CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

Cerpen: HIKMAH DARIPADA TUHAN ~TamaT AkhirnyA 4/4/15

[Copy link]
Post time 7-1-2015 11:24 PM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 03:06 PM
esok malm sambung K... nak pi tulis nama kat buku sekolah ank buah... buku sekolah baru beli semalm. ...

lawak reply ni..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2015 11:25 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-1-2015 03:08 PM
“Ada yang hanyut ke bang?” Roddy bertanya kepada pengemudi bot.
        *“Ramai j ...

org kelate sejati katakan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru ada kesempatan nak jengah ke sini... Tahniah @sellie003... Kesinambungan cerita Roddy & Rashdan... Interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 08:42 AM | Show all posts
Ipo replied at 7-1-2015 11:08 PM
“Ada yang hanyut ke bang?” Roddy bertanya kepada pengemudi bot.
        *“Ramai j ...

Tu diaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 08:43 AM | Show all posts
Keep it up Sellie.

Aku follow dari belakang....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:49 AM | Show all posts
sellie003 replied at 7-1-2015 11:06 PM
esok malm sambung K... nak pi tulis nama kat buku sekolah ank buah... buku sekolah baru beli semalm. ...

selalu silent reader je.. tapi sy mmg suka baca novel2 ni.
rajin sellie tulih, saya buat cop je... senang ... depa dah pandai cop
sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2015 05:26 PM | Show all posts
update pls...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Latest update hr ni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2015 10:46 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-1-2015 11:08 PM
“Ada yang hanyut ke bang?” Roddy bertanya kepada pengemudi bot.
        *“Ramai j ...

Wah, mek kelate rupanya.... trimas sebb betulkn...akak agak2 asal ada munyi kelate sikit2 jadlah...kekadg susah nak eja...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 10:52 PM | Show all posts
Thanks korang sudi baca cerpen tak seberapanya ini...tgh garap sikit2 sambil cari2 info segala..lambt update...

@Zamzam2013  tulahkan...berita pun ada kata.... air naik lagi... doa2kanlah...mungkin ada hikmah musibah masih berterusan...perlulah muhasabah diri dan moho keampunan.... kekadg, ada sesuatu Allah nak tunjukkan supaya kita fikir sedalam2nya.... atas apa yang berlaku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 10:53 PM | Show all posts
MISI KEMANUSIAN

RODDY merupakan bekas pelajar Universiti Tempatan terpanggil untuk menyertai misi ini apabila dia menerima Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS di iphone semalam, yang mungkin rakan seuniversitinya dahulu.

Sebelum ini, arwah Najmi dan Nik Zafar antara yang aktif menyertai sukarelawan di university mereka. Bukan dia tidak pernah diajak oleh kedua rakan akrab itu, dia sahaja tidak berminat menyertai aktiviti sebegitu dan buat tidak endah ajakan mereka.
       
Terdetik rasa terkilan di hati kecil Roddy. Banyak benar perkara-perkara penting tidak sempat dia buat bersama arwah dahulu. Setiap kali teringatkan arwah Najmi, tidak sedikit pun dia lupa menyedekahkan Al-Fatihah buat temannya di alam sana.
       
“Kau teringatkan arwah ke?” Agak tersentak Roddy menerima tepukan mesra dibahunya. Lantas dia mengerling di sisi dan mengangguk lemah.
       
Rashdan sudah tahu akan riak menung begitu. Pernah dalam perjalanan ke tapak khemah sementara ini, Roddy bercerita serba sedikit tentang usaha arwah yang gemar menyertai aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan. Pasti adiknya tercuit rasa menyesal kerana tidak bersama-sama arwah melibatkan diri dengan aktiviti sebegitu waktu dulu.

Patutlah Roddy beriya-iya nak ke sini. Baru Rashdan mengerti hasrat adiknya ini.

“Insya Allah Roddy. Kita sama-sama bantu apa yang termampu. Yang penting... niat perlu ikhlas atas dasar kemanusiaan, bukan sebab nak tebus kesalahan untuk arwah pula. Ingat, niat kita sebelum ini adalah... JIHAD, walaupun kecil, tetap Allah pandang mulia.”

Sedikit sebanyak terpujuk hati Roddy mendengar kata-kata semangat abangnya.

