CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2676|Reply: 6

sejauh mana pengorbanan korang untuk ke sekolah dulu? cuba bandingkan dengan ni.

[Copy link]
Post time 26-12-2014 01:08 AM | Show all posts |Read mode
Pengorbanan Untuk Pergi Ke Sekolah Di China (9 Gambar)

Demi ilmu
Apakah pengorbanan yang anda lakukan untuk ke sekolah setiap hari? Naik 3 bas untuk ke sekolah? Panjat jambatan roboh seperti yang berlaku di Indonesia? Hari ini mari kita melawan Bandar Macheng di Provinsi Hubei China untuk melihat pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka selesa di sekolah? Tahun ini bandar ini menerima 5000 orang pelajar baru untuk sesi pengajian 2012-2013. Namun pihak kerajaan hanya mampu membekalkan 2000 kerusi serta meja baru ke sekolah sekitar Bandar Macheng. Oleh sebab itu pelajar yang kurang bernasib baik terpaksa membawa kerusi dan meja mereka sendiri ke sekolah. Menurut laporan asal
ChinaSmack, tradisi membawa meja dan kerusi sendiri ini bukanlah perkara baru dan sudah berlarutan untuk beberapa lama. Apabila berita ini tersebar ke laman sesawang China, ia mengakibatkan kemarahan dikalangan netizen. Mereka merasakan adalah tidak patut bagi China, sebuah negara yang menjadi kuasa dunia masih tidak mampu memberikan anak watannya peralatan sekolah yang sempurna. Netizen China juga merasakan apa yang berlaku tidak boleh dimaafkan kerana China membelanjakan berbillion dollar beberapa tahun yang lalu dalam bentuk bantuan kewangan kepada Amerika Syarikat dan Eurozone.

Kita bernasib baik di Malaysia kejadian sebegini masih belum berlaku. Teruk macam manapun sekolah di Malaysia, perabut masih disediakan oleh kerajaan. Syabas. Jadi marilah kita bersyukur dengan apa yang ada dan janganlah ponteng sekolah adik-adik sekalian.





Laporan asal ChinaSmack
dari:blogserius.blogspot.com


Last edited by Nusantara77 on 26-12-2014 01:10 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 12:13 PM | Show all posts
kesian kena bawak meja kerusi pergi, paling kesian orang tua tu nak ambik
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:19 PM | Show all posts
kesiannya kena bawa kerusi meja sendri... xder meja biasa kat sekolah tu meja kopi sofa pon jadi la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 01:51 PM | Show all posts
Budak budak sekarang semua kemudahan dah tersedia  elok pun masih malas ke sekolah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:03 PM | Show all posts
dan... budak-budak kat sini yg mewah dgn segala peralatan, pun malas nak belajar. ponteng sekolah la, soSIAL la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2015 02:06 PM | Show all posts
gigh bwk meja n kerusi ke skola semata2 nk blaja...kuat semangat dorg ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2015 03:16 PM | Show all posts
no 2 last tu siap bwk coffee table lagi adik tu. masa break masuk bwh meja tido.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.081290 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list