CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 18-6-2015 07:21 AM | Show all posts
dup dab dup dab... hurmm so hari nie la prosiding kan.. )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2015 11:47 AM | Show all posts
x sabar huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 19-6-2015 01:23 PM

Perbicaraan bermula. Rizal melafazkan sumpah sebelum mengambil tempat dikandang saksi. Wajah nampak tenang.

Zharif, peguam yang mewakili Rayyan memulakan sesi soal jawab.

"Sudah berapa lama kamu kenal dengan plainitif ?" Merujuk kepada Rayyan.

"Lebih 10 tahun.." Begitulah mengikut perkiraan Rizal.

"Boleh terangkan hubungan kamu dengan plainitif?"

"Rayyan Hardy merupakan majikan tempat saya bekerja."

"Memandangkan kamu mengenali plaintif dalam tempoh masa yang agak lama.. Boleh jelaskan keperibadian beliau?" Riak wajah serius.

Rizal mengulas seringkas boleh. Perwatakan Rayyan yang disenangi para pekerja dan bertimbang rasa. Malah mereka juga rapat diluar waktu bekerja.

"Bila dan bagaimana kamu sedar plainitif disihir?" Zharif menyoal lagi.

Rizal memberi keterangan saat menyedari Rayyan sudah menceraikan Jie,  diri merasakan ada yang tidak kena. Tambah pula, apabila mengetahui Rayyan bakal mengahwini Juwita.

Hal ini kerana, pada pandangan Rizal, Rayyan hanya mencintai Jie dan tak mungkin jatuh cinta pada Juwita.

Maka, Rizal bertemu Ustaz Hamdi dan dari situlah Rizal mendapat tahu Rayyan dibawah pengaruh sihir yang dikenakan Juwita.

Rizal juga menegaskan pernah memberitahu Jie tentang kemungkinan Rayyan disihir namun Jie hanya menidakkan dan beranggapan cinta Rayyan sudah beralih arah.

Semua soalan yang dikemukakan dijawab penuh yakin oleh Rizal. Membenarkan kenyataan bahawa Rayyan sememangnya disihir dan hampir hilang pedoman. Juga memgakui dirinyalah yang membawa Rayyan berubat dengan Ustaz Hamdi secara alternatif setelah perubatan moden tidak mampu menyembuhkan Rayyan.

Tiada lagi soalan ingin diutarakan oleh Zharif. Giliran Shahrul pula untuk menyoal balas Rizal.

"Kamu baru saja mengakui mengenali Rayyan Hardy selama lebih 10 tahun. Pernah terjadi salah faham antara kalian?" Ada tujuan disebalik soalan yang ditanya.

Rizal terpinga sebelum menjawab. "Ada dan saya anggap ia lumrah. "

"Boleh kamu terangkan depan mahkamah, salah faham yang berlaku di antara kamu dan plainitif?"

"Bantahan Yang Arif ! Soalan menjurus ke arah peribadi.." Zharif segera bangkit membantah soalan yang dibentang Shahrul.

"Maaf, Yang Arif ! Tujuan disebalik soalan tadi adalah untuk mengetahui sejauh mana hubungan saksi dan plainitif." Shahrul mempertahankan tindakannya.

"Baiklah teruskan dengan soalan !" Hakim membuat keputusan.

"Terima kasih , Yang Arif !" Shahrul berpaling ke arah Rizal yang berada dikandang saksi.

"Salah faham apakah yang berlaku antara kamu dengan Rayyan Hardy?" Soalan sama diulang.

"Saya... " Rizal terperangkap. "Saya telah melakukan kesalahan dipejabat." Terpaksa berterus terang.

"Tindakan yang diambil plainitif di atas kesalahan kamu?" Shahrul ingin tahu.

"Saya telah dipecat." Rizal segan sendiri mengingat khilaf dulu.

"Kamu mengatakan kamu dipecat oleh plainitif, tetapi bagaimana kamu masih lagi bergelar pekerja Isa Corporation Berhad sehingga ke hari ini?"

"Rayyan Hardy memberi saya peluang kedua." Ringkas saja jawapan Rizal.

"Pasti kamu berterima kasih dan sangat terhutang budi kepada plainitif sehingga kamu sanggup melakukan apa saja untuk membalas jasa yang ditabur Rayyan Hardy." Shahrul menghela nafas.

"Disebabkan itu kamu sanggup bersusah payah untuk membawa plainitif berubat secara alternatif apabila kamu menyedari plainitif disihir." Menyambung kemudiannya.

"Bersetuju kalau saya katakan begitu?" Shahrul inginkan kepastian.