“Yeah bang. Thanks for the advice. Aku... tak apa-apa. Cuma, aku rindu saja kat arwah.”
“Kalau rindu, sedekahkan Al-Fatihah. Insya Allah, jiwa kau lebih tenang.”

Roddy mengangguk-angguk sambil tersenyum kelat. Dia hargai nasihat abangnya yang tidak jemu menasihati dan menjadi pendokong semangat.

Mungkin, inilah hikmah dia membawa diri ke kampong 5 bulan yang lalu. Hubungan mereka antara abang dan adik kian mesra dan makin akrab.

RODDY, Rashdan dan para sukarelawan berkumpul di sebuah khemah. Mereka diberikan sedikit taklimat oleh seorang Pegawai Sukarelawan Bukan Kerajaan, Tuan Hamid Razali. Pantang ada bencana, beliau lah yang sering ke hadapan menubuhkan misi kemanusiaan sebegini. Sikap keperihatan beliau diketahui badan-badan kebajikan dan dikalangan sukarelawan yang mengikuti misi beliau, di serata Malaysia.

“Objektif misi kita kali ini agak mencabar. Kerana di Malaysia... pertama kali kita hadapi musibah banjir sebesar ini. Jadi, saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian. Saya ingin tekankan di sini matlamat kita untuk hadapi situasi pada keesokan harinya.”
“Untuk permulaan kita mulakan dengan mengagihkan barang-barang keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain kepada mangsa. Perlu diingat, jika adanya mangsa yang bersikap emosi, mohon kita tenangkan mereka dan menyatakan kesukaran kita menuju ke tempat mereka agar mereka faham situasi kita. Setakat ini, kita mulakan dengan fasa pertama tersebut. Ada sebarang pertanyaan?”

Seseorang mengangkat tangan. Para sukarelawan menoleh gerangan yang tidak semena-mena mengangkat tangan.

“Ya, saudara...?” Tuan Hamid Razali menunding ibu jari ke arah seseorang untuk memperkenalkan diri.
“Maaf. Saya Rashdan ingin bertanya...”

Membulat mata Roddy di sebelah abangnya. Patutlah semua mata memandang ke arah mereka berdua, rupanya... Ish dia ni, tak tau malu langsung.

“Silakan saudara Rashdan.”
“Kita nak naik apa masa nak hantar bantuan kepada mereka?”
“Oh, kita akan menaiki bot yang disediakan. Bot ini memang dibekalkan untuk misi menyelamat dan menghantar bantuan.”
“Okey. Macam mana pula dengan kawasan pedalaman. Dengarnya ada yang sampai lari ke puncak bukit. Bagaimana nak...? You know what I mean...?”
“Itu, sudah ada pasukan penyelamat akan hantar bantuan kepada mereka dengan menaiki helikopter. Tak perlu bimbang Encik Rashdan. Misi kita tak perlu sampai ke puncak bukit.”

Berderai ketawa mereka mendengar saranan Tuan Hamid Razali. Roddy sudah mengekek mentertawakan abangnya. Kalau dah anak orang kaya, pegang jawatan CEO... beginilah perangainya. Poyo dan bajet bagus. Aku pun tak macam dia ni... adehai... buat malu keturunan aje.

Naik masam, kelat wajah Rashdan saat dia ditertawakan orang ramai. Termasuk adiknya? Hampeh, sikit pun tak membantu. Kena gelakkan lagi ada. Salah ke aku tanya?!

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 replied at 8-1-2015 10:52 PM
Thanks korang sudi baca cerpen tak seberapanya ini...tgh garap sikit2 sambil cari2 info segala..lamb ...

Betul tu sis... Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 11:25 PM | Show all posts
SAAT GETIR

Roddy, Rashdan dan tiga orang sukarelawan termasuk pengemudi bot Abang Jojo, nama gelarannya, merupakan tim yang terakhir bertolak selepas lima bot penyelamat sudah beransur pergi.

Bot tersebut melusuri, bagaikan meredah lautan darat. Sehingga tidak kelihatan pun daratan di mana-mana. Sekali-sekala, kecut juga Rashdan melirik seketika akan dasar banjir mungkin amat dalam sekali. Bayangkan... kelihatan bangunan sekolah lima tingkat mampu tenggelam hingga aras tiga. Seriau jiwanya.

