CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 14-7-2015 04:40 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 13-7-2015 06:28 PM
Jie waris tengkujuh.. haha..

Mana ada keturunan Tengku da kalau kahwin dengan org biasa

Betul jgk ya... Hehehehehe... Keturunan tengkujuh... Good job sis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2015 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 29-7-2015 12:13 PM

Danny merenung kembarnya yang masih  menghadap tablet bermain permainan lumba kereta. Daryl hanyut dalam dunia sendiri. Leka tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Daryl..." Danny mendongakkan wajah sambil kedua tangan menopang dagu dihadapan adiknya.

"Later.. I'm busy now !" Daryl sedang fokus. Tidak suka diganggu.

Wajah Danny monyok melihatkan reaksi adik kembarnya.

Memang Danny gembira dapat menghabiskan masa bersama Moyang dirumah agam ini.

Namun, dalam masa yang sama bosan tanpa Daddy. Rindukan telatah Daddy melayani kerenah Danny dan Daryl.

Sekurang kurangnya duduk bersama Grandmommy, hari hari Danny dan Daryl dapat berjumpa Daddy. Boleh dikatakan sepanjang masa Daddy ada bersama mereka.

Tapi apabila tinggal disini, sudah hampir seminggu lebih bayang Daddy tiada. Bila bertanya kepada Mommy, Mommy cuma mengatakan Daddy sibuk dan hanya akan menjenguk apabila ada masa.

Pernah juga Danny meminta Mommy untuk menelefon Daddy sekadar kepingin mendengar suara Daddy malangnya Mommy mengatakan Daddy bekerja jauh dan berada diluar kawasan talian. Telefon bimbit Daddy juga tidak aktif.

Hampa dirasakan Danny. Papa juga semakin menjauhkan diri dari mereka. Jarang melawat Danny dan Daryl. Kalau tak, boleh juga mereka bermain bersama. Danny rindukan Daddy dan Papa.

"Yes ! I've won !" Daryl bersorak suka memenangi permainan yang dimain. Merenung ke arah abang kembarnya. Baru teringat Danny ada sesuatu untuk diperkatakan.

"What you wanna talk to me?" Tab diletakkan di atas meja. Perhatian Daryl kini pada Danny.

"I miss Daddy !" Danny murung.

"I miss Daddy too !" Daryl juga begitu.

Hidup tidak lengkap tanpa Daddy. Inginkan Daddy dan Mommy selalu disisi mereka.

Satu idea terbit difikiran Daryl. Menarik tangan Danny supaya menurut langkahnya. Menyelinap masuk ke bilik tidur Mommy.

Tujuan utama adalah untuk mencari telefon bimbit Mommy.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijak anak2 jie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2015 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-7-2015 12:47 AM

Segera mencapai telefon bimbit Mommy yang terbiar diatas meja solek. Punat 'on' ditekan. Daryl meminta Danny meninjau keadaan sekeliling. Takut Mommy masuk mengejut ke dalam bilik.

Setelah memastikan keadaan 'selamat' Daryl menekan senarai kenalan untuk mencari nombor telefon Daddy.

"Danny.." Daryl memanggil pelahan. "You know Daddy's phone number?"

Puas mencari nama Zack dalam telefon bimbit Jie. Tiada. Mungkin Mommy menyimpan nombor telefon Daddy menggunakan gelaran lain

Danny memikir sejenak. "Daddy has mentioned this..." Mengambil telefon dari tangan Daryl.

"Speed dial I guess.. Just press hard on number 5..."

Danny masih ingat,  Daddy pernah berpesan dulu. Hanya tekan kuat pada nombor 5 di telefon bimbit Mommy jika ingin menghubungi Daddy. Daddy sudah menetapkan nombor telefon Daddy secara automatik untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

Pantas jari jemari comel Danny menekan nombor yang tertera di skrin. Kedengaran panggilan bersambung. Teruja untuk mendengar suara Daddy. Danny menekapkan telefon ditelinga.

"Baby..? Is that you..?!"

Suara Daddy menerpa pendengaran Danny. Melompat kesukaan. Akhirnya dapat berbual dengan Daddy.

"Daddy.. It's me, Danny, not Mommy !" Mengerti Daddy mungkin beranggapan Mommy yang menelefon Danny memberitahu Zack.

Memandangkan Danny dan Daryl biasa mendengar Daddy memanggil Mommy dengan panggilan Baby. Faham siapa yang dimaksudkan Zack awal tadi.

"Daryl and I miss you so much ! Please come visit us here !" Danny bersuara sayu. Mengharap Daddy sudi menjenguk mereka disini.

Zack ditalian sebak mendengar luahan hati Danny.Dirinya juga separuh mati merindui Jie dan si kembar.

