CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19926|Reply: 133

(cerpen) mimpi (u)

[Copy link]
Post time 21-12-2014 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Suasana hingar mula memenuhi ruangan dewan perhimpunan. Bunyi kerusi diheret, bunyi suara berbual, bunyi gelak tawa ditambah pula dengan suara sumbang sekumpulan pelajar menyanyi girang. Begitulah lazimnya keadaan di dewan perhimpunan Sekolah Menengah Berasrama Penuh Kuala Penampang ini pada setiap pagi Isnin dan Jumaat dimana perhimpunan rasmi akan diadakan. Bermula seawal jam  7.30 pagi dan akan berakhir 40 minit selepas itu. Itupun kalau pengetua tidak bersyarah panjang atau tidak ada rekod kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar. Tetapi, bagi perhimpunan rasmi untuk tamat tepat pada masanya adalah perkara yang amatlah ‘rare’. Aku berani campak kasut dalam loji belakang asrama kalau nak bertaruh perhimpunan rasmi nak tamat dalam masa 40 minit macam yang ada dalam jadual. Tapi bukan kasut aku lah. Tapi, tetap juga perkara tu mustahil dan tak akan terjadi.

Aku macam biasa, setiap hari Isnin, akan turun lebih awal daripada kawan-kawan yang lain untuk menyediakan kerusi bagi geng aku yang kesemuanya adalah 7 orang. Aku, Ecah, Zahrah, Ipah, Dani, Piza dan juga Bella. Kami geng dah lama. Dari sekolah rendah. Aku, Dani dan Ipah tinggal di berek polis. Bapa kami sama-sama polis. Ecah dan Zahrah kenal waktu darjah satu. Bella dan Piza pula kami kenal waktu darjah tiga. Bella dan Pizza adik beradik kembar yang baru pindah waktu tu. takde siapa nak berkawan, aku pun mulalah berbaik. Daripada situ, kami mula rapat dan lepas UPSR, sama-sama apply sekolah ni. mungkin atas keikhlasan yang terbina dalam mengekalkan ukhuwah persahabatan ni, kami kekal bersama sampai sekarang. Tapi, ada yang lain-lain kelas lah.

“hoi! Kau ni kalau bagi duduk sorang-sorang, memang takde lain kerja kau. Mengelamun je,” terasa perit bahu aku ditepuk dek Dani.

“kacau je lah. isy!” aku membetulkan tudung. Kelemahan aku memang ni lah. tudung. Pagi sebelum keluar dorm, cantik dah setting. Sampai sekolah, center tudung patutnya kat tengah dagu, dah lari alignment pergi sebelah kiri.

“nah,” Dani hulurkan karipap sardin Mak Cik Melah. Aku sambut dengan senyuman. All time favorite ni. dari form 1 lagi. Separuh karipap masuk mulut. Pergh. Nikmat dia, tak terkata. Dah la kulit lembut, sardin banyak. Mana nak dapat?

“yang lain mana? Apahal kau sorang je?” Dani yang turut sama high makan karipap Mak Cik Melah geleng sambil buat muka.

“tak siap lagi. Malas aku tunggu. Kematu buntut,” aku sengih. Dah agak dah. Dah agak dah. Antara kami bertujuh, aku dengan Dani je yang tak reti nak beza eye shadow dengan pemerah pipi. Jangan eye shadow, mana lipstick, mana lip balm pon aku dengan Dani tak tahu. Kalau bab menconteng muka, Piza dengan Bella memanglah handal. Kembar dua ekor tu, bukan setakat pandai lukis atas kertas je, lukis atas muka pun boleh tukar rupa jadi Nora Danish. Kalau pasal matching baju dengan tudung, seluar dengan baju tanyalah si Ecah. Nak tahu perkembangan gosip sekolah, apa dajal yang geng ‘Princess’ buat, tanya je Zahrah dengan Ipah. Aku dengan Dani? Hmm.. pasal bola baling, bola tampar, hoki boleh lah kot.

PAP!
“hoii!!” sekali lagi bahu aku ditepuk. Kali ni memang lain macam pedihnya. Menyeringai aku tahan sakit. Dani mengekek gelak.