Rizal cuma mengiyakan.

"Termasuklah sanggup menjadi saksi untuk menyokong tuntutan plainitif hari ini?" Shahrul cuba menangkis kesaksian Rizal.

Rizal terpinga mendengar kata kata Shahrul.

"Bantahan, Yang Arif !" Zharif kurang senang dengan cara Shahrul.

"Peguambela membuat andaian sendiri ! Spekulasi !" Riak wajah marah.

"Yang Arif.. Saksi Mohd Rizal mungkin berat sebelah dalam keterangan beliau kerana terhutang budi dengan plainitif. Kesaksian beliau boleh dipertikai.." Shahrul tetap dengan pendiriannya. Pernyataan Rizal mudah diragukan.





Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 06:19 AM | Show all posts


yesssza... drama bermula
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2015 10:06 AM | Show all posts
Laaaaaaaaaaaaa.... sikitnye..... tak puas bace....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2015 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 konflik dlm citer nih...klu btul mau gile jie huhu  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Konflik yg tak ada penghujung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-6-2015 10:39 PM

Saksi kedua Rayyan adalah Ustaz Hamdi yang pakar dalam dalil dan hadis. Agak sukar juga untuk Shahrul menyoal balas. Keterangan yang diberikan  tersusun dan teliti. Menghuraikan secara terperinci keadaan Rayyan yang meracau racau ketika bertemu dengannya. Menyeru nama Juwita. Dari situlah Ustaz Hamdi merasakan ada 'sesuatu' yang membelengu Rayyan.  

Alhamdulillah berkat kekuatan Rayyan sendiri dan izin dari Allah,  Rayyan sembuh dari pengaruh sihir.

Berpuas hati dengan penjelasan Ustaz Hamdi, Zharif membentangkan hujah.

"Yang Arif, dengan keterangan ini jelas menunjukkan plaintif berada dibawah pengaruh sihir oleh gadis ingin menagih cinta plaintif. Tiada lagi soalan lanjut.."

Zhariff kembali ke tempat duduknya. Shahrul bangkit untuk bertanyakan soalan.

"Ustaz telah merawat plaintif yang ketika itu dibawah pengaruh sihir.. Selain dari meracau menyeru nama Juwita, apakah simptom lain ditunjukkan oleh plaintif?"

"Tidak mahu makan minum, tak mengendahkan keadaan sekeliling dan nampak tertekan.." Ustaz Hamdi menjawab yakin.

"Ustaz tahu sudah berapa lama plaintif berkeadaan begitu sebelum berjumpa Ustaz?"

Ustaz Hamdi dilihat menung sebentar.  "Lebih kurang 3 bulan."

"Berdasarkan keterangan Ustaz sebentar tadi, mula merawat plaintif pada tarikh... "Shahrul mengulang semula tarikh yang disebut oleh Ustaz Hamdi tadi.

"Ustaz setuju dengan tarikh itu adalah kali pertama merawat plaintif?"

"Ya." Ustaz Hamdi tidak membantah.

"Yang Arif.." Shahrul beralih ke arah Hakim yang bertugas.

" Saksi kedua mengatakan kali pertama merawat plaintif adalah pada...." Shahrul mengulang lagi tarikh yang disebut tadi.

"Dan beliau juga mengatakan plaintif sudah tiga bulan berkeadaan begitu sebelum dirawat oleh beliau." Shahrul diam sejenak.

"Berdasarkan rekod mahkamah rendah, plaintif melafazkan talak terhadap responden pertama.." Shahrul menunjuk ke arah Jie yang sedang duduk...  "Pada bulan Mac tahun yang sama, 6 bulan dari tarikh plaintif bertemu saksi kedua untuk berubat."

"Bermakna, sewaktu melafazkan talak terhadap responden pertama ada kemungkinan plaintif masih dalam keadaan normal."

"Tiada lagi soalan lanjut.." Shahrul berpaling melangkah semula ke bangku yang diduduki tadi.






Jie tak betah berada lama didalam kamar mahkamah. Tekaknya dari tadi terasa mual. Perbicaraan masih lagi berlangsung dengan saksi ketiga dari pihak Rayyan. Perlukan udara segar. Nafas sesak mendengar pertikaman lidah dan pertukaran fakta. Mahu mencari sedikit ketenangan.

"Anak inilah yang Rayyan ceritakan pada pakcik.." Ustaz Hamdi menyapa Jie yang sedang merenung jauh.

"Patutlah Rayyan jatuh cinta pada kamu sampai tak boleh lupa bertahun tahun.. Masya Allah. Kamu memang cantik ! " Sungguh sewaktu ternampak kelibat Jie tadi fahamlah Ustaz Hamdi kenapa sehingga kini Rayyan masih gila bayang.

