CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bUtTeRfLy

>>>BoLaSePak MaLaYsIa<<<

[Copy link]
Post time 3-4-2004 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by nu_Ouija_Board at 3-4-2004 11:56 AM:
terbakar bang?



Bukan terbakar

Aura Aku Tengah Meningkat ni...:agr:nf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2004 11:58 AM | Show all posts
heh kesian.....
Reply

Use magic Report

ShookDaGreat This user has been deleted
Post time 3-4-2004 12:45 PM | Show all posts
KAT SINI PON ADER LAWAK JUGAK?


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA....

KORANG NIE MEMANG LAAA...

WAKAKAKA
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2004 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by ShookDaGreat at 3-4-2004 12:45 PM:
KAT SINI PON ADER LAWAK JUGAK?


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA....

KORANG NIE MEMANG LAAA...

WAKAKAKA


lollollol
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2004 02:51 PM | Show all posts
kite tgk jer Shooky gelagat die org, agak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 07:30 AM | Show all posts
MALAYSIA厖厖厖.3
KOREA SELATAN厖
Reply

Use magic Report

Follow Us
massenger This user has been deleted
Post time 5-4-2004 07:35 AM | Show all posts
kono banyak blajar dari kesilapan dan kekalahan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 09:51 AM | Show all posts
betul................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2004 10:08 AM | Show all posts
Originally posted by massenger at 5-4-2004 07:35 AM:
kono banyak blajar dari kesilapan dan kekalahan....




:setuju::setuju::setuju:

Tapi FAM Belajar dari kesilapan ker:stp::stp::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 10:13 AM | Show all posts
FAM dah banyak kali nak betul kan keadaan......

tapi masalah tetap timbul jugak.....

salah FAM lagi ke............

aku rasa malaysia hanya layak main dalam negara je..............

main kelab.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 10:14 AM | Show all posts
main international nanti dulu la...........

buat malu je...... banyak dah kita kalah.....

team lain anggap kita budak bel;asahan je.....
Reply

Use magic Report

massenger This user has been deleted
Post time 5-4-2004 11:13 AM | Show all posts
player ngan pengurusan kena tukar attitude dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 11:37 AM | Show all posts
Game M'sia - ManU kat Shah alam masa paul scholes budak2 lagi tu takde ke HangPC2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2004 02:37 PM | Show all posts
attitude?

memang kena tukar.....

main untuk negara...

bukan nak kejar glamer
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2004 02:47 PM | Show all posts
Senarai pemenang Piala Malaysia dari tahun 1921
10 perkara menarik

1.PIALA Malaya yang dianjurkan buat julung kali pada 1921 adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya, sumbangan Kapten Buller. Pada 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.


2.PERLAWANAN akhir 1930 antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Pasukan pulau itu akhirnya menang 3-0.


3.GELANGGANG yang menjadi pilihan perlawanan akhir sebelum pembinaan Stadium Merdeka ialah Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh dan Jalan Rifle Range serta Jalan Anson (Singapura).


4.SEJARAH tercatat pada 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.


5.TIGA hari sebelum musim 1981 bermula, tokoh paling dihormati di Singapura, Choo Seng Quee, mengumumkan persaraannya dan mengejutkan masyarakat bolasepak tempatan apabila membuat kenyataan "Saya benci bolasepak" meskipun bergelumang dengan sukan itu selama 50 tahun.


6.SINGAPURA diulit kontroversi pada 1981 kerana kecundang kepada Selangor 0-4 dalam perlawanan akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang musim. Mereka dituduh mengambil rasuah. Badan pencegah rasuah negara itu menyiasat secara terperinci dengan menemuramah pemain, isteri mereka, jurulatih dan tukang urut, tetapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.


7.PEMAIN Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.


8.KELANTAN mencatatkan jaringan terbesar menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal 1962 dan Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. Tahun berikutnya, Selangor mengatasi rekod itu dengan menewaskan Terengganu 18-0.