“mintak sikit karipap. Aku tak sempat rembat kat dewan tadi,” Hafiz tarik karipap yang dah tinggal separuh dan sekali ngap, hilang karipap daripada pandangan zahiriah aku. Ternganga mulut aku. Tak sempat langsung nak ucap selamat tinggal ke apa kat karipap tu.

“weiii!! Cinabeng kau Piz. Tu karipap aku lah, sial!” Hafiz sengih. Dani makin girang pulak dia gelak.

“ala.. dengan aku pun nak berkira. Esok-esok kau kahwin dengan aku jugak,” bersembur-sembur habuk karipap. Tak senonoh betul.

“kau ni , kalau nak makan, makan aje. Kalau nak bercakap, jangan makan. Bersembur habis. Kureng betul kau ni,” Dani yang duduk berhadapan dengan Hafiz mengelap mukanya. Tempias agaknya.

“Dani, add maths siap?” Hafiz bertanya serius. Dani mengerutkan dahi.

“ni Dani la wei. Mestilah dah siap. Apasal?” Hafiz sengih kerang.

“nak tiru la tu. Pemalas kau ni tau,” aku kasi setepek kat Hafiz yang masih dengan sengih tunjuk semua gigi yang ada.

“ala. Bukan semua. Dua soalan je,” Dani mendengus sebelum mengangguk.

“nanti dalam kelas aku kasi lah,” Hafiz angkat kening sambil senyum poyo.

“hai, hai. Eh, apahal kau kat sini, Piz?” salah jantina kau ni,” Ipah datang duduk sebelah aku diikuti oleh Bella, Piza, Ecah dan zahrah.

“aku nak mintak Dani ajarkan add maths la,” Hafiz angkat kening sambil pandang Dani.

“ajarkan atas dahi kau. Ni gerenti kau mintak tiru homework add maths Dani lagi kan?” Piza menyelit. Kami semua gelak. Apa yang kelakar pun aku tak tahu.

“syyhhh.. Mama Rokie dah masuk,” Bella bagi isyarat.

Mama Rokie alias Cikgu Rokiah adalah cikgu disiplin sekolah kami. Muka manis, badan tiptop, orangnya kecik-kecik je. Tapi, jangan sekali-kali pandang rendah. Sekali dia tengking, mau terbarai usus besar usus kecik kau. Dia punya high pitch, takde siapa berani lawan. Hafiz dengan bajet macho jalan depan junior ke barisan kerusi lelaki. Semua pelajar mula berdiri dan menyanyi lagu Negaraku. Selesai lagu Negaraku, semua pelajar duduk. Pengawas yang bertugas mula membebel sebelum bagi mikrofon pada Mama Rokie. Kalau dah Mama Rokie yang bercakap, memang berdengunglah telinga kejap lagi. Bosan dengar benda yang sama setiap minggu, aku mula menconteng-conteng buku nota. Dani kat sebelah pun dengan aktiviti yang sama. Doodle dia lagi cantiklah tapinya. Bella dengan Piza berbalas-balas surat. Memang pesen lah tu. Nak bercakap tak berani.

Sambil menconteng-conteng, mata aku melilau tengok senior form 5 lelaki. Kot ada yang handsome, bolehlah buat jugak buat pembakar semangat nak datang perhimpunan. Walaupun pada hakikatnya hampir semua senior lelaki aku kenal sebab kebanyakannya budak sport, tapi, manalah tahu kot ada yang baru daftar ke, beru pindah ke, kan? 5 Sains 1 ramainya yang Nerd. Jarang aku nampak kat padang. So, tak menarik. Aku usha pulak 5 Sains 2. Kelas ni ramai yang aku kenal. Dari jauh aku nampak Sapet tengah kacau Bob. Dua ekor tu memang kamceng. Budak hoki. Dioranglah mentor aku yang paling terjal. Ajar main kotor tanpa dapat dihidu oleh pihak lawan dan juga ref. Belakangnya pulak aku nampak Keyo tengah ternganga-nganga tidur. Memang pesen mata berat sepanjang masa dia tu. Kat mana-mana pun boleh tidur. Tapinya, pandai ya Rabbi. Lincah pulak tu kat padang.