"Satu saja pesanan pakcik pada kamu.. Perceraian yang didalangi ilmu sihir tidak sah disisi syara.. Kamu boleh menafikan, kamu boleh mengupah peguam hebat untuk membela diri.. Tapi hukum tetap hukum.." Ustaz Hamdi rasa terpanggil memberi nasihat.

"Maksud pak cik?" Jie kurang faham.

"Tentang kamu dan Rayyan.. Kamu sendiri lebih tahu cerita sebenar disebalik perceraian kalian.. Pak cik harap kamu berbalik kepada hukum Allah.."

Jie tambah buntu. Tekak makin loya. Pantas meminta diri untuk berlalu meninggalkan Ustaz Hamdi sendirian.






Saksi ketiga yang merupakan pakar psikiatri terkenal menguatkan lagi dakwaan bahawa Rayyan mengalami depresi hebat sehingga hampir disahkan sakit jiwa. Tarikh Rayyan dirawat dan prosedur yang digunakan untuk memulihkan Rayyan tercatat lengkap dalam laporan.

Hakim meneliti salinan rekod laporan yang diberikan Zhariff.

"Yang Arif, saksi ketiga telah mengesahkan plaintif mengalami tekanan hebat sehingga hampir sakit jiwa. Namun, plaintif beransur pulih apabila diubati oleh saksi kedua. Ini bukti jelas menunjukkan kewujudan sihir terhadap plaintif yang menyebabkan plaintif hilang kesedaran dan melafazkan talak diluar kemahuannya terhadap responden pertama."

Itulah kesimpulan yang dibuat Zhariff.

Tiada soal balas dari Shahrul. Shahrul hanya bertindak menyerahkan seberkas dokumen.

"Yang Arif, saya tak nafikan kewujudan sihir yang diperkatakan terhadap plaintif. Cuma jikalau benar sihir itu boleh menyebabkan plaintif hilang kesedaran dan tidak waras bermakna plaintif tidak berupaya untuk menjalani hidup secara normal." Shahrul memulakan hujah.

"Akan tetapi beberapa hari selepas menjatuhkan talak terhadap responden pertama, plaintif berjaya mendapatkan projek besar untuk syarikat yang diterajuinya. Masih mampu menjalankan kerjanya dengan baik."

"Segala maklumat projek ada tercatat lengkap dengan tarikh .." Shahrul merujuk kepada dokumen yang diserahkan kepada hakim.

"Justeru boleh disimpulkan, sihir yang dikenakan terhadap plaintif tidak memudaratkan akal dan fikiran plaintif ketika itu. Plaintif sepatutnya masih boleh berfikir dengan baik sewaktu melafazkan talak.. " Shahrul mengakhiri hujahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2015 01:24 AM | Show all posts
Jie keliru dengan kata kata Ustaz Hamdi yang menjadi saksi Rayyan tadi. Jika benar seperti dikata, Jie takut berdepan kenyataan dirinya masih isteri Rayyan. Status si kembar dan anak dalam kandungannya. Minda berserabut.

Azim disebelah sedang leka memandu. Mereka sedang dalam perjalanan menemui Juwita.

"Najiha, you okay?" Azim perasan Jie tampak tak keruan sejak dari keluar perkarangan mahkamah tadi. Simpati pada wanita yang hingga kini masih mendapat tempat dihati. Cinta yang sampai mati khusus buat Jie.

"I confused..." Jie mengeluh. "I rasa berdosa !" Entah kenapa Jie asyik memikirkan kata kata Ustaz Hamdi tadi. Air mata berlinang.

"Wait Najiha.." Terkejut melihat titisan jernih yang membasahi pipi Jie, Azim memberi isyarat ke kiri sebelum memberhentikan kereta yang dipandu.

"Now tell me.. What's bothering you?" Prihatin dengan keadaan Jie. Azim mengesat air mata yang berjuraian.

Pantas saja Jie bercerita kata kata yang ditutur oleh Ustaz Hamdi tadi.

"I takut, Azim ! Bayangkan I hidup dengan Zack.. Lima tahun.. Kami dah ada anak... Semua akan hancur.." Tangisan makin lebat.