Seumur hidup, belum pernah dia meredah sungai apatah lagi lautan. Dia jenis pemuda ulat buku. Masakan dia cemerlang dalam pelajaran kerana kepintaran dan amat suka membaca. Di kamar tidur sahaja, penuh dengan buku-buku pelbagai genre. Termasuk novel. Ehem... dia lebih gemar membaca novel Inggeris berbanding novel melayu. Pernah juga dia cuba baca novel melayu, ah... dia tak hadam dengan novel-novel sebegitu. Lebih-lebih lagi mengagungkan paras rupa hero dan heroin tahap petala langit dan bumi. Nonsense.

“Lain kali, tak payah ikut. Kan dah pucat muka tu.”
“Siapa yang pucat? Aku sejuklah.”
“Yelah tu. Muka cuak semacam je. Lepas tu termenung bukan-bukanlah tu?”
“Amboi, cakap tak pandang kiri, kanan nampak. Aku okey. Tengok ni... tengok muka aku, tengok...”

Roddy menolak sedikit muka Rashdan terlalu dekat ke mukanya.

“Woi, kita atas bot ni. Duduk diam-diam boleh tak?”

Rashdan mencebik. Dia kembali diam duduk di tempatnya. Baik aku berzikir, tenang sikit jiwa raga.

LEGA hati Roddy, Rashdan dan para sukarelawan yang lain apabila misi mereka tercapai untuk hari ini. Namun, ada sedikit kesulitan berhubung mangsa banjir bertanyakan dapur gas. Ah, sudah... betul jugakan. Nak masak nasi, tenggek air dan masak meggi guna apa? Nak kata guna kayu api... mana nak cari kat tengah-tengah dewan sesak begini. Kalau ada pun, mampu ke kayu api keluarkan api jika basah dek air hujan. Parah kawe mace ni.

Dan siapa sangka? Kehadiran Abang Rashdan bersamaku tidak sia-sia. Macam mana dia boleh terfikir nak angkut fire maple ke sini? Hebat jugak abang aku ni. Sayang dia. Tak boleh cakap kuat-kuat, nanti... dia cium aku depan orang ramai. Tak boleh blah mamat sekor ni. Dulu dia tak macam ni. Serius aje muka memanjang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 11:26 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 8-1-2015 11:27 PM

USAI misi mereka pada hari itu, mereka bergerak untuk pulang ke tempat perlidungan di sebuah sekolah yang tiada berisiko banjir. Mereka bertolak agak lewat kerana mereka singgah bersolat jamak Maghrib dan Isyak di tempat perlindungan mangsa banjir terlebih dahulu.

Suasana sekeliling kian gelap, hanya diterangi dua buah lampu LED yang diikat dikepala Abang Jojo dan... lagi Abang Rashdan menunjukkan sikap... semua benda dia alert. Kalau tadi fire maple, kali ini...

Tersenyum sendiri Roddy melihatkan raut wajah si abang. Makin tampan pula.

“Abang memang sangat prihatin macam...” Roddy sengaja menggantung ayat sambil tersengih kerang.
“Macam siapa kau ingat? Hmmm...” Rashdan mula kembang dada. Bakal dipuji si adik. You are my Guardian Angle kan... itulah ayat kau nak bagitau abang kan? Ahaks.
“Macam Doreamon. Semua benda ada. Seluk poket ada aje benda di saat-saat kecemasan. Hahaha...”

Nak aku puji kau? Memang taklah...

“Doraemon?! Kalau macam tu... kaulah Nobita, budak yang suka buat masalah.”

Rashdan peluk tubuh berpaling ke lain. Roddy masih bersisa tertawa lucu. Nak hilangkan libang-libu hati Roddy, sengaja diusik abangnya itu. Entah kenapa hatinya sejak tadi berdegup-degup tiada henti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 11:32 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 8-1-2015 11:45 PM

Raihan ft. Awie - Dari Tuhan




Tuhan
Berombak lautan
Tajam duri di hutan
Begitu kuasamu
Kepada alam

Insan
Kenangi lautan
Tempuhi anak tajam
Ada balasan
Untukmu insan
Bila mentari terpadam
Kita akan dibangkitkan
Menerima harapan
Atas kepanasan

Insan
Berseri cahayamu
Bersinarlah budimu
Kerna ketakwaan
Kepada tuhan
Ooo..Ooo….

esok sambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:06 PM | Show all posts
CUACA malam agak bergelora bersama titisan hujan dan arus bah makin membuatkan hati masing-masing diamuk rasa bimbang dan sedikit cemas. Bot yang dinaiki mereka berolang-aling. Masing-masing tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan mereka segera sampai ke tempat bantuan sementara.

