CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 20-10-2015 09:30 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-10-2015 12:24 AM

Mogok dari tadi.


Selesai menidurkan Dania dan Darwish,  Jie masih enggan mempedulikan Zack. Berbaring di atas katil. Bermain permainan Brain Wars ditelefon pintar. Bosan menyelubungi diri.


Manakala Zack menyambung menonton televisyen didalam kamar tidur mereka pula. Duduk di atas sofa. Sesekali mata menjeling ke arah Jie. Isterinya masih protes dengan keputusan Zack.


Enggan membiarkan Jie 'curi curi' keluar tanpa pengetahuan membuat Zack terpaksa 'mengunci' diri dan isterinya didalam bilik.


Biarlah terkurung lama asalkan Jie berada depan mata.


Dania dan Darwish sudah dibawa ke bilik sebelah oleh penjaga mereka.


Tinggal mereka suami isteri berdua kini. Suasana kekal dingin. Jie tetap membisu.


Sejak akad nikah kali kedua mereka terlafaz, Zack sentiasa berwaspada lantaran tidak mahu mengambil risiko kehilangan Jie.


Kalau dulu Zack memberi sepenuh kebebasan kepada Jie tetapi kini Zack agak mengawal ketat pergerakan isterinya. Kerap memantau pergaulan Jie.


Malah, Zack memastikan Jie sentiasa ditemani oleh dirinya tak kira mana saja Jie pergi.


Hal ini kerana Zack ingin menjaga keselamatan Jie.


Dalam masa yang sama, mengelak kewujudan mana mana lelaki lain meraih cinta isterinya.


Zack juga tidak gemar melihat Rayyan mendekati Jie. Bimbang memikirkan Ku Iz membuat onar lagi dan takut Shahrul masih mengharap balasan cinta Jie membuatkan Zack tekad menetap di Florida.


Bukan ingin cemburu buta atau mengongkong, Zack cuma menganggap tindakannya demi keharmonian rumah tangga mereka. Takut sejarah lama berulang.


Kini, Zack mengerti perasaan Rayyan sewaktu bergelar suami Jie dulu. Rasional Rayyan kerap meragui cinta Jie dan berprasangka.


Namun, Zack sentiasa mengingatkan diri agar tidak mengulangi kesilapan Rayyan. Jujur dan percaya menjadi tunggak perhubungan mereka.


"Baby.. Merajuk dengan I lagi ke?"


Zack memecahkan tembok bisu yang melingkari mereka. Menyentuh lembut bahu isterinya. Tidak betah melihat Jie bermasam muka.


"You rasa? Dahlah you kurung I seharian dalam bilik.."


Jie menyindir. Menjeling tajam. Masih fokus menumpukan perhatian pada permainan Brain Wars.


Malah, makan tengah hari Jie diarahkan oleh Zack supaya dihantar terus ke bilik. Perintah berkurung dikenakan terhadap Jie.


"Sorry Baby.. I terpaksa buat macam ni ! Kalau tak entah ke mana mana lah you hilang nanti.. Macam I tak tahu perangai you !"


Tiada jawapan balas dari Jie. Isterinya masih leka menghadap telefon bimbit.


"Baby.. Tak mahu macam ni.. Hal kecil saja kan.. I janji lepas you dah deliver nanti kita balik rumah Mommy... Kita cuti panjang kat sana ok.."


Zack cuba memujuk.


"Bie.. Bukan I sengaja mengidam.. Anak dalam ni yang nak tau.. Anak you juga.."


Jie mengusap perutnya. Kehamilan yang tak disangka namun Jie bersyukur. Rezeki dari Allah.


Zack terpaku seketika melihat perut isterinya.


Serentak itu, teringat pesanan Zulkarnain.


Memandangkan Dania dan Darwish dilahirkan melalui kaedah pembedahan, Zulkarnain menasihatkan Zack dan Jie supaya merancang anak ketiga mereka.


Sekurang kurangnya menunda kelahiran sehingga 2 tahun lagi. Demi memastikan Jie benar benar sihat untuk mengandung lagi.


Namun, Jie memang degil. Enggan memakan pil perancang yang diberi. Zack pula beranggapan Jie mengikut arahan Zulkarnain. Rupanya segala pil pil itu dibuang oleh Jie tanpa pengetahuan Zack.