Azim buntu untuk memujuk. Mengusap lembut bahu Jie untuk menenangkan.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz tu tak betul jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 02:17 PM | Show all posts
ustad tu main cakap based on ape dia nak percaya.. ustad tu pun mcm jeles dgn rayyan sebab pernah dpt bini cantik... ustad gatal..... tapi tu la based on circumstances evidence mcm shahrul cakap la mcm mana si rayyan tu bley dapat tender juta juta kalo otak si rayyan tu x waras.. basically org yg terlibat dgn contract tue boleh aje cakpa masa rayyan sign document tue si rayyan x wars therefore contract void...  hehehe again teruk la rayyan nak buktikan dia masih waras masih dapat kan kontrak itu.. mmg la sivil n syariah x leh campur but in term of kewarasan bley dipertikaikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 01:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 08:59 PM

Tan Sri Isa tidak mengerti kenapa Khalid maupun Zack merahsiakan hal sebesar ini. Baru dapat tahu dari mulut besannya.

Rayyan agak keterlaluan ! Mempergunakan mahkamah untuk memenuhi kehendak hati. Nyaris sakit jantung menyerang. Anak anak lelakinya bertelagah hanya semata mata berebutkan seorang perempuan. Sangat memalukan !

Abang yang tua patut lebih matang tetapi bertindak kebudak budakan. Adik bongsu pula enggan mengalah. Mahu menyalahkan menantunya, bukan salah Jie. Malah Tan Sri Isa bersimpati dengan keadaan Jie. Direbut seperti barangan sedangkan Jie juga ada harga diri.

Justeru, kesilapan nampak ketara disisi Rayyan. Rayyan yang memulakan tuntutan. Kesal dengan tingkah anak sulungnya.

Ligat memikir cara menamatkan segala sengketa ini. Tan Sri Isa tak mahu isu ini berlarutan dan menjejaskan keharmonian dalam keluarga mereka.

Baik Rayyan maupun Zack harus bersemuka untuk menyelesaikan semua kekusutan ini.

Segala tuntutan mahkamah harus dihentikan segera. Tan Sri Isa tidak sanggup menanggung malu jika ketahuan anak anak lelakinya berseteru gara gara hal kecil begini.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 04:02 PM

Kali kedua menjejakkan kaki melawat tahanan dipenjara. Jie gementar. Walau dulu pernah melawat Julia namun perasaan gugup masih ada. Mitos tentang tempat hukuman yang menyeramkan ini berlegar difikiran. Lantas memegang erat bahu Azim untuk mendapatkan kekuatan.

Azim hampir tergelak melihat wajah Jie pucat lesi ketika melangkah masuk. Ternyata dalam keberanian Jie menangani keadaan bahaya, Jie juga wanita biasa. Lumrah merasa takut.

Seorang pegawai penjara mengiringi Juwita masuk ke dalam bilik khas dimana Jie dan Azim sedia menunggu. 10 minit masa ditetapkan untuk mereka berbicara.

Juwita segera memeluk Azim. Ternyata perkhabaran yang didengari benar. Azim berjaya bebas dari pertuduhan.

Memandangkan fokus Juwita hanya pada Azim, kehadiran Jie tidak disedari. Terjerit kecil melihat Jie.

"Hantu Puan Najiha !!"

Tubuh Juwita menggeletar. "Azim you nampak tak?"  Jari terketar menunjuk ke arah Jie.

"Rileks Juwita.." Azim menenangkan Juwita. " Ini Najiha.. Dia tak mati lagi.." Bahu Juwita diusap.

"Betul ke?" Juwita kurang percaya. Merenung takut takut ke arah Jie sebelum tunduk memerhati.

"Aah betullah.. Ada kaki.." Juwita senyum lega. "I ingat hantu Puan Najiha datang nak balas dendam.." Terkurung hampir bertahun membuatkan Juwita paranoid.

Saban malam hidupnya dihimpit penyesalan kerana bertindak terburu buru. Mujur Azim menunaikan janji.

Meski berada dalam tahanan tetapi Juwita diasingkan dari banduan biasa. Tak pasti bagaimana Azim melakukan semua sedangkan Azim sendiri berpura gila sehingga dipindahkan ke hospital sakit jiwa.

Sejak itu tiada khabar mengenai Azim. Dengar cerita abang Azim menggunakan pengaruh yang dimiliki Papa mereka untuk membebaskan Azim. Dan, Juwita yakin kedatangan Azim hari ini adalah untuk melepaskannya dari neraka dunia ini.

"I akan bebaskan you, Juwita.."Jie terus kepada agenda utama pertemuan mereka.

"Tapi ada syaratnya..." Nada suara tegas. Hanya keterangan Juwita mampu membuktikan sihir yang dikenakan terhadap Rayyan.