Aku baru nak tunduk sambung menconteng bila mata aku tiba-tiba bertembung dengan seorang senior yang aku tak pernah nampak. Dia senyum sambil pegang bunga. Manis senyuman dia. Aku balas senyuman dia. Aku tak pernah nampak dia. Aku sangat pasti. Baru pindah agaknya. Nanti nak kena korek dengan si Ipah dan Zahrah ni. Tak pun, nanti aku tanya je dengan si Keyo ke, Bob ke. Untung-untung dapat kenal. Handsome kot dia. Makin panjang senyuman aku. Baru nak sambung menconteng, terasa pipi aku pedih. Aku usap pipi. hilang kejap. Aku pegang pensil, terasa lagi. Tapi, lagi pedih daripada tadi. Apahal pulak ni? aku sentuh pipi sekali lagi. Tiba-tiba dahi aku ditepuk.

(bersambung)....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah tidur ni! Santai gila bahasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 05:19 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-12-2014 09:10 AM
Sah tidur ni! Santai gila bahasa.

time kaseh baca.. =)

xmo kasi heavy2.. cite ni pon santai2 je..




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 06:27 PM | Show all posts
“woi! Bangunlah. Dari awal Mama Rokie bercakap sampailah habis assembly kau tidur. Bangun!” terkelip-kelip mata aku dengar suara Dani. Aku pandang sekeliling. Kosong. Tinggal kami bertujuh je. Aku sapu muka. Hmm.. mimpi rupanya. Patutlah.

Hari Isnin memang bukan hari kegemaran aku. Kelas Bio sampai dua masa. Memang sangatlah aku tak gemar. Tambah lagi kelas BM pulak dua masa. Makin menghilangkan nafsu aku nak pergi sekolah. Dua subjek tu dah rupa sumpahan dah untuk aku. Tak tahulah kenapa. Sebab membaca agaknya. Tapi Bahasa Inggeris aku okay je. Lagipun antara kami bertujuh, aku yang paling banyak buku. Faktor guru? Yes. Mungkin. Cikgu Bio aku bias. Cukup bias. Nak layan budak-budak top je. Nak layan yang cantik, yang handsome je. Yang bimbo-bimbo tu suka sangatlah dia melayannya. Isy, geram pulak aku.

PAPP!!

“oh, mak abah kau,” melompat aku. Kuss semangat. Sebuah buku rujukan setebal 2 inci dihempas atas meja aku. Nak terkeluar paru-paru dari tulang rusuk. Aku urut dada.

“Nur Khaireen Ismail, jawab soalan saya,” aku terkebil-kebil pandang Cikgu Bahayah, Cikgu Bio aku. Aku pandang Dani. Budak ni boleh pula buat-buat rajin salin nota. Celanat punya kawan.

“aaa.. boleh cikgu ulang soalannya?” aku tanya dengan penuh sopan santun dan lemah lembut. Muka Cikgu Bahayah merah gila. Marahlah tu.

“inilah pelajar sekarang. Biadap. Dalam kelas, berangan,” terkesima aku. Dani  menahan gelak sambil konon-kononnya tekun salin nota kat papan putih. Aku cubit paha dia. Menyeringai tahan pedih. Padan muka kau. Cikgu Bahayah berjalan kearah meja Amiera yang selang 4 meja dari tempat duduk aku.

“Amiera, boleh awak bagitahu apa maksud mitosis?” dengan lemah lembut dan sopan santunnya Cikgu Bahayah bertanya. Amiera senyum dan pandang aku dengan pandangan jijik. Aku lagi jijik pandang dia.

“mitosis adalah pembahagian sel, cikgu,” aku angkat kening double jerk sambil sengetkan bibir.

“bagus, Amiera. Macam ni lah pelajar berdedikasi. Fokus waktu belajar,” Cikgu Bahayah berjalan ke depan sambil menjeling aku. Aku buat bodoh. 10 minit je lagi pun yang tinggal. Aku salin nota. Tiba-tiba terasa bahu aku dicuit. Aku pusing belakang. Syakira hulur kertas yang berlipat. Aku angkat kening isyarat tanya apa? Dia angkat bahu sambil jeling Amiera. Aku angguk dan ambil kertas yang berlipat dari tangan Syakira terus aku masukkan ke bawah meja. Karang kantoi dengan Cikgu Bahayah, mampos lagi aku kena bahan dengan dia.

Kringgg!!!!