Terselit perasaan terkilan kerana Jie sanggup pergi membawa anak mereka tanpa meninggalkan sebarang pesan.

"I miss both of you, sons !" Antara sedih dan gembira mendapat panggilan Danny. Namun, Zack tetap bersyukur.

Peluang cerah untuk menjejaki Jie. Rindu pada isterinya sudah tidak tertanggung lagi.

"Where are you now?" Pantas saja Zack mencari tahu lokasi si kembar. Hati melonjak tidak sabar menanti jawapan balas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2015 01:14 AM | Show all posts
elia201 replied at 15-7-2015 12:27 AM
Segera mencapai telefon bimbit Mommy yang terbiar diatas meja solek. Punat 'on' ditekan. Daryl memin ...

aku sgt x sngka n percya novel ni blh berthn smpi pertengahan tahun.pftt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2015 10:32 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-7-2015 05:33 PM

Shahrul terhibur melayan keletah si kembar. Memang diri kepingin untuk mendirikan rumah tangga dan memiliki zuriat sendiri. Usia yang makin meningkat kadang membuat Shahrul selalu memikir untuk melamar tunangnya sebagai isteri.

Namun, memandangkan kesibukan kerja Shahrul dan masa tunangnya yang agak terbatas, hasrat murni itu dipendam saja. Mama dan Papa semakin mendesak supaya mereka berkahwin segera.

Shahrul cuma tidak mahu bertindak terburu buru.  Melihat statistik perceraian makin meningkat dan menonton sendiri gelagat pasangan suami isteri yang inginkan perceraian hadir ke mahkamah membuatkan Shahrul gusar.

Kerap mengendalikan kes perpisahan pasangan Islam di Malaysia membuatkan diri banyak belajar. Cinta tanpa disemai dengan kejujuran dan perasaan tanggungjawab bakal kecundang menghadapi gelora perkahwinan. Pasangan mula berlaku curang dan cinta yang dulu membara kian beralih arah. Akad nikah dipandang remeh apabila kasih sayang hilang dari hati. Maka jalan perceraian dipilih.

Shahrul mengeluh diluar sedarnya. Terbayang wajah tunang tersayang dihadapan mata. Serba salah.

Seketika kemudian senyum ke arah Jie yang berada disamping Tengku Azizah.

Dikenali sebagai peguam Jie, Tengku Azizah dengan senang hati membenarkan Shahrul menemani Jie. Yakin ada hal penting yang ingin mereka bicarakan bersama. Meminta Shahrul menjaga keselamatan cucu dan cicit cicitnya dengan sempurna.

Shahrul hanya mengangguk tanda mengiyakan. Memang ada perkara mustahak ingin dibicarakan secara terus kepada Jie.

Usai pamit Jie berlalu bersama si kembar memasuki kereta Subaru Impreza yang dipandu oleh Shahrul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2015 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya uolls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2015 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 17-7-2015 10:58 PM
Selamat Hari Raya uolls

Selamat hari raye.. duit raye xde ke? Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2015 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-7-2015 01:07 AM

Tingkah Shahrul mengingatkan Jie kepada Zack. Rindu untuk bertemu suaminya. Jie tak berniat untuk menbuat Zack terkapai kapai mencari. Cuma kecewa dengan segala yang terjadi. Adakala Jie rasa menyesal pernah hidup bersama Rayyan dan bersetuju mengahwini Zack.

Andai saja Jie menolak keras lamaran Zack dulu, pasti Jie tiada kaitan dengan Rayyan lagi. Mungkin Rayyan akan berbahagia disamping Safihah. Manakala Zack pula pasti masih hidup bersama Zeeta dan Danish.  Jadi tiada alasan untuk Safihah dan Zeeta membenci dirinya.

Silap dalam membuat keputusan. Jie mengeluh. Risau memikirkan nasib si kembar. Jie takut anak anaknya menjadi mangsa dendam kesumat manusia. Menguis spaghetti didalam pinggan. Selera mati. Pantas saja sudu dan garfu diletak tepi.

Shahrul dilihat mesra melayan Danny dan Daryl. Bibir lincah bercerita tentang permainan video terkini memandangkan si kembar memang kaki game.

Walau pada mulanya Danny dan Daryl tampak janggal dengan kehadiran Shahrul namun lama kelamaan kemesraan terjalin antara mereka. Tidak kekok si kembar didukung oleh Shahrul tadi. Malah ketawa suka dimanjakan.

"Najiha.."

Shahrul perasan Jie banyak berdiam diri. Hanya senyum sesekali. Selebihnya Jie hanyut melayan fikiran.

"You tak selera ke?" Risaukan Jie. Shahrul berpaling ke arah Jie yang duduk disebelahnya pula.

Jie senyum. "I memang macam ini. Selera tak menentu." Sekadar beralasan. Jie tidak betah sebenarnya berada lama disini.