Juwita merenung ke arah Azim. Keliru. Azim hanya mengisyaratkan Juwita supaya mendengar setiap tutur kata Jie terlebih dahulu. Juwita akur.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2015 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 11:16 PM

"Abang.. Abang cintakan Fiha tak?"

Soalan cepu mas ditanyakan oleh Safihah membuatkan Rayyan tersedak. Hampir tersembur air kopi yang dihirup. Tangan pantas mencapai tisu. Mengesat lelehan dibibir.

"You demam ke apa, Fiha?" Rayyan gelak. " Of course lah I sayangkan you ! You isteri I . Ibu anak anak I." Memang Rayyan berkata benar. Kehadiran Safihah pernah menyinari hidup Rayyan sewaktu diri terkapai kapai meratapi 'kematian' Jie.

"Tapi abang cintakan Jie, kan?" Safihah tidak mampu berlakon lagi. Sejak mengetahui rencana Rayyan dan Zeeta, hati takut berdepan kenyataan kehilangan Rayyan.

Rayyan menghela nafas panjang.

"Yes.. Memang I cintakan dia.. Tapi you jangan risau ! I takkan sia siakan you.." Kalau dulu Rayyan akan menafikan untuk menjaga hati Safihah tetapi kini biarlah kebenaran terungkai.

"Abang... Jie dah ada anak dengan Zafrey ! Kenapa isteri orang juga yang abang kejar? Apa yang kurang dengan Fiha sampai abang susah nak lupakan perempuan itu?!" Kesabaran bertahun makin terhakis. Safihah kecewa dengan Rayyan.

"Stop it, Fiha !" Rayyan rimas.

"Salah ke I nak dapatkan cinta I? Sekurang kurangnya I tak abaikan you... Now you pula bagitahu I.. Apa yang kurang sampai you pertikaikan tindakan I?" Nada suara Rayyan meninggi. Marah.

"Duit, kereta, rumah semua kemewahan I bagi pada you.. Apa lagi yang tak cukup?! I tetap hormati you sebagai isteri I.. I tak pernah pandang perempuan lain selain you cuma..."

" Cuma apa? Cuma Jie seorang yang buat abang goyah? Gila bayang? Sudahlah abang.. Lupakan Jie !" Safihah memintas kata kata Rayyan. Air mata mengalir deras dipipi gebunya.

"Fiha tetap cintakan abang.. Baik buruk abang, Fiha terima seadanya.." Air mata dikesat dengan hujung jari.

"Fiha tak perlukan semua harta dunia itu, abang ! Fiha nak abang cintakan Fiha.. Salah ke?" Wajah suaminya ditenung. Tiada reaksi dari Rayyan.

"Lagi satu abang, tolong hentikan rancangan gila abang untuk dapatkan Jie balik.. Please abang !" Safihah tunduk merayu.

"I nak keluar.. Bosanlah duduk rumah dengar you membebel.." Rayyan bingkas bangun. Panas hati dengan Safihah.




Jenuh menanti dari tadi. Rayyan kepingin untuk bertemu Jie. Hampir 2 jam berlalu tiada bayang Jie menjelma. Memandangkan sudah terlanjur menunggu lama, Rayyan setia diam dalam kereta meninjau keadaan sekeliling. Untung nasib bertemu wajah yang dirindu.

Mata menangkap kelibat Jie keluar dari sebuah kereta dipandu lelaki asing. Bukan Zack. Samar mengecam lelaki yang memandu. Azim ! Rayyan pening memikir kaitan Azim dan Jie keluar berdua duaan. Tanda tanya terbit.

"Sayang.." Rayyan segera mendekati Jie sebaik saja kereta yang dipandu Azim berlalu.

Jie sedang berpaling untuk masuk ke dalam terkejut menerima kedatangan Rayyan.

"You nak apa, Ray ?!" Jie menyoal tidak senang.

"I nak berborak dengan you... Please sekejap saja.."Pinta Rayyan mengharap Jie sudi mempertimbangkan.

"Sorry Ray.. I penat.." Jie pantas menolak. Keluar berdua dengan Rayyan mungkin hanya akan menambah masalah. Cukuplah kekalutan yang ditanggung buat masa ini.

"Please sayang ! I baru nampak you keluar dengan lelaki lain.. Tak payah nak berlakon baik depan I.." Rayyan tak nafikan terselit cemburu melihat Jie disisi Azim sebentar tadi. Lantas terus saja mulut lantang bertutur begitu.

"You are too much , Ray !" Satu tamparan tepat mengenai pipi Rayyan. Jie sakit hati.

Tindakan Jie membuatkan Rayyan yang sememangnya baran bertambah panas. Menarik kasar Jie ke sisi.