Loceng berbunyi, kami semua bangun, ucap terima kasih,  Cikgu Bahayah blah. Aku pandang Dani.

“kau memnag cilaka tau,” Dani sengih pandang aku sambil kenyit mata.

“chill lah Som. Aku bukan taknak back-up kau tadi. Kalau aku back-up pun, kau fikir, dia nak puji kau macam Miera? Takde de,” aku mendengus sambil kemas buku masuk bawah meja. Aku tarik keluar kertas berlipat yang Syakira hulur tadi.

‘Jumpa aku belakang aspuri’ –Amiera (P)

Aku hulur kertas tu pada Dani. Dia berkerut lepas baca.

“kau nak pergi?” aku mencebik.

“malas aku layan. Petang ni ada practice jugak pon. Main hoki lagi best dari tengok muka plastik gitu,” Dani pandang aku.

“apasal dia nak jumpa kau?” Buku Pendidikan Islam aku keluarkan dari beg.

“takde lain, nak sound aku pasal Apis la tu,” Dani berkerut pandang aku.

“Apis? Apasal?” aku angkat bahu sambil mencebik.

“kau tak tahu ke? Ayu gila kat si Apis tu,” Dani tutup mulut guna kedua-dua tangannya. Mata dah terbeliak.

“Ayu ‘princess’ tu?” pada perkataan princess Dani menggawangkan tangan membuat tanda koma bertindih.  

“iye. Minggu lepas ada dia sound aku. Pikir aku takutlah agaknya. Tumbuk dahi baru tau,” Dani tergelak. Kami mematikan perbualan apabila Ustaz Hanafi menapak ke dalam kelas. Beliau antara guru yang aku rasa sangat dihormati. Bukan sahaja kerana dia seorang ustaz, tetapi juga seorang kaunselor yang boleh masuk dengan semua pelajar. Tiada berat sebelah. Semua dilayan dengan sama rata dan saksama. Tetapi, bagi pelajar yang memerlukan ‘perhatian’ yang lebih, lain pula cara layanannya. Cara pengajarannya juga ringan dan mudah difahami.


Kringg!!!

Loceng yang sangat dinanti-nantikan oleh semua pelajar. Loceng rehat. Heaven betul. Aku dengan Dani tunggu Bella, Piza, Zahrah, Ipah dan Ecah. Kelas mereka di bangunan belakang. Jadi, aku dan Dani akan jadi penunggu setia sebelum kami sama-sama menapak ke kantin.

“Dani, nah. Timasseehhh,” buku latihan matematik tambahan dihulur sekali dengan ucapan terima kasih Alleycats. Bunyi kucing garong pun ye jugak.

“kau tak pergi kantin ke?” hafiz bertanya sebelum bertenggek atas meja aku.

“kejap lagi. Kau?” aku jawab. Hafiz tak menjawab tapi sengih semacam. Ni kalau lain sengihnya ni, memang ada lah yang nak dipedajalkan tu.

“aku pun kejap lagi,” sambil senyum dia jawab. Dah agak dah. Dani angkat kening.

“kau nak pedajal siapa pulak ni?” hafiz sengih sambil bersiul sebelum turun dari meja aku.

“see ya, girls,” dia berjalan keluar kelas lepas bagi flying kiss. Aku dan Dani mencebik sambil menggeleng.

“woot woot. Jom nom nom,” kepala Bella terjengul dari pintu kelas. Kami berjalan ke kantin dengan riuh rendahnya.

(sambung...)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 06:57 PM | Show all posts
sempoi gilerr bahasa..
baca pun best..
teringat zaman sekolah dulu..
macam cilakak je perangai masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila posted on 21-12-2014 10:27 AM
“woi! Bangunlah. Dari awal Mama Rokie bercakap sampailah habis assembly kau tidur. Bangun!” terkel ...