9.KEAJAIBAN penyerang Singapura, Allahyarham Awang Bakar, tiada tandingan. Pada perlawanan akhir 1950, dia membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.


10.APABILA kejohanan diadakan semula pada 1948 selepas tergendala akibat Perang Dunia kedua dari 1942-47, Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali pertama. Ia sebaliknya ditandingi Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri Sembilan menang 2-1.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2004 09:20 PM | Show all posts
suka aku baca yg no. 8 tuhh..:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 12:37 PM | Show all posts
upsss.............
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 06:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 4-8-2009 14:31

Titus tak sabar nak sarung jersi negara




Oleh Bazly Azmi
bazly@hmetro.com.my


PENYINGKIRAN Malaysia pada separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal Ketiga ekoran kekalahan, 1-4 kepada tuan rumah, Myammar, kelmarin menggamit pemain berpangkalan di Perancis, Titus James Palani untuk segera kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.

Pemain kelab semi-pro Perancis, Meaux FC itu kini menanti dalam debaran keputusan mendapatkan status penduduk tetap yang dijangka dikeluarkan Pejabat Datuk Bandar Paris, minggu depan.

Bapa Titus, James Palani, berkata berdasarkan makluman anaknya, dia akan tetap pulang ke Malaysia untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan menjelang Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki, 5-28 Disember ini - walau apapun keputusan diperolehi.

Dia (Titus) meluahkan kekecewaan kerana kelewatan mendapatkan visa penduduk tetap hingga terpaksa menunda kepulangannya ke Malaysia. Sepatutnya perkara ini diselesaikan bulan lalu, namun masalah birokrasi membuatkan dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Tapi, dia sudah berjanji tetap akan pulang dan sentiasa memaklumkan perkembangan kepada jurulatih negara (B Sathianathan) melalui e-mel. Malah, kami sekeluarga turut menanti kepulangannya kerana kali terakhir dia pulang ialah Ogos lalu, katanya.

Kekalahan Malaysia ke tangan Myammar menyaksikan skuad kebangsaan, ranking ke-151 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hanya akan melengkapkan siri persiapan Piala AFF menerusi aksi persahabatan menentang Singapura, 29 November ini.

Undian Piala AFF menyaksikan Malaysia dijadual beraksi di Bangkok, Thailand dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Vietnam dan Laos. Kumpulan A di Jakarta, Indonesia membariskan tuan rumah, juara bertahan, Singapura, Myanmar dan Filipina.

Mengulas khabar angin mengatakan Titus belum bersedia sepenuhnya untuk mewakili negara ekoran beberapa pembatalan aksi sebelum ini, James meminta media agar tidak membuat spekulasi.

Dia akan beraksi di Bangkok, nadanya serius dan saya mengenali sikap anak saya. Jangan bimbang, dia akan mewakili Malaysia, katanya.



- Harian Metro -
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 4-8-2009 14:30

Sathianathan serah nasib kepada FAM



KUALA LUMPUR - Jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan menyerahkan kepada Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) untuk menentukan kriteria yang akan diguna pakai untuk menilai prestasinya pada Piala Suzuki AFF di Bangkok, bulan depan.

Mengakui tidak tahu sasaran spesifik badan bola sepak kebangsaan itu dalam mengukur prestasinya di sepanjang kejohanan 5-28 Disember ini, Sathia bagaimanapun menegaskan, beliau tidak tertekan sebaliknya akan cuba membawa Malaysia melangkah sejauh mungkin.

Malah, katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipertontonkan anak-anak buahnya sepanjang Cabaran Piala Grand Royal di Myanmar baru-baru ini kerana mereka hanya tewas satu perlawanan - tumbang 1-4 kepada Myanmar di separuh akhir.
Saya serah sepenuhnya kepada FAM untuk menentukan sama ada mahu menyambung atau tidak kontrak saya (berakhir pada akhir bulan depan), namun situasi ketika ini tidak memberi tekanan kepada saya.

