CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2015 11:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-7-2015 11:59 PM

Azim kaget mendengar butir bicara Shahrul ditalian. Nyawa Jie terancam lagi. Bukan kerana Safihah atau Zeeta. Kedua wanita itu hanya ancaman kecil dan mudah dihapuskan.

Kali ini orang yang memusuhi Jie bukan calang calang. Berpengaruh dan mampu melakukan segala dengan menggunakan kuasa wang.

Azim kasihankan Jie. Berharap wanita itu tabah menghadapi dugaan yang mencabar. Berdoa agar semua dendam dan kebencian ini akan segera berakhir.

Teringatkan pesan Shahrul, Azim pantas menghubungi Zack. Niat untuk memberitahu lokasi dimana Jie berada.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2015 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Byknya org yg dengki ngan JIE...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2015 06:53 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 28-7-2015 07:10 AM

Perkhabaran yang diterima dari Azim membuat Zack resah gelisah. Cuba menghubungi Shahrul sayangnya talian berada diluar kawasan perkhidmatan. Nombor telefon Jie juga tidak aktif.

Tiada pilihan lain. Zack segera keluar untuk pergi ke alamat yang diberi oleh Azim. Menitip pesan kepada pembantu rumahnya supaya menjaga Danny dan Daryl sepanjang kepergian Zack. Pesanan ringkas dihantar kepada Viana untuk turut menjenguk si kembar.

Walau terdetik kebimbangan, Zack segera membuang segala perasaan negatif. Berdoa dan tawakal akan nasib isteri tercinta. Mengharap Jie dilindungi selalu.

Mengenangkan perbualan dengan Azim tadi, hati Zack dibelengu tanda soal. Bermacam pertanyaan menerjah diminda.

Mengapa mesti Jie saja berdepan segala kebencian ini? Bukan mahu memihak kepada isteri sendiri namun Zack keliru. Hingga kini masih mencari jawapan.

Sedari dulu pasti akan wujud manusia yang tega menyakiti hatta mencuba membunuh isterinya. Sudah tidak terhadam dengan semua kebodohan ini. Zack buntu memikir cara untuk menghentikan semua kekusutan.

Mujur, Shahrul berjaya mengekori Jie dan mampu menyelamatkan isterinya.

Sebaik Jie berlalu tadi, Zack ingin mengejar. Memujuk Jie.
Namun tercetus pula pertelingkahan dengan Zulkarnain membantutkan hasrat. Semua kerana salah faham yang ditimbulkan Zeeta.

Manakala Zulkarnain pula melahirkan kekesalan dengan sikap Zack.

Nyaris pergaduhan besar terjadi antara mereka.  Cuma memandangkan kembar ada sekali bersama mereka, ketegangan berubah tenang. Takut Danny dan Daryl terkesan dengan percakaran antara Zulkarnain dan Zack.

Walaubagaimanapun, pipi Zack masih lagi bengkak menerima pukulan dari Zulkarnain tadi.

Shahrul cuba masuk campur meleraikan mereka.

Malangnya, lelaki itu juga turut menjadi mangsa 'amarah' Zulkarnain. Enggan memburukkan lagi keadaan. Ditambah dengan tangisan ketakutan Si Kembar melihat kekasaran depan mata, Shahrul meminta diri untuk pergi.

Melihatkan reaksi Danny dan Daryl, Zulkarnain memaksa diri bertenang. Menyesali tingkah diri. Lantas, menarik Zeeta supaya menurut langkahnya berlalu.

Malas mahu memanjangkan cerita, Zack lega melihat kepergian Zeeta walau geram dengan wanita itu.

Hari yang malang bagi Zack. Sudahlah Zeeta berbuat onar. Jie pula merajuk membawa diri. Berselisih faham dengan Zulkarnain lagi.

Kini, cerita yang disampaikan oleh Azim benar benar membuat Zack gundah. Pusing kepala.



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda sini la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 04:12 PM | Show all posts
haaaaaiiiiissshhhh sikit sikit up date kasi resah laaaa.... hua hua hua hua hua
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa sebenarnya dalang
disebalik semua yg menimpa jie?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2015 10:38 AM | Show all posts
cer TT tepek skit muka jie nie camana....ramai benar yg tergila2kan dia...cantik benor ke....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2015 12:06 PM | Show all posts
zameyla replied at 29-7-2015 10:38 AM
cer TT tepek skit muka jie nie camana....ramai benar yg tergila2kan dia...cantik benor ke....