Dani ni jantan ke girl?
Teringat kawan lma, fatin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2014 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
hanamunir posted on 21-12-2014 10:57 AM
sempoi gilerr bahasa..
baca pun best..
teringat zaman sekolah dulu..


sempoi dia sederhana. Tak sampai tatabahasa larik.haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 07:27 PM | Show all posts
hanamunir posted on 21-12-2014 10:57 AM
sempoi gilerr bahasa..
baca pun best..
teringat zaman sekolah dulu..

time kaseh sudi baca.. =) =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2014 07:31 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-12-2014 11:10 AM
Dani ni jantan ke girl?
Teringat kawan lma, fatin.

hehe.. kalo nak tau kena baca sampai abes laa..  =)


Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila posted on 21-12-2014 11:31 AM
hehe.. kalo nak tau kena baca sampai abes laa..  =)

plot twist ke pe? adoii.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
goodluck dik..teruskan menulis dan mengasah bakat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 09:08 PM | Show all posts
laili_nur posted on 21-12-2014 11:33 AM
goodluck dik..teruskan menulis dan mengasah bakat..

time kaseh kak laili.. loooonggg way to go nih.. hehhe.. =)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 09:19 PM | Show all posts
Selesai makan, kami berjalan ke arah kerusi batu yang disediakan di taman herba yang terdapat di tepi kantin. Setelah menempatkan punggung masing-masing, maka berterusanlah sesi berborak yang tak pernah selesai . Tiba-tiba terasa ada mata yang memerhatikan kami dari jauh. Aku angkat kepala dan mata kami bertembung. Dari jauh, Ayu memandang aku dengan pandangan tak puas hati. Perempuan ni, memang dari tingkatan satu lagi sibuk mencari pasal dengan aku. Apa benda masalah dia pun aku tak tahu. Tak cukup protein agaknya.

“Som, apahal tu?” Bella cuit bahu aku.

“Bitch. Kau pikir nak apa lagi? Nak mencari pasal lah tu,” Piza kasi sedas.

“oh, ye. Korang nak tahu? Tadi Amiera ajak Som jumpa belakang hostel,” Dani bersuara. Aku dah lupa dah pasal tu.

“betul Som?” risau betul suara Zahrah. Aku angguk.

“kau nak pergi ke?” Ipah pula bersuara. Semua mata memandang aku.

“isy.. takde kuasa lah aku nak melayan peel dia,” aku menjawab selamba.

“lagipun petang ni ada practice. Main hoki lagi best,”

“bagus, Som. Takde pekdahnye pun kau layan budak-budak tak cukup darah merah macam tu. Princess konon. Muka sorang-srang rupa tiang lampu. Ehh, sakit pulak hati kita,” Ecah bangun dari kerusi dan membongkok ke arah aku sambil mengecilkan matanya.

“aku rasa aku tau Som, kenapa dia nak jumpa kau,” aku angkat bahu.

“dia nak sound aku pasal Apis,” aku jawab dengan suara perlahan. Ecah membulatkan semula matanya.

“Eh, mana kau tahu, Som?” terkejut benar suara Ecah.

“dia pernah sekali sound aku pasal bangla tu. Dia cakap kat aku jangan rapat ngan Apis. Kepala dia la,” yang lain semua mengangguk. Ipah tengok jam.

“jom lah naik. Jap lagi loceng bunyi,” kami semua bangun berjalan menuju ke bangunan kelas.



Dua masa terakhir memanglah perit nak bertahan. Nak-nak lagi kalau dua masa terakhir tu kelas Bahasa Melayu. Bukan nak mengatalah. Tapi cikgu BM aku memang kejam gila. Dia masuk kelas, lepas tu dia membebel dalam 10 minit, lepas tu dia tulis nota, lepas tu dia membebel lagi. Kalau Isnin, kitorang belajar Sastera maksudnya kitorang kena baca novel, cerpen, sajak segala bagai. Memang terseksa jiwa dan raga. Mata aku sekarang ni dah separuh je dah yang terbukanya. Penangan nasi lemak makcik kantin tadi. Punyalah berlemak nasi lemak dia. Tulisan cikgu kat depan dah macam tulisan sanskrit dah ni. Muka Cikgu Asnawi ni pun aku dah nampak gaya rupa Christian Bale. Tak boleh jadi dah ni. Aku angkat tangan.

“Cikgu!” Cikgu Asnawi pandang aku dan mengangkat kening.

“Nak apa?” aku bangun sambil sengih-sengih.

“nak pergi shishi,” dia kerutkan kening sambil betulkan letak cermin mata atas hidung.