"I ajak you secara baik. You memang suka kena paksa, kan? I nak you ikut I sekarang.." Mudah saja untuk Rayyan mengangkat tubuh langsing Jie masuk ke kereta.

Jie meronta ronta namun sukar menandingi kekuatan Rayyan. Menjerit sekuat hati tetapi Rayyan lebih pantas menekup mulutnya.

"Jangan risau I takkan apa apakan you..." Rayyan memberi jaminan. Mengusap rambut Jie yang berada disebelah. Wajah Jie tampak pucat. Takut dengan Rayyan barangkali.

"You teman I jalan jalan kejap.." Rayyan ingin menikmati keindahan cinta bersama Jie. Mengembalikan nostalgia saat bersama dulu.






"Ingat tak kali pertama I jumpa you dekat sini?" Rayyan senyum sambil mengenggam erat tangan Jie. Mengharap Jie masih mengingati tempat bersejarah sepanjang hubungan mereka.  

Jie diam. Menghirup Ice Lemon Tea didalam gelas. Jauh disudut hati Jie bersimpati dengan Rayyan. Masih hanyut dibawa kenangan mereka sedangkan diri sudah dimiliki. Jie yakin cintanya terpatri abadi buat Zack. Malah Jie pasti Rayyan sebenarnya mencintai Safihah. Hanya Rayyan saja yang keliru.

"Ray..."Jie membalas sentuhan tangan Rayyan.

"You keliru.. I tak layak untuk you.. Safihah yang berhak.. Lebih 5 tahun you hidup dengan dia.. Takkan sikitpun hati you tak tersentuh dengan pengorbanan Safihah?" Jie yakin Safihah memberi makna dalam hidup Rayyan. Jikalau tidak,  mana mungkin Rayyan tekad memperisterikan wanita itu.

Jie tahu semakin Jie berkeras untuk tidak mengendahkan Rayyan, Rayyan akan terus mengejar dirinya. Biarlah Jie meluangkan sedikit masa untuk Rayyan. Menyelami isi hati bekas suaminya. Sempat menghantar teks ringkas kepada Zack diluar pengetahuan Rayyan tadi.

"I cintakan you.." Seboleh mungkin Rayyan inginkan Jie menemani disisi. "Be with me again, sayang !" Pinta Rayyan mengharap.

"You tamak, Ray !" Jie kesal dengan sikap Rayyan.

"Bersyukurlah sebab you memiliki isteri secantik dan sebaik Safihah. I akan ada untuk you.. Walau bukan sebagai isteri you.. Trust me Ray.." Takdir sudah menuliskan jodoh mereka tiada. Jie redha dan mengharap Rayyan jua begitu.

"Senanglah you bercakap sebab you dah lupakan I ! Tapi I tak boleh lupakan you.." Rayyan sebak.

"You tau tak, 5 tahun I sengsara ! Fikirkan setiap malam you dalam pelukan lelaki lain.. Sampai satu tahap I rasa I dah tak boleh menipu diri I." Mata berkaca. Jie dilihat turut sama mengalirkan titisan jernih.

"You sengsara sebab you degil ! You kena buka pintu hati you.. Selagi you tak move on, selagi itulah you hidup dalam kepompong masa silam.. Ray terimalah hakikat.. I isteri orang !" Pening untuk membuatkan Rayyan mengerti. Jie lemas.

"Biar mahkamah tentukan you isteri siapa.. I yakin you masih milik I !" Rayyan enggan menyerah kalah.

Jie bengang. Masa terbazir sia sia. Pada hemat Jie, Rayyan mungkin akan termakan kata katanya jika Jie sudi menuruti kehendak Rayyan. Namun, Rayyan tetap Rayyan ! Bibir diketap, geram.





Zack hanya memerhati pelakuan abang dan isterinya dari jauh. Tahu Rayyan takkan sesekali menyakiti Jie namun hati tetap gusar. Bimbang Rayyan berjaya memujuk Jie untuk kembali. Jie keluar dari kereta yang dipandu oleh Rayyan lalu melangkah masuk ke perkarangan rumah.

"Bie.." Jie senyum melihat kelibat suaminya. "Sorry I terpaksa ikut Ray kejap tadi." Berterus terang adalah tunggak hubungan mereka. Jie tak mahu Zack salah anggap.

Deria bau Zack menangkap wangian yang biasa dipakai Rayyan melekat pada Jie. Curiga.

"Did he touched you?" Zack membelek tubuh isterinya. Berdebar. Mencari petanda lain yang mencurigakan.

"Touch? Maksud you?" Jie buntu untuk memahami Zack yang tampak gelisah.

