CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 21-12-2014 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 21-12-2014 11:59 AM
Hinaan kecil tp bile melibatkan dignity actually perempuan sensitif.. haha... mcm soklan awk virgi ...

Some. klo dia open, dia tak sensitif.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 08:07 PM | Show all posts
elia201 posted on 21-12-2014 11:57 AM
Insya Allah akan sambung.. dan xde gaduh2 pasai prmpuan la.. hehe

i expect watak Karl mati.

TT ada blaja ni. Tak mungkin org first time tulis, akan sedap gaya bahasa. Ini orang rendah dirilah.



You ada bakatler.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 21-12-2014 07:57 PM
Insya Allah akan sambung.. dan xde gaduh2 pasai prmpuan la.. hehe

tq tt.. cepat2 la sambung tau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 11:14 PM | Show all posts

Bab 7

Edited by elia201 at 5-1-2015 07:32 PM

Jantung Tengku Safiah dan Tan Sri Isa bagaikan tercabut menerima perkhabaran tentang kemalangan yang menimpa anak bongsunya. Perasaannya resah gelisah. Takut kehilangan zuriat yang disayangi. Air mata tidak henti mengalir membasahi pipi.

Kalau lah Allah bagi Mama pilihan untuk gantikan tempat Karl , Mama sanggup sayang. Biarlah Mama yang menanggung semua derita.. Naluri keibuan Tengku Safiah tersentuh. Anak yang ditatang seperti minyak yang penuh kini hanya terlantar lemah.

"Sudahlah sayang. Kita doakan Karl selamat. Abang tak sanggup tengok Saf macam ni.." Bahu isterinya disentuh untuk meredakan kegalauan.

Sejak mendapat berita kemalangan Khalid, Tengku Safiah asyik berendam air mata. Menangis dan terus menangis. Tan Sri Isa sendiri buntu untuk memujuk isteri tersayang. Hatinya sendiri tidak tenteram memikirkan keadaan Khalid.

Dari luar bilik, seorang gadis setia berdiri. Langkahnya kaku. Masih berkira kira untuk masuk atau pergi sahaja. Lagi pula tidak manis untuk seorang gadis melawat anak bujang orang lewat begini.

Tapi Khalid kan sakit.. Akalnya membantah niat hati untuk pergi. Ingat ! Dia accident sebab kau ! Cuba kalau dia tak cari kau, mesti dia tak apa apa sekarang.. Jie serba salah. Tombol pintu dipulas. Tindakannya terhenti bila satu sentuhan terasa di bahu.

Rayyan ! Spontan tubuh sasa itu dipeluk.

Rayyan kaget dengan tindakan drastik Jie namun dia hanya membiarkan. Pelukannya dieratkan sekadar untuk menenangkan.

Zeeta hanya mampu melihat dari jauh. Hatinya sakit. Sedih dan pilu mula bertandang.





Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 21-12-2014 03:14 PM
Jantung Tengku Safiah dan Tan Sri Isa bagaikan tercabut menerima perkhabaran tentang kemalangan yang ...

Aku tak tahu napa aku debor before klik thread ni tadi.

Haha.
Watak jie ialah perempuan yg aku berangan dia muncul dlm hidup lepas Qimi dan Adrene serta Badrisha.Haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 11:49 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 13-4-2015 12:13 AM

Matanya sembab. Tak cukup tidur dan terlalu banyak menangis. Kopi yang dihulurkan Rayyan bersambut.

" Thanks!" Hanya sepatah kata yang keluar. Jie mengesat saki baki air mata di pipi.

"You are welcome." Satu senyuman terukir. Lega hati melihat Jie mula berhenti menangis.

" Anything between you and ... him?" Rayyan tahu masa tak sesuai untuk dia bertanya. Tapi melihatkan Jie menangis teruk disebabkan Khalid, hatinya meronta ronta untuk tahu. Malah semasa di hospital, dalam keadaan mata tertutup, Khalid tidak putus putus menyeru nama gadis itu sebelum adiknya tidak sedarkan diri. Tanpa membuang masa, Rayyan menghubungi Jie walaupun hatinya berat untuk berbuat begitu.

Jie cuma diam. Rayyan dihadapan masih setia menanti butir bicara dari bibirnya.

Satu keluhan dilepaskan. " Lepas I balik dari jumpa you. Khalid muncul depan rumah I. Liur ditelan. Dia suruh I follow dia tapi I tak nak. Then dia balik. Sampailah you call inform I Khalid accident."

Rayyan musykil dengan penjelasan Jie. Benaknya memikir sesuatu. " Khalid nak you follow pergi mana?" Dia inginkan kepastian.

Jie cuma menggeleng, tidak tahu. Kalau lah dia turutkan kata kata Khalid, pasti kemalangan ini takkan terjadi.. Astagfirullah hal azim ! Dia beristigfar. Rasa berdosa menyalahkan takdir Allah.

