View: 8153|Reply: 40
|
[Jenayah]
Kerana Petai Pipi Abam Sakit!
[Copy link]
|
|
KERANA PETAI PEMUDA DITETAK DENGAN PARANG Isu semasa
Alor Gajah: Seorang kakitangan sebuah bank cedera parah terkena libasan parang oleh lelaki yang dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana mendakwanya mencuri petai di Kampung Daun Daun, Masjid Tanah, di sini, kelmarin.
Difahamkan kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku dipercayai akibat salah faham antara mangsa dikenali sebagai Yusrey Yusoff, 34, dengan suspek berusia 30-an selepas mangsa mengesyaki lelaki itu mencuri beberapa petai di ladang miliknya sejak beberapa minggu lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menghubungi suspek untuk berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum suspek bersetuju menyelesaikannya dengan baik dan berjanji berjumpa.
"Pada hari kejadian, suspek dikatakan menunggu mangsa di hadapan rumah sebelum beredar selepas mendapati mangsa tidak keluar. Dia kemudian pergi ke sebuah warung berdekatan namun berpatah balik ke rumahnya menaiki motosikal dipercayai untuk mengambil parang.
"Beberapa minit kemudian, mangsa singgah ke warung sama untuk berjumpa suspek dan dimaklumkan penduduk yang suspek baru saja pulang ke rumah menyebabkan mangsa kemudian turut beredar ke sebuah balai raya berhampiran," katanya di sini, semalam.
www.utaranews.com
Last edited by GhostWalking on 25-12-2014 02:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
lahabau..kot ye pun jangan lah dilibas dgn parang.. |
|
|
|
|
|
|
|
kerana petai
pipi merasai
@Anak_Nogori
mohon translate
|
|
|
|
|
|
|
|
apa nehh
berita tak abes?
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-12-2014 10:00 PM
kerana petai
pipi merasai
si A menuduh si B mencuri petai dikebunnya...si B tak puas hati..terus libas parang kat muka si A..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya....siap balik amik parang tokey petai tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 10:04 PM
si A menuduh si B mencuri petai dikebunnya...si B tak puas hati..terus libas parang kat muka si A. ...
hahaha
yang tu tau
orang maksudkan
pasal peribahasa yang 2 baris tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-12-2014 02:00 PM
apa nehh
berita tak abes?
akibat mata tengah tengok pinochio ahahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-12-2014 10:07 PM
hahaha
yang tu tau
yg tu entahlah..mungkin maksudnya..pasal petai parang hinggap kat pipi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru kena suspek curik petai pn dia dh gelabah smpai libas melibas. Benda bleh bincang sang pelibas oi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-12-2014 10:13 PM
ok...
boleh diterima pakai...
ni sambal ikan bilis petai ni ada masuk tempoyak tak?..
|
|
|
|
|
|
|
|
betul ke sebab petai mahal tu yang sampai bergaduh tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Syd posted on 25-12-2014 10:18 PM
ada laaaa
Memang susah nak amik petai ni...bukan calang2 org boleh..
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 25-12-2014 10:18 PM
betul ke sebab petai mahal tu yang sampai bergaduh tuh
tengok musim petai ke tidak...kalau tidak...100 papan boleh mencecah rm100..
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 25-12-2014 10:18 PM
betul ke sebab petai mahal tu yang sampai bergaduh tuh
lama tunggu
dari masa tanam
nak besar
pastu harga mahal
susah nak amek etc
harus laaaaa orang angin
kalau nak petai murah,
neh tedarah petai neh
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 25-12-2014 10:18 PM
betul ke sebab petai mahal tu yang sampai bergaduh tuh
ni anggaran harga petai...neh tahun 2013 punyer citer
02/03/2013
Syukur Alhamdulillah, Sepanjang tempoh aku berdusun, "Ini KaliLah" Petai di DusunKu mengeluarkan hasil yang banyak sekali. Tiga hari lepas aku memetik hampir 500 papan petai. Aku tak sempat mengambil gambar ketika itu kerana Peraih sudah menunggu. Semua petai itu dijual pada kadar RM45 seikat bagi 100 papan. Aku menjual pada harga ini kerana mereka juga penjual yang juga memerlukan keuntungan untuk sumber pendapatan mereka.
Pagi ini, aku petik lagi juga hampir 500 papan dan semuanya dijual dalam masa sejam saja kepada peraih berkenaan.

| Ada lebih dari 4 ikat besar yang seikat ada 100 papan petai |
|
|
|
|
|
|
|
| |
|