CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bUtTeRfLy

>>>BoLaSePak MaLaYsIa<<<

[Copy link]
Post time 11-12-2010 12:55 PM | Show all posts
Rabu ni lwn vietcong kt bukit jalil piala AFF..
Ayuh org2 skitar lmbah klang pnuhkn stadium...


...........tiket rm20...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2010 12:06 PM | Show all posts
HangPC2 Post at 14-11-2010 16:48


terkejut gak si Ben Williams termasuk dalam list ref. utk FIFA World Club Cup
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 11:12 AM | Show all posts
Bola Shebbie : Kita sudah bangkit !



bolashebbie@hmetro.com.my


PEMBACA kolum ini sudah pasti menyedari setiap pasukan bola sepak harus mempunyai tulang belakang yang kukuh. Setiap pasukan dibina dengan posisi penjaga gol, bek tengah, pemain perancang serta pemain penyerang.

Inilah posisi yang memberi asas untuk beraksi mantap. Skuad negara bertuah kerana miliki tulang belakang kental di bahagian pertahanan, jentera tengah kreatif serta tajam di bahagian serangan.


Setiap pemain beraksi menentang Vietnam mempersembahkan aksi terbaik dan keyakinan setiap pemain harus dipuji.

Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tenang dan sentiasa memberi arahan kepada pertahanan dan komunikasi penting dalam keadaan tertekan.


Kedua-dua bek tengah, Mohamad Muslim Ahmad serta Mohamad Fadhli Shas seperti pasangan kembar kerana memahami pergerakan satu sama lain. Mereka juga begitu selesa memenangi bola tinggi yang dihantar lawan.


Satu pasangan unik menerajui bahagian tengah dengan ketua pasukan, Safiq Rahim bertindak sebagai perancang utama manakala Amar Rohidan tenang sebagai ‘ holding midfielder ’. Kualiti Amar memberi keyakinan buat Safiq untuk mara membantu bahagian serangan.

Akhirnya, tulang belakang ini diterajui dua penyerang terbaik Asia Tenggara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Safee menyerlah sebagai ‘ penyerang utama ’ bijak mencari ruang tepat manakala Norshahrul pula lincah menggelecek lawan.


Mujurlah kedua-dua pemain ini menunjukkan persefahaman serta kombinasi telepatik.

Selepas menyaksikkan kedua-dua separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, saya berpendapat pasukan negara mampu menjadi juara tetapi biarlah pembangunan pasukan ini diatur selangkah demi selangkah.


Inilah kali pertama pasukan kita menghadapi tekanan kerana memiliki kelebihan dua gol ketika mengunjungi Hanoi tapi saya yakin kelebihan ini memberi kesempatan buat jurulatih, K Rajagobal menyediakan taktik tepat.


Buat sekian lama, kita kini mempunyai jurulatih yang berjaya mengelirukan lawan dengan formasi fleksibel di padang. Pasukan kita kelihatan selesa dengan formasi 4-4-2, 4-2-3-1, 4-5-1 dan 4-1-4-1 sepanjang tempoh 90 minit aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Apa jua keputusan di Hanoi, kita harus bangga dengan potensi dan corak permainan dipamerkan dan akhirnya saya rumus kita kini sudah bangkit di arena antarabangsa.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 03:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 01:58 PM | Show all posts
'Bagi 4 tahun untuk takluk Asia'

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2010/12/21

SUBAHAN (kiri) bersama Rajagobal berpeluang merakam sejarah baru negara dalam saingan Piala Suzuki.
SUBAHAN (kiri) bersama Rajagobal berpeluang merakam sejarah baru negara dalam saingan Piala Suzuki.
Saya tidak mahu kita terbawa-bawa dengan kejayaan ketika ini: Subahan

SKUAD bola sepak negara yang bakal berdepan Indonesia dalam final Piala Suzuki AFF dianggap mentah tetapi bakal menggegar dalam tempoh empat tahun lagi untuk cuba menakluki Asia.
Firasat itu diluahkan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang meminta peminat tanah air usah cepat gembira sebaliknya segera memberi sokongan moral secara konsisten sehingga tempoh berkenaan.
“Ini hanyalah permulaan. Sasaran sebenar kita adalah membentuk pasukan benar-benar mantap dalam tempoh tiga sehingga empat tahun lagi,” katanya, semalam.

