CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2627|Reply: 4

Jihan Bergaya 3 Lapis Rambut Palsu

[Copy link]
Post time 17-12-2014 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun kepalanya berat akibat dibebani rambut palsu sebanyak tiga lapisan tetapi pelakon dan pelawak Jihan Muse, 31, menyatakan dia lebih yakin ketika berjalan.
Menurutnya, dia terpaksa memakai rambut palsu berkenaan demi menjiwai wataknya sebagai Bik Susanti dalam filem sulung lakonannya, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan (RPDSJ) arahan pengarah terkenal, Mamat Khalid. Dalam filem komedi seram itu, Jihan tampil dengan karakter seorang wanita Indonesia berimej rambut kembang yang dilitupi selendang.
"Berat rambut itu tetapi saya begitu yakin berjalan ke sana dan ke sini. Selepas menonton filem ini, saya berpuas hati walaupun terpaksa pakai rambut berat itu.
"Saya juga tiada masalah apabila pengarah mengatakan yang watak saya perlu bertutur dalam bahasa Indonesia kerana selama ni memang saya seorang penggemar sinetron. Jadi, saya sudah biasa dengar gaya bahasa Indonesia dalam drama-drama yang saya tonton.
"Apabila mendapat tahu watak saya sebagai wanita Indonesia, saya seronok sebab mulanya saya bayangkan yang diri seperti Suzzana (pelakon filem popular Indonesia, Sundal Bolong)," kata Pelakon Wanita Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) ini ketika ditemui pada sesi pratonton filem tersebut di KLCC, Kuala Lumpur, kelmarin. http://ow.ly/G1Hc5

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 05:53 PM | Show all posts


mau gambarnya dong
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak betui dia nie..suka
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 07:02 PM | Show all posts
kembang betoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.338783 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list