CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3746|Reply: 1

Kos tinggi menyambung pengajian di Australia

[Copy link]
Post time 2-1-2015 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Kos tinggi menyambung pengajian di Australia


0 Shares
0 Comments
Share:


KUALA LUMPUR: Liesl Tan adalah seorang pelajar yang berusia 21 tahun di La Trobe University, di Melbourne. Tan yang berada dalam tahun kedua kursus fisioterapi merupakan salah seorang daripada kira-kira 20,000 rakyat Malaysia yang sedang belajar di Australia.

Dan sebabnya memilih Australia: ia lebih dekat dengan Malaysia. "Selain daripada itu, rakan karib saya berada di Australia sekarang, setelah berhijrah ke sana beberapa lama dahulu," katanya kepada The Heat.

"Universiti di sini juga sangat mengalu-alukan. Terdapat lebih banyak sumber dan kami boleh mengikuti kuliah dalam talian, yang menjadikan persekitarannya lebih fleksibel," tambahnya.

Sebuah kajian baru-baru ini oleh HSBC menunjukkan bahawa Australia kini merupakan negara yang paling mahal bagi pelajar-pelajar antarabangsa. Laporan yang bertajuk Nilai Pendidikan itu menyatakan bahawa seorang pelajar antarabangsa perlu membayar kira-kira AS$38,515 (RM124,000) bagi yuran pengajian dan perbelanjaan kos hidup setahun. Namun di sebalik kos yang tinggi, terdapat lebih ramai rakyat Malaysia yang belajar di sana daripada di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang pernah menjadi pilihan yang lebih popular dahulunya.

Menurut perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), terdapat 20,493 orang rakyat Malaysia yang belajar di Australia pada tahun 2010 (angka terbaru). Daripada jumlah ini, 17,007 dari mereka adalah pelajar tajaan. Jumlah ini, tidak syak lagi, akan meningkat dari tahun ke tahun dengan lebih ramai ibu bapa menyedari kepentingan pendidikan berkualiti tinggi. Berdasarkan kaji selidik itu, ibu bapa Malaysia membelanjakan lebih kurang RM2 bilion setahun bagi mendapatkan pendidikan berkualiti di Australia.

Kos RM124,000 itu sudah tentu subjektif bergantung kepada jenis kursus yang dipilih. Tetapi kos purata ini masih membebankan. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa sanggup membayar harga ini, bukan hanya bagi pendidikan tetapi juga bagi pendedahan dan pengalaman yang anak-anak mereka akan nikmati kemudian hari.

Kaji selidik HSBC ini meliputi 15 negara termasuk Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, China dan Jepun.

Amerika Syarikat dan United Kingdom telah menduduki tempat kedua dan ketiga paling mahal, dengan kos tahunan purata sebanyak AS$35,705 (RM115,800) dan AS$30,325 (RM98,400) masing-masing.

Negara-negara lain yang disertakan dalam kajian itu ialah Emiriah Arab Bersatu (AS$27,375/RM88,800); Kanada (AS$26,011/RM84,400); Singapura (AS$24,248/RM78,700); Hong Kong (AS$22,443/RM72,800); Jepun (AS$19,164/RM62,200); Rusia (AS$9,441/RM30,600); China (AS$8,766/RM28,400); Taiwan (AS$8,257/RM26,800); Sepanyol (AS$7,006/RM22,700); dan Jerman (AS$6,285/RM20,400).

Kajian itu adalah berdasarkan 10 institusi terbesar di negara masing-masing dan menyertakan yuran pengajian dan kos sara hidup.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, Australia telah menggantikan UK dan Amerika Syarikat sebagai destinasi pendidikan kegemaran ibu bapa Malaysia untuk menghantar anak-anak mereka menyambung pelajaran.

Pada tahun 2010, England menjadi tuan rumah kepada 13,796 orang pelajar Malaysia manakala 6,100 telah pergi belajar di Amerika Syarikat. Australia sebenarnya menduduki tempat ketiga bilangan pelajar antarabangsa tertinggi di dunia, di belakang United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tetapi di Malaysia, Australia merupakan destinasi pilihan kerana beberapa faktor, antaranya dekat secacra geografi dengan Malaysia. Universiti-universiti Australia juga telah dipasarkan dengan baik, dan Pameran Pendidikan Australia tahunan menjadikan usaha mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi, lebih mudah.