“Saya tidak mahu kita terbawa-bawa dengan kejayaan ini sehingga kita lupa matlamat utama adalah untuk kembali menjadi negara kuasa bola sepak di rantau Asia Tenggara dan juga Asia satu hari nanti. Harap rakyat Malaysia akan terus menyokong barisan muda ini, baik ketika berjaya atau pun ketika waktu sukar.”

Pengurus berkenaan yang menikmati kejayaan merangkul pingat emas Sukan Sea 2009 dan kali ini berpeluang merakam sejarah baru dalam Piala Suzuki bersama jurulatih, K Rajagobal, mendedahkan rahsia kejayaan skuad negara ketika ini.

“Kita menerapkan suasana kekeluargaan dalam pasukan, barisan pemain muda yang dididik penuh disiplin oleh Rajagobal dan saya mengambil pendekatan lebih lembut dengan menjadi tempat mereka mengadu masalah,” kata Subahan.
Malaysia menentang Indonesia dalam perlawanan akhir pertama pada Ahad ini sebelum berkunjung ke Jakarta bagi perlawanan kedua 29 Disember ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 10:06 AM | Show all posts
Rajagobal kagum semangat pemain


Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


JURULATIH skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal tidak senang duduk menjelang perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Dia bukan takut, tetapi pening memikirkan kesebelasan utamanya kerana semua pemain dalam skuadnya berebur-rebut untuk merampas tempat kerana terlalu memiliki semangat yang cukup tinggi untuk membelasah Indonesia.

Mereka tidak sabar dan setiap pemain telah mempamerkan komitmen yang tinggi malah semua berazam untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Begitupun, Rajagobal hanya akan memilih yang terbaik untuk menggalas perjuangan negara pada perlawanan malam esok dan dia kini memerlukan sedikit ketenangan untuk merencanakan strateginya.

Namun pengendali berusia 54 tahun itu enggan mendedahkan apakah bentuk persiapan yang menjadi tumpuannya bagi mengekang Indonesia daripada mendapat bekalan selesa dari tempat lawan.

" Persiapan kita tak banyak beza. Cuma kita sedang menilai bahagian mana yang perlu diberi fokus lebih. Tapi saya tak boleh mendedahkannya.

" Apa pun, para pemain saya sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi final. Saya mahu mereka turun dengan mempamerkan aksi terbaik dan mencatat kemenangan.

" Saya sendiri menjangkakan aksi final bertemu Indonesia ini bakal menampilkan satu perlawanan yang cukup menarik, " kata Rajagobal pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional petang semalam.

Mesyuarat tersebut turut memutuskan bahawa Malaysia bakal turun dengan jersi biru dan seluar putih manakala Indonesia pula dengan jersi putih dan seluar hijau.

Dalam pada itu, Rajagobal memberitahu, pemain sayap kanan, Amirulhadi Zainal sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut kanan yang dialami ketika aksi separuh akhir menentang Vietnam di Hanoi minggu lalu.

" Keadaan Amirulhadi nampak okey. Tapi ada dua hari lagi untuk saya menilai tahap kecergasannya. Kemungkinan besar dia boleh diturunkan.

" Cuma Khyril Muhymeen Zambri yang juga cedera lutut masih belum pulih seratus peratus, " jelas Rajagobal sebelum bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya untuk sesi latihan petang semalam.

Sebelum memulakan latihan tersebut, mereka menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah memberikan kata-kata semangat kepada pemain bagi menghadapi Indonesia, malam esok.