Malah, Jie disahkan hamil sebaik sahaja pulang dari bulan madu mereka di Maldives sedangkan Dania dan Darwish baru mencecah usia setahun.


Justeru, Zack amat menitik beratkan keselamatan Jie untuk kehamilan kali ini. Jie ditatang seperti minyak yang penuh. Sedaya mungkin Zack cuba memenuhi kehendak Jie.


Cuma sekali ini, Zack terpaksa menolak untuk pulang ke Malaysia dalam keadaan Jie masih sarat. Bimbang sesuatu menimpa isteri kesayangan.


"I call Mommy nanti.. Minta tolong Daddy dengan Mommy datang sini masakkan rendang yang you nak.. Ok tak Baby?"


Satu penyelesaian munasabah diutarakan. Zack yakin Maznah dan Dato' Hanafi sudi menunaikan permintaan Jie.


"Oklah kalau macam tu.."


Jie mengalah akhirnya. Bangkit dari pembaringan menghadap Zack. Telefon bimbit dibiar atas katil.


"Tapi lepas anak kita lahir, kita balik rumah Mommy.. Janji?"


Jie inginkan kepastian dari Zack.


" Yes ! Anything for you, Baby ! Janji you takkan merajuk dan lari tinggalkan I lagi.."


Zack jadi takut bila memikirkan kemungkinan Jie akan pergi membawa diri.


"Itu nanti I fikirkan.."


Jie senyum. Suka membuat Zack jadi tak keruan.


"Baby ! You nak I kurung you dalam bilik selamanya ke? Janji dengan I cepat !"


Zack geram dipermainkan. Menarik hidung mancung Jie.


"I nak report dekat Daddy.. You kurung I !"


Jie sengaja mengugut.


"You ingat you seorang saja boleh report? I pun nak bagitahu Daddy, you masih buat perangai suka lari lari lagi.."


Giliran Zack pula mengenakan Jie.


"Reportlah.. Tak kisah !"


Jie bersuara mengejek Zack. Gaya agak keanak anakan.


Childish ! Zack hanya senyum melayani kerenah Jie. Memeluk mesra tubuh isterinya. Satu ciuman dihadiahkan ke pipi gebu Jie.


Pelukan Zack dibalas oleh Jie.


Zack menghela nafas panjang. Lega melihat Jie ceria semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2015 09:34 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-10-2015 10:44 AM

Miami Beach, Florida


Persekitaran pantai dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar negara. Ada yang menghabiskan masa berbaring diatas pasir untuk 'memerangkan' kulit dengan berjemur ditengah panas. Ada juga sekadar bersiar siar menikmati pemandangan sekeliling. Pelbagai ragam manusia boleh dilihat.


Keadaan pantai pula dilitupi awan dan agak berangin. Ramalan kaji cuaca meramalkan hujan mungkin berpotensi turun petang nanti.


Jie hanya duduk dikerusi dari tadi. Hati tenang melihat keindahan air. Angin menerbangkan rambut ikal miliknya.


Danny dan Daryl sedang bersiar siar bersama Zack menyusuri Hollywood's Boardwalk menaiki basikal yang disewa.


Kak Yani juga ada menemani bersama. Membantu Zack mengawasi telatah lasak si kembar.


Idea Zack untuk mereka beriadah seisi keluarga.


Tambahan pula, Jie memang kepingin bersantai di tepi pantai. Suaminya sanggup memandu selama hampir 2 jam untuk ke mari. Dania dan Darwish tinggal bersama penjaga mereka dirumah.


Gelagat pasangan berbeza jantina berciuman tanpa segan silu sudah terbiasa menjadi santapan mata.


Jie endah tak endah. Malas ambil peduli. Budaya biasa di Amerika.


Baring di atas kerusi malas pula. Earphone dipasang ditelinga. Menikmati lagu A Little Piece of Heaven dendangan Avenged Sevenfold yang dimuat turun oleh Zack dalam Ipod.


Entah kenapa Jie rasa terdetik untuk membelek Ipad Zack disisi. Membuka facebook dan twitter. Tiada yang menarik.


Beralih ke imej imej dan video. Jie menelek satu demi satu. Jie terharu melihat Zack masih menyimpan video mereka dari zaman bergelar kekasih di Ohio sehinggalah ketika mereka disatukan.


