CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4397|Reply: 13

Tips Bersosial Di Kafe - Nak Bawak Apa?

[Copy link]
Post time 29-12-2014 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Geng_Satrika at 29-12-2014 03:09 PM

Amaran: Anda akan lebih faham thread ini jika anda berumur 23 tahun ke bawah, tapi kadang-kadang yang tua bangka yang pernah buat pun faham jugak, macam saya...

Kafe atau kedai kopi moden kini seolah-olah menjadi pilihan tempat bersosial utama di kalangan belia. Saya melihat ini suatu yang positif. Ye lah, lebih baik lepak di kafe daripada merempit. Namun begitu,saya yakin kamu perlukan tips bersosial di kafe ini.

Kalau kawan ajak lepak di kafe, apakah yang anda perlu bawa supaya nampak sesuai, bergaya dan blend-in?


1) Bawa laptop, tablet atau telefon pintar berharga RM3000 ke atas
Kalau kamu sekadar nak bawa laptop jenama Acer atau Samsung Tab zaman tok kaduk, hentikanlah. Jangan buat malu orang kampung. Kurang-kurang, bawalah laptop Alienware tetapi tentulah lebih afdhal jika kamu bawa Macbook Pro atau Air. Nak lagi hebat, bawa sajalah iMac terus.


PS: Jika kamu tak tahu apa itu iMac, kamu belum sampai ketahap layak untuk bersosial di kafe.





2) Bawa novel sastera bahasa Inggeris
Novel yang lebih berat dan pernah menang anugerah (biasanyaada chop sticker di atas buku) sangat sesuai dibawa ketika bersosial di kafe.Walaupun kamu tak pernah baca walau sehelai mukasurat pun dari buku tersebut,dari segi penampilan ia akan membuatkan kamu nampak bijak. Kalau kamu nak tahu,wanita mudah tergoda dengan lelaki yang membaca buku sastera berat.

Caption: Tender is the night katanya. Apa maksud pun tak tau




3) Bawa beg tangan atau klutch kulit
Sama seperti laptop atau tablet, pastikan juga beg tanganatau klutch yang kamu bawa diperbuat dari kulit supaya nampak cantik ketika diambil gambar. Jenama beg paling cikai yang kamu patut beli ialah Coach atau Michael Kors (kos: RM1000 minimum). Kalau tak mampu, beli je yang gred AA,bukan orang tau pun.


Caption: Entahlah nak, saya sendiri pun buta jemana, jaditak tau beg ni ada jenama ke idok.




4) Bawa bersama pengalaman semasa di luar negara
Sebelum kamu bersosial bersama rakan-rakan sebaya di kafe,pastikan kamu sudah cukup pengalaman berada di luar negara, tak kisahlah berapa lama.. walaupun cuma sejam (tak mustahil jika kamu ke Singapura). Asalkan ada modal untuk sama-sama kongsi cerita (dibaca: show-off).


Caption: Fazura (bukan nama sebenar) bila ditanya tentangtempat paling jauh di dunia.




5) Bawa juga gossip pasal orang lain
Ini sebenarnya elemen terpenting. Jika kamu ada semua diatas tapi tiada elemen ini, adalah lebih baik kamu bersosial di Facebook saja.Kamu tahu kan, rakan-rakan kamu berjumpa kamu kerana dahagakan cerita tentang orang lain? Kalau kamu kekurangan gossip tentang rakan-rakan, kamu boleh juga bergossip tentang artis tempatan atau antarabangsa. Janji ada gossip!


Jika anda tiada perkara-perkara di atas, tak payahlah lepak di kafe. Buat malu saja. Usahakan untuk mempunyai perkara di atas, dan jika kamu tiada wang, inilah masanya untuk pinjam ahlong. Selamat bersosial!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2014 03:28 PM | Show all posts
as a barista.... i believe most of it are true for youngster....

- tp ada je kes bawak novel. tgkp gmbr kopi n novel tapi haram tak sentuh novel. sibuk dgn scroll down phone.
novel just to show off konon2 dorunk jenis membaca....

- not cool to lepak mamak. dtg starbucks yg konon nye cool n classy. dtg 3-4 org tp order satu je air  tp selfie/wefie smpi 100 frames.... jarang nmpk org selfie kedai mamak with teh tarik or roti canai....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:26 PM | Show all posts
okay, ini sangat lawak  
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 04:46 PM | Show all posts
Yang tak tahan tu bawak iMac ke kopitiam....kelakor...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 09:41 AM | Show all posts
makhai dengan imac sekali diangkut
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:51 PM | Show all posts
byk yg true dari tak...hahhahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2015 09:25 AM | Show all posts
hahha bahana bwk imac.. xpe xyh pikir battery flat nnt.ahha
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 11:45 AM | Show all posts
hahahahah bawak desktop pula tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2015 03:29 PM | Show all posts
Kwn aku ceritabudak skolah bwk bag mikel kors lepak...lawak sbb budak tu sedaya upaya  duk pebetui bag dia nak display...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 04:26 PM | Show all posts
hahhahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 05:46 PM | Show all posts

no 1 tu tak tahan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 01:30 PM | Show all posts
Tak pernah terpikir...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 03:43 PM | Show all posts
khairelmy replied at 29-12-2014 03:28 PM
as a barista.... i believe most of it are true for youngster....

- tp ada je kes bawak novel. tg ...

aku penah jer selfie dgn teh tarik ahaha sbbnye aku nak ckp aku kat mamak!
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 01:29 PM | Show all posts
hahaahahha.
time jalan sebelah starbuck, pandang diorg yg tgh main henpon dlm tu nampak sgt jobo.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079949 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list