" I need your favor, Rayyan."

" Anything for you. Apa dia?" Rayyan meyoal kembali.

" I nak jaga Khalid sampai sembuh. Tapi I tak nak parent you tahu. Please!" Wajah kacak itu ditenung meminta belas.

Hati Rayyan berbelah bahagi. Namun, melihatkan wajah Jie yang berharap, dia terpaksa setuju.
Last edited by elia201 on 22-12-2014 02:58 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2014 11:55 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-12-2014 11:39 PM
Aku tak tahu napa aku debor before klik thread ni tadi.

Haha.

aik bole plak berdebar.. pelik la awak ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 12:19 AM | Show all posts
Seminggu berlalu namun Khalid masih lagi tidak sedarkan diri. Selama seminggu itu jugalah Jie setia menemani. Sedikit sebanyak hati terusik melihat keadaan Khalid. Jie lebih rela mendengar Khalid memarahi dirinya dari melihat lelaki itu terbaring tanpa suara.

"Encik Khalid tau tak, Encik ni da macam sleeping beauty version lelaki tau !" Jie tersenyum tatkala menyebut kata kata itu.

Bangunlah Encik Khalid, saya rindu nak dengar Encik Khalid membebel. Saya janji kalau Encik Khalid bangun dan sudi ambil saya bekerja balik, saya akan jadi pekerja yang taat. Sumpah !" Tangannya diangkat persis membaca ikrar.

Rayyan yang kebetulan baru masuk ke bilik terdengar bicara Jie. Hatinya tidak keruan. Namun dia cuba mempamerkan riak selamba.

"Hi you. Dah lunch?" Rayyan senyum sambil mengambil tempat duduk sebelah Jie.

"Belum. You?"

Rayyan cuma menggeleng. "I.. nak ajak you lunch sekali. Boleh?"

Jie angguk setuju. Perutnya mula berkeroncong. Lapar.

"Saya pergi makan dulu Encik Khalid. See you later." Jie melambai ke arah Khalid meskipun dia tahu lambaiannya takkan berbalas.

Mereka berjalan beriringan keluar untuk menuju ke kafeteria.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2014 12:45 AM | Show all posts
Zeeta tidak mampu membendung perasaan cemburunya lagi. Pasangan dihadapannya dihampiri. Bahu gadis itu ditolak.

"Dasar bitch ! You tau tak Ray ni tunang I?" Kata kata makian dihamburkan.

Jie terkedu. Jadi Rayyan dah bertunang? Bodohnya aku! Dia rasa tertipu.

"Stop it Zeeta !" Tangan Zeeta ditarik menjauhi Jie. " You sendiri tahu kenapa kita bertunang."

"Tak kisah lah kenapa kita bertunang but the fact is you tunang I dan kita akan kahwin. Pull stop! So you bitch, stay away from him! Kalau tak, you tahulah nasib you!" Zeeta sempat memberi amaran sebelum berlalu.

"I tak rasa lapar pula. I nak balik." Seleranya mati. Benci melihat Rayyan. Penipu!

Rayyan cuba menghalang namun Jie terus melangkah pergi tanpa berpaling walau sedikit pun. Hatinya benar benar sakit.
Last edited by elia201 on 22-12-2014 01:19 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 01:49 AM | Show all posts

Bab 8

Edited by elia201 at 5-1-2015 07:34 PM

Lega sedikit dirasa setelah meluah isi hati pada BFF nya Sheera. Mujur hatinya belum terpaut sayang pada lelaki. Cuma tidak dinafikan sedikit sebanyak nama itu mula bertapak dihati.

Rayyan Hardy ! Satu perasaan aneh bercambah. Sayangnya you dah bertunang..

Ketukan kedengaran dipintu. Jie bangkit untuk membuka. Cepat betul Sheera sampai.. Desis hatinya. Namun, alangkah terperanjatnya dia sebaik pintu terbuka.

"Rayyan? You .. buat apa kat sini?"

"We need to talk. Please Jie!" Sinar mata itu mengharap.

"Not now Rayyan. May be tomorrow. Please !" Jie mengharapkan pengertian. Dia ingin menenangkan fikiran.

"Promise?" Rayyan inginkan kepastian. Sebolehnya dia tidak mahu memaksa.

Jie cuma angguk. Rayyan mula berpaling untuk pergi. Langkahnya longlai menuju ke lif.

Pintu rumah ditutup. Jie terus menghempas dirinya ke sofa. Kantuk mula terasa. Matanya dipejam.


"Encik Rayyan Hardy!"

Satu suara memanggil. Rayyan berpaling. Wajah cantik dihadapannya ditenung.

