CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 5

[Dunia] Ranking FIFA: Malaysia kekal tempat ke-154

[Copy link]
Post time 8-1-2015 07:17 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pasukan Harimau Malaya membuka lembaran 2015 di kedudukan ke-154 dunia berdasarkan senarai ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini.

Malaysia sebelum ini berada di tangga ke-154 pada Januari 2014, 150 (Feb), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun), 151 (Julai), 155 (Ogos), 154 (Sept), 156 (Okt), 155 (Nov) dan ke-154 pada Dis.

Kedudukan terkini itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Syria (151), Kyrgzstan (152), Hong Kong (156) dan Singapura yang berada pada ranking ke-157 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia turut kekal di tangga kelima di belakang Filipina (130), Vietnam (137), Myanmar (141) dan Thailand (142).

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut kekal di tempat ke-28 daripada 46 negara lain.
Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,725 mata manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,538 mata.

Wakil Amerika Selatan, Colombia terus kekal di tangga ketiga dengan 1,450 mata. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/22499#sthash.OBbeSA3F.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 08:22 PM | Show all posts
Ranking bukan keutamaan : kata satu sumber.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 08:29 PM | Show all posts
boleh usaha lebih kuat lg..jauh lagi dari ranking 200...klu 200 baru boleh rasa malu, sekarang ok lg tu...
ala bola aje pun...
better perbaiki ranking university malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 10:08 PM | Show all posts
Wak Dol patut letak target tahun nih utk jadikan Msia antara 100 pasukan terbaik dunia dan 10 pasukan terbaik Asia serta jagoan unggul Asia Tenggara.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nak naik ke ranking 100 dunia kena buat bnyak friendly class A.....  takde team nak lawan malaysia..
padang malaysia tak kualiti..  nanti pemain injured..  salah satu sebab team lain tanak lawan Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 11:21 PM | Show all posts
ranking x penting kata mereka....

tapi wajarkah?? smp bila?? kena la ada aim mcm mn nak naikkan mutu dan ranking negara or else sampai sudah tahap itu jela.. syg sgt sbb bola ni slh satu sukan fav rakyat malaysia.. btapa bangga nya rakyat kalo kita menang or at least gi final mana2 game.. even frenly pun rakyat ttp bduyun turun padang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.262530 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list