CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3056|Reply: 4

IBU makan anak ?

[Copy link]
Post time 23-12-2014 08:30 AM | Show all posts |Read mode
23 Disember 2013

5 pagi.....aku bangun tidur dan meninjau KiKi ...
krak kuk krak kuk...
bunyi apa ini ?
aku buka lampu telefon 60 hinggit Nokia...
hah ?KiKi sedang melahap makan anaknya sendiri ???
Berakhirlah hayat Kelly...........kini dalam perut ibunya sendiri...
Kini tinggal dua ekor sahaja,Kitty dan Kizzy................
apa yg perlu dilakukan agar KiKi tidak memakan anaknya ?


KELLY,KITTY,KIZZY...

Kelly sudah masuk perut ibunya....








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2014 08:30 AM | Show all posts
Teori DK: Mengapa ibu/bapa kucing memakan anaknya?
Stress:
Bunyi yang terlalu kuat seperti bunyi yang datang dari kedai memperbaiki kereta, renovate rumah, radio atau speaker yang kuat dan juga kehadiran kucing2 yang lain terutama kucing yang mengalami kitaran keinginan mengawan (heat cycle) boleh menyumbang keadaan stress kepada ibu kucing yang baru sahaja melahirkan. Seharusnya mereka di tempatkan di tempat yang agak sunyi dan sedikit gelap seperti di dalam kotak, di dalam bilik atau di bawah katil di mana mereka tidak mudah diganggu. Keadaan stress mampu membuat ibu kucing tidak waras (macam meroyan) dengan mencederakan anaknya sendiri.
Deria Bau:
Kadang2 kita terlalu mengawal kucing yang baru lepas melahirkan. Anak kucing yang baru lahir sebenarnya tidak digalakkan kita, manusia, kerap memegang atau membelai mereka. Ini adalah kerana ibu kucing mempunyai sifat ‘melindungi’ (protective) terhadap anak-anaknya. Deria bau mereka boleh mengesan perbezaan bau anak-anaknya dengan bau yang asing, yang diibaratkan mengancam nyawa anak-anaknya yang lain dan seterusnya boleh bertindak ‘membunuh’ anaknya yang berbau lain.
Tidak Cukup Zat:
Ibu kucing sebenarnya boleh mengesan anak-anaknya yang lemah dan tidak mampu berjuang untuk hidup. Mereka bertindak membunuh anak tersebut kerana memberi peluang anak2nya yang lain hidup lebih baik kerana tidak perlu berkongsi susu dgn anak yang sakit; atau
ibu kucing itu sendiri tidak mempunyai zat yang cukup, lapar dan kurang susu untuk diberikan kepada anaknya yang bersaiz besar atau, anak yang ramai atau tidak berupaya melindungi anaknya yang sihat!
Takut dan dalam usia muda:
Terdapat teori yang menyatakan ibu kucing yang berusia muda terutama yang baru mencapai kematangan kali pertama (1st heat) gagal mengawal emosi takut menghadapi pengalaman melahirkan dan menyusukan anak. Teori ini agak sukar diterima oleh pemilik kucing dan menjadi penyebab terakhir mengapa ibu kucing makan anaknya sendiri. Ini adalah kerana pemilik kucing itu sendiri menerima tamparan dan dipersalahkan kerana gagal memandulkan atau cuai menjaga kucingnya.
Tergugat:
Teori ini dikatakan berlaku pada kucing jantan yang dominan. Kucing jantan berupaya menghidu bukan sahaja pada kucing dewasa tetapi jugak pada anak kucing yang boleh menjadi rival atau musuh kepadanya.
DK


https://www.facebook.com/aduka.duniatucing/
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 08:37 AM | Show all posts
Kesiannya... Kucing pon ada meroyan. Kesian sangat. Sedih laaaaaaaa... Aku suka kucinggggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:58 PM | Show all posts
betul kot teori yang dia makan anak dia sebab tak cukup zat tuh... xpe la...binatang kan takde akal...nak wat camne...manusia yang ade akal pun macm tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 04:22 PM | Show all posts
ibu kucing aku bersihkan anak2nya... tetiba dia tergigit kaki anaknya.. tau2 dah tinggal 3 aje..
dah ler tak cukup satu kaki.. sampai besar mcm tu..
melompat ke panjat ke sama jek laju mcm kucing yg normal.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067918 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list