CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2597|Reply: 1

Petua Generasi Lama Terengganu Meramal Banjir

[Copy link]
Post time 30-12-2014 07:53 PM | Show all posts |Read mode



Gambar menunjukkan kawasan pesisir sungai yang ditenggelami air pada banjir besar Terengganu pada tahun 1965, dipercayai kawasan berkenaan adalah di pesisir Sungai Terengganu berhampiran gugusan perkampungan besar Losong.


Berdasarkan kepada beberapa temuramah oleh generasi tua di Terengganu, mereka menceritakan beberapa kaedah dan teknik dalam meramal kejadian alam, terutamanya banjir yang akan melanda kawasan mereka melalui beberapa keadaan.


Bintang Tujuh Beradik

Temuramah dengan nelayan di sekitar Muara Besar Marang menjelaskan bahawa jasad samawi memainkan peranan dalam menunjukkan bermulanya musim tengkujuh. Bintang Tujuh Beradik, akan keluar di dada langit, terutamanya pada awal malam dengan kedudukan antara 30 hingga 45 darjah. Bintang berkenaan berada dalam keadaan tersusun dan selari, dengan kedudukan menegak dan rapat antara satu sama lain. Ketujuh-tujuh bintang ini didakwa sebagai punca kepada gelaran Tengkujuh yang merujuk kepada bermulanya musim monsun di Pantai Timur.


Guruh Pemberitahuan

Melalui petua ramalan generasi lama di Terengganu, pada permulaan bulan September / Oktober, guruh yang berbunyi kuat pada waktu tengah hari / sejurus sebelum waktu Zohor merupakan petanda masuknya musim hujan. Guruh berkenaan akan berbunyi, biasanya pada tengah hari dalam keadaan cuaca panas terik. Versi masyarakat darat mengatakan bahawa guruh berkenaan berbunyi di perbukitan Tanah Tinggi Terengganu manakala versi masyarakat pantai mengatakan guruh berkenaan berbunyi di Laut Besar (Laut China Selatan)


Guruh Amaran

Guruh amaran biasanya dikesan sejurus sebelum bermulanya sesi curahan hujan lebat. Bunyinya seperti dentuman gendang, dan berlarutan sehingga 30 saat sebelum berhenti. Selepas itu tiada bunyi guruh dikesan dan hujan mulai lebat, menandakan bermulanya sesi curahan hujan.


Hujan Malam Jumaat

Andainya hujan bermula pada malam jumaat dengan keadaan kaki langit yang gelap (pada pandangan masyarakat pantai), ia menandakan bahawa hujan tidak akan berhenti sehingga 'bertemu ketika' iaitu sehingga malam jumaat minggu seterusnya. Cuaca pada minggu berkenaan tidak akan menentu, dengan hujan dan mendung bersilih ganti. Keadaan seperti ini akan menjurus kepada berlakunya banjir.


Haiwan Merayap

Pemerhatian kepada tahap ketinggian aras air banjir biasanya diperhatikan kepada gerak geri haiwan, terutamanya semut. Kadar perubahan sarang dan tahap ketinggian semut berpindah sarang memberi petunjuk kepada manusia mengenai aras ketinggian air banjir.


Kitaran Banjir Teruk

Terdapat pendapat kitaran banjir teruk yang berbeza di tempat yang berbeza, terdapat kitaran 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun dan 100 tahun sekali. Tahun berlakunya kitaran tersebut adalah berbeza di tempat yang berbeza di Terengganu khususnya. Antara yang dicatatkan di lokasi tertentu dan mempunyai rekod bertulis dan bergambar dalam simpanan Ganutalgia adalah:


1. Banjir 1926 (Bah Merah) - Keseluruhan Terengganu kecuali Besut
2. Banjir 1965/67 - Kuala Terengganu
3. Banjir 1986 - Keseluruhan Terengganu


Generasi terdahulu mempunyai pelbagai teori dan pemerhatian terhadap alam, yang memungkinkan mereka untuk terus memahami aturan kehidupan yang ditentukan oleh Allah Taala di bumi ini. Sesungguhnya kejadian banjir dan musim hujan yang melanda adalah satu ketetapan yang berlaku di dalam aturan alam, pasti berlaku di seluruh Terengganu, dan masyarakat nusabangsa Terengganu menghadapinya dengan penuh kesabaran dan kekuatan selama wujudnya negeri ini melebihi 700 tahun yang lalu.


"Kalu Takuk Kene Boh, Dok Soh Duduk Di Tranung".


Posted 23rd November by Ganutalgia Terengganu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 01:54 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Jadi lepas ni hujang lagi tak...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.065864 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list