Sebuah lagi sebab populariti Australia di kalangan rakyat Malaysia mempunyai kaitan dengan keluarga. Dengan peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke sana selama ini, ada peluang yang tinggi untuk mempunyai saudara mara yang boleh membantu memantau anak anda.

Sebab-sebab lain adalah pilihan kursus dan budaya.

Laman sesawang Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 22,000 kursus di 1,110 institusi di sana. Mereka merupakan masyarakat berteknologi tinggi dengan kemudahan yang baik. Budaya – Australia merupakan wadah tumpuan ramai pendatang – di sana juga tidak terlalu berbeza dengan Malaysia.

Pakar pendidikan, Dr Chow Yong Neng menyifatkan populariti Australia di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan jarak negara itu kepada kita.

“Ibu bapa Malaysia memanjakan anak-anak mereka dan memahami kepentingan kelayakan. Oleh itu, Australia menjadi pilihan popular sejak kebelakangan ini kerana perbezaan dalam zon masa yang tidak terlalu drastik, dan ia bebas daripada cuaca yang melampau dan bencana alam," katanya.

"Pilihan yang lebih popular adalah Melbourne dan Sydney. Penerbangan terus juga ada, membolehkan lawatan yang kurang memenatkan bagi warga tua. Dan berbanding dengan Amerika Syarikat, ia tidak begitu bertaburan dari segi geografi."

Kebanyakan ibu bapa sanggup membayar bagi memberikan anak-anak mereka pendidikan di universiti yang lebih baik. Menurut laporan itu, 58% daripada ibu bapa yang telah mengambil bahagian dalam kajian itu percaya bahawa membayar bagi pendidikan anak mereka adalah "pelaburan terbaik yang anda boleh buat bagi anak-anak anda". Di Malaysia, 88% daripada ibu bapa mempertimbangkan untuk menghantar anak-anak mereka di luar negara bagi mendapatkan pendidikan universiti yang lebih baik, di belakang Indonesia.

Kaji selidik itu mengambil sampel 4,500 ibu bapa di 15 buah negara dan mendedahkan yang ibu bapa juga beranggapan bahawa dengan mendapatkan pendidikan yang berkualiti di luar negara, anak-anak mereka akan menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran dan ia akan membantu meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan pekerjaan.

Malah, ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara boleh bermula dengan menghantar mereka ke luar negara semasa peringkat asasi, bagi menyediakan mereka untuk universiti.

Menurut Biro Perangkaan Australia, aktiviti pendidikan antarabangsa menyumbang lebih daripada A$16 bilion (RM47 bilion) pada tahun 2011. Terdapat juga banyak institusi-institusi pendidikan yang bergantung kepada pendapatan daripada pelajar-pelajar yang membayar yuran sepenuhnya.

Terdapat juga lebih daripada 400,000 pelajar antarabangsa yang belajar di Australia, dengan New South Wales menempatkan paling ramai – kira-kira satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ini – berbanding dengan negeri-negeri dan jajahan lain.

Di sebalik kos yang tinggi, ibu bapa melihat kepada pendidikan untuk membantu anak-anak mereka bukan sahaja mendapat keyakinan dan kebebasan, tetapi juga untuk meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan.

Pengalaman antarabangsa adalah faktor penting dalam membantu memperbaiki resume. Oleh itu, pendidikan yang berkualiti bukan hanya datang dalam buku, tetapi juga pengalaman yang diterima pelajar-pelajar Malaysia. Dengan perbezaan budaya dan berada jauh dari rumah, pelajar-pelajar Malaysia akan belajar berdikari dan mungkin belajar untuk berkomunikasi dengan lebih ramai orang.

Ini adalah kemahiran yang akan membantu mereka, apabila mereka mula bekerja nanti.

Rencana ini pertama kali diterbitkan dalam The Heat isu 27 September 2014.


oleh Rita Jong


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 02:02 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Pepandai lar...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.057659 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list