Mungkin kesemua video dan gambar gambar lama ini Zack jumpai kelmarin dalam 'hard disk' yang lama tersimpan. Jie perasan Zack sibuk membuat salinan. Takut kehilangan memori penting mereka bersama.


Mata terpandangkan wajah Danny dan Daryl saat masih bayi. Jie senyum melihat video mereka sewaktu pertama kali bergelar Mommy dan Daddy.


Sayang, tiada gambar  mau pun video Dania dan Darwish semasa baru lahir kerana kelahiran kembar sepasang itu disaat rumah tangga Jie dan Zack berderaian.


Mereka berkahwin semula sewaktu Dania dan Darwish sudah mencecah usia 10 bulan.


Tak semena air mata mengalir dipipi Jie. Sedih mengenang kepedihan semalam.


"Baby.. Are you ok?"


Entah bila suaminya muncul Jie sendiri buntu. Pantas berpaling ke arah lain. Mengelak bertentangan mata dengan Zack.


"Kenapa you menangis ni?"


Zack ingin tahu. Gusar melihat Jie berair mata.  


Jie hanya mendiamkan diri. Masih sebak.


"Baby please.."


Zack penasaran dibuatnya. Menanti jawapan balas dari Jie.


"I sedih bila teringatkan Dania dan Darwish.. Masa mengandungkan mereka, kita terpisah.. Lepas mereka lahir pula, you ceraikan I.. Entahlah.."


Walau Jie redha namun tetap merasa terkilan bila mengingati nasib Dania dan Darwish.


Zack terdiam sejenak. Memikir kata kata untuk diluahkan. Agar Jie mengerti Zack juga kesal dengan tragedi menimpa mereka dulu.


"Kalau you sedih I lagi sedih, Baby ! I lah punca semua itu ! Kalaulah I tak bodoh tinggalkan  you dan anak anak..."


Kadang Zack juga tersentuh mengenang kebodohan lampau. Rasa bersalah dan berdosa pada Jie.


"Tapi I bersyukur you sudi terima I semula.. I tak mahu sekadar berjanji lagi, tapi I akan buktikan pada you, you akan bahagia hidup disamping I.. Melihat anak anak kita membesar.. I nak habiskan seluruh hidup I bersama you.. Sebab bila you ada barulah I rasa hidup I complete.."


Zack meraih tubuh Jie dalam pelukan. Serasa seluruh kasih dan sayang mengalir disanubari. Bahagia ditemani insan tercinta.


"I cintakan you sejak dari kali pertama I terpandangkan you di Ohio.. You masih dalam hati I walaupun you milik Rayyan dulu.. Sampai I mati hanya you lah cinta pertama dan terakhir I.."


Bukan sekadar bermanis lidah. Zack yakin seumur hidup hanya Jie saja yang didambakan. Datanglah secantik mana pun wanita menggoda tiada satupun dapat menggantikan tempat Jie dalam hati.


"Yela tu.."


Jie masih ingin menduga Zack. Meski Jie meyakini ketulusan cinta suaminya namun adakala Jie dibelenggu pertanyaan.


Benarkah hanya dirinya dicintai Zack selama ini? Jadi dimanakah letaknya kedudukan Zeeta saat masih bergelar isteri Zack?


"Anyway, ex wife you Zeeta tu kan 'hot'.. Cantik dan seksi pula tu.. Kenapa you tak jatuh hati pada dia?"


Sudah lama Jie mahu bertanyakan soalan itu.


Mood romantik yang dirasakan Zack sebentar tadi pudar dengan soalan cepumas dari bibir Jie. Jie seperti meragui keluhuran cintanya. Bertanyakan perihal Zeeta sedangkan Jie sendiri tahu jawapan sebenar.


"Pada I, you dah terlebih cantik dan seksi.. Sebab tu I tak boleh lupakan you ! "  


Zack gelak. Ingin menyakat Jie. Lagipula malas mengenang kisah silam.


Cukuplah andai Zack katakan perkahwinan dengan Zeeta dulu adalah satu kesilapan. Tindakan bodoh Zack mengambil risiko mengahwini Zeeta yang tidak dicintai.


"You sendiri tahu punca I kahwin dengan Zeeta.. Dahlah Baby.. Kita tutup cerita lama.. Yang penting you ada dengan I sekarang.."


