu lubang tu?

Shah yakin budak tu bukan manusia... Terus Shah capai enset dan call ustaz yang rawat dia. Menurut ustaz tu bukan toyol tapi "anak kerak" yang sengaja dihantar tuannya untuk bagi amaran kepada Shah.. Terduduk Shah seperti tak percaya dengan apa yang baru terjadi... Kenapa dia yang jadi mangsa? kenapa ada orang asli yang hantar jin dan anak kerak untuk ganggu hidupnya? Shah ada buat salah ke? Shah pun naik bingung...

Kalau diikutkan hati malam tu jugak Shah nak keluar dari kampung tu tapi Shah terpaksa stay beberapa hari lagi sehingga projeknya siap...

Bersambung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.073548 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list