Tambahan pula restoran tempat mereka menjamu selera berdekatan dengan kawasan rumah Abi dan Umi. Mana tahu Zulkarnain atau Zeeta sedang melawat Umi dan Abi lalu singgah ke mari. Jie belum sanggup untuk bersemuka dengan mereka. Hati masih tidak mampu memaafkan Zeeta.

Wanita itu pernah menggunakan Danny untuk membalas dendam. Kemudian mengupah orang membunuhnya. Andai saja Zeeta masih berbuat onar, Jie akan pastikan Zeeta bakal menyesal seumur hidup. Begitu juga dengan Safihah.

"Apa sebenarnya hal penting yang you nak cakap dengan I?" Jie terus  menyoal Shahrul sebaik melihat Shahrul selesai makan. Bosan berteka teki lagi.

"Tak sesuai nak cakap sekarang kot.." Shahrul mengerling sekilas ke arah Danny dan Daryl. Sambil mata melirik jam dipergelangan tangan kiri. Menanti kehadiran seseorang.

"Nanti I cerita ok.." Memahami persoalan bersarang dihati Jie, Shahrul memberi jaminan.

"Buat masa ini anggaplah I teman you dengan kembar bersiar siar.." Menyentuh lembut jari jemari Jie. Meminta Jie bersabar dulu.

Tiada pilihan lain. Jie terpaksa akur dengan kehendak Shahrul.

Mata melilau memandang sekeliling sebelum tertangkap kelibat seseorang menghampiri mereka. Terpana.

Spontan wajah berubah masam. Perasaan bercampur baur.

"Jiha !"

Satu sentuhan terasa dibahu. Jie berpaling ke arah lain. Endah tak endah dengan kehadiran tetamu yang tak diundang.

Berbeza pula reaksi lelaki yang baru muncul. Mata bercahaya. Teruja dapat bersua muka disini. Hampir seluruh pelusuk mencari tahu keberadaan Jie. Puas bertanyakan Ibu dan Daddy namun Faridah dan Dato' Hanafi sendiri buntu menemukan Jie.

"Apa semua ini, Shah?! Kenapa dia ada dekat sini?!" Jie rasa dipermainkan.

Danny dan Daryl pula girang mendapatkan Papa mereka.

Jie masih merenung tajam ke arah Shahrul menanti jawapan.

Shahrul tetap tenang.

"Zulkarnain ada hal penting nak bagitahu you dengan I. Sebab tu I ajak you makan dekat sini.. Boleh kita bertiga duduk semeja berbincang. Please Najiha.." Mengharapkan pengertian dari Jie.

"Lagipun kalau Zulkarnain tak tolong I provide medical record you, mungkin perbicaraan hari ini tertangguh lagi.. I buat semua ini untuk you, Najiha.." Shahrul menyambung setelah tiada reaksi balas dari Jie.

Memandangkan Zulkarnain pernah merawat Jie maka mudah untuk Shahrul mendapatkan pengesahan laporan perubatan Jie.

Tambahan pula Zulkarnain sudi memberi kerjasama dengan syarat ingin bertemu Jie. Ada hal penting ingin dibicarakan.

" Whatever.." Jie tidak mempedulikan Shahrul. Menjeling geram.

"Please Jiha.. I rindu kan you dan kembar... Even Danish dah banyak kali tanya I bila boleh jumpa Mommy dan adik adik dia.. I minta maaf pasal hari tu ! I tak bermaksud nak berkasar dengan you.."

Benar Zulkarnain belum sanggup kehilangan Jie terus dari hidup. Dirundung perasaan bersalah terhadap Jie.


Tindakan Jie menyepi diri membuatkan Zulkarnain keresahan. Bimbang dan takut hubungan antara mereka terus terputus.

Lagi pula ada perkhabaran penting perlu disampaikan pada Jie. Mengenai tindak tanduk Zeeta. Zulkarnain takut Zeeta merancang sesuatu diluar pengetahuannya. Sedar isterinya masih berdendam terhadap Jie. Begitu juga dengan Safihah.

Namun, selagi terdaya Zulkarnain akan sentiasa memastikan Jie hidup bahagia dan aman selalu.



Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum sampai ke penghujung lagi dendam depa semua pd jie ya TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-7-2015 11:47 AM

"You marah I ke?"

Shahrul mencuri pandang ke arah Jie. Hanya tinggal mereka berdua. Sesuai untuk berbicara.

Zulkarnain kini leka melayani kerenah Si Kembar ditaman permainan tak jauh dari restoran mereka makan tadi.

Jie dan Shahrul membuat keputusan untuk duduk berbincang dibangku sekadar memerhati dari jauh gelagat Zulkarnain disisi kembar.