Erm..  Honestly I belum jumpa perempuan secantik dia in real life.. tak ada yg memenuhi piawaian untuk describe Jie.  taste i terlalu tinggi I guess.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2015 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa salah JIE sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 04:24 PM | Show all posts
huaarrghhhhh!!!! tarak update!!.. TT  ooooo TT... UPDATE LORRR..CEPAT KASI A VERY GOOD ENDING..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2015 06:47 PM | Show all posts
tahniah tt.kita mndekati buln 12 x lma lgi.Alhamdulilah.cter ini masih pnjng.muaahahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2015 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 5-8-2015 07:17 PM

Bab 63

Shahrul terjaga apabila terasa lencun disimbah air oleh seseorang yang tidak dikenali. Memandang kabur lelaki asing berada didepan mata. Memikir Jie ada bersamanya sebentar tadi. Shahrul gusar mencari. Jie lena tersandar didinding. Kurang beberapa meter dari Shahrul.

Seingat Shahrul, selepas habis bercakap di telefon dengan Azim, kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebelum satu tembakan dilepaskan memecah cermin kereta. Nyaris peluru mengenai bahu Shahrul.

Sejurus selepas itu, satu bunyi balingan kedengaran. Benda asing dibaling masuk ke dalam kereta. Asap memenuhi seluruh ruang. Kepala khayal. Kereta dipandu oleh Shahrul hilang kawalan. Terhuyung hayang sebelum terlanggar pohon  dipinggir jalan.

Seketika kemudian, Shahrul dan Jie terus tidak sedarkan diri. Dan disinilah mereka sekarang. Terperangkap.

"Siapa kau?! Apa yang kau nak?!"

Shahrul menengking, marah apabila melihat Jie sedang dalam keadaan terikat, lemah.

Lelaki asing berpakaian segak dan berwajah tampan dihadapan Shahrul hanya senyum meleret. Menyimpan seribu rahsia.

"Aku nak tahu apa hubungan kau dengan perempuan ini.. Mesti dia bermakna dalam hidup kau, kan? " Menunjuk ke arah Jie.

"Kalau tak, kau takkan selamatkan dia dari kena langgar orang upahan aku tadi.." Lelaki asing mendekati Shahrul.

"Tapi aku sakit hati dengan dia !!" Menumbuk tepat Shahrul yang terikat kemas. Melepas geram.

Shahrul tidak menghiraukan darah pekat mengalir dihidung. Membiarkan saja menitis jatuh.

"Jadi kau yang upah Taufik langgar Najiha?! Apa permusuhan kau dengan Najiha?!" Sungguh Shahrul tersilap membuat telahan.

Setahu Shahrul, Taufik adalah pekerja setia kepada sahabat Papa. Pernah bertemu sekali. Mungkin Taufik tidak mengecam Shahrul tadi.Beranggapan teman perniagaan Papa adalah dalang ingin menghapuskan Jie.

Ternyata lelaki dihadapan ini punya angkara !

"Kau tahu tak apa perempuan ini buat dekat aku?!" Shahrul ditengking kuat.

"Dia layan aku macam sampah sarap ! Aku punyalah cintakan dia.. Sayangkan dia.. Tapi apa dia balas?! Dia buang aku terus ! Perempuan macam ini memang tak layak disayangi.. Aku nak dia sengsara hidup dengan aku !" Emosi menguasai diri. Berpaling ke arah Jie pula.

Shahrul dapat menghidu Jie berada dalam keadaan bahaya. Meraba poket. Mencari pisau yang memang dibawa bersama selalu jika berdepan kecemasan. Jumpa !

Bersusah payah menarik keluar menggunakan jari. Usaha Shahrul berjaya. Menghiris tali untuk meleraikan ikatan. Cuba mengalih perhatian lelaki tadi.

"Kau tahu.. " Shahrul bersuara sambil tangan dibelakang ligat memutuskan ikatan tali.

