CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7045|Reply: 4

fuuh.. baik korang simpan duit syiling baik-baik.. mana tau boleh untung besar

[Copy link]
Post time 18-12-2014 06:13 PM | Show all posts |Read mode
                    6 Duit Syiling Malaysia Yang Termahal Pernah Dijual. Wow!
Siapa sangka duit syiling yang tidak seberapa nilainya di mata kita sebenarnya mempunyai nilai tersembunyi. Tapi ada tapi, bukan semua syiling boleh dijual semua dengan nilai yang tinggi. Ada kriteria-kriteria yang perlu dimiliki, barulah boleh dilelong kepada pembida-pembida di luar sana. Dalam artikel ini kami akan kongsikan 6 syiling yang pernah dijual di malaysia dengan harga yang tinggi. Kesemua fakta-fakta ini kami dapatkan dari malaysiancoin.com.

Lepas ini boleh tengok syiling di rumah, mana tahu ada yang kena
Pada masa ini, rekod duit syiling Malaysia termahal pernah dijual didalam acara lelongan awam adalah syiling 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura pada 4 Oktober 2014.


Kebanyakkan duit syiling didalam senarai ini adalah duit syiling yang dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau dulunya dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA). Koleksi Master Sifu Wong Hon Sum, collector dari Singapura yang biasanya dikaitkan dengan Wang Kertas JIM (Japanese Invasion Money) yang dilelong didalam acara lelongan tersebut sentiasa mendapat bidaan tertinggi kerana ia adalah koleksi yang mempunyai gred terbaik untuk syiling-syiling tersebut.


1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.


2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769
Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.


3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942
Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli). Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.


4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253
Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55. Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.


5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.


6. 1 sen 1976 Copper PCGS MS65 RD dilelong RM7550
Pada 27 Mac 2013, semasa acara lelongan yang dianjurkan oleh Monetarium Singapore, duit syiling 1 sen 1976 copper telah terjual dengan harga RM7,550 (termasuk komisen dan cukai). Duit syiling tersebut digred oleh Professional Coin Grading Service (PCGS) “sebagai Bronze: 1-Sen 1976 (KM1) PCGS MS65 RD”. Setakat ini masih belum diketahui siapa pemenang lelongan tersebut. Anda boleh membaca cerita lanjut disini;1 sen 1976 PCGS MS 65 RD Sold SGD2,600.


Info Duit Syiling 1 sen 1976, 1973 dan 1970
Bukan semua duit syiling 1 sen yang melekat magnet perlu di ambil perhatian oleh collector. Syiling biasanya diuji dengan magnet untuk pemeriksaan mudah, sama ada ianya menggunakan logam yang berbeza daripada logam asal. Untuk memudahkan anda, saya telah menulis mengenai syiling yang anda perlu periksa dengan magnet didalam artikel yang berikut; What coin need to test with magnet.
Info Duit Syiling 50 sen 1969 Milled edge dan security Edge

Kebanyakan duit syiling yang ada pada bukan collector adalah duit syiling security edge atau panggilan biasanya 50 sen berparit untuk tahun 1967, 1968 dan 1969. Anda boleh melihat disebelah tepi syiling itu terbelah dua dan ada garisan seperti parit ditengahnya. Syiling ini tidak mempunyai harga yang tinggi pada kondisi Very Fine sebab ianya mudah didapati pada ketika ini. Ianya menjadi semahal RM2800 apabila syiling 50 sen 1969 security edge itu mempunyai gred yang tinggi dan pada ketika ini amat sukar untuk mendapatkannya.

sumber: the vocket

                       
                                       

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 08:26 PM | Show all posts
siapa masih simpan syiling rm1? hihi
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 11:30 AM | Show all posts
WandaMi posted on 18-12-2014 08:26 PM
siapa masih simpan syiling rm1? hihi

Saya masih simpan shiling rm1.... selain tu saya juga memang suka kumpul duit syiling 50 sen..pantang jumpa mesti simpan.. sekarang ni dah sebalang penuh nak angkat pun tak larat berat yang amat...

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2015 12:45 PM | Show all posts
Edited by nazari999 at 3-5-2015 12:53 PM

sy masih simpan sekeping duit syiling  50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65...
berminat sila email sy nazari999@gmail.com atau telegram/whatsapp 0179666041
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy ada simpan duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 jika ada yng berminat boleh whatsapp no.0109599233:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.239928 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list