“hmm,” lepas tu dia sambung semula tulis nota di papan putih. Kerek pulak cikgu ni. Kat padang bukan main sporting lagi. Cikgu Asnawi coach hoki. Baru lima tapak aku keluar dari kelas, terdengar Cikgu Asnawi jerkah Dani.

“Dania!!!! Turun 20,” aku gerenti Dani melompat punyalah. Bukan main lagi dia lentok atas meja tadi. Aku ada, boleh lah kau sembunyi. Bukan kena jerkah je. Pakej sekali dengan ketuk ketampi. Aku gelak sendiri.

(sambung....)
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila posted on 21-12-2014 01:19 PM
Selesai makan, kami berjalan ke arah kerusi batu yang disediakan di taman herba yang terdapat di tep ...

okay. I got it. Dani bukan jantan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 09:56 PM | Show all posts
Kelas aku tingkat atas sekali. Tandas yang boleh guna ada kat bawah sekali. Jadi, aku kena menapak turun tangga. Sambil menapak, aku mengusha lah kelas senior. Tengah mengusha, nampak seorang lelaki tepi kelas 5 Sains 1. Pegang bunga dan pandang kearah aku sambil senyum. Aku pandanglah kiri kanan belakang. Kotlah ada orang lain. Confirm takde. Aku senyumlah semula. Comel kot.

Bukk

Bahu aku dilanggar. Nasib baik sempat aku pegang penghadang tepi tangga. Kalau tak, nangka busuklah rupa aku tergolek ke bawah tangga.

“kau apahal sengih sorang-sorang? Gila?” cilanat punya Hafiz. Bukan nak cakap sorry ke apa.

“kepala hotak kau. Dahlah langgar aku,” dia gelak. Mamat Bangla sorang ni memanglah. Tak pernah aku tengok muka dia masam. Sengih, senyum, gelak memanjang. Kami jalan beriringan.

“kau nak pergi mana?” Hafiz pandang aku.

“nak pergi Jakel jap. Beli kain baju raya,” dia gelak.

“petang ni turun tak?” Hafiz pun sport jugak. Tapi dia main ragbi.

“gila kau tak turun. Tournament dah dekat kot. Mengamuk Cikgu Asnawi kalau aku tak turun,” Hafiz angguk.  Aku seluk tangan dalam poket baju kurung. Ada kunci bilik buku teks. Dapat baring dua, tiga minit ni sedap jugak. Sampai di tingkat dua, aku membelok ke kanan.

“Oi, kau nak pergi mana? Jamban kat bawah,” aku angkat bahu dan senyum sambil menggoyangkan gugusan kunci didepan mata. Bilik simpanan buku teks terletak di tingkat dua, paling hujung dan paling tersorok. Jadi, tersangatlah clear kalau nak mengular. Bukan selalu pun. Kalau dah tak tahan sangat barulah aku datang sini. Aku berjalan laju ke arah pintu yang bercat hijau di hujung blok. Lepas usha kiri kanan, yakin clear takde orang, aku masukkan anak kunci pada tombol bulat. Pusing kunci sekali, klik, bunyi unlock, aku senyum jahat. Aku tolak pintu perlahan-lahan dan melangkah masuk dalam bilik tersebut laju-laju. Bila nak tutup pintu, tiba-tiba terasa ada orang tahan pintu dari luar.

‘ah, sudah. Cikgu ke? Mampos aku,’

Kepala aku dah ligat fikir alasan. Dahi dah berkerut tambah sekali dengan peluh sejuk. Muka aku rasanya dah cuak gila. Dalam tengah berfikir, tiba-tiba terjengul kepala Hafiz dengan sengihannya. Aku lepaskan nafas. Baru lah terasa oksigen masuk paru-paru. Hafiz masuk dalam dan kunci pintu. Aku pandang dia dengan muka tak puas hati. Dia selamba berjalan ke arah kerusi panjang yang disediakan untuk memudahkan pengawas bilik SPBT iaitu aku merangkap penolong ketua pengawas SPBT menjalankan tugas kami. Dia duduk lepas tu pandang aku dengan muka yang sangatlah minta ditapakkan.

“kau bukan nak pergi jamban ke? Datang sini apahal?” dia angkat bahu dan terus baring di kerusi panjang. Malas layan dia, aku berjalan kebelakang stor. Ada lagi satu kerusi kat sana. Lagi empuk.

