View: 2199|Reply: 7
|
Derita 12 tahun gunting dalam perut
[Copy link]
|
|
![](http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.344124.1419307479!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg)
SAKIT perut yang dialami seorang lelaki di Kazakhstan selama hampir 12 tahun akhirnya terjawab selepas dia melakukan ujian x-ray.
Kesakitan melampau Karp Ponomaryov, 53, itu rupa-rupanya berpunca daripada sebilah gunting sepanjang 20 sentimeter yang tertinggal di dalam perutnya ketika menjalani pembedahan lebih sedekad lalu.
Sebelum ini, Ponomaryov tidak pernah mengambil serius untuk merawat kesakitan itu kerana ia hanya menyerang apabila dia mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
Bagaimanapun, dia terpaksa melakukan pemeriksaan kerana hilang selera makan secara tiba-tiba kira-kira sebulan lalu.
"Saya tidak pernah melihat kes kecuaian seperti ini dan ia tidak sepatutnya berlaku," kata Dr Baurzhan Aybaev.
Difahamkan, Ponomaryov tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang sebaliknya dia hanya mahu menjalani pembedahan segera untuk mengeluarkan gunting tersebut dari perutnya. - The Mirror
Last edited by mahalnya on 23-12-2014 12:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Macamana doktor boleh tertinggal gunting sebegitu dalam perut pesakit?
Saman saje doktor tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
12 tahun menanggung sakit perut ![](static/image/smiley/default/funk.gif)
Tengok2 ada gunting.
Macam mana la tu |
|
|
|
|
|
|
|
maplesue posted on 23-12-2014 01:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
12 tahun menanggung sakit perut
Tengok2 ada gunting.
Macam mana la tu
boleh pulak tu tanggung sakit 12 thn kn![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya posted on 23-12-2014 01:47 PM ![](static/image/common/back.gif)
boleh pulak tu tanggung sakit 12 thn kn
Tula rileks2 boleh ingat takde ape
Mesti berkarat gunting tu dalam perut
|
|
|
|
|
|
|
|
carik nahas oo doc tu |
|
|
|
|
|
|
|
doctor takade lesen tu tinggalkan gunting kat perut hahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|