CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 3

[Tempatan] Nikmati penerbangan percuma RayaniAir

[Copy link]
Post time 19-12-2014 08:59 AM | Show all posts |Read mode
  • Sebahagian pemilik kenderaan kelab kereta Wira memberi sokongan terhadap promosi RayaniAir, semalam.


RAKYAT menyambut baik promosi syarikat penerbangan baharu, RayaniAir Sdn Bhd (RayaniAir) yang membuka peluang kepada bakal penumpang menikmati penerbangan percuma ke beberapa destinasi.

        Sebahagian orang ramai mengakui mereka teruja dengan promosi yang dilakukan  yang bertumpu di kawasan bandar, malah sekitar daerah dan kampung juga boleh melihat pelekat kereta RayaniAir di kereta.

        Penduduk Tanjung Chat, Kota Bharu, Wan Ahmad Wan Ismail, 71, berkata, setelah diberitahu oleh rakannya mengenai promosi tiket percuma melalui tampalan pelekat pada kereta, dia segera mendapatkan pelekat kenderaan berkenaan di hadapan pusat membeli-belah, Parkson.

“Pada saya pelekat kereta yang ditawarkan adalah menarik dan memberi gambaran awal mengenai penerbangan baru yang bakal beroperasi dari negeri ini ke destinasi lain,” katanya kepada Sinar Harian semasa Promosi Tampalan Pelekat Kenderaan RayaniAir, di KBTC dan Tesco, di sini, semalam.

        Pengunjung lain, Maizatul Akma Abdullah, 32, berkata, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang terhadap promosi yang giat dijalankan bukan sahaja di sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, sebaliknya daerah lain juga terlibat.

“Promosi tampalan pada pelekat kereta ini membolehkan mereka yang tidak tahu mengenai RayaniAir teruja untuk mengetahuinya,” katanya.

        Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ravi Alagendrran berkata, pelbagai promosi dijalankan oleh pihaknya terutama di beberapa daerah di negeri ini.

“Lebih 10,000 pelekat ditampal pada kenderaan atas persetujuan pemiliknya selama enam bulan. Mereka boleh menebus tiket percuma di lapangan terbang mengikut destinasi dan memilih tarikh berdasarkan terma dan syarat (tidak termasuk hari cuti sekolah).

“RayaniAir akan bergerak ke destinasi seterusnya di seluruh Malaysia termasuk Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang bermula pada Sabtu (esok) dan untuk mengetahui lokasi seterusnya perlu ‘Like’ Facebook RayaniAir,” katanya.

         Beliau berkata, pihaknya berharap khidmat penerbangan itu menjadi pilihan di hati penduduk di Kelantan dan seluruh Malaysia menjadikan RayaniAir sebagai salah satu syarikat penerbangan pilihan kepada mereka, biarpun hanya tinggal di kampung-kampung.

         Jom terbang dengan RayaniAir bersama Kapten B737-400 dan ‘First Officers’ minimum 500 jam dengan lesen Malaysia CPL/IR atau ATPL.

         Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat RayaniAir 03-55185786 atau faks 03-55240267 atau melalui e-mel [email protected]/[email protected] atau Facebook RayaniAir.


http://www.sinarharian.com.my/bisnes/nikmati-penerbangan-percuma-rayaniair-1.342991


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 09:16 AM | Show all posts
dah ada  lagi syarikat penerbangan murah yg baru....bertabahlah mas
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:20 AM | Show all posts
haku mula2 baca Ryan Air.. haiyoo...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:05 PM | Show all posts
pandai CEO dia buat free promotion...lepas enam bulan baru boleh claim...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.040025 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list