Aku baring. Dapat lelap 5 minit pun jadilah. Belum sempat nak lelap, terasa ada orang duduk di hujung kaki. Hafiz lah ni. Menyirap pulak aku dengan mamat ni lah. Aku buka mata. Bukan Hafiz. Aku tengok dia betul-betul. Confirmed bukan Hafiz. Siapa? Eh? Macam lelaki yang kat tangga tadi tu. Lelaki yang bawa bunga sambil senyum kat aku tadi. Aku bingkas bangun. Dari berbaring, aku terus duduk. Mangai. Aku kantoi. Arwahlah aku dengan cikgu. Dah datang semula dah cuak aku tadi. Dia pandang aku dan senyum. Eh, mamat ni. Apahal? Aku perhati je dia. Ada lesung pipit sebelah pipi kiri. Dia duduk pun nampak tinggi. Jadinya, dia tinggi lah agaknya. Tapi, siapa dia ni?

“siapa kau?” aku tanya. Senyap. Dia tak jawab. Kasar sangat ke aku tanya? Bisu kot? Ke pekak? Tapi aku rasa sekolah ni takde kelas untuk pelajar kelainan upaya. Aku cuba guna bahasa isyarat yang aku belajar dengan Along, abang aku. Takde reaksi jugak. Dia hulur bunga yang dia pegang pada aku. Bunga Ros. Merah. Tapi, merah yang tak nampak mengghairahkan. Merah yang sikit lagi nak mati. Aku capai tangan nak ambil bunga tu, tapi, belum sempat aku ambil, Hafiz tepis bunga tu jatuh ke lantai. Aku terkejut dan terjaga. Aku pandang kiri kanan. Masih di bilik SPBT. Dari baring, aku terus bangun berdiri. Baru nak berjalan, aku terduduk semula. Pening. Terasa bahu aku dicuit. Aku angkat muka. Hafiz.

“ok tak wei?” aku angguk.

“pukul berapa?” Hafiz tengok jam.

“3,” pendek dan bersahaja. 3? Apa? 3??? Aku mulalah gelabah.

“apahal kau tak kejut aku? aduh. Mamposlah kena panggil esok,” aku pegang tombol pintu. Belum sempat aku pusing tombol pintu, aku pusing belakang apabila terdengar Hafiz gelak.

“apasal?” dia angkat bahu sambil buat muka. Aku pulas tombol pintu dan tolak perlahan-lahan. Aku pandang kiri kanan sebelum keluar dari bilik simpanan buku teks. Sekolah dah kosong. Aku berjalan laju menuju ke tangga untuk ke kelas.

“kau nak pergi mana?” Hafiz tanya. Aku pandang dia.

“ambil beg lah,”

“dah sampai bilik dah pun. Aku hantar tadi,” aku kerut kening. Biar betul budak ni.

“bila? Bukan kau baru keluar sekali dengan aku?” dia angkat bahu.

“aku kan hero kau,” aku buat muka. Mamat ni memang lah pelik. Kami sama-sama berjalan ke asrama. Ni kalau nampak dek cikgu ke, Mama Rokie ke, memang arwah lah kena tengking ni. Ponteng kelas. Jalan berdua lelaki perempuan. Pakej dah tu nak kena gantung sekolah. 20 minit berjalan ke asrama. Sampai bilik, bersiap, turun padang.                                                                                                                                                           (sambung...)



Last edited by sr_kila on 21-12-2014 02:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 10:07 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-12-2014 01:55 PM
okay. I got it. Dani bukan jantan.

yeahhh.. dia anak dara sunti gitteww.. hehehe.. =)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila posted on 21-12-2014 02:07 PM
yeahhh.. dia anak dara sunti gitteww.. hehehe.. =)

Mohon sambung..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2014 10:27 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-12-2014 02:08 PM
Mohon sambung..hihi

jap ye.. connection slow ya amat.. siput pon laju sikit.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sr_kila posted on 21-12-2014 02:27 PM
jap ye.. connection slow ya amat.. siput pon laju sikit.. hehe

saya tunggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 10:30 AM | Show all posts
Kelas prep malam memanglah kegemaran aku. Senyap. Sebab ramai budak lelaki tidur. Jadinya, bolehlah aku fokus. Kononnya. Sambil makan kacang yang Mak Cik Melah bagi petang tadi, tangan aku ligat buat latihan Fizik. Tiba-tiba kepala aku yang memang tunduk terhantuk ke meja. Perit gila dahi aku. Terasa bergegar otak aku. Aiii.. ni dah lebih. Aku angkat kepala. Ayu dan geng ‘Princess’nya.