Jelas terpancar kegembiraan diwajah Danny dan Daryl kerana dapat menghabiskan masa bersama Papa mereka.

Jie menghela nafas panjang. Mengeluh.

Cadangan Shahrul supaya mengheret Zeeta dan Safihah ke muka pengadilan memang sukar dilaksanakan. Serba salah.

Walau Zulkarnain sendiri merelakan jika Jie ingin membawa perkara ini ke pihak berkuasa namun Jie tetap tidak sampai hati. Bimbangkan masa depan Danish dan Rayna.

"I sayangkan Zul, Shah ! I tak nak rumahtangga Zul dan Zeeta berantakan kerana dendam yang sia sia.. Macam mana dengan nasib Danish nanti?" Pusing kepala memikir tindakan sesuai.

Justeru, Jie lebih rela memutuskan pertalian antara mereka. Kejadian dihospital tempoh hari hanya alasan untuk Jie menyisihkan lelaki itu. Supaya Zulkarnain akan terus melupakan kewujudannya dan fokus kepada Zeeta. Beserta harapan Zeeta juga akan melupakan segala dendam.

"You bodoh, Najiha !" Agak tinggi nada suara Shahrul.

Shahrul bengang dengan sikap naif Jie. Masih memikirkan kepentingan orang lain sehingga mengenepikan keutamaan diri.

"You sibuk fikirkan kebahagiaan orang lain.. You dengan Zack memang pasangan sesuai.. Baik sangat sampai kena pijak kepala.." Biarlah Jie terasa hati, Shahrul malas cakap berlapik lagi.

Sikap Jie sendiri punca Safihah dan Zeeta tidak pernah serik membuat onar. Bukan sekali. Kerana mereka tahu Jie akan tetap memberi peluang dan tidak akan mengambil sebarang tindakan lanjut.

Begitu juga dengan Zack. Pernah diperangkap Rayyan supaya mengahwini Zeeta, disisihkan keluarga kerana mengahwini Jie bekas isteri Rayyan merangkap bekas kakak ipar Zack.

Namun tetap jua Zack menerima dengan tangan terbuka. Memaafkan Rayyan. Sehingga Rayyan tega mencuba memisahkan Jie dan Zack. Mempergunakan mahkamah untuk mencapai matlamatnya.

Kebaikan hati Zack sendiri membenarkan Rayyan bertindak melampaui batas. Jika saja Zack berkeras dan tidak membiarkan Rayyan berbuat sesuka hati, Shahrul pasti keadaan takkan serumit ini.

Baik Jie dan Zack sepatutnya menentang keras sesiapapun yang berani mencampuri urusan hidup mereka.

"Najiha.." Nada suara Shahrul berubah. Lembut memujuk setelah melihat Jie hanya mendiamkan diri. Bersalah kerana meninggi suara.

"Sorry I emo sikit tadi.." Shahrul sedar khilaf diri. Mengikutkan perasaan kecewa dengan sikap Jie.

"Pernah tak Zeeta atau Safihah fikirkan nasib anak anak you masa mereka merancang untuk bunuh you? Macam mana hidup Danny dan Daryl bila Mommy mereka mati?" Wajah cantik itu ditenung.

"Tak, kan?" Soalan yang ditanya dijawab sendiri oleh Shahrul.

Masih lagi tiada respon dari Jie. Shahrul menyambung.

"Zeeta akan berusaha untuk dapatkan Zack dan Safihah pula akan pastikan Rayyan kekal sebagai suami. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk hapuskan you. You kena hentikan mereka !" Susah bagi Shahrul untuk membuat Jie mengerti.

"Shah.." Jie bersuara akhirnya setelah puas berdiam mendengar butir bicara Shahrul.

"You baru cakap tadi, baik Zeeta atau Safihah akan lakukan apa saja untuk hapuskan I. Apa yang I boleh buat untuk hentikan mereka?"  Kepala berat memikir. Jie buntu.

"Teach them a lesson ! Kemudian, teruskan hidup you macam biasa.. Bukan lari dan jauhkan diri macam ini.. You pulaukan diri dari Zulkarnain.. Biarkan Zack terkapai kapai mencari.. Buat Daddy dan Mommy you risau tak tentu hala.. Tindakan you ini menghukum semua orang yang sayangkan you ! They don't deserve that Najiha..."

"I tahu I pernah berdosa pada you..." Shahrul masih ingat kesilapan dulu.

"Tapi percayalah Najiha, I bersyukur bila you maafkan I ! Kemaafan you buat I insaf dan sedar dosa yang I lakukan.." Kekesalan bertubi tubi datang. Shahrul malu sendiri. Silap membuat penilaian.

