CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3554|Reply: 0

Kesihatan Aset Paling Berharga

[Copy link]
Post time 19-12-2014 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Apakah aset paling berharga dalam kehidupan seseorang? Adakah wang ringgit, harta benda, atau emas permata? Tentu rata-rata akan menjawab kesihatan lebih penting dan berharga. Namun hakikatnya, ramai antara kita akan hanya ambil berat soal kesihatan apabila sudah jatuh sakit.

Ramai antara kita sering mengabaikan penjagaan kesihatan. Alasan yang sering diberikan adalah kerana terlalu sibuk dengan rutin harian hingga tiada masa untuk bersenam dan menjaga pemakanan.  

Selain daripada melakukan aktiviti fizikal, amalan pemakanan yang betul juga adalah faktor utama mendapatkan kesihatan badan yang optimum. “Diri Anda Adalah Apa Yang Anda Makan. Ini kerana, penyakit utama menimpa tubuh badan manusia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak betul.

Sudah menjadi kebiasaan seseorang itu tidak mempunyai kesedaran selagi mereka itidak dihidapi sakit atau musibah. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Satu langkah dalam usaha untuk mencegah berkemungkinan mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Apabila berada dalam keadaan tidak sihat. Secara tidak langsung pergerakan diri akan jadi sangat terbatas. Ini kerana kecederaan atau imunisasi badan akan menjadi lemah dan memerlukan rehat secukupnya untuk pulih. Maka rutin harian yang menjadi kebiasaan perlu dihentikan buat seketika.

Begitu juga jika seseorang itu ditakdirkan terlibat dalam kemalangan. Sudah tentu kecederaan yang menimpa perlu menerima rawatan dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Jadi ini semua antara risiko yang bakal menjadi tekanan kepada individu.

Sakit, kemalangan atau musibah sememangnya tidak mampu dijangka dan ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Jadi penjagaan kesihatan bukan sahaja merangkumi menjaga pemakanan, bersenam malah sumber kewangan juga penting.

Sekiranya anda mengalami demam biasa mungkin kos rawatan tidak terlalu mahal. Tetapi sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau didiagnos oleh doktor menghidap penyakit yang memerlukan pembedahan dan rawatan susulan. Kos rawatan sudah tentu akan menjadi lebih tinggi dan memerlukan duit untuk menampung segala bayaran perubatan.

Oleh itu adalah penting untuk anda merancang kewangan dengan bijak. Sekurang-kurangnya perlu ada duit simpanan sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Pelbagai cara membolehkan anda menyimpan demi perlindungan masa depan melalui simpanan tetap, pelaburan mahupun insurans.

Pokok pangkalnya semua terletak pada diri sendiri bagaimana untuk memberi perlindungan yang terbaik buat diri dan insan tersayang. Berhabis duit dalam melindungi diri dengan perlindungan tambahan bukan menjadi kerugian kerana kesihatan dan nyawa tidak mungkin boleh dibeli dan bertukar ganti. Tetapi sekurang-kurangnya duit pampasan daripada perlindungan tambahan, simpanan mauhupun faedah pelaburan boleh mengurangkan beban kewangan dikala musibah menimpa.


Last edited by easicircle on 19-12-2014 05:35 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.059875 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list