Skuad kebangsaan bakal menjalani latihan terakhir di Stadium Nasional pada pukul 5 petang ini.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2010 10:09 AM | Show all posts
Ayuh, sokong skuad negara



TABUNG Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki, yang bertujuan mengumpul sumbangan kepada skuad bola sepak kebangsaan jika memenangi Piala AFF tahun ini, kini menerima ikrar sumbangan sebanyak RM80,700 sejak dimulakan Isnin lalu.

Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa berkata, tabung yang dikendalikan oleh persatuan itu sehingga kini hanya menerima ikrar sumbangan daripada syarikat-syarikat kecil dan orang perseorangan.

" Penonton-penonton menunjukkan sokongan kepada skuad kebangsaan dengan membeli tiket berharga RM50 dan RM30 bagi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

" Kini tiba masanya syarikat-syarikat korporat di negara ini menunjukkan bukti sokongan mereka kepada pasukan bola sepak kebangsaan dengan turut menyumbang kepada tabung tersebut, " katanya semalam.

Ahmad Khawari berkata, jika penulis blog persendirian seperti Muhammad Rizal Hashim boleh memberikan ikrar sumbangan sebanyak RM100 bagi setiap pemain dan pegawai skuad, tentunya syarikat korporat mampu memberikan sumbangan yang lebih besar lagi.

Tugas mengendalikan Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki diserahkan kepada SAM oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sebelum itu memberikan ikrar bahawa kementeriannya menjanjikan RM5,000 bagi setiap pemain jika mereka berjaya membawa pulang gelaran sulung saingan bola sepak serantau itu.

Pihak berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Pejabat SAM dengan menghubungi talian 03-20780985 (Isnin, Selasa & Khamis, 10 pagi hingga 4 petang) ataupun faksimili 03-20706294.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 01:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2010 11:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2010 11:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 11:38 AM | Show all posts
Goalie makes it to global Twitter trending list




Thursday December 30, 2010


KUALA LUMPUR : #harimaumalaya has been a buzz word on the Malaysian Twitterverse for the past three days but it is the name Khairul Fahmi Che Mat that made it to the global Twitter trending list yesterday.

Goalkeeper Khairul Fahmi’s amazing performance, including a brilliant penalty save in the first half of the second leg of the Asean Federation Football (AFF) Suzuki Cup final in Jakarta yesterday, sent him to the number five spot on the list.

Malaysia won the tournament on a 4-2 aggregate after having beaten Indonesia 3-0 in the first leg in Kuala Lumpur on Sunday.

The excitement of reaching the AFF Suzuki Cup final for the first time since the inception of the championship 14 years ago had re-ignited Malaysians’ love for the national football team.

The buzz in the past week was as though Malaysia were playing in the World Cup.

This spirit that Malaysians were feeling for the national team also took the local Twitterverse by storm.

Citizens of Twitterjaya, as it is fondly known, had been updating and discussing about the game via the social media network.

They had also created numerous hashtags to show their support for the young Malaysian team.

Indonesians had been equally vocal in supporting their team.

Their hashtags such as #iloveindonesia, #Garudafightsback and #otwGBK had been flooding Twitter, and some even made it to the top of the Twitter trending topic list.

Indonesia has one of the highest number of Twitter users in the world.

In the great spirit of sportsmanship, Indonesian Twitterers sent their congratulations to Malaysia, making the phrase “ Congratulations Malaysia ” a trend in the hours after the game ended.

Since Sunday, Malaysians gave up on getting their hashtags to trend.

In the end, it took a spectacular performance by Khairul, and an emphatic win, to get us up there.


- The Star -



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 11:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 12:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 12:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 31-12-2010 12:32

Norshahrul pikat dua kelab luar



Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


AKSI lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha pada saingan Piala Suzuki AFF akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memikat dua kelab dari Indonesia.

Norshahrul ketika ditemui di Wisma FAM semalam sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah lagi pasukan yang belum dapat dipastikan.


Penyerang berusia 24 tahun itu berkata, ejen kedua-dua pasukan itu ada menemuinya dan menyatakan minat mendapatkan khidmatnya.