"Tapi Safihah dan Zeeta lain.. Hanya hukuman saja yang mampu sedarkan mereka.." Shahrul tahu Zeeta dan Safihah juga berdendam dengannya kerana pernah 'mempergunakan' mereka dulu.

Walaupun usaha Zeeta mengupah Alan untuk membunuh Jie dan Shahrul berjaya dipatahkan.

Namun, Shahrul pasti kedua wanita itu takkan berputus asa. Risaukan keselamatan Jie dan si Kembar. Itu lebih utama. Shahrul tidak pedulikan nyawanya.

"I dah penat dengan semua ini, Shah !"

Jie bosan berdepan konflik cinta bersegi antara mereka yang membuang masa bertahun lama.

Sudah tidak terhadap dengan kebodohan Zeeta dan Safihah. Kegilaan Rayyan menagih cintanya. Lama lama Jie boleh jadi gila.

"I'll be leaving country soon !" Itulah keputusan yang bermain difikiran Jie. Membawa diri bersama Si Kembar dan anak dalam kandungannya.

"What?!" Shahrul terpinga mendengar.

"With Zack?"

Jika Jie dan Zack merancang untuk meninggalkan Malaysia, Shahrul tiada halangan asalkan Jie selamat. Berharap Jie dan Zack bahagia hidup berdua.

"Nope !" Jie pantas menidakkan. "I nak mulakan hidup baru dengan anak anak I."

"I akan failkan perceraian selesai prosiding kes I.." Malas menoleh ke belakang lagi. Jie nekad. Biar apapun keputusan mahkamah kelak, Jie tetap takkan hidup bersama Zack ataupun Rayyan.

Selagi Jie masih terikat dengan salah seorang dari anak lelaki Tan Sri Isa dan Tengku Safiah, semua ini takkan berakhir. Cemburu dan iri hati kekal berleluasa. Abang dan adik akan bermusuhan. Jie lebih rela pergi membawa diri.

"Zeeta berdendam dengan I kerana gagal dapatkan Zack. Safihah pula benci I sebab takut Rayyan tinggalkan dia.. I lah punca semua dendam ini.. May be bila I jauh semua kebencian ini akan berakhir.. Who knows.." Hanya itu jalan terbaik pada fikiran Jie.

"I tak setuju !!"

Shahrul pantas menghalang.

"You fikirkan masa depan anak anak orang lain.. Tapi macam mana dengan Danny dan Daryl? You nak pisahkan anak anak you dari Daddy mereka?!  Kesal dengan cara pemikiran Jie. Simpati pada Zack yang bakal menjadi mangsa.

"Sebab I fikirkan anak anak Iah I buat macam ini !" Jie mempertahankan keputusan yang diambil.

"You ingat I suka ke ?!" Jie menyoal sinis.

Pedih mengenang nasib diri yang asyik dibenci. Terpaksa mengenepikan cinta terhadap Zack demi keselamatan anak anak mereka.

"Danny dan Daryl kecil lagi, Shah.. I tak nak mereka jadi mangsa sesiapa yang berdendam dengan I !" Air mata membanjiri pipi. Pilu.

Shahrul memandang Jie, masih tak puas hati.

"Larikan diri takkan selesaikan masalah you. Satu satunya cara penyelesaian adalah berdepan dengan masalah you ! I tahu you kuat !" Mengesat air mata dipipi Jie. Shahrul tersentuh melihat kekusutan yang menghantui Jie.

"I dan Azim akan tolong you selagi mampu..Trust me !" Tubuh Jie didakap erat. Memberi kekuatan.

"I cuma nak you tahu satu perkara.."Shahrul mengesat air mata yang masih berbaki dipipi Jie.

"Walau pun Azim adik kandung I, tapi I tak pernah setuju dengan semua pelakuan ganas dia terhadap you dulu.. Puas I nasihatkan dia supaya lupakan you tapi dia degil.." Shahrul terkenang saat Azim berkeras mahukan Jie sebaik saja sedar dari koma. Sedangkan Jie sudah bergelar isteri Rayyan ketika itu.

Namun, Shahrul tidak pernah tahu rencana sebenar Azim. Adiknya pintar bermain helah untuk memiliki Jie.

"Bila Azim dipenjarakan sebab tembak you sampai 'mati', I malas ambil peduli nasib dia. Sebab bagi I, he deserves that !" Memang Shahrul berang bila mengetahui Azim sanggup membunuh Jie.

Shahrul yang meyakinkan Papa mereka supaya tidak membebaskan Azim dari tahanan. Sengaja memberi pengajaran kepada Azim supaya serik melakukan kejahatan dimasa depan.

Disamping itu, Shahrul juga mahukan 'kematian' Jie terbela. Kerana Shahrul sukar menerima hakikat wanita yang pernah dicintai mati ditangan adik sendiri.