Pada Zack biarlah kesilapan semalam jadi pengajaran. Kini diri lebih matang dalam mencorak masa depan agar kebahagiaan abadi jadi milik berdua.


"I minta maaf, Bie..."


Jie pilu. Terkenang khilaf dulu. Ada rahsia perlu diketahui oleh Zack. Mencapai jari jemari suaminya lalu dikucup. Lama.


"Kenapa ni, Baby? You tak pernah buat salah pada I.."


Zack mengusap rambut isterinya.


"I sebenarnya tahu Ray dengan Zeeta rancang untuk perangkap you di hotel malam tu.. Tapi I tak bagitahu you sebab I nak you kahwini Zeeta dan lupakan I.. I'm sorry Bie!"


Bila Zack menyebut tentang perkahwinan dengan Zeeta tadi,  Jie dihimpit rasa bersalah kerana berdiam diri sewaktu mengetahui rancangan jahat Rayyan dan Zeeta dulu.


"You...."


Zack kehilangan kata kata. Terkejut. Cuba menelan kenyataan yang baru keluar dari bibir Jie.


"You marah I ke, Bie?"


Jie menyoal apabila melihat Zack hanya membisu.


Zack menghela nafas panjang. Memandang ke arah Jie.


"It's okay  Baby ! Kita bina hidup baru.. Lupakan saja semua !"


Enggan mengungkit kisah lama. Lagipun perkara sudah berlalu.


"Asalkan you janji akan temani I seumur hidup, yang lepas tu biarlah... I tak nak ada lelaki lain selain I dalam hati you..  No more lies and no more secrets after this.. Janji?"


Jie angguk tanda setuju dengan permintaan Zack. Berjanji hanya Zack sahaja yang dicintai selamanya.


"You suruh I janji ni, tau tau you pulak kahwin dua.. You ada perempuan lain, siap you !"


Entah kenapa Jie berkata begitu. Teringatkan Azim yang kini mempunyai dua isteri. Juwita dan Lily.


Baru Jie tahu Lily mengandungkan anak Azim sewaktu hampir bernikah dengan Shahrul dulu.


Enggan ambil tahu cerita sebenar disebalik 'keterlanjuran' Azim dan Lily memandangkan Jie sedar tiada manusia yang sempurna, Jie kagum dengan ketabahan Juwita menerima Lily sebagai madu. Azim juga dilihat berbahagia disamping Lily dan Juwita walau agak sukar membahagi kasih pada awalnya.


Selepas melahirkan anak, Lily hanya menumpukan sepenuh perhatian pada rumahtangga.


Adakala Juwita membantu madunya mengendalikan bayi Lily memandangkan Juwita masih belum memiliki anak sendiri. Mereka bertiga kelihatan bahagia melayari hidup bersama.


"I ada perempuan lain?!"


Zack gelak. Mungkin saja Jie bercanda. Mana mungkin itu terjadi.


"I takkan kejar cinta you bertahun tahun kalau I nak duakan you ! Jangan risau, Baby ! I tak se'hebat' Azim dan Daddy you.."


Terselit jenaka dalam kesungguhan. Tak mungkin Zack boleh berbahagi kasih seperti Azim dan Daddy mertuanya. Zack yakin cinta dalam hati milik Jie buat seumur hidup. Tiada yang kedua.


"Thanks , Bie, sebab you terima diri I seadanya."


Senyuman kian mekar dibibir Jie.

Anyway I ada berita best untuk you..."


Jie teruja untuk menyampaikan khabar dari Malaysia.


"Apa dia?"


Zack tidak sabar menanti bicara yang bakal keluar dari bibir Jie.


"Pasal Shah.."


Bibir Jie menguntum senyum. Gembira dengan berita tentang lelaki yang banyak berbudi padanya itu.


Mendengar nama Shahrul diperkatakan riak wajah Zack berubah. Masih lagi cemburukan Shahrul.


"Kenapa dengan dia?"


Zack endah tak endah.


"Dia akan kahwin hujung bulan ini.. Dengan Lina.. Jodoh memang pelik, kan..? Tak sangka !"


Jiw masih ketawa. Lucu memikir takdir mereka. Mungkin Jie boleh bertanyakan Haslina dengan lebih lanjut usai skype nanti. Naluri ingin tahu permulaan bibit bibit cinta antara Shahrul dan Haslina.