“ Benar saya mendapat tawaran pasukan Sriwijaya dan sebuah lagi pasukan dari Jawa Tengah. Saya bersedia untuk keluar dari Malaysia dan beraksi untuk pasukan ini jika mereka memang serius mahu menggunakan khidmat saya, ” katanya.


Aksi Norshahrul sepanjang kempen Piala Suzuki AFF sememangnya tidak mengecewakan apabila berjaya mencipta gerakan cantik untuk rakan sepasukan, terutama kepada seorang lagi penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali yang muncul penjaring terbanyak kejohanan itu dengan lima gol.


Malah ada yang mengatakan dia bakal menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP), namun ia akhirnya menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarkan semasa aksi final kelmarin, Firman gagal menyempurnakan sepakan penalti. Malah, Firman sendiri mengaku yang dia terkejut kerana dipilih untuk menerima anugerah itu.

Norshahrul mengakui yang dia agak terkilan kerana tidak dipilih untuk meraih anugerah berkenaan, namun kekecewaan itu terubat apabila dapat membantu memastikan pasukan negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali, pertama sekali gus menambah koleksi peribadinya selepas meraih pingat emas Sukan Sea 2009 Laos serta menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan.


“ Tahun ini serta musim lalu memang amat bermakna bagi saya kerana banyak kejuaraan yang saya kecapi bersama Kelantan serta skuad kebangsaan. Harap-harap saya dapat mengekalkan prestasi terbaik selepas ini.


- Harian Metro -


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 01:13 PM | Show all posts
5,000 sambut wira kita


Oleh Mohd Hilmie Hussin dan Saiful Affendy Sapran
sukan@hmetro.com.my


KEPULANGAN wira bola sepak negara yang menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki di sambut hampir lima ribu peminat yang memenuhi segenap ruang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Sambutan luar biasa peminat itu sememangnya tidak disangka, apa lagi mereka menanti kepulangan pemain yang menaiki pesawat penerbangan MAS sejak jam 12 tengahari biarpun pesawat hanya tiba jam 3.40 petang.


Bermula jam 1.30 petang, balai ketibaan mula sesak dan bingit dengan laungan lagu-lagu patriotik seperti 'Inilah Barisan Kita' dan 'Fikirkan Boleh'.

Selain peminat yang hadir sendiri ke KLIA, beberapa kelab penyokong seperti Ultras Malaya, Kelab Penyokong Proton FC dan pasukan penyokong yang di bawa khas oleh Nike.


Sebaik kelibat pemain dan jurulatih, K Rajagobal kelihatan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mereka mula bersorak dan melaungkan nama setiap pemain.


Malah semua wartawan yang hadir di KLIA gagal mendapatkan sebarang komen daripada pemain dan jurulatih kerana mereka terus dikerumuni peminat lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

Pemain dan jurulatih kemudian diarak peminat ke pentas kecil di balai ketibaan sehingga menjadikan keadaan agak mencemaskan apabila peminat berasak-asak dan saling tolak-menolak untuk mendekati pemain.


Tidak kurang juga peminat yang tidak henti-henti melaungkan nama Rajagobal sebagai ' Datuk Rajagobal, Datuk Rajagobal '.

Ketika di atas pentas, pemain dikawal rapi polis hingga menghalang pandangan peminat, sekali gus menimbulkan kekecohan apabila ada di kalangan mereka yang melaungkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap anggota keselamatan itu.


“ Kami mahu tengok pemain, bukan nak tengok polis, ” jerit sekumpulan peminat yang diikuti dengan laungan yang dialun berlagu 'Polis! Turun! Polis! Turun ! '.


Peminat diam seketika apabila doa selamat dibacakan dan mereka kembali berpesta sejurus selepas itu sambil mengalunkan lagu 'Terima Kasih, Hei Rajagobal,” alunan yang cukup merdu didengar.


Tidak puas hanya seketika dapat menatap wajah wira negara, peminat terus mengiringi pemain menuju ke bas yang membawa mereka ke Wisma FAM.