"You tau tak kenapa I sanggup tengok adik kandung sendiri dihukum?" Ada motif disebalik cerita yang disampaikan.

Jie hanya menggelengkan kepala. Tanda tidak mengerti.

"Sebab I nak Azim dapat pengajaran. Bukan sekali dua Azim cuba sakiti you.. Tak selamanya dia akan terlepas dari semua kejahatan yang dia buat.." Ternyata telahan Shahrul benar.

Sebaik terlepas dari tuduhan, Azim dilihat makin berubah ke arah kebaikan. Malah mengendalikan perniagaan Papa dengan gigih. Azim jarang menghabiskan masa dengan sia sia seperti dulu.

"Kadang kadang kita kena beri hukuman untuk menyedarkan.. Kalau Azim tak rasa peritnya hidup dekat 'dalam' sana.. You rasa dia akan berubah ke hari ini?" Merenung tepat ke arah Jie. Menanti jawapan.

Jie tunduk memikir sejenak kata kata Shahrul. Ada kebenaran yang tersirat.

"For once Najiha.. I minta you ikut nasihat I.. Punish them doesn't mean you're cruel.. Anggap saja you bagi pengajaran kepada Zeeta dan Safihah supaya mereka sedar apa yang mereka cuba buat pada you itu salah.." Masih mencuba untuk memujuk.

"I've changed my mind, Shah !" Jie senyum.

" I takkan lari.. I ada idea untuk stop semua ini.. Let me do it my way ! Kalau tak berjaya I akan ikut cara you.. Deal ?"

Shahrul angguk setuju. Lega kerana Jie sudi mempertimbangkan cadangannya.

"Apa dia?"

Naluri ingin tahu membuak buak. Sabar menanti bicara yang bakal keluar dari bibir Jie.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2015 09:22 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 24-7-2015 07:12 PM
Belum sampai ke penghujung lagi dendam depa semua pd jie ya TT...

Dendam... will never end kot.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 18-7-2015 12:35 AM
Selamat hari raye.. duit raye xde ke? Haha

Duit raya boleh hantar gambar jelah... Hihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2015 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 24-7-2015 09:22 PM
Dendam... will never end kot.. haha

Kemaafan dendam yg terindah... Bak kata aishah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2015 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa je idea JIE nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2015 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-8-2015 02:54 PM

Zack berura ura untuk keluar dari rumah menemui Jie dan kembar namun kehadiran Zeeta membatalkan hasrat. Enjin kereta dibiarkan tidak dimatikan.

"You nak apa jumpa I ni?!" Agak kasar soalan ditanyakan.

Kedatangan Zeeta menjengkelkan Zack. Menyampah pun ada.

Tambah pula pakaian yang dikenakan agak menjolok mata dan seksi melampau. Semak memandang.

Pada Zack, lebih elok kalau Zeeta mempamerkan kecantikan yang dimiliki untuk tatapan Zulkarnain sahaja. Diri tidak berminat dan mustahil Zack tergoda meski bentuk badan yang meliuk lentuk itu sangat menggiurkan pandangan lelaki normal.

"Danish rindukan Daddy dia.. That's why I datang sini.." Zeeta menerangkan maksud ke mari.

"Mana Danish? Kenapa you tak bawa dia sekali?" Zack melilau pandang mencari bayangan Danish.

Riak wajah Zeeta berubah sedih.

"Danish demam teruk.. Terlantar dekat rumah sebab rindukan you.." Nada suara sayu.

"Nanti I singgah rumah lawat Danish.. I gotta go ! " Zack perlu bergegas untuk menemui Jie dan si kembar.

Bukan bermaksud tidak hiraukan Danish namun Zack sarat merindui Jie tika ini. Pantas berpaling masuk ke Audi A8 hitam.

"Please Zafrey.." Zeeta segera menarik bahu Zack, menghalang dari pergi. Merebahkan diri dalam pelukan Zack. Merangkul erat.

Zack tidak menduga tindakan Zeeta. Terkejut.







Shahrul bersyukur kerana Jie akhirnya mengambil keputusan bijak. Bersetuju menemui Zack dan berdepan dengan semua masalah tanpa mahu menyembunyi diri lagi.

Jie senyum gembira. Kepingin bertemu suami yang sudah hampir seminggu ditinggalkan. Mahu memohon kemaafan kerana bertindak mengikut hati yang kecewa.

Zulkarnain juga menyertai mereka untuk berbincang sekali. Lebih senang jika mereka berkumpul bersama. Bersyukur kerana Jie sudi menerima dirinya semula walau reaksi yang ditunjukkan agak dingin. Sekurang kurangnya Jie tidak memulaukan dirinya terus. Itu sudah memadai buat Zulkarnain.

Jie terus meluru keluar dari kereta yang dipandu Shahrul lalu masuk ke halaman rumah untuk bertemu Zack. Shahrul memarkir kereta dipinggir jalan berhadapan kediaman Zack.