Menggigil tubuh mereka akibat kesejukan seiring perasaan gementar mengasak jiwa mereka kala ini. Air bah semakin berkocakkan dan beralun ganas. Di saat itu juga keadaan menjadi kalut dan masing-masing berpaut erat pada badan bot. Tiba-tiba...

Kecebur... Masing-masing terkejut mendengar tubuh seseorang jatuh ke dalam air. Seorang sukarelawan bersama mereka, Azri namanya sedang terkapai-kapai tenggelam timbul tubuh itu dipermukaan air. Mereka berempat saling berpandangan satu sama lain. Roddy tanpa berfikir panjang terjun menyelamatkan lelaki itu, walaupun cuba ditegah oleh Rashdan dan yang lain.

“Roddyyy...! Patah balik. Bahayaa...!” Rashdan panik melihatkan keberanian Roddy cuba menyelamatkan lelaki itu dengan sedaya upaya tanpa mengendahkan laungannya. Salah seorang sukarelawan memegang kuat bahu Rashdan supaya bertenang.

Roddy berenang selaju mungkin mendekati lelaki itu dan memaut erat dadanya dari belakang. Dengan kudratnya, tubuh lelaki yang lemah itu dibawa ke bot. Cepat-cepat Rashdan menghulurkan tangan apabila kian hampir. Sepantas mungkin lelaki bernama Azri ditarik atas bot sambil dibantu seorang lagi sukarelawan bernama Jusoh. Manakala Abang Jojo seboleh-boleh mengawal bot dari terbalik.

Disaat-saat cemas dan getir tadi, Rashdan melepaskan lelah sambil tercari-cari kelibat Roddy. Berkerut dahinya serta-merta.

“Roddy? Mana Roddy?” Rashdan kembali panik dan cemas. Sangkanya Roddy sama-sama naik atas bot sewaktu menaikkan tubuh Azri tadi.

“Hah?” Serentak mereka bertiga termasuk Abang Jojo baru terperasankan Roddy tidak sama-sama berada atas bot. Maisng-masing melilau mencari kelibat Roddy.

“Ya Allah. Roddyyy...!”

Rashdan melaung-laung kuat memanggil adiknya yang semakin menjauh dari bot mereka. Jiwa Rashdan bagaikan melayang melihatkan tubuh adiknya beransur-ansur dibawa pergi oleh bah yang deras. Bersama linangan air mata, Rashdan mahu menjunam ke dasar air bah. Namun, sempat tubuhnya ditarik kuat oleh mereka bertiga supaya tidak terjun menyelamatkan adiknya.

“Lepaskan aku, lepaskan akuuu...!” Rashdan kuat meronta mohon dirinya dilepaskan dari terus didakap mereka bertiga.

“Bawa mengucap Encik Rashdan. Kita tak boleh buat apa-apa. Air terlalu deras.”
“Adik akuu... adik aku. Apa aku nak cakap kat mama dan papa...?” Rashdan melulu-lulu meratap akan nasib adiknya kian menghilang ke dasar arus nan deras.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2015 10:12 PM | Show all posts
SEMBILAN: RATAPAN HIBA

Pulang sahaja dari pergelutan emosi akan situasi tadi, seluruh jiwa raga Rashdan bagaikan tidak mampu menampung tubuhnya. Air mata sedari tadi tidak henti-henti merembes pilu dipipinya. Dia memejamkan mata seketika, membayangkan Roddy yang menyelamatkan rakan sukarelawan mereka, sehinggalah dibawa arus.

Sekali lagi Rashdan berlagu tangis. Dia menangis semahu-mahunya betapa hatinya begitu sakit gara-gara tidak mampu menyelamatkan adiknya. Dia benar-benar terkilan. Dia menumbuk-numbuk dadanya melepaskan rasa sakit dan pilunya bersatu dalam jiwanya yang luka parah.