"Aku pun cintakan Najiha !! Dia pernah jadi milik aku dulu. Malah pernah berjanji untuk kahwini aku masa belajar di Ohio dulu.. End up dia tinggalkan aku tanpa sebarang khabar.." Shahrul merenung jauh.

"Kita senasib bro !" Nada suara mendatar.

"Tapi, aku tetap maafkan dia sebab aku sayang dia ! Asalkan Najiha bahagia aku sanggup berkorban ! Kalau kau cintakan dia macam kau cakap, tolong lepaskan dia. Biarkan dia bahagia !" Shahrul berharap lelaki itu termakan kata katanya.

"Kau penipu !! Najiha milik aku dulu !! Kau tak pernah wujud dalam hidup dia !!"

Lelaki tadi berang lalu mendapatkan Shahrul. Menarik kolar baju sebelum menghadiahkan satu lagi penumbuk.

Shahrul segera menepis setelah ikatan terungkai. Bangkit memberi tumbukan padu.

"Memang aku menipu !! Tapi satu benda aku tak tipu.. Aku sayangkan Najiha dan aku takkan biarkan Najiha jatuh dekat tangan orang gila macam kau !!"

Shahrul geram. Menerajang kuat lelaki tadi sehingga terundur ke belakang lalu terhantuk di dinding sebelum rebah tak sedarkan diri. Pengsan.

Berlari mendapatkan Jie pula. Shahrul mengejutkan Jie yang masih tidak tahu bahaya dipersekitaran. Mereka perlu beredar dari sini segera. Meninjau tahap kawalan disekeliling. Memikir jalan untuk menyelamatkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 06:52 AM | Show all posts


don't tell me Ku Iz lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagilah...sikit sgtlah n3nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2015 03:44 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-8-2015 07:10 PM

Tengku Azhan terpaku menerima lawatan mengejut dari anak saudaranya. Hadir sama seorang pemuda yang memang tidak asing lagi pada Tengku Azhan. Shahrul Hadzim atau mesra dipanggil Azim memang disenangi oleh abang iparnya. Malah mereka berdua rapat persis ayah dan anak.

Wajah sugul Zack ditatap. Satu pertanyaan terdetik dihati Tengku Azhan.  Komunikasi antara mereka agak terbatas. Barangkali kerana jarang bersua muka. Maka janggal bertamu tika ini.  

"Papa Cu kena tolong Zaf ! Najiha hilang !" Zack khuatir. Shahrul dan Jie masih belum dapat dijejaki.

"Najiha hilang?!" Tengku Azhan tersentak. "Apa yang Papa Cu boleh bantu?" Simpati dengan nasib Zack akan tetapi diri buntu untuk memberi pertolongan.

"Zaf dah buat report polis ke?" Bagi Tengku Azhan itu adalah tindakan terbaik. Mungkin berhasil menemukan Najiha yang hilang.

Azim ragu ragu dengan tuduhan Shahrul setelah melihat reaksi Tengku  Azhan.

"Shah cakap pekerja Uncle cuba langgar Najiha tadi.. Nombor plat kereta itu berdaftar dibawah nama syarikat Uncle.." Azim tidak tahu untuk memula cerita dari mana. Serba salah. Bimbang Tengku Azhan tersinggung. Dalam masa yang sama risaukan Shahrul dan Jie yang entah dimana sekarang.

"Zaf cuma nakkan isteri Zaf selamat.  Please Papa Cu ! Bagitahu Zaf lokasi Najiha.." Zack terpaksa merayu.

"Kalau Najiha ada lukakan hati Papa Cu, Zaf mohon maafkan dia. Jangan sakiti Najiha !"

Tengku Azhan tersentak mendengar rayuan Zack.

"Sungguh Papa Cu tak faham ! Apa semua ni Zaf ?" Meminta penerangan lanjut dari Zack.

"Macam ini, Uncle.." Azim menyampuk.

Bercerita mengenai panggilan yang diterima daripada Shahrul tentang kemunculan seorang lelaki menaiki kereta Nissan Teanna cuba melanggar Jie.
Shahrul percaya lelaki itu adalah Taufik, salah seorang pekerja di syarikat Tengku Azhan. Berterus terang bahawa Shahrul beranggapan Tengku Azhan adalah dalang disebalik kejadian ini.