Namun sebaik terpandangkan kelibat diparkir, darah membuak. Bijak mengimbang emosi. Riak wajah biasa. Tenang.

Jie senyum menghampiri mereka yang masih tidak menyedari kehadirannya. Gelojak dihati cuba disembunyikan.

Mujur, kembar berada bersama Zulkarnain. Sedang parking kereta barangkali. Tebak Jie.

"Erm.. I tak sangka pula you ada tetamu, Zack.."

Nada suara Jie terkawal. Ralit melihat tingkah suami disisi Zeeta. Tergaman menonton aksi 'daring' Zeeta. Kesan gincu jelas nampak dikolar baju Zack.

"I think you two should get a room.." Jie menyindir bersahaja.

"Baby please.. She's trying to seduce me ! I'm struggling to let myself free.." Tiada pilihan lain. Zack terpaksa menolak kasar tubuh Zeeta yang memeluk erat dari tadi. Puas Zack cuba meleraikan namun semakin kuat cengkaman Zeeta. Menghampiri Jie.

Jie hanya senyum sinis. Alasan Zack memang tak masuk akal. Suaminya seorang lelaki. Mustahil sukar untuk melepaskan diri dari pelukan wanita lemah seperti Zeeta. Melainkan jika Zack sendiri merelakan semua.

"Don't touch me, Zack !" Jie menepis tangan Zack yang berada dibahu.

"Zeeta.. Zeeta.." Perhatian Jie beralih ke arah Zeeta pula.

"You'd called me bitch all this while.. But with your 'bitchy' attitude towards my husband today, I am pretty sure, you yourself should know who is the real bitch here.. Shame on you !"

Kata kata Jie tidak memberi kesan kepada Zeeta.

"It's hurt , huh?" Zeeta senyum puas.

"Macam itulah I rasa bila Zafrey curang dengan I !" Suka membuat Jie terluka. Bersorak keriangan dalam hati. Memandang Jie dengan pandangan jelik. Mengejek.

Jie masih mengukir senyuman manis. Menentang pandangan sinis Zeeta.

"Well Zeeta.. You nak sangat Zack, kan? Never mind,  you can just have him ! I don't care !" Jie kekal tenang.

"Anyway, I kesian dengan you, Zeeta ! You kejarkan Zack sampai sanggup membunuh.. Kalau pun you berjaya singkirkan I.. You rasa Tengku Safiah akan terima you sebagai menantu balik ke bila dia tahu pasal Danish? Zack is not Danish's biological father.. Not even her grandson.. In fact she will hate both of you.. It's gonna be forever I guess.."

Bukan ingin mengugut namun Jie terpaksa melakukan semua ini.

Zeeta tersentak mendengar.

"I thought hanya you, Zulkarnain dan I saja tahu pasal ini.." Menatap mata Zack meminta kepastian. Sungguh Zeeta tak menyangka Jie mengetahui hakikat sebenar.

"She's my wife, Zeeta ! No secret between us !" Bagi Zack, tiada salah jika Jie mengetahui status sebenar Danish. Malah hingga kini Jie masing menyimpan erat rahsia diri Danish.

"Ujian DNA Danish ada pada lawyer I.. Kalau you berani kacau I atau anak anak I lagi, I akan pastikan kebenaran ini terbongkar dan you akan menyesal seumur hidup you, Zeeta .." Tegas sekali nada suara Jie.

"You cuba ugut I?!" Zeeta sukar percaya. "You belum kenal siapa I, Jie !" Geram dengan tindak tanduk Jie, Zeeta bengang.  

"Terpulang pada you, Zeeta !" Jie endah tak endah.

"Kalau you sayangkan Danish dan 'title' diri you sebagai 'anak emas' Tengku Safiah, please stay away from my family and me.. Anything happen to us, you'll be liable for that ! I takkan teragak agak bawa you ke muka pengadilan." Anggaplah ini peringatan terakhir Jie buat Zeeta.

"Is everything fine here, Mommy?" Daryl muncul menyoal Jie.

Kelibat Daryl tiba bersama Zulkarnain dan Danny. Shahrul juga melangkah menghampiri mereka. Terpaku melihat kewujudan Zeeta disini.

Jie segera mendapatkan Danny dan Daryl.

"Nothing, sweetheart !" Jie mengusap pipi Daryl meyakinkan.

" We gotta go back. Daddy seems busy to spend time with us today.. May be some other day.." Menarik lembut tangan kembar untuk pulang.

Malangnya Danny meleraikan pegangan Jie. Begitu juga dengan Daryl.

"But I want to stay here with Daddy.." Danny sememangnya merindukan Zack. Berlari memeluk kaki Zack.