Ya Allah. Aku tak berdaya selamatkan adikku, sedangkan... aku dah berjanji kepada mama, papa dan diriku sendiri untuk menjaganya. Tapi aku... aku kejam Ya Allah. Kejam membiarkan dia terus hanyut...

Rashdan menyalahkan dirinya berkali-kali. Dia menakup muka lalu melepaskan tangisan semahunya. Sesal, sebal, kecewa dan sedih bergaul mengasak jiwanya yang kian remuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:17 PM | Show all posts
“ENCIK Rashdan, Encik Rashdan...” Bahunya digoncang lembut. Dengan kelopak mata yang memberat dia berupaya membuka mata perlahan-lahan. Terkelip-kelip Rashdan cuba mencerna pandangannya tika ini.

“Encik Rashdan. Kita solat Tahajjud sama-sama?”

Tahajjud? Dalam kepayahan dia membangunkan tubuhnya yang terlena sedari tadi. Sekejap, dia melihat sekeliling dan kemudian... dia melihat di sebelah tempat perbaringannya. Di situlah tempat Roddy tidur. Berteman sepanjang malam. Tidak semena-mena air matanya kian berlinang mengingatkan kejadian malam itu.

“Sabar Encik Rashdan. Kita mohon kepada Allah moga-moga adik encik selamat dalam arus malam tadi.”

Abang Jojo memujuk lembut hati Rashdan. Kemudian, berlalu pergi membiarkan Rashdan melayan perasaannya buat seketika. Rashdan berdiam sejenak. Cuba menenangkan kegalauan hatinya. Perlahan-lahan dia menyapu sisa air mata dipipi. Dia bangun dan melangkah lemah hendak berwuduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:18 PM | Show all posts
SETIAP kali dia melakukan tertib Solat Tahajjud, saat itu jua hatinya tidak henti-henti menangis. Bacaan yang dialunkan sentiasa mengundang sebak di lubuk hati Rashdan. Namun, terasa sedikit ketenangan saat rakaat terakhir, dia bersujud agak lama mohon diberikan kekuatan hati dan merayu keselamatan buat Roddy.

Sewaktu sujud adalah waktu yang paling hampir dengan Allah S.W.T dan antara yang paling khusyuk apabila berdoa. Amalan berdoa ketika sujud semasa solat menjadi kebiasaan dilakukan Rasulullah dengan memanjangkan sujudnya, memperbanyakkan zikir serta doa kepada Allah.

Sabda Rasulullah S.A.W:
‘Suasana yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah di ketika ia bersujud, kerana itu hendaklah kamu perbanyakkan doa di dalamnya.’

Usai Tahajjud, dia memanjatkan doa dengan bersungguh hati. Sepertiga malam atau Solat Tahajjud merupakan waktu yang mustajab dan afdhal untuk berdoa kepada Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani.

Rashdan teringatkan Hadis Imam Muslim, sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arsy-Nya ke langit pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan perkenankan, Adakah di antara hamba-Ku yang memohon kemapunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya.”

Di kesempatan itu, Rashdan merayu-rayu mohon diampunkan segala dosanya, dosa ibu bapanya dan adiknya. Dan berharap supaya adiknya selamat di mana sahaja berada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2015 10:21 PM | Show all posts
“ENCIK Rashdan, tak apalah berehat dulu. Biar kami yang hantar bantuan ke sana.”
“Tak apa Abang Jo, saya okey. Tujuan saya ke mari pun sebab nak membantu. Dalam pada tu... mana tau, kot-kot boleh jumpa adik saya... hanyut kat mana-mana...”

Wajah Rashdan sugul apabila membangkitkan hal adiknya. Dia tetap tidak berputus harap agar dapat bertemu semula adiknya itu.

Ya Allah, jika benar adikku masih hidup. Ketemukanlah aku dengannya. Jika sebaliknya... aku redha Ya Allah. Tetapi, sekurang-kurangnya... biarlah kami melihat mayatnya.

Walaupun berat berdoa begitu, dia seharusnya bersedia dan berlapang dada menerima ketentuan daripada Yang Esa. Bukankah Qadha dan Qadar antara rukun iman kelima yang utama?

Berkali-kali jua Rashdan beristighfar dan terselit sisipan doa untuk keselamatan satu-satunya adik kesayangannya itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.271563 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list