- Harian Metro-


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 02:46 PM | Show all posts
‘ Saya tak sangka boleh juara ’



K RAJAGOBAL tidak menyangka sama sekali skuad Piala AFF Suzuki negara akan muncul juara ketika di bawah bimbingannya.

Kejayaan diperoleh skuad muda Rajagobal itu hadir ketika skuad utama dibelenggu kecederaan, terutama gandingan kembar Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.


“ Jangan kata muncul juara, mara ke final pun saya tidak sangka, amat mengejutkan, ” kata Rajagobal.

Beliau menganggap pemain amat komited dan sikap itu terserlah meningkat dalam setiap perlawanan.


“ Pemain kali ini mengotakan janji untuk tidak buat kesilapan besar. Malah mereka berdisiplin mengikut percaturan diatur setiap kali menjelang perlawanan. ” Meskipun gembira dengan kejayaan menjulang piala kedua selepas Sukan Sea, Rajagobal menyeru pemainnya agar tidak dilamun mimpi selepas ini.


“ Pemain perlu kekalkan prestasi di mana-mana kejohanan selepas ini. Banyak lagi tugasan yang perlu dilaksanakan dan perlu dicapai, ” kata jurulatih yang amat berhati-hati bercakap mengenai pencapaian masa depan skuad bimbingannya.

Beliau enggan mengulas lanjut kegembiraan menjulang Piala Suzuki AFF, tapi berkata yang paling penting, pasukannya berupaya membawa kejayaan dalam setiap tugasan selepas ini.


- Harian Metro -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2010 02:48 PM | Show all posts
‘ Hargai keringat mereka ’



“ TOLONG hargai sumbangan jurulatih dan pemain kebangsaan dengan menimbangkan imbuhan yang sesuai, ” rayu pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang ditemui di Wisma FAM semalam.

Permintaan Subahan itu bukanlah suatu perkara mustahil dipertimbang kerajaan kerana kejayaan kali pertama menjuarai Piala AFF Suzuki memberi impak besar kepada landskap bola sepak negara, terutamanya sokongan padu peminat yang bakal menghidupkan semula kemeriahan bola sepak tempatan.


Mungkin Subahan tidak perlu meminta kerajaan menimbangkan imbuhan itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal-awal lagi sudah mengiktiraf kejayaan skuad negara dengan mengumumkan cuti umum hari ini.


- Harian Metro -


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 02:51 PM | Show all posts
Safee tidak kecewa



PENYERANG berbisa negara, Mohd Safee Mohd Sali (gambar) tidak berasa kecewa selepas namanya tidak diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada saingan Piala Suzuki AFF meskipun sudah mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu.

Sebaliknya, Safee menegaskan, sejak bermulanya kejohanan itu, dia hanya mahu memastikan skuad negara mampu melangkah lebih jauh tanpa memikirkan sasaran peribadi.


Malah katanya, berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak sudah satu bonus selepas memastikan skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dengan menumbangkan Indonesia menerusi agregat 4-2.

“ Saya tidak rasa kecewa sebab sejak daripada awal lagi, saya tak sasarkan apa-apa. Malah muncul penjaring terbanyak ini pun hasil kerjasama rakan sepasukan yang banyak membantu saya sepanjang kejohanan ini.


“ Bagi saya, itu semua tak penting kerana apa yang lebih penting ialah kita akhirnya berjaya memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama, ” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.


Safee muncul penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu selepas meledakkan lima gol manakala kapten Indonesia, Firman Utina dinamakan sebagai penerima anugerah MVP.

Apa yang pasti, Safee berharap aksi cemerlang dipamerkan sepanjang kejohanan itu dapat memikat kelab dari luar seperti Indonesia dan Vietnam.


“ Saya bersedia untuk beraksi di luar negara kerana ia sudah pasti memberi pengalaman berharga, sekali gus meningkatkan skil peribadi saya, ” katanya.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 02:55 PM | Show all posts
‘ Kami serasi ’



KAPTEN skuad negara, Safiq Rahim mendedahkan dua faktor utama yang menjadi pendorong kepada kejayaan skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir menerusi agregat 4-2, kelmarin.