Tengku Azhan mengucap panjang mendengar penerangan lanjut dari Azim.

"Najiha tak pernah buat dosa apa apa dengan Uncle..Uncle takkan tergamak upah orang bunuh dia.."

Agak kesal dengan tuduhan dilempar oleh Shahrul ke atas dirinya. Tambahan pula, Tengku Azhan sayangkan Jie seperti anak sendiri. Sementelah Jie pernah bergelar isteri pada Ku Iz dulu.

"Pasal Taufik, nanti Uncle suruh Hafiz siasat motif sebenar penglibatan dia.." Tengku Azhan menawarkan bantuan sambil jari jemari menekan butang interkom. Mengarahkan pembantu peribadinya meminta Tengku Hafiz datang ke bilik berjumpa. Ada hal penting ingin dibicarakan dengan anak sulungnya.

Entah kenapa satu kemungkinan lain menerpa fikiran Azim sebaik mendengar nama Ku Iz.

Namun, memikirkan Ku Iz pernah menjadi suami Najiha, mustahil lelaki itu sanggup menyakiti Jie. Segala andaian buruk dibuang jauh. Keutamaan adalah mencari tahu tentang Taufik. Hanya Taufik punya jawapan sebenar.

Justeru, baik Azim maupun Zack buntu dalam mencari kepastian. Menanti kemunculan Ku Iz dengan sabar. Mungkin Ku Iz boleh membantu mendapatkan maklumat lanjut tentang Taufik.


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati mereka tak puas selagi jie tak mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2015 07:59 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 5-8-2015 08:05 PM

Berjaya melepasi halangan pertama. Lelaki asing tadi masih pengsan. Jie dan Shahrul menyembunyi diri disebalik dinding. Menunggu pengawal yang berkawal leka. Mencari peluang untuk lari. Jantung berdegup pantas menghadapi keadaan getir.

Walau masih mamai dan belum pulih sepenuhnya dari kesan asap yang mengkhayalkan, Jie pening memikir gerangan musuh kali ini.

Belum sempat Jie melihat wajah lelaki yang menjadikan mereka tawanan, Shahrul menarik tangannya untuk terus berlalu. Bimbang muncul lebih ramai penyangak menjadi penghalang

Demi keselamatan mereka berdua, Jie terpaksa menurut. Tambah pula dalam keadaan diri berbadan dua, Shahrul risau jika Jie tercedera.

Mereka berdua kini leka memerhatikan gelagat pengawal yang bertugas. Nampak gaya penjahat itu masih tidak menyedari bahawa Shahrul dan Jie berhasil meloloskan diri.

"Hoi, boss pengsan ! Tebusan kita lari !" Satu pekikan kuat kedengaran dari arah bilik yang menjadi kurungan mereka tadi.

Serentak itu, suasana berubah ribut. Pengawal makin bersiaga. Memegang pistol yang tersisip dipinggang.  

Jie dan Shahrul bakal menjadi buruan. Keadaan tidak selamat lagi.

Shahrul menggenggam erat tangan Jie. Bersedia untuk bertindak dalam keadaan terdesak. Jie angguk, faham. Berdebar.

Bingkas bangun dari persembunyian. Shahrul nekad sambil kaki membuat libasan terus ke kepala pengawal bertatu ditangan sehingga tersungkur rebah. Jie pula menarik kasar pengawal kedua sebelum menghentak kuat dikepala. Kedua musuh tewas. Shahrul dan Jie mengutip pistol yang tercampak.

Merempuh kuat pintu untuk melarikan diri. Tindakan Shahrul menarik perhatian musuh. Menjerit memberitahu rakan lain keberadaan tawanan mereka.

Jie dan Shahrul berlari laju tanpa hala tuju menuju ke arah hutan. Berharap misi menyelamatkan diri ini berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:30 PM | Show all posts
Aku akn bca bila de ending.perghh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 5-8-2015 08:30 PM
Aku akn bca bila de ending.perghh

Bertabahlah @Esmiria...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 09:27 PM | Show all posts

bertbh? ye.tgh tunggu ending ni. hihj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.450195 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list