"I missed you, Daddy !"

Zack mendukung tubuh cilik Danny. Rindukan anak kecil itu. Seraya mendepa tangan ke arah Daryl. Daryl jua berkejar mendapatkan Zack

Jie tersentap melihat si kembar lebih memilih untuk bersama Daddy mereka. Air mata serasa jatuh. Senyum pahit.

"I have to go then.." Jie mengusap ubun ubun si kembar. "Take care, sons !" Mencium pipi keduanya tanda selamat tinggal.

"Baby.. please stay with me !" Mata Zack berkaca. Bimbang memikir Jie berlalu kerana melihat perilaku Zeeta terhadap dirinya tadi. Lantas memeluk tubuh isterinya. Menghalang.

"Just let me go, Zack !" Jie pantas saja meleraikan pelukan Zack.

Berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Meninggalkan Zulkarnain dan Shahrul dengan pelbagai persoalan dihati.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2015 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-7-2015 07:10 PM

"Hi Minah Saleh Celup, it's been a great pleasure if you wanna take ride with me.."

Serentak itu, seorang lelaki berpakaian kemas berkaca mata hitam keluar dari kereta yang dipandu menghampiri wanita jelita dipinggir jalan.

"You nak kena tumbuk dengan I ke, Shah? Just leave me alone !" Jie kurang senang diganggu.

Shahrul cuma ketawa mendengar. Kelakar.

Namun, sukar menidakkan kemahiran pertahanan diri Jie memandangkan mereka pernah 'berlawan' dulu. Wanita itu tangkas dan lincah juga. Payah dikalahkan.

"You ni, kan ..  Pantang ada salah faham sikit lari.. Kesian Zack ! Dah lunyai kot kena belasah dengan Zul sebab sakitkan hati you.." Shahrul memancing perhatian Jie.

"Menangis jugalah Si Kembar tengok Papa mereka mengamuk. Zeeta pun tak boleh stop Zul.." Shahrul menyambung kemudiannya.

"What?!" Jie sukar percaya. Ada kemungkinan Shahrul bercanda.

"Then you buat apa dekat sini?! Leraikanlah mereka..!" Cemas dirasakan Jie.Panas baran Zulkarnain boleh tahan juga. Bimbangkan Zack.

Shahrul hanya berwajah selamba.

"Malaslah ! Elok I lepak dengan you. Mana tahu you plan nak bunuh diri ke.." Sekadar mengarut. Gelak tawa tercetus.

"Ridiculous !"

Jie bingkas berjalan meninggalkan Shahrul. Ingin kembali ke rumah mendapatkan Zack. Terlupa langsung rajuk dihati.

Sebuah kereta meluncur laju ke arah Jie tanpa disedari.  

Shahrul terkesima melihat.

"Watch out, Najiha !!"

Berlari laju mengejar sambil melaung nama Jie memberi amaran. Dada berdebar kencang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 07:00 AM | Show all posts
menunggu dgn sabar
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2015 03:08 PM | Show all posts
elia201 replied at 27-7-2015 01:49 AM
"Hi Minah Saleh Celup, it's been a great pleasure if you wanna take ride with me.."

Serentak itu ...

Jie... Jie... Bilalah hidupnya akan tenteram... Bilalah PHD ni akan tamat dr melanda diri Jie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2015 11:36 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-8-2015 01:03 AM

Sepantas kilat Shahrul menarik Jie ke sisi untuk mengelak dilanggar.  Berjaya memeluk kemas tubuh Jie dari terjatuh. Takut Jie dan bayi dalam kandungan cedera. Degupan jantung yang tadinya laju bertukar rentak. Beritma normal. Lega.

Jie masih kaku dalam pegangan Shahrul. Leka memerhatikan kereta yang cuba melanggar tadi. Menoleh ke arah Shahrul. Pandangan mata mereka bertembung.

"Are you okay?" Pipi Jie disentuh. Shahrul khuatirkan keselamatan Jie.

Jie angguk. Ligat memikir sesuatu.

"Give me your car key ! Now, Shah !"

Satu arahan tegas dikeluarkan. Meminta kunci kereta Shahrul. Jie terdesak untuk mengekor pemandu Nissan Teana yang cuba melanggar dirinya.

Shahrul terpana seketika. Berjaya melihat nombor pendaftaran kereta dan mengecam wajah sang pemandu. Yakin telahannya tepat.

"I tahu angkara siapa ini, Najiha.. Come with me !"

Shahrul menarik tangan Jie untuk menghala ke kereta.  Ada sesuatu bermain difikiran. Buntu memikir motif sebenar cubaan menamatkan riwayat Jie tadi.

Apa dosa Jie sehingga diperlakukan sebegini rupa? Shahrul sendiri bingung mencari jawapan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063664 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list