" Yelah.." Zack gusar. "Macam mana bau minyak wangi Ray boleh melekat kuat pada you.."  Rayyan memang abang kandungnya akan tetapi Zack takkan berdiam diri jika Rayyan berani menyentuh isterinya.

Jie memikir sejenak. "Tadi Ray peluk I.. May be masa itu kot.." Ada kemungkinan itulah punca sebenar.

"Ray peluk you ?! You biarkan saja?!" Zack kecewa. Tindakan Jie membenarkan Rayyan menyentuh dirinya adalah tidak wajar. Sementelah, itu hanya akan membuat Rayyan makin menaruh harapan untuk mendapatkan Jie semula.

"I sempat tolak dia, Bie.. Jangan risau !" Memahami kerisauan bersarang dihati Zack, Jie memberitahu fakta sebenar.

"Betul ni? You tak tipu I?" Kegelisahan Zack beransur pergi. Yakin Jie jujur dalam perhubungan mereka.

"Yes, boss !" Jie senyum.

"Jom masuk dalam. Nanti Mommy dengan Daddy ingat apalah, kita lama sangat dekat luar ni." Menarik tangan Zack untuk masuk ke rumah.

"I minta maaf, Baby ! Tapi I rasa macam 'bermadu' pula bila you SMS  I, you keluar dengan Ray tadi.I tak nak ada lelaki lain dalam hati you... I nak I seorang saja.." Agak kebudakan namun itulah yang dirasakan Zack. Jie adalah hak mutlaknya. Bimbang Rayyan berjaya merampas Jie dari sisi.

"I will be yours forever, Bie !" Jie tak mahu Zack risau lagi.

"Thanks Baby !" Mata mereka berbicara. Zack yakin ketulusan cinta Jie. Senyum senang.


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 07:39 PM | Show all posts
bosan dgn Rayyan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2015 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin stress dgn Rayyan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2015 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 24-6-2015 01:43 AM

Rayyan berlari mendapatkan Safihah. Darah berlumuran di atas lantai. Bimbangkan keadaan isteri dan anak dalam kandungan Safihah. Tubuh kecil molek Safihah dicempung lantas kaki melangkah laju menuju ke kereta.

"You sabar Fiha... I akan pastikan you dan anak kita selamat.." Rayyan mempercepatkan pemanduan. Gundah gulana.

Buat pertama kali Rayyan merasa takut akan kehilangan isterinya. Gementar membayangkan hidup tanpa Safihah.

Pembantu rumah yang sedang memangku Safihah ditempat duduk belakang kesal. Gara gara kecuaiannya membiarkan isteri Rayyan bersendirian, Safihah ditimpa musibah.

Rayna sedang lena bersandar disisi pembantu rumah Rayyan. Tidak mengetahui segala yang terjadi.

Hanya doa mampu dipohon dalam hati mengharapkan Safihah dan bayi mereka selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2015 03:51 PM | Show all posts
hopefully its a hepi ending la.. TT agak agak bila sinetron nie nak tamat? hehehehehe usik aje.. impress sebab TT leh wat cite pusing pusing mcm nie.. syabass
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 05:54 PM | Show all posts
fizamn replied at 24-6-2015 03:51 PM
hopefully its a hepi ending la.. TT agak agak bila sinetron nie nak tamat? hehehehehe usik aje.. imp ...

Haha.. hopefully.. selalu dah nak end pas tu tangan pula bosan menaip.. so tu yg drag
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-6-2015 06:46 PM

Safihah masih lagi sedang dalam rawatan. Rayyan resah gelisah. Sekejap berdiri dan sekejap duduk. Kehadiran Khalid dan Viana tidak diendahkan. Minda menerawang jauh. Memikir khilaf meninggalkan Safihah begitu saja lantaran mengikut hati yang membara hasrat ditentang. Kesal bercambah. Kalau saja masa boleh diulang...

Zack hadir atas permintaan Tan Sri Isa dan Tengku Safiah. Segala persengketaan diketepikan seketika. Rayyan tetap saudara kandung dan pertalian darah antara mereka takkan terputus. Bersimpati dengan malang yang menimpa Safihah. Zack berdoa agar ibu dan anak berjaya diselamatkan.

Jie memencil diri disisi Zack. Terkejut menerima perkhabaran buruk menimpa Safihah. Jie dan Zack sedang menikmati makan malam berdua sewaktu menerima panggilan dari Papa. Justeru mereka bergegas ke mari.