Saya hanya risau dan tertekan kalau pemain-pemain saya beraksi buruk tetapi pada saya, mereka bermain dengan baik di Myanmar. Kami kalah sekali daripada lapan perlawanan dan saya rasa prestasi itu memuaskan.

FAM memberitahu kontrak saya bergantung kepada keputusan pasukan di Piala Suzuki AFF, saya tidak tahu apa definasi mereka mengenai keputusan baik sebab saya tidak diberi sasaran spesifik.

Begitupun saya janji akan cuba membawa Malaysia mencatat keputusan terbaik. Kami hanya pernah layak ke final sekali tetapi tidak pernah muncul juara, kata Sathia yang ditemui pada pelancaran jersi baru skuad bola sepak kebangsaan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dekat Cheras, semalam.

Kata Sathia lagi, sebagai seorang yang profesional, beliau akan menjalankan tugas seperti biasa, termasuk membimbing Malaysia menghadapi Singapura dalam aksi persahabatan di Kuala Lumpur pada 29 November ini.

Sathia juga berkata, beliau akan memanggil semula tonggak pertahanan, Shafizan Hashim dan penjaga gol utama, Helmi Eliza Elias selepas kedua-dua mereka diketepikan pada kejohanan di Myanmar kerana melangsungkan perkahwinan.


- Utusan Malaysia -
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2008 12:18 PM | Show all posts
Kami tidak tertekan - Sathia




Oleh DRAHMAN BAHARUN






PEMAIN bola sepak negara menggayakan jersi kebangsaan semalam.



TIADA tekanan menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Bangkok, Thailand bulan depan.

Itu pendirian jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan semalam meskipun menerima 'peringatan awal' daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahukan skuad negara mencapai keputusan yang membanggakan pada kejohanan tersebut.

Menurutnya, dia akur dengan sebarang keputusan yang bakal diambil FAM selepas kejohanan tersebut khususnya berhubung kontraknya yang berakhir penghujung tahun ini.

"Saya bersikap profesional dan menerima secara terbuka apa juga keputusan yang bakal diambil FAM.

"Pendirian FAM menunggu sehingga keputusan Kejohanan AFF untuk membincangkan kontraknya adalah satu langkah yang bijak.

"Saya tidak menghadapi masalah dan tidak rasa tertekan," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran jersi baru skuad kebangsaan di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaludin berkata keputusan perlawanan pada Kejohanan Piala Suzuki kelak akan menjadi penentu sama ada kontrak Sathianathan disambung atau tidak.

Sathianathan berkata, peringatan daripada FAM itu sebagai tindakan profesional dalam usaha memastikan pasukan negara berjaya melakarkan kejayaan pada kejohanan tersebut.

"Langkah FAM adalah tepat, mereka berasa bimbang sekiranya skuad bola sepak negara tewas.

"Apa yang penting di sini mereka mahu pasukan negara mencapai kejayaan," katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti pencapaian yang macam mana dikehendaki oleh FAM kerana tiada sasaran spesifik.

"Saya tidak pasti apakah bentuk pencapaian yang dikehendaki. Mungkin juara, melangkah ke akhir atau ke separuh akhir.

"Itu tidak pasti, apa yang penting bagi saya kami akan melakukan yang terbaik untuk mencipta kejayaan," katanya.

Mengulas prestasi pada Piala Cabaran Grand Royal di yangon, Myanmar minggu lalu, Sathianathan tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Katanya, dia tidak melakukan sebarang rombakan bagi menghadpi kejohanan Piala Suzuki bulan depan.

"Saya gembira dengan prestasi pemain dan tidak perlu melakukan perubahan.

"Sekarang kami meningkatkan corak latihan dan diharap tidak berhadapan dengan sebarang masalah sebelum kejohanan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jersi baru yang dilancarkan diharap memberikan tuah kepada skuad negara pada Kejohanan Piala Suzuki nanti.



- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.090006 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list