" You kenal I ke?" Rayyan pelik. Rasanya muka ini tak 'familiar'.

"Encik Rayyan mungkin tak kenal I, tapi  kita pernah jumpa masa meeting kat Damansara." Gadis cantik itu tersenyum manis. "Kalau Encik Rayyan free kita pergi minum minum sambil borak borak. Itupun kalau Encik sudilah." Pelawaan dihulur dengan harapan untuk mendekati Rayyan.

Rayyan cuma angguk tanda setuju. Fikirannya menerawang jauh memikirkan Jie.

Gadis itu tersenyum dengan persetujuan Rayyan. Senyuman yang hanya dia dan Allah sahaja yang mengerti maksud yang tersirat.



Last edited by elia201 on 22-12-2014 02:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 21-12-2014 05:49 PM
Lega sedikit dirasa setelah meluah isi hati pada BFF nya Sheera. Mujur hatinya belum terpaut sayang  ...

Senyuman yang
hanya dia dan Allah sahaja yang
mengerti maksud yang tersirat.<< maksud? Sheera nk rayyan gak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 22-12-2014 07:38 AM
Senyuman yang
hanya dia dan Allah sahaja yang
mengerti maksud yang tersirat.

You're so clever la my dear.. haha.. penuh dgn imaginasi luar kotak.. mungkin.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 22-12-2014 12:03 AM
You're so clever la my dear.. haha.. penuh dgn imaginasi luar kotak.. mungkin.. hehe

Misteri di situ. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Insya Allah xde la misteri bebenau Last edited by elia201 on 22-12-2014 08:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 22-12-2014 12:31 AM
Insya Allah xde la misteri bebenau

Eh..ikut akaklah. saya tukang baca.
*angkat kening*
*Seringai*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 22-12-2014 09:26 AM
Eh..ikut akaklah. saya tukang baca.
*angkat kening*
*Seringai*

Seringai? Marah ke? Es x keje ker? Atau masih skola?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 22-12-2014 02:40 AM
Seringai? Marah ke? Es x keje ker? Atau masih skola?

seringai tu kan sengih maksudnya..

Es dah ’kaya’.Takde mknanya kje. Haha.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 22-12-2014 10:43 AM
seringai tu kan sengih maksudnya..

Es dah ’kaya’.Takde mknanya kje. Haha.

Untungla kaya.. kite kene koje.. dok rumah pun dpt ofis kol.. cedey
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 posted on 22-12-2014 02:53 AM
Untungla kaya.. kite kene koje.. dok rumah pun dpt ofis kol.. cedey

Es tak kayaler.. ’Kaya’ tu miskin lah. Takpe, ada orang tanggung titew..hihi.

Yang penting, teruskan berkarya ek kak.kihkih.

*Sejuk*
*Seronok*
*Sengih*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 12:01 PM | Show all posts

Bab 9

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:41 AM

Bagai halilintar menggegar bumi tatkala mendengar berita tersebut. Sukar untuk Tengku Safiah mempercayai tiap bicara yang keluar dari bibir merah delima itu. Kalau orang lain yang membawa mulut mungkin dia tidak akan termakan hasut, tetapi perkhabaran ini keluar terus dari mulut Zeeta. Tak mungkin bakal menantu kesayangannya mereka cerita.

Kusut serabut. Semua rasa bergabung menyesakkan dada. Satu persatu bala datang bertimpa. Manakan tidak, adik masih terlantar tidak sedarkan diri di hospital manakala abang sibuk membuat onar. Malu bukan kepalang dirasakan.

Apa kurangnya Zeeta? Terdetik soalan didalam hati.  Cantik, berbudi bahasa dan berpelajaran tinggi. Apa lagi yang Rayyan ingin kan? Anak itu memang tak sedar diuntung ! Buta membezakan kaca dan permata.

" Zeeta kenal perempuang miang itu?" Wajah cantik bakal menantu yang kesedihan direnung.

"Tak sangat Aunty. Tapi rasanya dia ex staff Kencana. Direct report under Karl. Tapi itu lah, tak tau macam mana Rayyan pulak yang boleh ada skandal dengan dia." Maklumat yang baru diperoleh semalam dari penyiasat persendirian yang di upah.

"Pelik ! Bukan Rayyan handle ICB ke? Tapi Zeeta jangan risau. Pandailah Aunty nasihatkan Rayyan. Dahlah jangan sedih sedih. Hilang seri muka tu." Bahu gadis muda itu diusap lembut, cuba memujuk.

Kesedihan yang terasa bagai beransur pergi mendengar kata kata dari bibir Tengku Safiah. Perlahan lahan bibir merah delima itu mengukir senyum. Zeeta yakin Rayyan akan tunduk kali ini ! Just wait and see..
Last edited by elia201 on 22-12-2014 12:04 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.085259 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list