Zulkarnain keluar mendapatkan Rayyan. Walau pernah ada pertelingkahan antara mereka dulu namun profesion yang dipegang memaksa Zulkarnain untuk berinteraksi secara terus dengan Rayyan memandangkan Rayyan adalah suami Safihah.

"Isteri dan anak you selamat. Pendarahan biasa. Cuma keadaan Safihah agak lemah. Jangan sesekali beri tekanan pada dia." Usai berkata begitu Zulkarnain terus berlalu. Geram menghadap wajah Rayyan. Tambahan pula  setelah mengetahui tuntutan mahkamah dibuat Rayyan terhadap Jie dan Zack. Hanya persepsi negatif wujud pada lelaki berbadan sasa itu.

"Boleh I tengok isteri I?" Rayyan menyoal juru rawat yang berada sekali disitu. Malas mahu berbicara dengan Zulkarnain.

Juru rawat mengangguk memberi kebenaran supaya Rayyan masuk melawat.

Tan Sri Isa dan Tengku Safiah menuruti langkah Rayyan masuk ke wad dimana Safihah ditempatkan.

Zulkarnain perasan kehadiran Jie dan Zack. Memberi isyarat kepada Jie supaya menemuinya sebentar lagi. Jie angguk, faham.






"Abang..."

Meski masih lemah Safihah cuba bangkit untuk menyambut kedatangan Rayyan. Wajah tampak lesu.

"You rehatlah.." Rayyan segera menghalang Safihah dari bangun. Mengusap lembut rambut Safihah yang agak kusut. Terlupa langsung untuk memakaikan tudung buat Safihah tadi. Rayyan panik. Agenda utama adalah segera sampai ke hospital dan memastikan Safihah mendapat rawatan.

"Abang janji jangan tinggal Fiha.. Fiha sayang abang !" Safihah tersedu menangis. Papa dan Mama mertuanya turut berada disitu tidak diendahkan. Hanya Rayyan saja fokus utama Safihah.

Sejak Rayyan keluar meninggalkan Safihah dirumah tadi hati diamuk kebimbangan. Cinta mendalam terhadap Rayyan membuat Safihah jadi takut. Tak keruan juga.

Fikiran pula melayang memikir kerenah sang suami yang masih menggilai Jie sehingga Safihah tidak peka dengan keadaan sekeliling. Terlanggar bucu katil dan berlaku pendarahan. Diri tidak sedar segala yang berlaku selepas itu.

Mujur, impak hentakan tidak menjejaskan kandungannya. Safihah bersyukur zuriat mereka selamat. Alhamdulillah.

"I takkan tinggalkan you ! You rehat ok.." Sedikit sebanyak Rayyan terusik melihat keadaan Safihah. Cinta Safihah tak diragui khusus buat Rayyan. Hanya Rayyan saja buta menilai.

Sedar dirinya bersalah meninggalkan Safihah usai pertikaman lidah antara mereka siang tadi. Menurut perasaan gila bayang, Rayyan tega pula menghabiskan masa untuk bertemu Jie.

Serentak itu, bayangan Jie menari diminda. Hati terbuai indah walau hanya menatap wajah Jie seketika cuma. Rasa yang tak pernah wujud saat bersama isterinya.

Sejenak, Rayyan dihimpit beban dosa terhadap Safihah. Gagal setia dan kasihkan Safihah sepenuh jiwa.

"Abang lupakanlah Jie..  Batalkan semua tuntutan mahkamah tu ! Fiha janji akan buat abang bahagia seumur hidup abang.." Persis kanak kanak kecil, Safihah merengek meminta Rayyan menuruti kehendaknya.

"Nanti nantilah kita bincang.." Rayyan segera membetulkan selimut yang menutupi tubuh Safihah. Meminta Safihah berehat saja dari memikir masalah. Juga satu cara untuk mengelak.

"Papa dengan Mama jaga Fiha kejap. Ray nak tengok Rayna." Dahi Safihah dicium sebelum melangkah pergi.

Niat Rayyan beredar sekadar untuk melarikan diri dari melayani kehendak Safihah. Rayyan perlukan ruang untuk bersendirian seketika.

Tan Sri Isa dan Tengku Safihah memerhati langkahan Rayyan sehingga hilang dari pandangan.

Spontan, Tan Sri Isa menggeleng kepala dengan tingkah Rayyan manakala Tengku Safiah mendapatkan menantunya.

Tak mengerti pucuk pangkal cerita, Tengku Safiah memujuk Safihah yang dalam kesedihan. Meminta menantunya bersabar supaya kandungan Safihah tidak ditimpa masalah.

Air mata mengalir laju di pipi gebu Safihah. Ternyata Rayyan memang keras hati !






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074380 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list