Pemain tengah itu berkata, faktor keserasian antara pemain di dalam serta di luar padang dan kejayaan melangkah ke separuh akhir menjadi pencetus utama kebangkitan skuad negara di kejohanan itu.


Katanya, kem negara nyata amat berbeza di bawah kendalian K Rajagobal apabila setiap pemain saling berinteraksi antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan sesama mereka, tanpa mengira sama ada ketika beraksi di tengah padang atau pun sebaliknya.

“ Inilah faktor utama menyebabkan kami cukup bersemangat apabila beraksi pada perlawanan sebenar, terutama di separuh akhir sehingga ke pentas final. Saya boleh katakan kami semua cukup serasi dan saling menghormati antara satu sama lain.


“ Selain itu, kejayaan kami melangkah ke separuh akhir juga menjadi titik tolak kepada kebangkitan skuad negara. Ketika itu, saya serta rakan sepasukan lain yakin kami mampu men
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 02:58 PM | Show all posts
Khairul Fahmi terharu



Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my


KEJAYAAN membawa pulang Piala Suzuki AFF ke tanah air buat kali pertama sejak dianjurkan pada 1996 bagai mengusik kenangan manis era kegemilangan bola sepak negara di zaman Mokhtar Dahari dan Santokh Singh.

Bagi penjaga gol yang menyarung jersi skuad kebangsaan buat kali pertama Khairul Fahmi Che Mat, kejayaan dirakam bersama rakan sepasukannya bagai membangkitkan semula semangat yang pernah wujud di zaman legenda bola sepak itu, apa lagi apabila melihatkan kemeriahan sambutan kepulangan pemain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“ Mendengarkan peminat melaungkan nama pemain, kami cukup terharu. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir akan dikenali, ” kata Khairul Fahmi ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Ketika cuba dikaitkan dirinya sebagai ikon seperti Mokhtar dan Santokh, penjaga gol Kelantan itu menafikan dia dan rakan-rakan sudah mencapai tahap itu, tapi mengakui yang pasukan kali ini berjaya menghangatkan semula ‘kegilaan’ bola sepak di kalangan anak muda.


Di laman sosial seperti facebook dan twitter, nama Khairul Fahmi boleh dikatakan paling popular selepas mempamerkan kecemerlangan mengawal gawang negara hingga menjulang Piala AFF Suzuki.


“ Saya tidak sangka begitu ramai peminat di KLIA. Mereka buatkan saya bangga menjadi pemain kebangsaan dengan sokongan padu yang mereka tunjukkan. Harap-harap selepas ini mereka terus mengikut rapat perkembangan pasukan kebangsaan, ” katanya.

Khairul Fahmi berkata dia langsung tidak terfikir akan melakar kemasyhuran, tapi sebaliknya amat berpuas hati dengan penutup 2010 yang dianggap tahun cemerlang amat manis untuk dikenang.


“ Mungkin kami ini dianggap idola mereka. Jadi saya harap lebih ramai pemain berbakat akan lahir selepas ini, ” katanya. Kejayaan itu membuatkan Khairul Fahmi berazam mengekalkan posisi penjaga gawang nombor satu negara, namun sedar saingan untuk posisi itu cukup sengit.

Apapun, dia tetap yakin Malaysia akan dapat mempertahankan pingat emas Sukan Sea tahun depan kerana skuad kali ini rata-ratanya dibarisi pemain yang masih boleh beraksi.


Dalam pada itu, Khairul Fahmi sempat menceritakan pengalamannya ketika menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina.


“ Saya amat gementar ketika mereka peroleh sepakan penalti di awal permainan. Namun saya ingat kembali pesan jurulatih K Rajagobal yang mengatakan jika Firman mengambil sepakan penalti biasanya disasarkan ke kiri gawang, ” katanya dengan wajah ceria.



- Harian Metro -


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.679703 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list