CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2518|Reply: 1

Kisah Penutupan sekolah berusia 124 tahun di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 26-12-2014 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Penutupan sekolah berusia 124 tahun bangkit keperluan lindung warisan Pulau Pinang
OLEH HIMANSHU BHATT
Published: 26 December 2014

Sekolah Kebangsaan Pykett Methodist di George Town, Pulau Pinang. Sekolah lama berusia 124 tahun ini akan ditutup selepas tapaknya dijual kepada pemaju. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 26 Disember, 2014.Sebuah kumpulan masyarakat sivil memberi amaran kemungkinan penutupan Sekolah Pykett Methodist di Pulau Pinang yang berusia 124 tahun ialah peringatan mengenai perlunya melindungi institusi dan bangunan bersejarah di luar George Town yang merupakan zon warisan disenaraikan bawah Unesco.
Penasihat Penang Citizens Chant Group (Chant) Yan Lee berkata, sebarang cubaan menggantikan sekolah lama itu dengan projek pembangunan moden membayangkan bahaya dihadapi warisan Pulau Pinang dalam keadaan tiada campur tangan awal pihak berkuasa menyelamat dan memulihara tapak itu.
“Sekolah Pykett mempunyai sejarah yang panjang, hampir 130 tahun. Amat mengecewakan jika Pulau Pinang kehilangan warisan ini kepada pembangunan lagi,” katanya.
Beliau berkata, menyelenggara tapak itu sebagai sekolah atau tempat pendidikan, seperti yang dibuat untuk seabad lalu, adalah sangat penting.
“Kami rasa pendidikan adalah paling utama. Untuk mengorbankan pendidikan untuk satu lagi pembangunan mega adalah salah.
“Tanah itu untuk tujuan pendidikan. Hanya jika Jawatankuasa Perancang Negeri tukar tanah itu kepada tanah pembangunan, baru ia boleh dibangunkan.
“Kami berpendapat ia patut kekal sebagai tanah pendidikan. Chant akan berjuang untuk ini,” katanya.
Beliau berkata, idea untuk mempunyai sekolah kanak-kanak austistik di tapak sekolah Pykett juga dikemukakan kerana tidak ada sekolah seumpama itu di bahagian utara.
Dilaporkan semalam sekolah itu, yang diasaskan sebagai Sekolah Anglo-Cina pada 1891, menghentikan pengambilan murid tahun satu mulai tahun depan.
Sekolah itu, dengan kompleks yang besar pernah mempunyai 2,000 pelajar, tetapi pada masa ini hanya ada kira-kira 140 pelajar.
Bekas pelajar dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Methodist Pykett, Jeya Balan AN Rajan melahirkan kesedihan atas penutupan sekolah yang banyak meninggalkan kenangan kepadanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 26 Disember, 2014.Jeya Balan An Rajan, 70, bekas guru besar yang juga bekas pelajar di sekolah itu melahirkan kesedihan dengan laporan penutupannya.
“Tiga generasi dalam keluarga saya belajar di sekolah itu, termasuk datuk, bapa dan semua 6 adik beradik lelaki saya,” katanya yang belajar di situ dari 1951 ketika darjah satu hingga 1961 menamatkan tingkatan 5.
“Saya sangat bangga ketika dilantik sebagai guru besarnya dari 1995 hingga 1997,” katanya.
Beliau masih ingat sekolah itu bertukar kepada sekolah rendah dari 1 Januari, 1957, ketika ia dinamakan semula sempena mubaligh Methodist G F Pykett, yang berkhidmat sebagai pengetuanya lima kali antara 1893 hingga 1927.
Sebahagian lain sekolah itu yang terletak di Suffolk House, yang pernah menjadi kediaman Francis Light, kapten laut Inggeris yang merintis pembangunan kolonial Pulau Pinang, menjadi Methodist Boys School untuk pendidikan menengah, katanya.
Jeya Balan berkata beberapa personaliti terkemuka negara pernah mengajar di sekolah itu, termasuk DS Ramanathan, yang menjadi datuk bandar pertama George Town dan pengerusi Parti Buruh Malaya, dan artis lagenda Abdullah Ariff.
Katanya, sekolah itu juga sangat maju dan penuh adab dalam zamannya.
“Sebagai contoh, ia adalah sekolah pertama di Malaya yang mengadakan acara sukan tahunan pada waktu malam di bawah lampu neon di padang sekolah.
“Ia juga satu-satunya sekolah di mana kakitangannya mempunyai orkestra simfoni sendiri pada 1950-an.
“Dengan penutupannya, sebahagian besar sejarah Sekolah Anglo-Cina akan hilang,” katanya.
S Murali, yang mempunyai anak lelaki bersekolah di situ kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai pembangunan berkenaan oleh pihak berkuasa sekolah.
Katanya walaupun notis dihantar oleh Jabatan Pendidikan kepada sekolah lebih awal, ibu bapa hanya tahu mengenai penutupan itu apabila mereka ke jabatan berkenaan seminggu sebelum cuti sekolah bermula pada awal November.
Beliau berkata sebagai ahli jawatankuasa ibu bapa dan guru, beliau dan beberapa yang lain juga tidak tahu apa akan berlaku kepada wang yang diperuntukkan kepada sekolah oleh pihak berkuasa, yang dikatakan berjumlah RM140,000 sepanjang dua tahun lalu.
Katanya, kerajaan persekutuan dan negeri masing-masing memberikan sekolah itu RM50,000 pada 2013 dan RM40,000 pada 2014.
Murali berkata beliau dan ibu bapa lain cuba untuk membantu sekolah itu tetapi tiada komunikasi yang sempurna daripada pihak berkuasa sekolah.
“Amat mengecewakan jika sejarah itu hilang dan pelajar dipindahkan.
“Tidak seperti pelajar di sekolah lain di Pulau Pinang, dalam tempoh 20 tahun lagi, anak lelaki saya tidak akan dapat menunjukkan di mana dia belajar ketika sekolah rendah,” katanya. – 26 Disember, 2014.
Last edited by abgsedapmalam on 26-12-2014 10:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 01:49 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Oh...! Sayang tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057599 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list