Siapa sangka Shahrul dan Haslina berjodohan.


Apapun, Jie berdoa agar Shahrul dan Haslina berbahagia seperti mana Jie bahagia disisi Zack kini.


Satu kelegaan wujud tatkala Zack mendengar berita tentang Shahrul dan Haslina. Senyum sambil meraih tubuh Jie dalam pelukan. Berbisik halus dicuping telinga isterinya...


"I love you, Baby.."


Ungkapan itu takkan jemu bermain dibibir Zack. Menzahirkan segala rasa dalam hati. Mencium lembut pipi Jie.


"I love you too, Bie.."


Senyuman manis bermain dibibir mereka. Jari jemari bertaut erat. Tanda janji sehidup semati.


Kisah cinta  mereka mungkin tidak seagung Romeo dan Juliet namun pelbagai onak ranjau terpaksa ditempuh mereka demi mengecap nikmat bahagia.

Takdir jua pernah menjadi penyatu dan pemisah mereka.

Harapan Zack agar ikatan kasih sayang ini berkekalan selagi hayat dikandung badan. Amin.


Zafrey Daniel Hazriq.. Nur Najiha..  Kisah kau dan aku..


Tamat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2015 09:36 PM | Show all posts
Sorry jika ending tak menarik.. malas edit font and paragraph sebab direct paste saja.. terima kasih untuk segala kutukan membina.. its been a long journey to end this novelle.. maafkan kalau ada yang kurang
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tt... Lama tunggu dowhh.. Esok nak baca lagi.. Tq so much..hebat..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:12 AM | Show all posts

wah! tahniah TT... Happy ending...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 07:20 AM | Show all posts
elia201 replied at 21-10-2015 01:36 AM
Sorry jika ending tak menarik.. malas edit font and paragraph sebab direct paste saja.. terima kasih ...

tak semua orang boleh jadi penulis... only the gifted one yg mampu utk menulis cerita seperti ini... tahniah TT... what a interesting story to read... keep it up... don't ever give up...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 10:26 AM | Show all posts
Congratz...
yang penting endingnya happy...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 09:26 AM | Show all posts
tq tt..akhrnye..appy ending..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2015 01:48 PM | Show all posts
elia201 replied at 20-10-2015 09:36 PM
Sorry jika ending tak menarik.. malas edit font and paragraph sebab direct paste saja.. terima kasih ...

i like the feeling...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 04:37 PM | Show all posts

eh.aku bca separuh je post ni.anyway,congrat.what happen to si lesbo? kawan baik jie tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2015 02:00 PM | Show all posts
besttttttt..... terima kasih TT sbb buat ending Jie ngan Zack............................
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 09:52 AM | Show all posts
alhamdulillah... ending akhirnya...

tahniah dan maaf yer TT klu ada komen2 yg kurang baik. semoga maju jaya next tulisan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2015 10:38 AM | Show all posts
fazss replied at 26-10-2015 09:52 AM
alhamdulillah... ending akhirnya...

tahniah dan maaf yer TT klu ada komen2 yg kurang baik. semoga ...

Yup.. alhamdulillah.. no heart feeling
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2015 04:30 PM | Show all posts
elia201 replied at 15-2-2015 11:38 AM
Jie hanya mendengar butir bicara Zack penuh teliti.  Terbit simpati namun apalah daya Jie untuk memb ...

nice story...

kenapa ye kita 'attached' sangat dengan our past.

like me, attached with 1st car & 1st love (hate myself for it).

hope to sees your next writing.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2015 05:47 PM | Show all posts
yeos replied at 26-10-2015 04:30 PM
nice story...

kenapa ye kita 'attached' sangat dengan our past.

Becos 1st is the best feel... but sometimes first will be history
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 05:45 PM | Show all posts
Finally I manage to read it till the end.. Took me a few days though..
My comments .... Reading this is like riding a roller coaster... mcm sinetron Indon...berpusing2 back & forth..

Eventho with the roller coaster ride feeling, there was never a moment that I felt bored.. In fact I really2 enjoyed the ride. Always looking forward for next ride...At times terasa like macam you are part of the characters in the story.

My sincere comments...kudos to the writer... Two words from me to the writer...
"Simply Awesome"..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061159 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list