“celaka. Kau apahal?”Dani berdiri. Aku tengok sekeliling. Cikgu takde. Padanlah. Aku tarik lengan Dani. Budak ni kalau dibiarkan, karang ada yang tidur dengan mata lebam sebelah. Ayu jegil mata pandang aku.

“kau. Apasal petang tadi tak datang?” jari telunjuk Ayu betul-betul depan mata aku. Aku pandang muka setiap sorang. Semua muka tak puas hati. Macam lah aku ada pinjam duit diorang beli karipap sardin Mak Cik Melah. Entah hape-hape. Mak Cik Melah selalu kasi aku free 2 ketul kot. Malas layan. Aku sambung buat kerja. Dahlah soalan ni susah. Sambil menulis, tiba-tiba tangan aku ditolak. Habis terconteng buku aku. Aku pandang Ayu.

“ni lebih la wei. Jadah haramnya kau datang kelas aku semata nak kacau aku? pergi sana lah. Aku nak buat kerja la. Bapak aku tak bayar yuran suruh aku layan bitch macam kau. Blah la,” perlahan tapi tegas. Muka Ayu merah. Marah lah tu. Macam dia sorang je ada nafsu nak marah orang. Dia tunduk dan berbisik ke telinga aku.

“jangan dekat dengan Hafiz. Kalau aku tak dapat dia, bunuh kau pun aku sanggup,” aku pandang dia, buat muka takde perasaan.

“lantak kau lah. Tapi, sekarang aku nak kau dan jugak balaci-balaci bodoh kau ni nyah daripada pandangan aku. Boleh buta mata aku tengok korang ramai-ramai ni. Blah, blah,” tangan aku gerak-gerakkan seperti menghalau lalat depan mata. Ayu dan geng nya berlalu, aku teruskan perlawanan sengit antara aku dan juga formula Fizik. Tiba-tiba, terasa macam ada satu pandangan laser memanah aku dari tepi. Aku pandang Dani.

"apa?"

“sampai bila kau nak lari? Hadap je lah. Makin menjadi-jadi pulak tu,” aku kerutkan dahi. Lain macam pulak suara Dani.

“ada kau nampak aku bangun dari kerusi ni tadi? mana ada aku lari,” Dani tunjal dahi aku.

“aku lempang jugak kau ni karang. Apasal kau tak pergi jumpa je dia?” aku tarik nafas panjang. Tangan kanan aku letakkan atas bahu Dani.

“anjing, kalau kau layan menyalak, lagi kuat dia menyalak. Silap-silap boleh kena gigit,” aku picit hidung Dani dan kami sama-sama menyambung kerja yang terbengkalai tadi. Sambil menulis, tiba-tiba otak aku terimbau kembali mimpi siang tadi. Mamat tu dan juga bunga Ros.



Seminggu lepas kena ugut dengan Ayu dalam kelas prep, aku dah tak tahan kena kacau. Hari-hari kacau aku. Macam-macam cara dia buat. Curi buku latihan aku. Conteng meja aku. Letak ular plastik dalam beg aku. Tuang nila pada baju sekolah aku. Tulis nama aku pada meja makmal. Lukis babi lepas tu letak nama aku dengan kawan-kawan aku. Tu yang aku pantang betul. Setakat main acah-acah dengan aku, memang aku malas nak layan. Kepantangan aku kalau pergi kacau kawan-kawan aku. Selama diorang kacau aku, aku buat diam. Diorang fikir, aku diam, aku takde akal agaknya.

Botol air mineral yang dah dipotong separuh aku letakkan tepi longkang. Aku dah selamat mencangkung dalam longkang yang separas pinggang aku. Matahari yang betul-betul atas kepala langsung aku tak hiraukan. Kelas prep petang Dani ‘cover’kan.

‘princess, korang ajak aku main. Jom kita main. Biar kita sama-sama gelak’


(sambung...)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.524940 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list